Zulkifli Nordin: Kepimpinan pecat saya kerana mempertahankan Islam

MP Kulim Bandar Baru YB Zulkifli Nordin berucap dalam Dewan Rakyat pagi ini dengan Kepimpinan PKR membariskan aktivitis yang bersifat anti Islam dalam panel disiplin membicarakan beliau membicara dan pertahankan  berkenaan langsung dengan Islam dalam isu ‘Kalimah Allah’ bukan sahaja menghina beliau sebagai Islam, malah menghina Islam dan masyarakat Muslim Malaysia.

Beliau memberikan contoh kes Natrah sebagai Hakim Bukan Islam menggunakan isu kes keluarga dalam penghakiman tetapi isu yang sebenarnya ialah mengenai seorang yang telah diIslamkan cuba dikembalikan kepada agama asal beliau.

“Semasa dalam PKR (saya masih lagi berjiwa PKR, tetapi telah di”hijrah”kan), memang tugas kami menjatuhkan Kerajaan”, sebagai menjelaskan kedudukan beliau sebagai MP Bebas kerana dipecat PKR akibat membuat laporan Polis terhadap MP PAS Shah Alam Khalid Samad kerana isu ‘Kalimah Allah’.

Dalam isu fitnah sebagaimana dititahkan oleh DYMM SPB YDP Agong, Zulkifli menyokong Ketua-Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dalam permohonan qazaf dalam Mahkamah Jenayah Syariah dan wajar diberikan peluang. Namun dalam isu yang sama, beliau juga memandang serious tuduhan dimana seorang isteri seorang pemimpin kunun kunun berada semasa seorang warga asing dibunuh dan kenyataan akuan bersumpah seorang Bukan Islam diterima sebagai bukti kukuh. Jelas bahawa isu akuan berumpah (SD) Raja Petra Kamarudin mengenai Datin Seri Rosmah berada semasa warga Mongolia Altantuyaa Shaariibuu dibunuh dan menyifatkan ini sebagai fitnah yang dilihat oleh Islam lebih buruk dari membunuh.

Mantan-peguambela Cif Inspektor Azilah Hadri juga mengaku bahawa beliau ditawarkan habuan lumayan “Yang mampu mengegarkan iman” untuk melibatkan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibuu.

“Tidak mungkin OKT (Orang Kena Tuduh) sanggup membenarkan mereka dihukum gantung dan tidak menyebut apa apa mengenai penglibatan Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sekiranya benar”.

Zulkifli juga membangkitkan  bahawa kes dakwaaan pihak tertentu hanyalah berdasarkan akuan bersumpah (SD) penyiasat persendirian Balasubramaniam semata mata. Balasubramaniam sebagai seorang saksi dalam perbicaraan pembunuhan tidak membangkitkan apa yang beliau sebut dalam SD itu dalam Mahkamah . Beliau juga menengahkan bahawa dua SD yang Balasubramaniam keluarkan itu sebenarnya bercanggah dan tidak konsisten dan orang seperti ini wajar tidak boleh dipercayai.

*Perkembangan dikemas kini 400pm

“Saya diminta untuk melibatkan PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuyaa”, pendedahan tergempar Zulkifli Nordin dalam sidang media 330pm di Parlimen. Beliau juga mengaku ditawarkan ganjaran wang ringgit untuk berbuat demikian.

Beliau yang menjadi salah seorang dari perguam bela Inspektor Azilah Hadri enggan membuat demikian dan mengaitkan dengan ucapan ‘fitnah’ beliau pagi tadi dalam Dewan Rakyat.

Mengenai SD Bala yang bercanggah itu, ianya sebenarnya disusun sedemikian bertujuan khusus untuk mengelirukan dan sengaja diada adakan dengan agenda tersirat yang lebih besar. Beliau juga bersedia untuk bertemu Perdana Menteri Dato’ Seri Najib dan menceritakan sendiri dengan penuh  dan lengkap apa yang beliau tahu dan ‘konsiprasi’ setengah pihak untuk menjahanamkan reputasi Presiden UMNO dalam strategi untuk meraih kuasa.

Ini amat sealiran dengan rancangan Mantan-Banduan-Salahguna-kuasa Anwar Ibrahim untuk ‘merampas kuasa’ pada 16 September 2008, dengan kaedah pembohongan dan ‘keyakinan palsu’, termasuk menggunakan nama baik DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia.

Pendedahan mantan peguambela Anwar ini jelas mengambarkan lebih nyata siapa Anwar Bin Ibrahim sebenarnya dan rancangan jahat untuk menggangkat diri kepada kuasa paling tertinggi dengan cara cara yang salah sehingga tergamak memfitnah orang lain dengan tuduhan konspirasi membunuh.

Published in: on March 24, 2010 at 11:49  Comments (17)