Model Ekonomi Baru: Tidak untungkan Melayu secara langsung?

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dijangkakan akan mengumumkan Model Ekonomi Baru (NEM)  Malaysia 30 Mac ini. Ini merupakan tindakan strategik beliau paling penting, sejak mengambil alih sebagai perdana menteri Malaysia ke VI April tahun lepas. Thema ‘1 Malaysia: Rakyat diutamakan, pencapaian ditingkatkan’ menjadi asas bagi model yang bakal menjadi blue print bagaimana ekonomi Malaysia akan dicorakan, dalam dekad kedua abad ke 21 ini.

PM Dato’ Seri Najib semenjak setahun ini mirip kepada liberalisasi ekonomi sebagai langkah untuk memacu negara kehadapan. Apabila Kabinet sulung beliau diumumkan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Korperasi (MECD) telah dimansuhkan. Sebaliknya, fungsi kementerian yang sebelum ini menjadi tunggak pembangunan ‘Agenda Ekonomi Melayu’ diagih dan pikul oleh lapan kementerian lain. Ramai melihat tindakan ini sebagai tidak menguntungkan Melayu kerana sebelum ini MECD mempunyai kementerian khusus dengan seorang Menteri, 2 Timbalan Menteri dan sistem sokongan dan perlaksanaan kementerian yang lengkap diterajui seorang KSU dan 2 Timbalan KSU. Walaupun fungsi ini masih diteruskan 8 kementerian lain, namun fungsi ini menumpang dalam struktur kementerian yang sudahpun mempunyai fokus masing masing dan dikhuatiri ‘Agenda Ekonomi Melayu’ ini menjadi ‘anak tumpang’ (anak tiri) dan tidak diberikan perhatian sewajarnya.

Kemudian PM Dato’ Seri Najib mengumumkan pula liberasi pasaran modal yang tidak lagi mensyaratkan 30% pegangan Bumiputera bagi penyeneraian baru dalam Bursa Malaysia. Beberapa sub-sektor pasaran modal dan kewangan juga dibuka sepenuhnya bagi firma antarabangsa untuk beroperasi tanpa sekatan, walaupun mensyaratkan firma ini mempunyai rakan kongsi rakyat tempatan, termasuk golongan professional Bumiputera. Liberalisasi ini memungkinkan firma pasaran modal dan kewangan Barat untuk datang dan buka operasi di Malaysia.

Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN) yang diumumkan PM Dato’ Seri Najib juga bukan sahaja tidak melambangkan orang tempatan dan rakyat Malaysia, malah orang Melayu merupakan minoriti dikalangan penasihat asing bagi melakarkan plan ekonomi yang sewajarnya merangkumi kepentringan orang Melayu sebagai warga majoriti Malaysia. Lebih membimbangkan ialah sebilangan dari MPEN merupakan golongan ekonomis yang mirip kepada Bank Dunia/IMF sedangkan Malaysia pernah mengabaikan penyelesaian barat bagi menangani kemelut ekonomi dan kewangan Asia 1997-8 dengan preskripsi sendiri. Percaturan PM ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad ternyata berjaya dan memberi kesan pemulihan dalam jangkamasa singkat.

PM Dato’ Seri Najib yang mewarisi pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi juga memilih untuk meneruskan dasar dan perlaksanaan  yang sama atas alasan kesinambungan dan konsistensi, walaupun sudah terbukti tidak effektif, kos tinggi (mahal) dan pulangan-atas-pelaburan (return on investment) yang tidak produktif. Antara paling nyata ialak korridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia, Korridor Utara dan ECER. Berbillion RM telah dibelanjakan dan kesan samada nyata (tangible) ataupun proses-membangunkan (work in progress) amatlah mengecewakan sehingga tahap membimbangkan. Ramai juga menyifatkan korridor seperti Iskandar Malaysia sebagai “Mahal rantai dari beruk”.

Pentadbiran PM Dato’ Seri Najib juga amat gemar untuk melantik firma perundingan dan golongan professional untuk membuat pelbagai kajian dan kemudian memajukan penyelesaiaan akademik dan ‘buku-teks’ samada tidak praktikal kerana budaya penerimaan tempatan,  ‘cerap-cetak’ penyelesaian Barat untuk implementasi di Malaysia dan andaian yang tidak munasabah bagi penentuan kejayaan. Sejak zaman PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, terlalu banyak fungsi agensi tertentu seperti EPU, MAMPU, ICU dan sebagainya kini diambil alih firma perunding , termasuk luar negara.

Paling terbaru ialah firma perunding strategik bagi imej dan branding Apco telah dilantik untuk projek tertentu. Perunding asing menjadi pilihan Kerajaan Persekutuan untuk membaiki imej negara dikalangan kacamata golongan pelabur dan pedagang Barat. Persoalan sekarang, mengapa ekonomi untuk ‘mengampu’ golongan ini menjadi satu yang diusahakan begitu sekali? Missi missi perdagangan ke Barat menunjukan ‘kiblat’ model perdagangan antarabangsa Malaysia sudah mula kembali ke zaman semasa asal penubuhan negara ini dahulu.

Ramai berpendapat Industrial Master Plan (IMP) perlu dirombak dan kaji pendekatan dan perlaksanaanya. Fokus kepada pelaburan luar (FDI) sudah tidak lagi relevan atas banyak sebab. Antaranya, kos pengeluaran yang rendah bukan lagi penawaran utama mengenai industri Malaysia dan pengujudan peluang pekerjaan merupakan satu dasar yang sedang menjadi produkviti songsang (counter productive) kerana industri kini menjadi salah satu alasan kebanjiran pekerja asing.

Sejarah menunjukan bahawa firma industri FDI yang beroperasi dalam Malaysia selama 40 tahun ini tidak lagi memberikan banyak kepentingan kepada negara melainkan mengimbuhkan peningkatan KDNK. Ini kerana banyak syarikat ini menerima pelbagai insentif seperti pelepasan cukai, taraf perintis dan tidak disyaratkan untuk membuka pegangan saham kepada rakyat tempatan. Firma firma ini juga tidak banyak menyumbang kepada peningkatan modal insan dan jauh sekali pemindahan teknologi (technology transfer). Kesan strategik FDI dari sudut pembangunan agenda DEB selain dari mengujudkan pasaran tenaga kerja tidaklah ketara.

Malaysia perlu memberikan fokus kepada pelaburan dalaman (Domestic Direct Investment). Sejumlah RM 28-30 billion mengalir keluar dan dilaburkan oleh industri Malaysia diluar dan satu dasar khusus perlu untuk menarik sektor ini kembali. Kerajaan juga perlu membangunkan program R & D tempatan dan proses pengkommersialisasi kerana banyak SME/I tempatan terutama usahawan Melayu akan mendapat terlalu banyak menafaat membangunka produk dan pasaran mereka, terutama dalam rantau Asia dimana pasaran barangan kepengunnaan adalah berkembang pesat.

Dimasa lepas, Kerajaan banyak mengujudkan pelbagai dana dan program pembiayaan bagi usahawan Melayu seperti TEKUN, PROSPER dan sebagainya. Program pembangunan khusus seperti pengembangan pasaran, meningkatkan proses dan kadar pengeluaran serta induksi kepada tekonologi termasuk ICT dan pengurusan kewangan dan pembiayaan amat penting bagi untuk menentukan SME/I Melayu terus berjaya dan mampu terus menguasai, sekiranya tidak mengembangkan pasaran. Semua program program ini memerlukan koordinasi khusus kerana ianya dibangunkan pelbagai agensi bawah pelbagai kementerian dan usaha ini juga wajar disertai oleh GLC. Setakat ini penyertaan GLC dalam program pembangunan SME/I Melayu tidaklah cukup membanggakan.

Kerajaan Persekutuan bawah pentadbiran PM Dato’ Seri Najib kini cuba memberikan tumpuan kepada sektor perkhidmatan untuk menyumbang kepada pendapatan negara berbanding industri, yang suatu masa dahulu mengambil alih dari sektor perusahaan utama dan pentadbiran. Mengembangkan sektor ini akan secara automatiknya memberikan penekanan kepada subsektor yang membawa nilai tinggi seperti pasaran modal, kewangan dan pembiayaan pinjaman, perundingan dan sistem sokongan kepada aktiviti sediada. Sekiranya pasaran sektor dan subsektor ini dibuka kepada firma asing, terutama MNC dari Amerika Syarikat dan Eropah, maknanya mereka dikalangan bermodal besar dan rangkaian kuat akan membolot semua peluang yang ada.

Apabila membincangkan ‘Model Ekonomi Baru’ Malaysia, maka soal pembangunan modal insan dan keduukan sosio-ekonomi rakyat wajar menjadi tunggak plan dasar. Ini merupakan konsisten dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Malaysia ke II Tun Abdul Razak Hussein sebagai penyelesaian masalah ketidak sama rataan kedudukan dan tahap sosio-ekonomi antara etnik dan mengurangkan jurang perbezaan antara kawasan urban dan luar bandar. NEM perlu meneliti kemudahan dan sukatan pendidikan dan pengajian tinggi serta kemampuan tenaga untuk menguasai kecekapan yang sesuai dengan keperluan pasaran dan masa hadapan.

Debat mengenai pembangunan modal insan diperingkat IPT masih berterusan, walaupun Kerajaan mirip untuk mengurangkan kuota kemasukan orang Melayu dan Bumiputera kedalam IPTA. Ini kerana orang Melayu dan Bumiputera hampir bergantung sepenuhnya kepada kesemua 30 IPTA kerana rata rata tidak mampu untuk memasuki IPTS dan belajar diluar negara. Namun begitu, Bukan Melayu tidak pula menyediakan cukup peluang termasuk pembiayaan kedalam kedalam 300 buah IPTS (termasuk IPT luar negara yang beroperasi dalam Malaysia) bagi orang Melayu dan Bumiputera.

Kami di BigDogDotCom masih lagi percaya usaha untuk meningkatkan pendapatan aggregat dengan menambah aktiviti ekonomi domestik dan tidak bergantung pada pasaran luar negara, termasuk sektor perkhidmatan dan pelancungan merupakan selesaian terbaik untuk mengukuhkan kekuatan ekonomi. Pengalaman kemelut ekonomi global masa kini yang begitu membelenggu Amerika Syarikat dan Eropah berbanding dengan China dan India adalah contoh paling baik.

Ekonomi Malaysia mempunyai kekuatan tersendiri dengan kadar simpanan antara paling tinggi dalam dunia. Penggantungan kepada pasaran modal dan kewangan antarabangsa sebagai pemangkin ekonomi wajar dikurangkan dan syarikat tersenarai tempatan wajar mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan menggunakan pasaran pinjaman dan bon tempatan, yang dikira masih mempunyai peluang dan ruang untuk dimatangkan.

Walaupun DEB telah dilaksanakan hampir 40 tahun, namun pencapaian sasaran golongan Melayu dan Bumiputera untuk menguasai 30% ekonomi dengan memperkembangkan ‘kek ekonomi tanpa mengambil hak orang lain’ masih belum tercapai. Antara faktor yang paling ketara ialah pengembangan dan kadar peningkatan ekonomi etnik lain berbanding orang Melayu adalah tidak sekata dan setara. Selain dari peningkatan infrastruktur, program khusus pembangunan sosio-ekonomi luar bandar rata rata berjaya meningkatkan tahap pendidikan dan kecekapan. Namun program untuk meningkatkan golongan menengah ekonomi (economic middle class) terutama golongan usahawan SME/I rata rata gagal.

Antara sebab ketara kegagalan ialah ‘sekatan bukan tariff’ (non tariff barriers), terutama bagi firma dan usahawan yang baru menapak dalam sektor tertentu yang perlu bersaing dengan sengit. Ujud industri dimana etnik tertentu menguasai hiliran dan pasaran memberikan tekananan, terutama apabila ianya melibatkan oligopoli. Peranan firma MNC dan dikuasai Bukan Melayu dalam pembangunan modal insan orang Melayu dan Bumiputera adalah amat meleset terutama ada syarikat  mensyaratkan penguasaan bahasa tertentu seperti Mandarin bagi penawaran jawatan. Rata rata, firma MNC dan dikuasai Bukan Melayu cenderung untuk tidak menawarkan jawatan pengurusan menengah dan strategik kepada professional Melayu walaupun layak. Sebagai contoh, banyak eksekutif Melayu sudah membuktikan mereka mampu menerajui jawatan strategik termasuk MNC seperti Shell. Namun tidak banyak firma Bukan Melayu yang memberikan peluang kepada professional Melayu.

Pendekata, keadaan ‘padang permainan itu tidak pernah rata’ (the level of the playing field was never even).

Kini ujud pula desas desus bahawa Kerajaan berhasrat untuk meliberalisasikan peranan profesional Melayu dalam jawatan tertinggi perkhidmatan awam dan GLC, termasuk Petronas. Ini kerana mungkin ujud keperluan politik bagi dasar baru ini, walaupun ada GLC yang menunjukan prestasi ‘firma Fortune 500’ dibawah teraju hampir 95% professional Melayu.

Sekiranya NEM Malaysia dan Rancangan Malaysia ke 11 (RMK 11) yang bakal diumumkan PM Dato’ Seri Najib memberikan tumpuan dan penekanan kepada aktiviti nilai tinggi dengan membuka dan meliberalisasikan ekonomi Malaysia, maka orang melayu sebagai majoriti rakyat tidak akan meraih keuntungan dalam kadar sebagaimana etnik lain. Jurang sosio ekonomi antara etnik makin lebar dan secara strategiknya, ianya tidak akan menjamin kesejahteraan dan kestabilan yang berpanjangan untuk menentukan pengembangan ekonomi konsisten dan dapat dikekalkan. Bayangkan apa akan jadi kepada sesuatu liga pertandingan sekiranya banyak dari padang permainanya sebenarnya tidak sama rata.

Apakah juara pertandingan tersebut akan berkekalan sebagai juara dan menjamin tiada pihak yang tidak akan ‘mengelat’?

Keperluan untuk mempertingkat proses pembinaan negara-bangsa itu amat penting dan kedudukan Malaysia sebagai negara perdagangan ke 18 dunia makin memberikan cabaran. Namun dalam keghairahan kita mengejar pencapaian mercu tanda dalam arena global, janganlah sampai terjadi ‘Kera dihutan disusukan, anak dibuaian mati tak makan’.

*Dikemas kini 1100pm

 

Advertisements
Published in: on March 11, 2010 at 01:56  Comments (54)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/03/11/model-ekonomi-baru-tidak-untungkan-melayu-secara-langsung/trackback/

RSS feed for comments on this post.

54 CommentsLeave a comment

  1. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
    Terlepas mulut harimau masuk mulut buaya.

  2. Bro,

    Aku dah cakap dari dulu lagi yang Najib tak boleh dipercayai. Mangkuk betullah UMNO ni memilih pemimpin. Kita sebenarnya masih ketandusan NEGARAWAN selepas era Tun Dr M. Yang ada pemimpin separuh masak yang ‘janji ada’ pemimpin.

    Pemimpin bacul dan apologetik tidak layak memimpin.. Kenapakah Tun Dr M yg dikatakan DIKTATOR masih lagi mampu meraih sokongan 2/3 dan juga mendapat sokongan masyarakat Cina tanpa perlu mengorbankan apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Kenapakah apabila Melayu berbicara mengenai HAK MEREKA di dalam Perlembagaan diakatakan RASIS tetapi kononnya kebebasan bersuara kepada puak Cina dan India yang saban hari menuntut sesuatu yang berada di luar perlembagaan.

    Kek Ekonomi mereka telah kuasai dan masih lagi ingin dikuasai 100%. Apakah mereka tidak memikirkan kesan buruk yang bakal timbul jika PRIBUMI terpinggir?

    Kalau mengikut kata PENCACAI NAJIB di dalam FB, ini semua STRATEGI Najib!!!. Hahahaha, Strategi apakah jika semua AFFIRMATIVE ACTION CONFIRMED towards Chinese favour? Tamak dan semakin tamak. Sudahlah tamak lagi mau hidup cara Hongkong, Taiwan. Inilah si kitol baru… Lepas mulut buaya masuk mulut harimau. Malanglah kamu wahai MELAYU yang mewakili 66.7% tetapi TAKUT dan BACUL berhadapan dengan CHINKY 24.7%

    • strategi tahi kucing !!

      Sekarang ni, menteri nampak macam malas nak pikir. Nak cepat-cepat keluar dari ofis pi main golf, lagipun buggy dah murah sekarang ni.. cuma kereta kancil aku masih lagi mahal berbanding dengan badan kereta.

      Lantiklah perunding la, cons- sultan, setan la macam-macam sebab malas pikir. Dah la upah service cons – setan ini mahal nak mampos, kerja tak seberapa. Entah-entah cerap balik repot-repot lama atau repotrepot org lain dah buat, kerja olah sikit sebanyak je.

      Contohnya, beriya-iya sangat nak buat cara beli minyak dgn mykad. Tak nak dengar suara orang. Tengok apa jadi? Nasib baik dah scrap tapi duit hilang juga dok buat bayar cons – setan ni.

      Ni yang menjadi kepala draft ekonomi baru ni bekas ketua maybank yang pergi beli bank indonesia yang ternyata teruk sekali. Bertungkus lumus, nasib tak bankrap saja maybank menyelamatkan keadaan.

      1Rojak, Rakyat dijuluki buntut, Pencapaian di senggamakan

    • setuju dgn anda..kita sebenarnya masuk kedalam mulut buaya selepas terselamat dari mulut harimau..kita sesungguhnya amat ketandusan pemimpin selepas era TDM..oh, dimana kan kami cari ganti!

  3. Tun M pernah kata, “Kita tengok dan belajar apa yang negara luar buat,kemudian kita sesuaikan dengan negara kita”. Bukannya disuruh tiru bulat2…

  4. Nampakanya gelombang penentangan terhadap pemimpin Melayu yang tidak berjiwa Melayu telah bermula sekali lagi….

    Apapun ia perlu diwar-warkan sekiranya pemimpin dilihat telah tersasar dari matlamat yang sebenarnya….

    Saya berpendapat DS Najib merupakan pemimpin yang terakhir dari UMNO sekiranya ia tidak membetulkan halatuju yang semakin terpesong…

    Mungkin kita perlu kembali ke sistem lama Melayu yang sudah pasti lebih mengutamakan Melayu dan Islam ?????

    • semakin hari semakin hampa saya dengan cara pentadbiran dato najib. cara pentadbirannya pun masih lintang pukang. lebih kurang sama dengan pak lah sahaja.

  5. Are we expecting another useless feel good concepts to be forced down our throat a-la Badawi’s hadhari where so much time and resources are wasted. Government employees being forced to attend seminars, forums and leaving their work, not attending to their customers i.e. the public.

    Hopefully this time not another Koridor beratus billion sana, Koridor beratus billion kat sini. We do love rhetoric and fairy tales aren’t we?

    Jack Welch, immediately after his appointment as the CEO of GE, closed down the department that previously was handling strategic management of the GE Group.

    Formulating strategy, Welch said, is the job of the CEO.

    In typical Malaysian fashion, we will always worship CONsulting firms with mat salleh sounding names especially when the mat salleh themselves will be telling us on what to do to our own country.

    Our people are no good, I think.

    • DS Najib is an Ardent Follower of “The Blue Ocean Strategy”

      Has anyone read the Book? Can give us an inkling of what it espouse? I am told this is Najib’s Bible for Management.

      • Blue Ocean Strategy = find your own niche, create uncontested market space, position your market differently from others.

        The strategy has been around for q while but lately becoming more popular and well known after some clever fella coined the term – Blue Ocean.

        It is a vast market out there, we should find our own corner, park our barrow at places not traditionally popular to other traders, get the customers to notice us and make them look at us differently, in a more attractive ways.

        Definitely needed when we are competing with many other countries that can also offer similar to what we have.

        As for me, I think the hard part is the execution and the realisation of ideas.

      • playing with terms and definition. Jack of all trades, master of none.
        Alice in Wonderland… as alice is walking down the road, she saw three paths and a cat sitting on a tree near the three paths. alice asked the cat “where path should she chose”. The cat asked “Do you know not where you heading” and alice said “no..”.
        The cat replied “Then it does matter not which path you took”.
        Blue ocean theory, without a conscience and a vision, a niche is just as good as any other theories or “path”…. useless.

  6. Najib..Najib

    Kau jangan jadi macam adik kau si Nazir tu sudahlah. Habis CIMB bank dibabikan dari atas sampai bawah. Bank yang dulunya dikuasai oleh orang Melayu sekarang ni di Cina kan habis-habisan. Pada kau Nazir tu pukimak nombor satu bangsa Melayu. Dia tak sadar dia duduk kat atas tu pasal bapak dia razak dan abang dia Najib. Tapi bila kat atas dia lupa diri dan perlakukan bank tu macam bapak dan adik beradik dia punya.

    Aku bukan apa, takut Najib ni bukan saja dapat pengaruh Rosnah tapi adik setan dia jugak, Nazir. Ranap lah Malaysia di buatnya. Kalau dulu negara kita dikenali sebagai Tanah Melayu dan lepas tu tukar jadi Malaysia dan tak hairan kalau esok nanti tukar pula jadi Tanah Cina. Terimakasih aku ucapkan kepada Najib dan Nazir kerana berjaya membuat bangsa Melayu merempat di tanah sendiri. Cukuplah Singapura menjadi pelajaran kepada kita.

    Aku bukan apa, takda satu negara atau bangsa kat dunia ni yang sanggup atau boleh diperlakukan sebegini rupa seperti bangsa Melayu. Kat Malaysia ni, bangsa pendatang diberi first class treatment dan bangsa sendiri dikutuk dan di anak-tirikan. Bukan saja Cina aje naik tocang malah India pun dah jadi berani sekarang. Dan lebih pelik lagi kenapa bangsa India kat sini boleh tukar jadi bangsa Melayu. Satu persoalan timbul, andainya bangsa Melayu berhijrah ke Cina atau India, bolehkan bangsa kita dapat seperti apa bangsa Cina dan India dapat di Tanah Melayu!!

  7. wa bd hows europe.

  8. Najib tidak boleh menghapuskan projek-projek koridor yang diperkenalkan pada zaman dolah badawi kerana ada kepentingan sendiri.

    Projek projek bodoh itu terutamanya iskandar malaysia di johor memerlukan wang ringgit/funding kerana projek itu adalah usahasama kerajaan dan sektor swasta. Sudah tentu bank bank utama di malaysia terutamanya cimb akan secara tidak langsung bermanfaat dari projek itu.

    Cuba lihat sahaja projek di selatan johor, sekarang kita sudah pun berada pada penghujung rmk9 (2006-2010), dan pada bulan jun nanti, najib akan membentangkan rmk10. Tetapi di johor bahru, pihak IRDA baru sahaja terhegeh hegeh memulakan projek projek rmk9. Berdasarkan kepada prestasi semasa, ada kemungkinan besar, projek2 RMK9 ini akan berterusan untuk 2-3 tahun lagi. Perkara yang sama berlaku juga kepada agensi agensi koridor yang lain yang masih mencari-cari fungsi dan objektif penubuhan seperti NCIA, SEDIA (Sabah), ECER, dll. Berjuta juta duit rakyat telah di salurkan untuk membiayai agensi agensi koridor ini untuk tujuan promosi, penyelidikan, dan sebagainya, tetapi, setelah 3-4 tahun, impak kepada rakyat masih samar samar. Adakan wajar Najib untuk terus menutup mata dan membiarkan duit rakyat di bakar begitu sahaja atas alasan “pembangunan”?

    Dan semestinya, Nazir akan memberikan idea idea “bernas” nya demi kepentingan bangsa CIMB (cina india melayu bodoh).

    tambahkan riba’, gandakan usaha untuk memiskinkan rakyat!

  9. Najib dibesarkan diluar negara.Perkara berkaitan sosial tiga bangsa utama Melayu /Cina/India dia kurang faham.Najib bukan Tun Razak.Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri yang berorientasikan kampung umpamanya ,dibesarkan di Malaysia/berpendidikan diMalaysia sekurang-kurangnya sehingga peringkat Universiti dan tahu budaya bangsa-bangsa tersebut maka barulah dia tahu aspirasi bangsanya iaitu MELAYU. 1 Malaysia najib kebanyakkannya nak ambil hati(undi) orang Cina dan India,KAUM MELAYU pula dikorbankan dengan langkah – langkah ke arah 1 Malaysia yang merugikan orang Melayau

    • Ini aku setuju sangat sangat!!

      DS Najib ialah aristokrat & blue-blood, ikut salasiah mana sekalipun! DS Najib sekolah luar negara; Malvern dan Nottingham. Kerja pertama pulak Petronas.

      Mana pernah merasa apa rakyat marhaen rasa!!!!

      Amak dia sendiri bersekolah di Eton College, dkt Windsor!

      DS Najib sibuk betul nak menhidupkan legasi ayahandanya Tun Razak. Pergi lawat China lah. Pergi jalan dalam Chinatown la. Pergi lawat India lah. Pergi Thaipusam lah.

      Tun Razak memang pentingkan org Melayu! Lihat DEB, lihat MARA (ujudkan MRSM, IKM & biasiswa luar negara). Tun Razak ujudkan micro loan utk golongan peniaga kecik Melayu.

      Tapi walaupun seabagi aristokrat Tun Razak ialah socialist-minded. DS Najib is aristocrat minded, living like an aristocrat!

      Lihat rumah di Taman Duta, macam istana! Dia ada rumah dalam kawasan berpagar St Mary’s di Kensington. DS Rosmah dipandu dalam Merc S350L. Kalau keluar negara naik private jet (tak guna MAS)!!!

      Masa lawatan akhir Tun Razak ke London sebelum meninggal, dia pergi sorang (tak bawak Tun Rahah pun), sebab nak jimat duit kerajaan & sendiri. Tengok Rosmah hari ini. Siap ada ADC!

      Orang lifestyle cam gini tak pikir langsung rakyat marhaen. Dia pikir golongan yg masuk majalah Tattler ja!!!

      Soal ekonomi, nak pikir rakyat marhaen???? SORILAH!!!!

      Adik di towkay CIMB. Habis dia buang semua pengurus kanan Melayu & diganti Cina dan Mat Salleh! Penasihat dia sapa, tanyalah???

      Omar Ong & Jho Loh. Dua dua anak cina!

      Apasal tak amik org Melayu yg pandai pandai sebagai penasihat? Dah tak da lagi ke?

      Ramai professional Melayu yg punya pengalaman amat berharga bangunkan ekonomi Melayu/Negara: Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Desa Pachi, Tan Sri Arshad Ayub, Tan Sri Mohd. Ali Hashim, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Mahaleel, Dato Khatijah Ahmad dan ramai lagi……………….

      Datuk Nadzmi Salleh, Datuk Salleh Majid, Dato Rameli Musa, Tan Sri Hassan Merican….(Oh ya, DS Najib pecat Hassan, walaupun boleh bawak Petronas untung RM 89 billiun!!!)

      Apasal DS Najib tak consult Tun Dr Mahathir???

      Sebabnya: Eksyen sangat!

      • Tak Eksen…….Cuma Desperate

        Baru Baru ni….

        Anak DS Najib Menyanyi Lagu Cina dihadapan Makan Malam Peniaga Peniaga cina dengan sokongan Rosmah……

        Tu kan desperate nama nya!!

      • Nyanyi lagu cina? issh ! ishh ! sampai ke tahap pemimpin No. 1 negara nak membodek kaum-kaum yang menyalak.

        hah! bodek la lagi !
        http://www.malaysiakini.com/news/126327

        Apa kena si Najib ni? Tak serik serik lagi ke? Apologetik, bodek cina.. apa yang di dapat? Gerakan dah nak tikam belakang. Sekejap lagi MCA pula. DAP, Dong Zong etc tu tak yah citer la!

        Hah! pi bodek, pi tendang Melayu jauh-jauh. Buang segala apa yang telah ada pada Melayu dan Bumiputera, amik semua bagi kat cina menyalak tu..

      • antidurex,

        Belum tentu betul atau tidak apa Joe Black cakap tu. Dari cara dia buat komen, nampaknya kurang bertanggung jawab. Setakat ini tidak ada bukti, tidak ada “verifiable information”.

        Kemungkinan tu ada. Sebab Najib condong sangat kepada depa kebelakangan ini. Kalau betul, sudah teruk sangatlah Najib – amat berbeza dengan Tun Razak. Saya sangat setuju dengan apa Anak Watan cakap fasal belajar diluar negeri lama sangat. Tidak kuat semangat Melayunya. Nampaknya dia sudah kehilangan akar. Bukannya “neo-liberal”, mungkin “pseudo-liberal”, sebab tidak tahu dengan baik pemikiran, pendirian, cita rasa dan harapan orang Melayu.

        Yang saya hairan, mengapa Majlis Tertinggi UMNO tidak bersuara fasal ini. Apa mereka bersuara melalui “proper channel”, tidak mahu “rock the boat” yang berombang ambing dilautan penuh dengan yu dan jerong? Kalau dia tidak nakhodakan kapal dengan betul, akan karamlah kita. Perlu difikirkan sama ada dia patut dinyahkan jika asyik menyusu kera dihutan, anak dipangkuan kelaparan. Diharap dia masih memikirkan Melayu ada dipangkuannya. Jikalau tidak, jangan Melayu undikannya.

      • Bang Isa,

        cuba baca berita malaysia kini yg saya link-kan itu, kat atas. Saya pastekan sikit ni:-

        “‘The PM has turned to his family to help woo the Chinese back. Desperate times calls for desperate measures but getting his family to do a ‘Sound of Music’ number is pathetic.’

        Rosmah and son serenade Chinese business do”

        Teruknya! Satu keluarga dok mendayu-dayu kat kaum yang menyalak. Bila pulak Najib nak nyanyi kat Melayu? Selama ni dia dok asyik tendang Melayu aja?

      • antudurex,

        kalu betul mereka berbuat demikian, itu sudah melampau. Sudah “gone overboard”.

        Jika unsur-unsur DEB lenyap tidak kelihatan diMEB yang akan diumumkan nanti, menunjukkan kesanggupan Najib mengikis hak dan kepentingan Melayu bagi memenuhi kepentingan bukan Melayu, saya fikir Melayu nanti akan memaki hamun dan menyumpah dia, saperti Tengku A Rahman disumpah sehingga salepas mati kerana melepaskan Singapura keorang Cina.

        Amat sedihlah kita melihat anak Tun Razak yang tidak mengikut jejak langkah sibapak. Jika jahanam hak dan kepentingan Melayu dibuatnya, hanya Tuhan dan pengundi Melayu sahajalah yang membalasnya.

  10. Rakan rakan ,hari ini terdapat ramai Melayu yang dah tak mengaku diri mereka Melayu.Apa saja yang Melayu macam kita mahu pertahankan mereka akan maki hamun dan caci hingga ke datuk nenek kita.Mereka kata Melayu macam kita yang mahu mempertahankan HAK HAK MELAYU YANG TERKANDUNG DIDALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN adalah Melayu KOLOT lagi KETINGGALAN ZAMAN.

    Mohon rakan rakan layari blog SAKMONGKOL AK47,tiap tiap hari dia belasah Melayu,dia maki hamun PERKASA,MAJLIS PERUNDINGAN NGO MELAYU,Ibrahim Ali ,Melayu yang sokong MPM,semuanya bodoh dan yang pandai diri dia dan rakan rakan yang buat komen dalam blog dia.Malah dia kata Dato Mukhriz seorang Timbalan Menteri PONDAN yang tak tahu apa apa.

    Saya buat komen balas dan mencabar Sakmongkol AK47,DIA DELETE KOMEN SAYA.Rupa rupanya dia bekas ADUN dalam kawasan parlimen PEKAN .Adakah dia orang suruhan Najib atau KJ ? Cuba masuk dan hentam dia ramai ramai dan kita tengok dia berani tak siarkan komen kita.

    • Sakmongkol, seperti nama blognya, seorang ahli tomoi yang kononya kuat tapi sebenarnya bila di atas pentas lawan, tentulah boleh disogok sogok dan dijual beli.
      Dulu dia suka KJ. Mungking kerena kecewa kerana tak terpilih. dia tinggal dengan mewah di taman tun dr ismail. anak di hantar belajar ke oversea. mmmm.. melayu yg angkuh. kekayaan dtg dari org melayu di gunakan utk mengkritis org melayu se olah olah melayu adalah kaum pengemis sundal di negeri nya sendiri.

      • Walau apa pun Datuk Sak ni adalah penasihat DS Najib dan juga kawan pada KJ….

        DS Najib dikelilingi bijak pandai saperti Amirsham, Datuk Sak dan Idris Jala….

        Tak heranlah jika anda tidak memahami strategi dia kerana mungkin anda belum cukup pelajaran….

        Kalau tak berpelajaran tu Ikut saja Lahhhhh…..

      • Saya lama tak melawat dan komen disini sebab merajuk – dulu komen aku atas nama Esa (silap taip) tak disiarkan walau pun guna email add yang sama. Tapi melawat kali ini, tak tahan baca komen budak Joe Hitam bodoh ini, nak coba komen lagi sekarang.

        Siapa kata siMongkol (biasanya kita address orang dengan hormat jika orang itu boleh dihormati) itu penasihat Najib? Mongkol pernah kritik Najib masa saya selalu membacanya dahulu. Dia Malay apologist, tak tahulah jika dia sekarang menasihat Najib yang juga nampak macam Malay apologist. Dulu dia diam dilink house diKuantan. Kalau sekarang dikatakan dirumah mewah diTaman Tun Ismail, KL, nampaknya dia sudah kaya, walau pun kudanya, NJ, tidak dapat jawatan salepas menang Ketua Pemuda.

        Siapa kata siMongkol pandai? Tolong beri buktinya. Beratus, malahan beribu Melayu berijazah ekonomi atau kewangan. Ekonomis sentiasa berbeza pendapat. Sehingga sekarang pun mereka belum ada kata sepakat berkenaan apa sabenarnya menyebabkan The Great World Depression of the 1930s – 70 tahun salepas ianya berlaku. Apa bukti siMongok pandai, hai Joe Hitam?

        Kamu cukup tohor pemikiran bila mengatakan orang yang tak setuju itu tak berpelajaran. Kamu perlu diberi ijazah Kepala Hotak Kamu – KHK (Honours).

  11. Satu Malaysia hanya dongengan,apakah landasan kukoh bagi pencapaiannya sebagimana diwar-warkan.
    Adakah dengan cina dan india suka makan nasi lemak dan Melayu suka makan mee tiaw goreng sudah cukup ramuan bagi pencapaian satu Malaysia sedangkan landasan utama yaitu pendidekan melaluai sistem satu sekolah untok semua tidak pernah dibayangkan.
    Nak cakap lebeh pon meluat dah,apa yang nampak ketika ini WACANA SATU MALAYSIA Melayu diHULUKAN pencapaiaan pimpinan diutamakan.

    Akar umbi UMNO mesti bertindak segera agar keadaan tidak menjadi lebih terok dan bertambah terok. Sangat setuju dengan ulasan-ulasan yang diatas mengatakan tindak tanduk Najib sejak mengambil alih puchuk pimpinan hingga kehari ini sangat mengechawakan orang Melayu seperti perpatah “lepas mulut harimau masok mulut buaya”.

    • Betul….

      Cuma Mulut Buaya tu Mulut Ibrahim Ali…

      Jadi hati hati lah dengan Orang yang Membawa Berita Baik, kerana berita itu mungkin diguna sebagai umpan sahaja….

      • Kamu nampaknya sengaja nak menyakitkan hati Melayu yang mahu meluahkan rasa duka nestapa disini. Awas, tidak baik, nanti kamu ditimpa balak.

        Ibrahim Ali coba menyatukan Melayu yang terasa dipinggirkan oleh Kerajaan dinegaranya sendiri. Dahulu Ibrahim tidak dihemahkan kerana konon-nya katak lompat. Tetapi sebanyak 86 NGO Melayu sekarang mengikutinya coba menyuarakan rasa tidak senang Melayu dengan langkah-langkah Najib yang dilihat meminggirkan Melayu. Begitu juga bersuara supaya jangan Melayu dipinggirkan diModel Ekonomi Baru.

        Jangan kamu persendakan Melayu. Nanti buruk padahnya. Boleh bersuara, tapi hati-hatilah.

  12. At least sakmonkol tak hipokrit mcm ibrahim katak ali cakap bukan main kutuk vicent tan tetapi keja untuk vincent,ni la jenis melayu talam dua muka di mana dua dua muka pun penyamun,

  13. Husni Hanadzlah kata pemerintah sanggup mengambil risiko politik!! YA!!! kalau nak bunuh melayu memang sanggup kononnya ambik risiko politik. Tapi kenapa tak sanggup ambil risiko politik untuk hanya ada SEKOLAH KEBANGSAAN SAHAJA? Dasar MELAYU SIKITUL..

    Yang paling bangsat adalah PERWAKILAN UMNO yang BODOH mcm LEMBU mengangkat NAJIB jadi PM.

  14. Aku bukan ahli UMNO, cuma aku harap, orang UMNO boleh lah naikkan isu-isu begini dalam AGM UMNO.

    Tapi nanti, bila pi AGM, perwakilan dok mengangguk saja pulak. aduh.

  15. […] social structure (sorry, I can’t recall the source). In which, I do hope for Bumis that NEM will not neglect them. Personally, I do pray that all will be REALLY taken care well, as informed by Finance Minister […]

  16. bagus bagus siapa yg dulu dok mencanang pak lah.
    terimalah balanya dgn hati yg terbuka

  17. Saya bersetuju dengan Ibrahim Ali yang mengatakan tak ada salahnya bagi beliau selaku Pengurusi Perkasa untuk berkerja dengan tauke Cina yang terkaya Vincent Tan, atau dengan mana-mana tauke lain yang membuat projek perumahan atau jambatan atau projek lain di Kelantan. Orang Melayu sepatutnya berkerja dengan siapa saja yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada orang Melayu sendiri. Yang penting dia betul-betul berkerja atau berniaga secara aktif. Yang penting Melayu ini bukan “sleeping partner” atau bukan Ali kepada Baba. Yang penting Melayu yang tahu harga diri.

    Malangnya ramai pemimpin Melayu/Bumiputera yang ada kabel dengan Perdana Menter atau orang atasan lain dapat peluang hanya untuk jadi Ali kepada Baba. Maka dilantiklah Ali ini sebagai pengarah syarikat yang tak buat apa-apa kerja. Ali ini juga diberi saham. Maklumlah, Ali ini kan orang Bumiputra yang ada kedudukan istimewa dan peruntukan khas, walaupun bapa atau datuk dia lahir di Kerala atau Madras, atau di Aceh dan sebagainya. Orang yang benar-benar putera bumi di negara kita seperti Senoi, Negrito dan Proto Melayu di samping kumpulan-kumpulan etnik Semelai, Jakun, Temuan, Temiar dan sebagainya, tak pernah pula kita lihat dapat jawatan pengerusi syarikat-syarikat besarMereka tak ada perlindungan dibawah Perkara 153 yang ajaib itu.

    Jadi bila wira Perkasa dan pengikut-pengikut UMNO Baru ini mahu pertahankan “keistemewaan” mereka, apakah sebenarnya yang mereka mahu pertahankan. Tak ada siapa pun yang bercadang nak ambil balik hak Bumiputera di bawah Perlembagaan. Tak orang bukan Melayu dan tidak juga Pakatan Rakyat yang mahu buat begitu. Lagi pun mustahil ianya dapat dilakukan dengan jumlah kerusi yang dipegang di Parlimen oleh kaum Bumiputera. Kadang-kadang ada di antara kita yang lupa bahawa di Sabah dan Sarawak, kaum Bumiputera merupakan kaum majoriti. Jadi apakah yang dibisingkan oleh “pembela hak Bumiputera” ini.

    Sebenarnya, yang mereka mahu pertahankan ialah “sistem rentier” di mana nama Bumiputera UMNO itu ada harga untuk mendapat saham percuma atau elaun percuma atau jawatan pengarah dalam sesuatu syarikat. Mereka mahu Baba sentiasa perlukan servis dan nama mereka. Jadi Ali jenis ini sanggup terus mempertahankan elit Baba ini walaupun syarikat-syarikat Baba inilah yang menjadi persaingan dan mengurangkan peluang kepada peniaga Melayu yang tulin ikhlas yang mahu berniaga dengan erti kata yang sebenar. Inilah hakikatnya

    Sepatutnya Ali ini perlu sedar diri dan benar-benar berjuang secara ikhlas. Apa yang perlu diperjuangkan oleh Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia ialah supaya Model Ekonomi Baru yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu dapat membanteras fenomena ekonomi pajakan nama Bumiputera Ali kepada Baba. Selagi Ali mendapat elaun murahan yang mudah dan percuma dari Baba, selagi itulah ekonomi orang Melayu akan dikawal oleh Ali yang ada kabel untuk kekayanan Baba. Baba ini pula bukan sebarangan Baba. Orang Cina pun tak suka mereka kerana bolot segala-galanya.

    Tapi saya rasa adalah mustahil Najib akan membersihkan ekonomi “rentier” ini kerana para pemimpin UMNO akan marah, ketua Bahagian UMNO akan marah dan Ahli Parlimen UMNO akan marah. Mereka akan marah kalau Model Ekonomi Baru ini bersifat adil dan memberi peluang saksama kepada rakyat Malaysia. Mereka mahu kepentingan mereka dipertahankan. Mereka akan marah kerana akan hilang peluang mendapat elaun murahan’ peluang jual nama Jadi mungkin Model Ekonomi Baru ini sebenar tak ada apa yang baru kecuali tabiat lama yang akan terus mementingkan UMNOputra. Tetapi kita sedia teliti dan meneliti dasar baru ini dengan adil.

    ~ Disalin dari blog ini.

    • Setuju 100%!!!

    • MENGARUT!

      Kamu menggunakan nama “Pendekar Melayu Terakhir”, menyamar sebagai Melayu. Menyindir Melayu dan mengeluarkan pendapat dan pendirian bukan Melayu. Sunnguh keji tindakan kamu dan busuk hati kamu. Kamu sebut pula “~ Disalin dari blog ini” tetapi tidak menyebut nama blognya. Kamu harus disula ditepi pantai.

      Kamu bersarah fasal Ali Baba dan mengeluarkan tuduhan-tuduhan umum yang budak sekolah pun boleh keluarkan. Jikalau betul kamu Melayu, mengapa kamu tidak keluarkan cadangan-cadangan yang konkrit, langkah-langkah yang terperinci, satu persatunya yang baik bagi MEB? Kalau kamu bukan Melayu, memang sudah nyatalah pendirian ultra kiasu mahukan lebih, lebih dan lebih dengan tidak menghiraukan orang lain, coba mempersendakan orang Melayu. Ingat, jika kamu dan lain-lain seangkatan dengan kamu berterusan berpendirian begini, nanti akan buruk padah nya.

      Aku boleh brpanjang lebar menunjukkan kepincangan kumpulan kamu, kebanggangan pemikiran dan pendirian kamu, tetapi tidak ada gunanya. Berhati-hatilah kamu, terutamanya jika kamu menyamar sebagai Melayu.

      Dalam aku mengecam kamu, aku mencadangkan kamu mempelajari dan memahami sejarah negara ini, terutamanya sejarah dan latar belakang kemerdekaan, sejarah penjajah British, apa kemudahan dan batuan diberi mereka kapada Melayu dibanding bukan Melayu, betapa jauh Melayu ketinggalan kebelakang dari segi ekonomi dan pelajaran akibat dasar kolonial British itu.

      • Sdr Nono

        Satu pendapat yg sungguh cerdas. Saya setuju 100%.

        Kini ada perubahan taktik yg dikemukakan oleh “Melayu samaran”. Mulanya mereka cemoh tak henti2 UMNO/BN dan juga NEP, kontrak sosial dll.

        Apabila Melayu/Bumi sedar akan kerakusan mereka – mulalah pengakuan beramai2 bahawa tiada siapa yg menyoal dan menentang hak2 istimewa orang Melayu.

        Kini mereka bergegas “membela” nasib Melayu. Dan dalam pembelaan mereka ni, adalah terselit agenda membunuh UMNO. Ini lebih senang dicapai dgn “pertolongan” muka Melayu saperti anwar, zaid, nik aziz dan sekutu dengannya.

        Jika UMNO dikuburkan, maka dgn senangnya mereka akan UBAH SUAI perlembagaan utk kepentingan kaum mereka, saperti usaha menghapuskan kampung Melayu atas nama pembangunan. AWAS!

        Mungkin juga ada “pemerasan psikologi” yg telah ditujukan pada Najib. Disini, MPM akan berperanan utk MENGEKAL hak istimewa Melayu melalui aksi NGOs. Mereka tidak boleh menuduh UMNO berbelah pihak dgn sewenang2nya.

  18. Dear Sir and Readers,

    I’d like to take this opportunity for readers and yourself to enter your vote regarding our Economy Policy.

    Please do vote at:-

    http:://tersenarai.blogspot.com or click the below.

    Economy Policy – What Do We Want?

    Thank you.

    Kenn

  19. Saya rasa Melayu perlu teruskan DEB kerana Melayu memang tidak dapat berdikasi dengan sendiri dan sentiasa memerlukan bantuan orang lain. Walaupun telah dibantu 50 tahun tetapi masih tidak dapat capai 30%, mengapa? Ini adalah kerana UMNO yang dapat segala 30% economy telah menjual Melayu dengan menjual hak 30% ini keapada sesiapa termasuk bukan Melayu. Saya rasa adalah wajar untuk berikan UMNO 50 tahun lagi untuk membuktikan betapa kurang kemampuan mereka untuk membantu Melayu dan masa ini Melayu akan sedar UMNO yang sebenarnya menjual nbangsa mereka sendiri kerana korupsi.

    • Siapa cakap sudah dibantu 50 tahun. Apa bantuan dan berapa banyak bantuannya? Serupakah dengan bantuan yang Penjajah British beri bukan Melayu hampir 100 tahun zaman kolonial – lesen melombong, pajakan tanah lombong, berbagai lesen judi (senang buat duit), lesen berniaga getah dan bermacam-macam lagi.

      30% itu Melayu sendiri yang membuat sasarannya dan menganggarkan tempoh mencapainya. Adakah datuk neneng moyang engkau tahu berapa lama boleh capai 30% – mereka pun tidak pernah ikut jalan itu. 30% hanya dalam bidang kekayaan korporat. Melayu belom cakap bidang ekonomi lain. Bukan sahaja “perlu teruskan DEB” – mesti teruskan.

      Kamu mengarut bila mengata, “yang dapat segala 30% economy telah menjual Melayu dengan menjual hak 30% ini keapada sesiapa termasuk bukan Melayu.” Beri bukti, sekurang-kurangnya penjelasan dan maalumat yang masuk akal. Semua orang tahu kelemahan implementasi DEB tapi kamu tak boleh cakap menyeluruh melalu lubang hidung kamu saperti itu.

      Bertanggung jawablah kamu, kalau tidak kamu akan 2nd Class selama-lamanya.

    • Hai mahluk kelas kedua ni tak faham kedudukan sebenar.

      Selama ni orang Melayu/Bumi masih belum sedar yg kaum pendatang (KP) tidak akan puas dgn kuasa ekonomi saja.

      Rakyat majoriti ingatkan kuasa politik akan SENTIASA terletak ditangan Melayu/Bumi. Jadi dibenarkan KP ni bertungkus kumus kerja mengaup kekayaan Tanah Melayu.

      Namun tetapi, dgn pak lelah “era kebebasan bersuara” telah pun membuktikan agenda tersirat dlm KP yg inginkan mengambil alih kuasa POLITIK pula.

      Untuk tujuan ini, KP harus menguburkan UMNO – KP akan melalak yg semuanya adalah KESALAHAN UMNO belaka. Ini bertujuan supaya rakyat membenci lalu menolak UMNO.

  20. Masa PAU, semua dok sibuk berpantun bukan nak berbahas mengenai nasib org Melayu. Pemimpin pula masa PAU sibuk berjanji kosong. Itulah UMNO yg ku kenali sekarang. Mana dia Negarawan seperti Tun Dr M? Yang ada cendawan yang menjadi parasit di atas batang pokok (org Melayu) yang mana hasilnya hanya segelintir shj yang menguasainya.

    • Mungkin kah sudah masanya kaum Melayu/Bumi membela dan menyokong usaha perniagaan bangsa sendiri.

      Saya ada terbaca gerakan yg dinamakan BMO – buy Malay/Muslim Only.

  21. […] sedar keadaan sebenar dan apa apa rancangan seterusnya negara, terutama yang akan digariskan oleh Model Ekonomi Baru Malaysia yang akan diumumkan PM Dato’ Seri Najib pada 30 Mac ini akan tidak…, sebagai majoriti penduduk […]

  22. […] many are willing to give the NEM a chance despite that some Malay NGOs already crying foul that the ‘Malay Agenda’ is feared to be excluded, whether in spirit or practice. This is something potentially emotional which the skepticism is […]

  23. […] Model Ekonomi Baru: Tidak untungkan Melayu secara langsung? (The “thirteen million plus Ringgit” guy 11/ 3/10) NEM: whose child? (Malaysia Today […]

  24. Banyak melayu dah jadi bodoh.soalkan macam-macam dasar yang dah di buat kerajaan.Tak di bagi di kata,keji dan berbagai-bagai lagi.Bila bagi jual.kasi lombong,kayu balak,lombong emas bagi tender kerajaan di ali babakan.semuanya nak jual.kalau kerajaan bagi pong..kok pun jual juga.
    Bagi keluar duit KWSP.bersepah orang melayu usung borang nak keluar duit nak beli koputer konon.Komputer belum lulus.dalam tangan dah jadi duit,ini pun jual.orang jual untung..tapi melayu jual rugi.ini orang melayu.orang melayu ni buat macam manba pun dok takok tu lah.orang melayu ni UMNO ke ? PAS ke ? KEADILAN ke ? sama saja.yang dok jadi pencacai dalam blok ni pun sama.sedap bertulis boleh lah.Siapa jadi PM pun depa ni(bloger)kita tak boleh naksalahkan.sebab ni kerja depa.kalau depa tak buat.nanti NERAKA kosong tadak orang pula.ini kerja depa ok.
    saya kata orang melayu tak boleh maju pasal,malu,segan ,tadak ilmu,duit tak boleh bawa mati,tak pa bagi kat depa dulu,pelahan-pelan,sat,,,gi kut.sampai bila pun macam tu.ini lahiriah dah orang melayu.sopan satun konon.luar tak nampak.dalam kain dah mengkai..Dulu masa TDM,pun hampa caci juga.naik pak lah pun hampa caci juga,la ni Najib pun hampa caci juga.dah tu sapa yang betoi..hampa yang betoi kot..aku nak tanya taun berapa mak hampa beranak hampa ni.orang melayu yang haprak ni sebenarnya hampa lah.kut luar saja berani.cuba masuiklah bertanding jadi calon bebas kat hulu selangor.nak tengok hampa berpidato.tau takut.
    tengok orang lain berjaya..pas tu hampa kutuk.dia tak susah dan tak minta duit kat hampa pun dah baguih dah.orang mau jadi ketua pun dah baguih dah.penin o satu malaysia nak jaga.semua kroni nak jaga.pak brahim buat pekasa dah baguih dah la.sekama ni tadak orang yang berani buat persatuan macam.tu.hampa pun tak boleh ,himpun orang jadi satu kompolan perjuang dan bercakap pasal orang melayu.yang tolak dia pun melayu kelantan,keturunan hampa juga,orang jawa,bajar,rawa,kerinci,minang,bugis,melanau,suka dia.orang melayu sendiri yang tolak dia macam hampa yang bahlul ni.

  25. Saya nie baru baca blok nie dan didapati pandangan-pandangan daripada ahli-ahlinya sangat ikhlas..Nie saya nak habaq kat setengahmalaysia pasal nampak dia macam dah salah paham dah pasal perbincangan hangpa semua nih :

    Banyak melayu dah jadi bodoh.soalkan macam-macam dasar yang dah di buat kerajaan.Tak di bagi di kata,keji dan berbagai-bagai lagi.Bila bagi jual.kasi lombong,kayu balak,lombong emas bagi tender kerajaan di ali babakan.semuanya nak jual.kalau kerajaan bagi pong..kok pun jual juga…-

    Nie nak habaq kat hang ckit depa nie tengah pening dok memikirkan masa depan kaum melayu, anak bangsa melayu nak jadi pa bila pemimpin macam nak meliberisasikan semua kaum?..hehe..kalu hang plak, hang dah buat apa tuk bela orang sendiri?

  26. […] also spoke that Malaysia should no longer rely on FDI and instead developing local businesses and harness domestic investments. Many of the FDIs did not […]

  27. […] Apakah MEB acuan ’1 Malaysia’ ini sebenarnya secara strategiknya merugikan orang Melayu? […]

  28. ~Harapkan pagar..pagar makan padi…~

  29. […] narrow and skewed perspective. This is more so with the New Economic Model now being planned. The Malays are already skeptical with the NEM and remarks like this, will not pacify the Malays closer in giving PM Dato’ Seri Mohd. Najib […]

  30. […] way forward and slowly taken steps in achieving this. The NEP is now being re-written as the New Economic Model where issues about the majority Malays and Bumiputra, have now started to be down… and mechanism being […]

  31. […] way forward and slowly taken steps in achieving this. The NEP is now being re-written as the New Economic Model where issues about the majority Malays and Bumiputra, have now started to be down… and mechanism being […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: