Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dijangkakan akan mengumumkan Model Ekonomi Baru (NEM) Malaysia 30 Mac ini. Ini merupakan tindakan strategik beliau paling penting, sejak mengambil alih sebagai perdana menteri Malaysia ke VI April tahun lepas. Thema ‘1 Malaysia: Rakyat diutamakan, pencapaian ditingkatkan’ menjadi asas bagi model yang bakal menjadi blue print bagaimana ekonomi Malaysia akan dicorakan, dalam dekad kedua abad ke 21 ini.
PM Dato’ Seri Najib semenjak setahun ini mirip kepada liberalisasi ekonomi sebagai langkah untuk memacu negara kehadapan. Apabila Kabinet sulung beliau diumumkan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Korperasi (MECD) telah dimansuhkan. Sebaliknya, fungsi kementerian yang sebelum ini menjadi tunggak pembangunan ‘Agenda Ekonomi Melayu’ diagih dan pikul oleh lapan kementerian lain. Ramai melihat tindakan ini sebagai tidak menguntungkan Melayu kerana sebelum ini MECD mempunyai kementerian khusus dengan seorang Menteri, 2 Timbalan Menteri dan sistem sokongan dan perlaksanaan kementerian yang lengkap diterajui seorang KSU dan 2 Timbalan KSU. Walaupun fungsi ini masih diteruskan 8 kementerian lain, namun fungsi ini menumpang dalam struktur kementerian yang sudahpun mempunyai fokus masing masing dan dikhuatiri ‘Agenda Ekonomi Melayu’ ini menjadi ‘anak tumpang’ (anak tiri) dan tidak diberikan perhatian sewajarnya.
Kemudian PM Dato’ Seri Najib mengumumkan pula liberasi pasaran modal yang tidak lagi mensyaratkan 30% pegangan Bumiputera bagi penyeneraian baru dalam Bursa Malaysia. Beberapa sub-sektor pasaran modal dan kewangan juga dibuka sepenuhnya bagi firma antarabangsa untuk beroperasi tanpa sekatan, walaupun mensyaratkan firma ini mempunyai rakan kongsi rakyat tempatan, termasuk golongan professional Bumiputera. Liberalisasi ini memungkinkan firma pasaran modal dan kewangan Barat untuk datang dan buka operasi di Malaysia.
Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN) yang diumumkan PM Dato’ Seri Najib juga bukan sahaja tidak melambangkan orang tempatan dan rakyat Malaysia, malah orang Melayu merupakan minoriti dikalangan penasihat asing bagi melakarkan plan ekonomi yang sewajarnya merangkumi kepentringan orang Melayu sebagai warga majoriti Malaysia. Lebih membimbangkan ialah sebilangan dari MPEN merupakan golongan ekonomis yang mirip kepada Bank Dunia/IMF sedangkan Malaysia pernah mengabaikan penyelesaian barat bagi menangani kemelut ekonomi dan kewangan Asia 1997-8 dengan preskripsi sendiri. Percaturan PM ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad ternyata berjaya dan memberi kesan pemulihan dalam jangkamasa singkat.
PM Dato’ Seri Najib yang mewarisi pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi juga memilih untuk meneruskan dasar dan perlaksanaan yang sama atas alasan kesinambungan dan konsistensi, walaupun sudah terbukti tidak effektif, kos tinggi (mahal) dan pulangan-atas-pelaburan (return on investment) yang tidak produktif. Antara paling nyata ialak korridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia, Korridor Utara dan ECER. Berbillion RM telah dibelanjakan dan kesan samada nyata (tangible) ataupun proses-membangunkan (work in progress) amatlah mengecewakan sehingga tahap membimbangkan. Ramai juga menyifatkan korridor seperti Iskandar Malaysia sebagai “Mahal rantai dari beruk”.
Pentadbiran PM Dato’ Seri Najib juga amat gemar untuk melantik firma perundingan dan golongan professional untuk membuat pelbagai kajian dan kemudian memajukan penyelesaiaan akademik dan ‘buku-teks’ samada tidak praktikal kerana budaya penerimaan tempatan, ‘cerap-cetak’ penyelesaian Barat untuk implementasi di Malaysia dan andaian yang tidak munasabah bagi penentuan kejayaan. Sejak zaman PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, terlalu banyak fungsi agensi tertentu seperti EPU, MAMPU, ICU dan sebagainya kini diambil alih firma perunding , termasuk luar negara.
Paling terbaru ialah firma perunding strategik bagi imej dan branding Apco telah dilantik untuk projek tertentu. Perunding asing menjadi pilihan Kerajaan Persekutuan untuk membaiki imej negara dikalangan kacamata golongan pelabur dan pedagang Barat. Persoalan sekarang, mengapa ekonomi untuk ‘mengampu’ golongan ini menjadi satu yang diusahakan begitu sekali? Missi missi perdagangan ke Barat menunjukan ‘kiblat’ model perdagangan antarabangsa Malaysia sudah mula kembali ke zaman semasa asal penubuhan negara ini dahulu.
Ramai berpendapat Industrial Master Plan (IMP) perlu dirombak dan kaji pendekatan dan perlaksanaanya. Fokus kepada pelaburan luar (FDI) sudah tidak lagi relevan atas banyak sebab. Antaranya, kos pengeluaran yang rendah bukan lagi penawaran utama mengenai industri Malaysia dan pengujudan peluang pekerjaan merupakan satu dasar yang sedang menjadi produkviti songsang (counter productive) kerana industri kini menjadi salah satu alasan kebanjiran pekerja asing.
Sejarah menunjukan bahawa firma industri FDI yang beroperasi dalam Malaysia selama 40 tahun ini tidak lagi memberikan banyak kepentingan kepada negara melainkan mengimbuhkan peningkatan KDNK. Ini kerana banyak syarikat ini menerima pelbagai insentif seperti pelepasan cukai, taraf perintis dan tidak disyaratkan untuk membuka pegangan saham kepada rakyat tempatan. Firma firma ini juga tidak banyak menyumbang kepada peningkatan modal insan dan jauh sekali pemindahan teknologi (technology transfer). Kesan strategik FDI dari sudut pembangunan agenda DEB selain dari mengujudkan pasaran tenaga kerja tidaklah ketara.
Malaysia perlu memberikan fokus kepada pelaburan dalaman (Domestic Direct Investment). Sejumlah RM 28-30 billion mengalir keluar dan dilaburkan oleh industri Malaysia diluar dan satu dasar khusus perlu untuk menarik sektor ini kembali. Kerajaan juga perlu membangunkan program R & D tempatan dan proses pengkommersialisasi kerana banyak SME/I tempatan terutama usahawan Melayu akan mendapat terlalu banyak menafaat membangunka produk dan pasaran mereka, terutama dalam rantau Asia dimana pasaran barangan kepengunnaan adalah berkembang pesat.
Dimasa lepas, Kerajaan banyak mengujudkan pelbagai dana dan program pembiayaan bagi usahawan Melayu seperti TEKUN, PROSPER dan sebagainya. Program pembangunan khusus seperti pengembangan pasaran, meningkatkan proses dan kadar pengeluaran serta induksi kepada tekonologi termasuk ICT dan pengurusan kewangan dan pembiayaan amat penting bagi untuk menentukan SME/I Melayu terus berjaya dan mampu terus menguasai, sekiranya tidak mengembangkan pasaran. Semua program program ini memerlukan koordinasi khusus kerana ianya dibangunkan pelbagai agensi bawah pelbagai kementerian dan usaha ini juga wajar disertai oleh GLC. Setakat ini penyertaan GLC dalam program pembangunan SME/I Melayu tidaklah cukup membanggakan.
Kerajaan Persekutuan bawah pentadbiran PM Dato’ Seri Najib kini cuba memberikan tumpuan kepada sektor perkhidmatan untuk menyumbang kepada pendapatan negara berbanding industri, yang suatu masa dahulu mengambil alih dari sektor perusahaan utama dan pentadbiran. Mengembangkan sektor ini akan secara automatiknya memberikan penekanan kepada subsektor yang membawa nilai tinggi seperti pasaran modal, kewangan dan pembiayaan pinjaman, perundingan dan sistem sokongan kepada aktiviti sediada. Sekiranya pasaran sektor dan subsektor ini dibuka kepada firma asing, terutama MNC dari Amerika Syarikat dan Eropah, maknanya mereka dikalangan bermodal besar dan rangkaian kuat akan membolot semua peluang yang ada.
Apabila membincangkan ‘Model Ekonomi Baru’ Malaysia, maka soal pembangunan modal insan dan keduukan sosio-ekonomi rakyat wajar menjadi tunggak plan dasar. Ini merupakan konsisten dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Malaysia ke II Tun Abdul Razak Hussein sebagai penyelesaian masalah ketidak sama rataan kedudukan dan tahap sosio-ekonomi antara etnik dan mengurangkan jurang perbezaan antara kawasan urban dan luar bandar. NEM perlu meneliti kemudahan dan sukatan pendidikan dan pengajian tinggi serta kemampuan tenaga untuk menguasai kecekapan yang sesuai dengan keperluan pasaran dan masa hadapan.
Debat mengenai pembangunan modal insan diperingkat IPT masih berterusan, walaupun Kerajaan mirip untuk mengurangkan kuota kemasukan orang Melayu dan Bumiputera kedalam IPTA. Ini kerana orang Melayu dan Bumiputera hampir bergantung sepenuhnya kepada kesemua 30 IPTA kerana rata rata tidak mampu untuk memasuki IPTS dan belajar diluar negara. Namun begitu, Bukan Melayu tidak pula menyediakan cukup peluang termasuk pembiayaan kedalam kedalam 300 buah IPTS (termasuk IPT luar negara yang beroperasi dalam Malaysia) bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Kami di BigDogDotCom masih lagi percaya usaha untuk meningkatkan pendapatan aggregat dengan menambah aktiviti ekonomi domestik dan tidak bergantung pada pasaran luar negara, termasuk sektor perkhidmatan dan pelancungan merupakan selesaian terbaik untuk mengukuhkan kekuatan ekonomi. Pengalaman kemelut ekonomi global masa kini yang begitu membelenggu Amerika Syarikat dan Eropah berbanding dengan China dan India adalah contoh paling baik.
Ekonomi Malaysia mempunyai kekuatan tersendiri dengan kadar simpanan antara paling tinggi dalam dunia. Penggantungan kepada pasaran modal dan kewangan antarabangsa sebagai pemangkin ekonomi wajar dikurangkan dan syarikat tersenarai tempatan wajar mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan menggunakan pasaran pinjaman dan bon tempatan, yang dikira masih mempunyai peluang dan ruang untuk dimatangkan.
Walaupun DEB telah dilaksanakan hampir 40 tahun, namun pencapaian sasaran golongan Melayu dan Bumiputera untuk menguasai 30% ekonomi dengan memperkembangkan ‘kek ekonomi tanpa mengambil hak orang lain’ masih belum tercapai. Antara faktor yang paling ketara ialah pengembangan dan kadar peningkatan ekonomi etnik lain berbanding orang Melayu adalah tidak sekata dan setara. Selain dari peningkatan infrastruktur, program khusus pembangunan sosio-ekonomi luar bandar rata rata berjaya meningkatkan tahap pendidikan dan kecekapan. Namun program untuk meningkatkan golongan menengah ekonomi (economic middle class) terutama golongan usahawan SME/I rata rata gagal.
Antara sebab ketara kegagalan ialah ‘sekatan bukan tariff’ (non tariff barriers), terutama bagi firma dan usahawan yang baru menapak dalam sektor tertentu yang perlu bersaing dengan sengit. Ujud industri dimana etnik tertentu menguasai hiliran dan pasaran memberikan tekananan, terutama apabila ianya melibatkan oligopoli. Peranan firma MNC dan dikuasai Bukan Melayu dalam pembangunan modal insan orang Melayu dan Bumiputera adalah amat meleset terutama ada syarikat mensyaratkan penguasaan bahasa tertentu seperti Mandarin bagi penawaran jawatan. Rata rata, firma MNC dan dikuasai Bukan Melayu cenderung untuk tidak menawarkan jawatan pengurusan menengah dan strategik kepada professional Melayu walaupun layak. Sebagai contoh, banyak eksekutif Melayu sudah membuktikan mereka mampu menerajui jawatan strategik termasuk MNC seperti Shell. Namun tidak banyak firma Bukan Melayu yang memberikan peluang kepada professional Melayu.
Pendekata, keadaan ‘padang permainan itu tidak pernah rata’ (the level of the playing field was never even).
Kini ujud pula desas desus bahawa Kerajaan berhasrat untuk meliberalisasikan peranan profesional Melayu dalam jawatan tertinggi perkhidmatan awam dan GLC, termasuk Petronas. Ini kerana mungkin ujud keperluan politik bagi dasar baru ini, walaupun ada GLC yang menunjukan prestasi ‘firma Fortune 500’ dibawah teraju hampir 95% professional Melayu.
Sekiranya NEM Malaysia dan Rancangan Malaysia ke 11 (RMK 11) yang bakal diumumkan PM Dato’ Seri Najib memberikan tumpuan dan penekanan kepada aktiviti nilai tinggi dengan membuka dan meliberalisasikan ekonomi Malaysia, maka orang melayu sebagai majoriti rakyat tidak akan meraih keuntungan dalam kadar sebagaimana etnik lain. Jurang sosio ekonomi antara etnik makin lebar dan secara strategiknya, ianya tidak akan menjamin kesejahteraan dan kestabilan yang berpanjangan untuk menentukan pengembangan ekonomi konsisten dan dapat dikekalkan. Bayangkan apa akan jadi kepada sesuatu liga pertandingan sekiranya banyak dari padang permainanya sebenarnya tidak sama rata.
Apakah juara pertandingan tersebut akan berkekalan sebagai juara dan menjamin tiada pihak yang tidak akan ‘mengelat’?
Keperluan untuk mempertingkat proses pembinaan negara-bangsa itu amat penting dan kedudukan Malaysia sebagai negara perdagangan ke 18 dunia makin memberikan cabaran. Namun dalam keghairahan kita mengejar pencapaian mercu tanda dalam arena global, janganlah sampai terjadi ‘Kera dihutan disusukan, anak dibuaian mati tak makan’.
*Dikemas kini 1100pm
Zarinah should really answer for ECM Libra-Avenue merger
Securities Commission Chairman Tan Sri Zarinah Anwar should really answer to the Malaysian public on the ECM Libra-Avenue Capital merger, which SC gave an approval in mid 2006.
Many Malaysians may conveniently forgotten the scandal that looms the merger of two financial houses Avenue Capital Bhd. and ECM-Libra Bhd., which was first proposed sometime in early December 2005. It started when Bumiputra Securities was hived off by Khazanah Holding Bhd. to some ex-Hong Leong Securities people during PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi time and the new owners and promoters of the securities firm decided to bring in then NSTP Deputy Chairman Kalimullah “Riong Kali” Hassan and then the recently resigned Deputy Chief of Staff in Prime Minister’s Office Khairy “The Most Powerful 28 years old in Malaysia” Jamaluddin into the board.
The inclusion of the two controversial characters opened a new dimension for ECM Libra. They aspire to be a boutique investment bank and wishfully, with a universal broking license. As the shareholders worth then was only RM 200 million, ECM Libra may not qualify for all the licenses they want. So it is naturally to bring in another firm to beef and muscle up their application.
Avenue Capital Bhd. at that time was the parent company of Avenue Securities and the largest shareholder is Ministry of Finance Inc. It was particularly controversial because Khairy as a Director, who is also son-in-law to PM ‘Flip-Flop’ Abdullah was making a proposal to MOF Inc for the the take-over (guised as a ‘merger’) and the latter is the Chairman. When rumours about the takeover were leaked in December 2005, journalist asked PM ‘Flip-Flop’ Abdullah who is also then the Finance Minister, “I don’t know, I am not involved”. The denial was totally inexcusable.
The merger was highly controversial. Amongst the issues are:
ECM Libra’s shareholders account was valued at only RM 200 million was to merge with Avenue Capital which was valued at RM 800 million. As the gap is so huge, efforts were made to prop up ECM Libra’s market value and bring down Avenue Capital’s to a point where goodwill was ‘impaired’ to the amount of RM 306 million, which is far more than the premium and reserve profit account combined. The impairment of goodwill was not illegal, but irregular to common practice.
Post merger (which in actual fact should be called a ‘hostile take-over’), ECM Libra as the ‘smaller fish eating the larger fish’ took control of the combined company ECM Libra-Avenue and decided to drop the name ‘Avenue’ entirely. Shortly, SC issued a universal broking license and ECM Libra is now an investment bank. Naturally, Khairy now calls himself an ‘investment banker’.
Then another controversy happened. The manner the Avenue Capital Bhd. EGM was conducted on 17 May 2006 raised so many eyebrows. The minority shareholders raised so many questions on the ‘irregularity’ on the process of the merger, which include mandatory general offer (MGO) not conducted and ‘interested parties’ were allowed to attend and actually voted in the EGM. Minority Shareholders Watchdog Group made a protest for the minority shareholders for the irregularities.
Complaints were lodged by so many parties, especially minority shareholders to SC for the ‘irregular’ processes, EGM and eventually announcements made through media, which some considered misleading. However, SC played deaf and dumb about it, so much so that the best that anyone got as a response was just a mere acknowledgment of complaint filed. Even Police reports were made to the Commercial Crime Division,which referred the matter back to SC as the ‘subject matter expert’ and never got a response.
This is where Zarinah is accountable and should answer to the Malaysian public. She and SC have the legal, moral and ethical obligation to explain with full disclosure on the merger and all the queries and complaints filed. Many saw the ECM Libra-Avenue as the point were capital and financial market savvy people started to diminish their ‘feel good factor’ what so many had on PM ‘Flip-Flop’ Abdullah (reflected on the 11th GE April 20004 thumping landslide victory) leadership and administration. Eventually, the same bullish people lost faith on the man who so many thought to be a ‘clean and pious’ leader.
In short, indirectly Zarinah played a strategically accessory role to BN’s poor performance in the 12th GE on 8 March 2008. Until today, BN has not manage to recover from the many of PM ‘Flip-Flop’ Abdullah’s mess, which include the ECM Libra-Avenue scandal. Now Rocky is reminding us all her role in Proton’s ‘slow death’, which was an orchestrated effort led by immediate past Proton Chairman Dato’ Azlan Hashim, who so many believed was acting on behalf of ‘Level Four Boys’. Then again, when talking about ‘Level Four Boys’, it is always about then the Mighty-Khairy.