LGE: Habis madu, sepah dibuang

Dalam pada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sibuk dengan urusan dan Istana Kebalnya di Komtar, Pulau Pinang, segelintir rakyat negeri Melaka yang dulu mengundi DAP kini terumbang ambing ibarat anak-anak tidak berbapa kerana para pemimpin DAP Melaka bercakaran sesama sendiri.  Setelah kalah dalam pemilihan Ahli Jawatankuas DAP Melaka, Guan Eng dan isterinya Betty Chew yang menyangka mereka diterima oleh akar umbi lari pula ke Pulau Pinang.

Kini Guan Eng macam tidak peduli apa jadi dalam DAP Melaka? Sejauh mana kebenaranya atau adakah Guan Eng menunggu masa untuk bertindak balas terhadap seterunya ADUN Kota Melaka, Sim Tong Him yang tidak menyokong Guan Eng dalam pemilihan berkenaan. Mungkin ada yang tidak sedar Guan Eng mempunyai kemnya tersendiri yang dianggotai isterinya sendiri dan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong. Manakala Sim Tong Him disokong ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Lim Jak Wong yang semenangnya tidak mahu Guan Eng menerajui DAP Melaka.

Betty Chew sendiri juga amat jarang sekali dilihat di kawasan yang diwakilinya iaitu DUN Kota Laksamana. Mungkin dia lebih aman tinggal dalam Istana Kebal bersama suaminya daripada menyelesaikan masalah penduduk di DUN Kota Laksamana. Maka…sanggupkah orang Melaka memberikan undi sekali lagi kepada isteri Ketua Menteri yang kini menikmati gaji dan elaun ADUN sedangkan dia sudah hidup senang lenang dalam istananya…? Tepuk dada, tanya selera!

Sedangkan Lim Guan Eng sendiri gagal selesaikan masalah kepimpinan di negerinya sendiri…macamana pula ‘Anak Terbuang Negeri Melaka’ ini hendak menyelesaikan masalah di Pulau Pinang? Patutlah kini ramai pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat dan DAP Pulau Pinang memberontak dengan gaya kepimpinan kuku besinya. Inilah rupa sebenar Lim Guan Eng yang kononya mencontohi Khalifah Umar Abd Aziz dan cuba pula mempermain-mainkan orang Melayu/Islam di Pulau Pinang.

Penyokong DAP Melaka merungut kerana mereka di tinggalkan tanpa pesan dalam pilihanraya lepas dan kini mereka telah di anak tirikan. Perjuangan mereka telah di sia-siakan oleh Lim Guan Eng dan isterinya dan menyifatkan Lim Guan Eng lebih mementingkan diri dan mengamalkan politik rumah tangga dari mengutamakan penyokong sendiri.

Advertisements
Published in: on February 24, 2010 at 08:02  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/02/24/lge-habis-madu-sepah-dibuang/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. Wahhhh

    Ini Macam Scenario dari Pua Chu Kang!

  2. BD,
    There’s something substantive that you’ve disclosed and I’m sure the voters in the respective constituencies in Melaka would like to know.
    Get it translated in Chinese and have it circulated in the respective places in Melaka. Lets see the fun!

    • Gula Melaka semua dah habis
      DiJual Olih Ketua Menteri
      Kalau Tuan ingin mencari
      Kepulau Pinang madu kuberi

      Ketua Melaka dikata perasuah
      Olih pengreformasi UMNO
      Tapi Melaka tetap Teguh
      Sedangkan Selangor sudah K O

  3. i knew from the very beginning that Guan Eng got something to hide in malacca. thats why he contested in penang. he’s afraid he might lose in kota melaka coz the grassroot hate him. thus the people of Malacca/Malaysia should think carefully..deeply before they cast their vote coz DAP @ LGE is no more then a liar..

  4. Mr.RM.13m,

    Like father like son. DAP Melaka tada hormat sama LKS as a matter of course the son kena tapau dan buang negeri. LKS and LGE runs the party like personal property. Tahniah pada DAP Melaka. Kita tengok macam mana DAP Penang handle dia. Dia tidak ada jiwa rakyat. Dia pentingkan jawatan saja. Itu pasal Penang goverment ada banyak problem dgn rakyat. Lim Kit Siang mesti malu
    punya. Mana mau taruk muka…depan kepala jugaklah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: