Zulkifli Nordin: Kepimpinan pecat saya kerana mempertahankan Islam

MP Kulim Bandar Baru YB Zulkifli Nordin berucap dalam Dewan Rakyat pagi ini dengan Kepimpinan PKR membariskan aktivitis yang bersifat anti Islam dalam panel disiplin membicarakan beliau membicara dan pertahankan  berkenaan langsung dengan Islam dalam isu ‘Kalimah Allah’ bukan sahaja menghina beliau sebagai Islam, malah menghina Islam dan masyarakat Muslim Malaysia.

Beliau memberikan contoh kes Natrah sebagai Hakim Bukan Islam menggunakan isu kes keluarga dalam penghakiman tetapi isu yang sebenarnya ialah mengenai seorang yang telah diIslamkan cuba dikembalikan kepada agama asal beliau.

“Semasa dalam PKR (saya masih lagi berjiwa PKR, tetapi telah di”hijrah”kan), memang tugas kami menjatuhkan Kerajaan”, sebagai menjelaskan kedudukan beliau sebagai MP Bebas kerana dipecat PKR akibat membuat laporan Polis terhadap MP PAS Shah Alam Khalid Samad kerana isu ‘Kalimah Allah’.

Dalam isu fitnah sebagaimana dititahkan oleh DYMM SPB YDP Agong, Zulkifli menyokong Ketua-Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dalam permohonan qazaf dalam Mahkamah Jenayah Syariah dan wajar diberikan peluang. Namun dalam isu yang sama, beliau juga memandang serious tuduhan dimana seorang isteri seorang pemimpin kunun kunun berada semasa seorang warga asing dibunuh dan kenyataan akuan bersumpah seorang Bukan Islam diterima sebagai bukti kukuh. Jelas bahawa isu akuan berumpah (SD) Raja Petra Kamarudin mengenai Datin Seri Rosmah berada semasa warga Mongolia Altantuyaa Shaariibuu dibunuh dan menyifatkan ini sebagai fitnah yang dilihat oleh Islam lebih buruk dari membunuh.

Mantan-peguambela Cif Inspektor Azilah Hadri juga mengaku bahawa beliau ditawarkan habuan lumayan “Yang mampu mengegarkan iman” untuk melibatkan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibuu.

“Tidak mungkin OKT (Orang Kena Tuduh) sanggup membenarkan mereka dihukum gantung dan tidak menyebut apa apa mengenai penglibatan Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sekiranya benar”.

Zulkifli juga membangkitkan  bahawa kes dakwaaan pihak tertentu hanyalah berdasarkan akuan bersumpah (SD) penyiasat persendirian Balasubramaniam semata mata. Balasubramaniam sebagai seorang saksi dalam perbicaraan pembunuhan tidak membangkitkan apa yang beliau sebut dalam SD itu dalam Mahkamah . Beliau juga menengahkan bahawa dua SD yang Balasubramaniam keluarkan itu sebenarnya bercanggah dan tidak konsisten dan orang seperti ini wajar tidak boleh dipercayai.

*Perkembangan dikemas kini 400pm

“Saya diminta untuk melibatkan PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuyaa”, pendedahan tergempar Zulkifli Nordin dalam sidang media 330pm di Parlimen. Beliau juga mengaku ditawarkan ganjaran wang ringgit untuk berbuat demikian.

Beliau yang menjadi salah seorang dari perguam bela Inspektor Azilah Hadri enggan membuat demikian dan mengaitkan dengan ucapan ‘fitnah’ beliau pagi tadi dalam Dewan Rakyat.

Mengenai SD Bala yang bercanggah itu, ianya sebenarnya disusun sedemikian bertujuan khusus untuk mengelirukan dan sengaja diada adakan dengan agenda tersirat yang lebih besar. Beliau juga bersedia untuk bertemu Perdana Menteri Dato’ Seri Najib dan menceritakan sendiri dengan penuh  dan lengkap apa yang beliau tahu dan ‘konsiprasi’ setengah pihak untuk menjahanamkan reputasi Presiden UMNO dalam strategi untuk meraih kuasa.

Ini amat sealiran dengan rancangan Mantan-Banduan-Salahguna-kuasa Anwar Ibrahim untuk ‘merampas kuasa’ pada 16 September 2008, dengan kaedah pembohongan dan ‘keyakinan palsu’, termasuk menggunakan nama baik DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia.

Pendedahan mantan peguambela Anwar ini jelas mengambarkan lebih nyata siapa Anwar Bin Ibrahim sebenarnya dan rancangan jahat untuk menggangkat diri kepada kuasa paling tertinggi dengan cara cara yang salah sehingga tergamak memfitnah orang lain dengan tuduhan konspirasi membunuh.

Published in: on March 24, 2010 at 11:49  Comments (17)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/03/24/zulkifli-nordin-kepimpinan-pecat-saya-kerana-kedudukan-mempertahankan-islam/trackback/

RSS feed for comments on this post.

17 CommentsLeave a comment

  1. Tak habis-habis.

    Kan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan terangkan dengan begitu jelas dan berkali-kali di semua media (media visual dan akhbar) bahawa Zulkifli Noordin dipecat kerana masalah disiplin, salah satunya melibatkan pembuatan laporan polis olehnya terhadap YB Khalid Samad (PAS). Zulkifli Noordin membuat laporan polis tersebut tanpa merujuk parti, tanpa memberitahu parti, tanpa merujuk sekretariat Pakatan Rakyat dan secara terburu-buru. Zulkifli Noordin juga disiasat mengikut undang-undang yang berkenaan di bawah sistem parti PKR.

    Ini boleh diandaikan seperti seorang ahli parlimen MCA membuat laporan polis terhadap seorang ahli parlimen UMNO. Apa akan jadi? Cuba banyangkan. Ahli parlimen MCA ini akan dipecat dan diselar secukup-cukupnya, walau apa sebab yang diberi olehnya, walaupun sebab itu munasabah.

    Maka Zulkifli Noordin harus bersyukur kerana PKR memecat beliau mengikut prosedur dan secara damai dan profesional. Cuba lihat video sidang media PKR oleh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution yang mengumumkan dan menerangkan pemecatan Zulkifli Noordin (sila klik di sini) untuk memahami dengan sedalam-dalamnya sebab-sebab beliau dipecat.

    Nampaknya Zulkifli Noordin mempunyai masalah sedikit, di mana beliau berada di alam maya dan tidak tahu realiti dari khayalan.

    Barangkali beliau harus dirujuk kepada kaunselor yang dapat menepuk beliau dan membangunkan minda beliau.

    • Kalau ikut video penerangan yg u kasi tu, munasabah juga pemecatan dia.

      Agenda si Zulkipli ni kurang jelas…… tapi pada pendapat saya lah, dia ni nah jadi tinggalkan nama sebagai seorang jaguh konon…. tak usah lah…

      • Bising pasai mamat nih buat pa, hang dok pandang dalam diri hang nih, apa yang hang buat demi menjaga nama baik Islam? At least dia ada sebut kat dalam parlimen dok lama dah sebelum kena pecat pun, bukan baru2 nih aja. Dia buat report polis dan hanya sebab kena buat report tu dia kena tindakan tatatertib. Karpal dok kutuk nuar suruh bertaubat, mana tindakan disiplin pakatan haram hang nih? Karpal pun menjatuhkan imej parti komponen pakatan haram, takda bising2 pa pun. Mamat Zul Noordin nih keluaq dari sesi tatatertib tu sebab dia nak diadili oleh orang Islam, sebab isunya Islam. Takkan dalam parti tu takdak sorang pun pak sheikh yang boleh adili kes dia nih? Dia bukan keluar sebab tak nak jawab dengan lembaga disiplin, dia takda masalah disiplin, hang pikir la, bolehkah/patutkah isu islam diadili oleh orang bukan islam? Hang boleh la kot hidup dalam dunia yang semua agama kata ALLAH tu tuhan mereka, kalu yang kristian kata jesus itu anak allah, mariam itu emak allah, kot yang hindu nanti kata semua kuil2 tu kuil allah, amacam boleh? Hang merelakan perkara tu? Kalau hang relakan, tak tau lah. Pakatan haram nih, juai la segala, maruah, bangsa, agama, nak menang punya pasai. Pi la juai. Hangpa semua tak sedaq, hangpa kuli DAP ja. Kalau hang happy jadi kuli DAP takpa la.

  2. Bro,

    Keep up da good job.

    Tapi kita ada problem. Puak Pakatan Rakyat nak lapor APCO yang Dato Najib upah tu kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

    Tolong baca kat sini..

    Ini kita kena bantah dan halang.

    Kita kena gerakkan jentera supaya mereka tidak berbuat begitu.

    • Nak tumpang bagi komen pasal isu ni jugak.

      APCO ni harus disiasatlah.

      Kita kena tahu kompeni ni selaras ke tidak dengan pendirian rasmi Malaysia yang menentang pergerakan Zionisma.

      • Sebelum hang nak siasat APCO nih, apa kata hang siasat nuar, dengan Yayasan Konrad, dengan Paul Wolfowitz, dengan agensi kepimpinan yang dok bawah CIA, pi la siasat tu dulu. Lepaih tu baru cakap pasal APCO nih. Kena adil la kan?

  3. mamat ni kejap sokong sana, kejap sokong sini. hati di PKR, tapi statement macam BN. So, apa political stand dia sebenarnya?

    humpty dumpty???

  4. his a muslim 1st, mp second, his a muslim 1st party members second, his a muslim 1st and a lawyer second..but actually..apa agenda dia???

  5. Sorry Off-topic,

    Just found this from Knesset, yes Israel Parliment – Knesset.

    One Israel is just a parlimentary group – macam BN kat Malaysia ni. One Israel ni ade dua lak !!! – http://www.knesset.gov.il/faction/eng/FactionListAll_eng.asp

    Tapi One Israel dah tak ujud lagi dlm Knesset sekarang – http://www.knesset.gov.il/faction/eng/FactionCurrent_eng.asp

    Definasi Wiki pasal One Israel dan 1Malaysia pun jauh berlainan.
    http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel
    http://en.wikipedia.org/wiki/1Malaysia

    Marah dgn org yg suka cakap menjerit tapi isi kosong. Tak kira PR, kalu BN lagi bertambah MARAH.

    ALLAH KNOWS BEST.

  6. Actually what is it this Ahole wants is it money or position as being the moron that he is he will get it.

  7. Kalau sungguh Zul Nordin Islam pertama parti kedua mengapa selepas keluar parti baru buat pendedahan? Ini maknanya parti dahulu islam kemudian.

    Rekod beliau juga jelas menunjukkan hanya mengambil kes-kes yang boleh menonjolkan diri sahaja. Apakah ini maknanya diri sendiri dulu baru yang lain.

  8. Itu kan parti Keadilan. Parti tu ada keadilannya sendiri. Parti itu kan nak dirikan keadilan untuk Anuar.Lain keadilan tolak tepi. Bagi Anuar, keadilan mesti cukup sepasang …. ada depan mesti ada belakang. Kalau ada orang lain hendak lain keadilan selain dari ini, … terima nasib sama dengan nasib Zul Nordin.

  9. Seorang Ahli PKR
    Tak perlu bold lah, hanya orang PKR sahaja yang buta.

    Kan Zul Nordin dah jawab, kenapa bila Karpal (DAP) bantai Anwar (PKR) takda pun ditimbulkan masalah disiplin?

    Lagi satu, Wan Azizah ni presiden apa? Dia buat teh masa meeting aja ke?

  10. […] kebelakangan ini, dua orang Mantan-Ahli-PKR dan MP Bayan Baru Dato’ Seri Zahrain Hashim dan Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin membuat pendedahan yang amat mengejutkan dalam persidangan Dewan Rakyat pusingan ini. Kedua dua ini mengaitkan niat jahat […]

  11. Dedah lagi…kami rakyat mahu tahu lakonan ahli politik.

  12. […] Chief Inspector Azilah Hadri in the murder trial of Mongolian national Altantuyaa Shaariibuu, he was asked to implicate the good name of Prime Minister Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak and…. It is evidently clear Anwar is involved in deceiving the public that PM Dato’ Seri Najib […]

  13. […] Hari ini, 5 orang MP Pakatan Rakyat (Zahrain Hashim, Mohsin Fadzil, Tan Tee Beng, Wee Choo Keong dan Zulkifli Nordin) tersebut (yang lebih tepat lagi, parti PKR dimana diterajui isteri Mat King Leather, Wan Azizah […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: