Puad Zarkashi: Anwar penuh dengan ‘keyakinan palsu’

Timbalan Menteri Pelajaran dan Ahli MT UMNO YB Dr. Hj. Mohd. Puad Zarkashi hari ini menyifatkan Ketua-Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim sebagai “Seorang yang terdesak dan penuh ‘keyakinan palsu'”. Beliau membuat kenyataan ini selepas majlis pelancaran buku “Tunggu Apa Lagi” karya blogger dan penganalisa politik Norizan “Nobisha” Shariff semasa Pesta Buku 2010 di PWTC.

Ahli Parlimen Batu Pahat ini memberikan cerita penuh dan lengkap episod dimana beliau cuba ‘dipinang’ Anwar Ibrahim, bermula dengan lawatan back bencher ke Taiwan September 2008.  Hari terakhir lawatan semasa mereka hampir meninggalkan Taipei, beliau telah berjaya dihubungi oleh Ahli Parlimen PKR Machang Saifuddin Nasution Ismail dan dipujuk untuk meninggalkan BN dan menyokong Anwar kerana memberikan alasan “Kerajaan Persekutuan BN hampir jatuh tidak lama lagi”.

Saifuddin juga mengaku bahawa beliau ditugaskan untuk ‘menjaga’ beberapa orang MP BN dari Sabah.

Sejurus selepas tiba di Malaysia, wakil dan rakan karib Anwar Dr. Abdul Rahim Ghouse cuba menghubungi beliau dan dengan segera ke Batu Pahat malam itu juga untuk bertemu Dr. Puad. Pada pertemuan yang berlaku jam 200 pagi pada 19 September 2008 itu, Dr. Rahim menerangkan bahawa Anwar telah berjaya mendapat cukup quorum dan memerlukan seorang Ahli Parlimen Melayu untuk menjaga Johor. Lantas, beliau menelefon Anwar dan Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa itu bercakap sendiri dengan Dr. Puad.

Anwar mengaku bahawa mereka sudah mendapat cukup sokongan MP BN untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, yang dijangkakan akan berlaku pada 22 September 2008. MP BN telah memberikan akuan bersumpah dan surat dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah berkenan untuk menerima Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke VI. Anwar juga mendakwa bahawa Angkatan Tentera Malaysia juga menyokong ‘peralihan kuasa’ dari BN ke PR ini.

Semasa dihubungi oleh Dr. Rahim keesokan hari, Dr. Puad memberikan jawapan negatif kerana beliau berpendapat menyokong Anwar merupakan “Menjual negara” dan beliau lebih rela menjadi Pembangkang dalam Dewan Rakyat sekiranya ‘peralihan kuasa’ pada 22 September 2008 ini benar. Namun, ianya terbukti palsu sehingga hari ini.

Dr. Puad juga berpendapat bahawa Anwar yang dibelenggu kes liwat buat kali kedua ini terdesak “Berbohong dan menipu dengan dokumen rasmi (surat akuan bersumpah dan surat) dan menjual nama SPB YDP Agong” untuk mengangkat diri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke VI kerana inilah hanya selesaian terakhir untuk mengelakan beliau dari didakwa dan adili oleh Mahkamah Jenayah.  Beliau amat meyokong agar pihak berkuasa mengadakan siasatan lengkap atas pendedahan MP Bayan Baru Dato’ Seri YB Zahrain Hashim dalam Dewan Rakyat minggu lepas.

Dr. Puad juga menyifatkan Anwar telah memperdaya dan membohongi MP PKR seperti YB Zahrain untuk memberikan ‘keyakinan palsu’ bahawa ‘peralihan kuasa’ 16 September 2008 tetap akan berlaku. Namun tembelang Anwar sebagai seorang pembohong dan gagal melunaskan janji makin terserlah dan akhir tiga MP PKR Zahrain, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzil bertindak keluar parti, disamping enam orang ADUN Osman Jailu, Jamaluddin Radzi, Radzi Salleh, Arumugam, Fairus Khairuddin dan Badrul Hisham sebelum itu.

Mengulas ‘peralihan kuasa’ Perak pada Februari 2009, Dr. Puad berkata ketiga tiga ADUN PR Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Hee Yit Foong itu sendiri mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan baginda amat yakin MB-boneka-DAP Nizar Jamaluddin sudah kehilangan sokongan majoriti DUN Perak dan melantik YB Dato’ Seri Dr. Zambry Kadir sebagai MB Perak ke 10. Jika dibandingkan dengan cara yang berlaku di Perak, Anwar hanya bercadang untuk  semata mata menggunakan surat akuan bersumpah dan surat yang ditanda tangani MP BN untuk meyakinkan SPB YDP Agong bahawa PM ‘Flip-Flop’ Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah kehilangan majoriti dalam Dewan Rakyat dan perdayaan ini merupakan taktik untuk mengangkat diri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke VI.

Namun, cita cita dan percaturan berniat tidak baik berasaskan pembohongan dan tipu daya ini gagal. Pada 3 April 2009, enam bulan setelah 16 dan 22 September 2008, Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pekan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke VI.

* Perkembangan dikemas kini Isnin 22 Mac 2010 0630hrs

Rakaman perbualan dengan YB Dr Hj Mohd Puad Zarkashi, Pt 1

Rakaman perbualan dengan YB Dr Hj Mohd Puad Zarkashi, Pt 2

Rakaman perbualan dengan YB Dr Hj Mohd Puad Zarkashi, Pt 3

Published in: on March 21, 2010 at 19:40  Comments (27)