Langkah terdesak Anwar selepas pendedahan Zahrain dan Zulkifli

Semenjak kebelakangan ini, dua orang Mantan-Ahli-PKR dan MP Bayan Baru Dato’ Seri Zahrain Hashim dan Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin membuat pendedahan yang amat mengejutkan dalam persidangan Dewan Rakyat pusingan ini. Kedua dua ini mengaitkan niat jahat Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim membohong dan memberikan keyakinan palsu untuk mengangkat diri sebagai Kepimpinan Utama Negara, termasuk memfitnah Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibuu.

Perkembangan dewasa ini, termasuk ‘penghijrahan keluar’ dua MP PKR lain, Nibong Tebal Tan Tee Beng dan Padang Serai Mohsin Fadzil, Setiausaha Agung PKR Dato’ Sallehuddin Hashim, kegagalan ‘merampas kuasa’ di Perak walaupun menggunakan proses perundangan dan keadaan ketidak stabilan dalaman PKR sendiri melihatkan Anwar Ibrahim dan PKR makin terdesak.

Walaupun tidak lagu banyak opsyen yang tinggal terutama selepas pendedahan gempar Zahrain dan Zulkilfli ini, kami di BigDogDotCom mengandaikan Anwar akan memperkuadakan Pakatan Rakyat untuk mengambil tindakan luar jangkaan. Ini adalah untuk mengekalkan kedudukan sebagai masih lagi relevan dari kacamata rakyat Malaysia terutama pengundi dan parti politik yang ‘memimpin’ kerjasama rapuh Pakatan Rakyat.

Oleh demikian, beberapa siri Pilihanraya Kecil (PRK) akan dianjurkan sebagai platform yang sentiasa diujudkan bagi Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengsensasikan isu tertentu yang sengaja diputar belitkan (spin) dan mengekalkan arus tekanan pempolitikan (politicking). Ini merupakan  strategi Anwar sepanjang dua tahun ini untuk mendapatkan platform agar pengundi sentiasa dibuai dengan isu isu yang sensasi dan mengemparkan. Siti PRK ini akan diteruskan dengan mengarahkan YB tertentu untuk meletakan jawatan agar PRK perlu dianjurkan, sebagai memenuhi kehendak demokrasi.

Untuk lebih menarik perhatian, negeri negeri Pakatan Rakyat seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor mungkin akan melalui proses Pilihanraya Negeri walaupun penggal pilihanraya masih lagi tidak matang. Sebagai majoriti dan kerajaan dalam negeri negeri tersebut, Menteri Besar atau Ketua Menteri berhak mengadap DYMM Sultan atau TYT Yang DiPertua Negeri dan memohon untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri walaupun tempoh penggal masih lagi pra-matang. Pembubaran DUN akan menentukan Pilihanraya Negeri perlu dianjurkan dalam tempoh tertentu, sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan.

Perjalanan kes liwat dalam Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur juga mungkin merupakan alasan bagi Anwar perlu untuk mengalihkan pandangan masyarakat dan modal untuk terus menerus mempolitikan keadaan dan serangan keatas pemimpin tertentu. Terbukti usaha dewasa ini untuk menarik perhatian masyarakat umum keatas kes ini tidak sebagaimana tahun 1998-2000 dan gagal. Ini termasuk keengganan Pemuda PAS untuk menganjurkan dan terlibat dalam demonstrasi jalanan ala Reformasi. Semenjak 12 tahun ini, PAS merupakan penjana guna-tenaga mana mana demonstrasi tajaan Anwar dan puak Anwarista.

Mari kita sama sama lihat perkembangan telahan ini. Macam bidalan Inggeris “Orang terdesak akan melakukan tindakan terdesak (Desperate man do desperate things).

Published in: on March 25, 2010 at 07:34  Comments (12)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/03/25/langkah-terdesak-anwar-selepas-pendedahan-zahrain-dan-zulkifli/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 CommentsLeave a comment

  1. Kalau dakwaan berok2 dua ekor tu betol, kenapa tak dakwa DSAI??? Sekarang ni kau dan berok2 dua ekor tu lah BAPAK SEGALA FITNAH. Sekarang ni org2 sejenis kau dan berok2 tu selamat pasal dibawah kawalan undang2 rimba malaysia boleh, maka bersuka rialah semampunya. Tapi ingat bila roh kau dan berok2 tu dah kena cabut baru kau org tahu nasib hina laknat di Mahkamah Tertinggi Allah SWT.

    So bergembira dan bersuka rialah kau org selagi mampu sebelum matahari dunia tenggelam buat selama2nya!

    • “Tapi ingat bila roh kau dan berok2 tu dah kena cabut baru kau org tahu nasib hina laknat di Mahkamah Tertinggi Allah SWT.”

      Betul ke? Niki Ajis dah beri tahu engkau?

      mohamed

    • isshh!!! marah sanagat-sangat nampaknya haprak ni? Why not pergi buat laporan polis kalau beruk2 dua ekor tu BAPAK SEGALA FITNAH? Undang-undang rimba ni jugalah yang bagi peluang TANGGUH LAGI KES!!! baru kali tangguh daaa? Kalau betul2 innocent, cepat-cepatlah settle.. ini baru satu kes liwat.. tangguhnya dah boleh masuk book of records! Belum lagi kes beruk2 dua ekor tu dedahkan! Org dok bersidang di Parlimen, dok berbicara di mahkamah, Bang Nuwar dok jaja kesnya diluar negara, sidang parlimen pun ponteng. Camno ni? Tapi salah satu alasan tangguh kes kerana ada sidang dewan rakyat?

      dah TOOOINKKKKK!!!! tepat kena batang hidung? Buta lagi mata kau? Pekak badak lagi ke? Atau otak sudah hilang diseru oleh bang Nuwar?

  2. Demi kuasa…atau demi keadilan kini?

    ~OnDaStreet

  3. Yang saya tahu PM dan Saiful sudah bersumpah, yang belom AI. Whats up with that?

  4. Maka Kedua dua mereka ni kena lah tunjuk Kesetiaan kepada yang berkuasa….

    Takut takut nanti kalau diheret ke mahkamah ada tempat berlindung…

    Sayang SiZahrain telah buka topeng beberapa Wakil Rakyat UMNO yang mungkin ada kaitan dengan Anwar, termasuk Puad…Adoooi kenalah kerja keras tunjuk kesetiaan…Katak sudah masuk balik tempurung?

    Kita lihat Siri Sandiwara Seterusnya

    • Dan kamu Joe Black akan terus tunjuk Kebencian.
      Sandiwara kamu dramatik juga.
      Orang tengah geram-lah katakan.

    • Apa aje sijongang hitam ni melalak, “Adoooi kenalah kerja keras tunjuk kesetiaan.”

      Kenapa mesti “Adooi” hah??

      Inilah yg diamanahkan oleh rakyat terhadap semua Wakil Rakyat, sama ada UMNO mahupun PR.

      Untunglah Najib dan rakyat jika semua WR bekerja keras supaya 1Malaysia berjaya.

  5. Tak kisah lah.

    Satu lagi PRK, kali ini parlimen

    http://www.malaysiakini.com/news/127514

    Kita tengok bagaimana keyakinan rakyat pada Najib dan 1Malaysia. Kalau UMNO (yang mungkin akan take over kerusi) menang, mungkin kita akan PRU cepat sikit. yay.

    Kalau PAS (bubuh PKR pun hidup macam katak) menang, mungkin PRU lambat sikit. Ramai lagi nak kena brainwash supaya mengimani konsep 1Malaysia

    • Sudah sudahlah PRU tu.
      Buatlah kerja…jangan sibuk nak berkempen je.
      Ni mesti ada orang nak P.O buat poster dan bunting politiklah ni.

      • Kalau rezki pada poster dan bunting, ni kira buat kerja lah ni. Lagi banyak pilihanraya, banyaklah rezeki.

        Tapi BN outsource ke China ke nak kasi murah kali ni?

  6. Sirs,

    May be you need to read the attachment to this site
    http://perisik-rakyat.com/2010/03/apco-tidak-terlibat-dengan-kerajaan.html

    http://www.fara.gov/docs/4561-Exhibit-AB-20090727-8.pdf

    Now who is telling the truth ?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: