Puad Zarkashi: Anwar penuh dengan ‘keyakinan palsu’

Timbalan Menteri Pelajaran dan Ahli MT UMNO YB Dr. Hj. Mohd. Puad Zarkashi hari ini menyifatkan Ketua-Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim sebagai “Seorang yang terdesak dan penuh ‘keyakinan palsu'”. Beliau membuat kenyataan ini selepas majlis pelancaran buku “Tunggu Apa Lagi” karya blogger dan penganalisa politik Norizan “Nobisha” Shariff semasa Pesta Buku 2010 di PWTC.

Ahli Parlimen Batu Pahat ini memberikan cerita penuh dan lengkap episod dimana beliau cuba ‘dipinang’ Anwar Ibrahim, bermula dengan lawatan back bencher ke Taiwan September 2008.  Hari terakhir lawatan semasa mereka hampir meninggalkan Taipei, beliau telah berjaya dihubungi oleh Ahli Parlimen PKR Machang Saifuddin Nasution Ismail dan dipujuk untuk meninggalkan BN dan menyokong Anwar kerana memberikan alasan “Kerajaan Persekutuan BN hampir jatuh tidak lama lagi”.

Saifuddin juga mengaku bahawa beliau ditugaskan untuk ‘menjaga’ beberapa orang MP BN dari Sabah.

Sejurus selepas tiba di Malaysia, wakil dan rakan karib Anwar Dr. Abdul Rahim Ghouse cuba menghubungi beliau dan dengan segera ke Batu Pahat malam itu juga untuk bertemu Dr. Puad. Pada pertemuan yang berlaku jam 200 pagi pada 19 September 2008 itu, Dr. Rahim menerangkan bahawa Anwar telah berjaya mendapat cukup quorum dan memerlukan seorang Ahli Parlimen Melayu untuk menjaga Johor. Lantas, beliau menelefon Anwar dan Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa itu bercakap sendiri dengan Dr. Puad.

Anwar mengaku bahawa mereka sudah mendapat cukup sokongan MP BN untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, yang dijangkakan akan berlaku pada 22 September 2008. MP BN telah memberikan akuan bersumpah dan surat dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah berkenan untuk menerima Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke VI. Anwar juga mendakwa bahawa Angkatan Tentera Malaysia juga menyokong ‘peralihan kuasa’ dari BN ke PR ini.

Semasa dihubungi oleh Dr. Rahim keesokan hari, Dr. Puad memberikan jawapan negatif kerana beliau berpendapat menyokong Anwar merupakan “Menjual negara” dan beliau lebih rela menjadi Pembangkang dalam Dewan Rakyat sekiranya ‘peralihan kuasa’ pada 22 September 2008 ini benar. Namun, ianya terbukti palsu sehingga hari ini.

Dr. Puad juga berpendapat bahawa Anwar yang dibelenggu kes liwat buat kali kedua ini terdesak “Berbohong dan menipu dengan dokumen rasmi (surat akuan bersumpah dan surat) dan menjual nama SPB YDP Agong” untuk mengangkat diri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke VI kerana inilah hanya selesaian terakhir untuk mengelakan beliau dari didakwa dan adili oleh Mahkamah Jenayah.  Beliau amat meyokong agar pihak berkuasa mengadakan siasatan lengkap atas pendedahan MP Bayan Baru Dato’ Seri YB Zahrain Hashim dalam Dewan Rakyat minggu lepas.

Dr. Puad juga menyifatkan Anwar telah memperdaya dan membohongi MP PKR seperti YB Zahrain untuk memberikan ‘keyakinan palsu’ bahawa ‘peralihan kuasa’ 16 September 2008 tetap akan berlaku. Namun tembelang Anwar sebagai seorang pembohong dan gagal melunaskan janji makin terserlah dan akhir tiga MP PKR Zahrain, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzil bertindak keluar parti, disamping enam orang ADUN Osman Jailu, Jamaluddin Radzi, Radzi Salleh, Arumugam, Fairus Khairuddin dan Badrul Hisham sebelum itu.

Mengulas ‘peralihan kuasa’ Perak pada Februari 2009, Dr. Puad berkata ketiga tiga ADUN PR Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Hee Yit Foong itu sendiri mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan baginda amat yakin MB-boneka-DAP Nizar Jamaluddin sudah kehilangan sokongan majoriti DUN Perak dan melantik YB Dato’ Seri Dr. Zambry Kadir sebagai MB Perak ke 10. Jika dibandingkan dengan cara yang berlaku di Perak, Anwar hanya bercadang untuk  semata mata menggunakan surat akuan bersumpah dan surat yang ditanda tangani MP BN untuk meyakinkan SPB YDP Agong bahawa PM ‘Flip-Flop’ Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah kehilangan majoriti dalam Dewan Rakyat dan perdayaan ini merupakan taktik untuk mengangkat diri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke VI.

Namun, cita cita dan percaturan berniat tidak baik berasaskan pembohongan dan tipu daya ini gagal. Pada 3 April 2009, enam bulan setelah 16 dan 22 September 2008, Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pekan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke VI.

* Perkembangan dikemas kini Isnin 22 Mac 2010 0630hrs

Rakaman perbualan dengan YB Dr Hj Mohd Puad Zarkashi, Pt 1

Rakaman perbualan dengan YB Dr Hj Mohd Puad Zarkashi, Pt 2

Rakaman perbualan dengan YB Dr Hj Mohd Puad Zarkashi, Pt 3

Published in: on March 21, 2010 at 19:40  Comments (27)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/03/21/puad-zarkashi-anwar-penuh-dengan-keyakinan-palsu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

27 CommentsLeave a comment

  1. macam drama je yb..apapun dh jadi timb. menteri nada pn lain…

    • Puad is trying hard to divert attention from himself for being identified as one of Anwar;s Tali Barut …..

      Zahrain has successfully caused fear in UMNO by naming names and the owner of those names has to create all kinds of stories to prove that they are not turncoats!!!

      Who can DS Najib Trust? Those names are now under suspicion!

  2. Itu Lah, Bila UMNO bertemu dengan EX UMNO Jadilah Drama Minggu ini….

    Pendek Kata Semua Sama Saja….Tak Boleh Pakai.

    Inilah Sebab Rakyat Memberi Pandangan Kearah Mereka Yang Tak Ada Kaitan dengan UMNO…….

  3. Satu penyamun yg lagi satu perompak itu aje beza depa ni.

  4. good exposure, yb! namun saya belum convinced dgn ur exposure tu, maaflah yer!….

  5. Salam bro,

    Pendedahan penipuan Al Jub dituduh sebagai penipuan oleh ejen UMNO.

    Kalau diri tu dah peliwat suka jubor jantan, menipu tu satu perkara biasa bagi dirinya.

    Dasar peliwat bodoh yang ingat orang lain pun bodoh macam dia.

  6. wei, pasal pUad zarkashi taknak citer kat parlimen menda ni (Agong + Panglima), why tunggu zahrain yg dedahkan?..

    • Sebenarnya, YB Dr Puad tak tahu pun namanya dijaja oleh Anwar sekeliling PKR untuk cari pengaruh dan keyakinan yang kunun kunun memang benar ada MP BN bersetuju untuk bagi sokongan.

      Dr Puad hanya tahu apabila YB Zahrain mendedahkan nama beliau merupakan antara yang dijaja.

      Itu yang Dr Puad sifatkan sebagai ‘Keyakinan Palsu’.

      • The Cat is out of the Bag!!!

        Sekarang semua kena jadi Hero nak bersehkan diri dari dituduh niat nak lompat!!

  7. Bro Big Dog!

    Berita tergempar! Tulisan menggemparkan!

    a href=”http://myzaidibrahim.wordpress.com/2010/03/22/pagar-makan-padi/”Tolong baca kat sini bro!

    Betul ke apa yg dia cakap nih??

  8. Dato Big Dog,

    Nak tahu siapa yg benar-benar menghalang orang Melayu biasa bangkit berniaga?

    Tengok la sini. Fikir-fikirkanlah

    • Terima kasih.

      Tolong jangan gunakan blog ini untuk sebarkan propaganda RPK.

      Dia bercakap tanpa bukti. Hanya pandangan beliau tanpa asas semata mata.

      Contoh yang diberikan ialah satu individu tanpa identiti, yang tidak boleh dibuktikan melainkan apa yang RPK kata sahaja. Cara ini tidak bertanggung jawab.

    • YB ini letak jawatan sebab tidak dilantik semula sebagai Exco. Ini bukan cara pemimpin BN.

      Ini cara pemimpin PKR.

    • dah call dah nak ucap hormat kat adun titi tinggi tapi dia takde kerani dia jer yg ada tapi gue tinggalkan mesej

      salam

    • Inilah sebabnya saya akan terus mengundi untuk BARISAN NASIONAL…… sebab pemimpin BARISAN ada teloq dan ada harga diri, berani meletak jawatan, bukan macam pemimpin PKR tertentu yg melompat tapi tak berani letak jawatan kah kah kah……

  9. Kalau saya Fuad Zarkashi kedua dua beruk PKR dan balaci Anwar iaitu Safudin dan Dr Rahim Ghouse dah lama kena penendang,tapi kenapa Fuad layan kedua dua beruk ni ? that puzzle me !

  10. […] Puad Zarkashi: Anwar penuh dengan ‘keyakinan palsu’ […]

  11. […] jahat Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim membohong dan memberikan keyakinan palsu untuk mengangkat diri sebagai Kepimpinan Utama Negara, termasuk memfitnah Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah […]

  12. […] Seri Zahrain Hashim in the Dewan Rakyat where Anwar wrongfully deceived PR MPs wholesomely and some BN MPs in coaxing them to give the confidence that PR have enough support to form the Federal Government and the latter to […]

  13. […] that PKR under Anwar would make a change for a better Malaysia. Its the same losers who had the ‘false faith’ on Anwar to form the Pakatan Rakyat Federal Government on 16 September […]

  14. […] pembohong yang tergamak menggunakan apa sahaja helah, tipu daya,sandiwara,  manipulasi dan keyakinan palsu semata mata untuk meraih kuasa dan membelakangkan falsafah proses […]

  15. […] modal untuk mereka terus diberikan kuasa, walaupun tidak konkrit. Manipulasi, pembohongan dan ‘keyakinan palsu’ merupakan asas perjuangan sempit dan negatif […]

  16. […] MP Permatang Pauh dan Presiden PKR meletakan jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat Wan Azizah Ismail. Penasihat PKR Anwar “Mat King Leather” Ibrahim bertanding, menang dan menjadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat. Janji “Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan pada atau sebelum 16 September 2008″ adalah jelas pembohongan, yang dibuat atas ‘Keyakinan Palsu’. […]

  17. seandainya anwar ibrahim akan mengambil alih tampuk pemerintahan malayisa,semestinya ramai yang akan terkejut dengan apa yang akan di buat oleh beliau.Banyak perubahan yang akan berlaku dari segi kebaikan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: