PM Najib: Be my partner to help transform Malaysia

PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak invited journalists as ‘partners’ to assist the Government to transform Malaysia and educate Malaysians, on top of doing their job reporting and making analysis.

“On top of telling stories to sell your newspapers, you should help me to transform Malaysia”.

The example he used was helping the Government to educate the Malaysian subsidy. “We provide RM 73 billion in subsidies. This most probably one of the highest per capita”. He then talked about how some of these subsidies should be reduced, gradually.

“Media should also help to educate Malaysians that we are subsidizing 60 sens per kg for sugar compared to our neighbours and should also talk about using less sugar will be better for the economy and personal health”.

In his speech also, he welcomed the criticism the media had on the Government, to a point where it is morally correct to judge when at the same time journalist should also be judged on the way they did their job. The media should be ‘socially responsible’ not to incite or instigate and any angry segment of society would be counter productive in the nation building process. PM Dato’ Seri Najib cautioned that freedom of media should be utilised with a lot of caution, and responsibilities and not a ‘license’ to create instability and chaos. It is clear that he was talking about all the ‘universal values’ that liberalists fond of using like ‘human rights’ and ‘democracy’ as excuses to condemn the ruling government and ‘tip the balance’.

Earlier in his welcoming speech NPC President Dato’ Ahirudin “Rocky” Attan thanked PM Najib for gracing and the first prime minister to attend NPC dinner in 15 years. As a closing point, PM Dato’ Seri Najib promised he would return for the next, if invited..

*Updated 1015pm

For immense contribution to journalism, former NST Managing Editor and ISA detainee Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail was awarded the legend journo award. His eldest son Hamid Samad received on behalf of the family. Other recipients of NPC awards are former The Star editor veteran jourmo Dato’ V. K. Chin and legend cartoonist Dato’ Mohd. Nor “Lat” Khalid.

Rocky also presented PM Najib with his NPC membership card, the first Prime Minister to be admitted as a member.

Published in: on March 19, 2010 at 21:18  Comments (13)  

MP PKR: Ada berani ke?

Setelah pendedahan MP Bayan Baru YB Dato’ Seri Zahrain Hashim mengenai Ketua-Pembangkang-Tiada-Berparti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim berbohong dan mengada ngadakan keadaan mengenai 31 MP BN bersedia untuk memberikan Pakatan Rakyat sokongan agar beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke VI pada 16 September 2008 dengan mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda DiPertuan Agong dan sokongan Angkatan Tentera Malaysia, maka ujud pula susulan atas perkembangan ini. Semalam, YB Zahrain mencabar agar wakil rakyat PKR menafikan dengan bersumpah pendedahan yang beliau buat semasa ucapan bahas menjunjung kasih titah SPB YDP Agong merasmikan persidangan Dewan Rakyat pada petang Selasa.

Laporan Utusan Malaysia:

Wakil rakyat PKR dicabar bersumpah

Oleh NIZAM YATIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Mac – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersumpah menafikan yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak berbohong ketika menggerakkan misi 16 September 2008.

Beliau sendiri sanggup bersumpah untuk mempertahankan kenyataan pembongkaran yang dibuatnya termasuk wujud dakwaan Anwar bahawa Yang di-Pertuan Agong merestuinya sebagai Perdana Menteri keenam.

Baginya, tindakannya tidak lain daripada mahu menyedarkan wakil rakyat PKR yang mungkin tidak tahu hal sebenar.

‘‘Yang main peranan dalam rancangan untuk mengambil alih Putrajaya hanya dua tiga orang. Walaupun saya tidak terlibat dalam Biro Politik PKR tapi saya tahu perkara ini kerana saya sahabat baik Anwar,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Zahrain menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila ‘memecahkan tembelang’ Anwar berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat 16 September.

Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar ‘panas punggung’ sehingga bertindak meninggalkan sidang Dewan sebelum bekas orang kepercayaannya itu menghabiskan ucapan.

Zahrain antara lain mendedahkan yang Anwar telah membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya jumlah ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Anwar juga mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyokong pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Zahrain berkata, wakil rakyat yang dijangka keluar parti dan menjadi Bebas bukan sahaja daripada PKR malah dalam kalangan wakil rakyat parti pembangkang lain.

Ditanya hubungannya dengan Ketua Pembangkang itu setelah mendedahkan pembohongan berkenaan, Zahrain berkata, beliau akan terus menyapa jika Anwar turut sama berbuat demikian.

‘‘Saya juga berharap dapat bercakap dengannya secara bersendirian dan memperingatkan bahawa beliau tidak boleh memperbodohkan orang pada sepanjang masa,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pada sidang akhbar berasingan tidak menafikan rancangan 16 September yang digerakkan oleh Anwar seperti didedahkan Zahrain.

‘‘Berkenaan 16 September, satu hakikat bahawa pakatan, Anwar dan PKR sendiri tidak pernah menafikan perkara berkenaan dengan usaha yang kita jalankan, sasaran kita 16 September (tukar kerajaan) dan ini menjadi rahsia umum,” katanya.

Tambah beliau, pakatan pembangkang tidak akan berubah untuk berdepan dengan BN sebagai musuh politik nombor satu walaupun dengan kehadiran ramai wakil rakyat Bebas.

‘‘Tapi sekarang ada satu pasukan tentera upahan yang ada sedikit menyekat laluan kita, tapi fokus kita tidak akan terkalih,” katanya.

********

Apa yang tidak dirakamkan oleh laporan ini ialah bagi wakil rakyat PKR ya ng berugama Islam, cabaran yang YB Zahrain buat ini ialah bersumpah dengan Al Quran menafikan pendedahan beliau.

Nyata cabaran ini dibuat khusus kepada Mantan-Banduan-Salahgunakuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim, Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azan Ismail, Yusmadi Yusof, Dato’ Kamarul Baharin Abbas, Zuraida Kamaruddin dan beberapa lagi MP PKR yang berugama Islam.

Persoalan sekarang, apakah sebagai orang Islam mereka ini berani bersumpah atas nama Al Quran, yang ternyata akan menurunkan bala kepada orang yang berbuat sumpah sekiranya berdusta?

Kami tidak pun membuat persoalan itu sebagai ‘Soalan Tiga Belas Juta Ringgit Malaysia’ (A thirteen million Ringgit Malaysia question) kerana kami sedar bakal jawapanya: Tidak mungkin ada MP PKR yang berani. Ini kerana kami amat yakin (semenjak pra-16 September 2008 lagi) yang Anwar berbohong dan memperdaya ramai pihak apabila mengumumkan bahawa pada 16 September 2008, beliau dan PR akan mendapat cukup sokongan dan membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke VI.

Sebelum ini pun, Anwar yang memang terbukti kerap berbohong, pernah dicabar untuk bersumpah muhaballah atas nama Al Quran menafikan beliau meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan bukan sahaja gagal, malah berdalih dengan pelbagai ‘drama’ termasuk membawa Saiful ke Mahkamah Jenayah Syariah kerana qazaf.

Episod pendedahan YB Zahrain ini dan perkembangan selepas ini dilihat pelbagai pihak akan membuka mata ramai rakyat Malaysia terutama pengundi dan golongan muda siapa sebenarnya mereka yang mereka berikan penuh harapan dengan mandat luar biasa pada Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008 kerana berdasarkan kekecewaan diatas kelemahan pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Oleh demikian, mereka perlu berhati hati dengan membuat keputusan apabila dalam pusat pengundian kelak agar ‘pisang tidak berbuah dua kali’.

Published in: on March 19, 2010 at 12:39  Comments (4)