Isu IGP letak jawatan: Agenda Chauvinis Cina bantu “Mat King Leather”

Akhbar harian Mandarin China Press memaparkan berita sensasi bahawa Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan telah meletakan jawatan. Ini telah dinafikan serta merta Tan Sri Musa sendiri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein juga menafikan menerima sebarang surat perletakan jawatan maupun permintaan untuk berundur pra-matang dari jawatan keselematan dalam negeri paling utama itu.

Akibat dari berita tidak bertanggung jawab itu, akhbar China Press akan diberikan ‘surat tunjuk sebab’ (show cause letter) sesuai dengan Seksyen 8A Akta Penerbitan dan Percetakan:

March 13, 2010 18:41 PM

China Press Gets Show Cause Letter

KUALA LUMPUR, March 13 (Bernama) — The Home Ministry Saturday issue a show cause letter to China Press over its exlusive news report which stated that Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan had handed in his resignation letter.

“The report has been verified to be not true,” the ministry said in a statement here.

It added that China Press had been given seven days to give a written reply to the show cause letter which was issued under Section 8A of the Printing Presses and Publications Act 1984 (Act 301).

Under the act, action can be taken against those responsible for publishing false news including the printer, publisher, editor and the writer.

If convicted, offenders are liable to be jailed not more than three year or fined not exceeding RM20,000 or both.

The news report published Saturday had said that Musa would retire on Police Day on March 25 and would be succeeded by his deputy, Tan Sri Ismail Omar.

Quoting a source, the report further said Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak and Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein had received the letter.

Musa and Hishammuddin had denied any truth in the report.

— BERNAMA

*************

Kemungkinan besar yang tersirat dari tindakan China Press ini ialah untuk merealisasikan agenda Chauvinis Cina dan anarkis ala Anwarista untuk menimbulkan ‘keadaan tidak stabil’, setidak tidaknya menghakis dan meniriskan keyakinan rakyat terhadap Pasukan Polis. Ini merupakan ‘SOP’ biasa agenda Chauvinis Cina seperti DAP untuk menentukan rakyat hilang keyakinan kepada agensi penguatkuasa dan perundangan seperti PDRM, SPRM, ATM, Kastam DiRaja, PBT dan sebagainya, yang semestinya diterajui dan anggotai sebilangan besarnya oleh pegawai dan kakitangan dikalangan Bangsa Melayu, yang terkenal dengan semangat nasionalism dan patriotismnya.

Apabila khabar angin ini mula tersebar dan menjadi ‘bahan rasmi’ kerana China Press memaparkan sebagai bahan berita, maka rakyat akan menjadikan cerita palsu ini sebagai bahan bualan dan perbincangan termasuk dalam alam cyber. Ini dijangkakan akan merebak dengan kadar sendiri dan tatkala PDRM atau Kerajaan menafikan perletakan jawatan pra-matang ini, ianya begitu mudah dijadikan kontroversi dan contoh baik bagaimana proses ‘mereka yang berkuasa’ untuk ‘menutup’ sebarang cacat cela proses untuk menegakan keadilan.

Kontroversi yang sengaja diundang ini hanya menunggu untuk pihak KDN mengambil tindakan kepada samada akhbar ataupun pengarang yang amat tidak bertanggung jawab ini. Apabila tindakan diambil, maka ianya akan dimodalkan sebagai Kerajaan tidak terbuka kepada konsep ‘kebebasan media’ (freedom of press) dan akan menggunakan peluang ini untuk meneruskan kempen ‘Negara Polis’ (Police State). Padahal kecacatan pengarang yang amat cuai dalam menyiarkan berita palsu akan terus terlerai hilang dalam kempen intensif memburukan (demonise) Kerajaan dan pihak penguatkuasa.

Ini secara langsung merupakan agenda tekno-anarkis-cyber seperti Raja Petra Kamaruddin yang sebelum ini begitu tegar mengambarkan Tan Sri Musa sebagai seorang yang ‘jahat’ dan agenda untuk ‘membunuh karrier’ politik Mantan-Salahguna-Kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim.

Sebelum ini pun, Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan kes sodomi kali kedua melemparkan tuduhan bahawa Tan Sri Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menguatkan fitnah ‘konspirasi’ ini, sehingga ianya dibawa ke Mahkamah dalam satu kes sivil Tan Sri Musa keatas Ketua Pembangkang Tidak Berparti itu.

Trend agenda Chauvinis Cina untuk memprovokasi dan mencabar kewibawaan agensi penguatkuasa dan pentadbir undang undang yang diterajui lebih intensif kebelakangan ini dengan kes kematian Teoh Beng Hock dan usaha untuk membawa pulang Chin “Butcher of Malaya” Peng.

Keadaan makin terdesak bagi Anwar dan kuncu kuncu anti Melayu dan Chauvinis Cina untuk menentukan kekuatan pentadbiran terutama dalam sektor penguat kuasa dan pentadbir perundangan dikalalangan orang Melayu itu makin tidak diyakini. Malangnya, pusingan ini gagal lagi.

Published in: on March 14, 2010 at 09:13  Comments (40)