Tun Dr. Mahathir: UMNO perlu kembali mendengar aspirasi orang Melayu

Presiden UMNO ke IV Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini menegaskan bahawa UMNO perlu kembali menjadi juara massa Melayu dan mendengar aspirasi akar umbi. Kegagalan UMNO ini jelas melihatkan pelbagai NGO Melayu ujud dan aktif kebelakangan ini, bak cendawan selepas hujan.

Beliau berucap dalam Persidangan Agung Tahunan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) di PWTC pagi ini.

Pada hakikatnya, Perjuangan UMNO masih lagi relevan kepada orang Melayu walaupun orang Melayu telah jauh bergerak dari kedudukan mereka semasa berjaya merdeka dari belenggu penjajah. Namun masih banyak perlu dilakukan dalam proses mengejar dinamism dunia global hari ini. Pemimpin UMNO perlu peka kepada aspirasi orang Melayu dan mendekati mereka agar peranan UMNO sebagai parti politik massa.

Perdana Malaysia ke IV itu juga yakin kepimpinan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak akan membawa perubahan, terutama kepada orang Melayu. Namun begitu, beliau juga mensarankan agar PM Dato’ Seri Najib memberikan lebih ruang dan peluang untuk mendengar aspirasi orang Melayu dan akar umbi UMNO.

Semenjak kelemahan pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, etnik Bukan Melayu sudah mula ‘naik toncang’. “Semasa zaman saya dan tiga perdana menteri sebelum itu, mereka (Bukan Melayu) adalah buat tuntutan. Tetapi tidaklah bukan bukan!”, ujar Tun Dr. Mahathir. Jelas beliau berkias mengambarkan permintaan Bukan Melayu termasuk mengadaikan hak istimewa orang Melayu sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia dan persetujuan yang menjadi asas Kemerdekaan seperti ‘Kontrak Sosial’ diptertikaikan dan diminta untuk diketepikan.

Pelbagai soal yang dibangkitkan Presiden Perkasa Dato’ Ibrahim Ali diulas oleh Tun Dr. Mahathir, terutama isu sosio-ekonomi. Pada hakikatnya, orang Melayu masih lagi tertinggal dalam jumlah mutlak graduan setiap tahun walaupun peruntukan kemasukan pelajar Melayu kedalam IPTA yang berjumlah 30 buah masih diteruskan. Ini kerana Bukan Melayu mempunyai lebih banyak peluang, kemampuan dan kelebihan untuk menghantar anak mereka dalam 300 IPTS dalam negara dan pusat pengajian tinggi luar negara. Terang Tun Dr. Mahathir, pemanipulasian fakta mengenai ‘kuota’ untuk pelajar Melayu ini dimodalkan agar Kerajaan ditekan untuk bergerak kepada dasar yang lebih liberal dan kurang memihak kepada orang Melayu.

Tun Dr. Mahathir mengulas bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan tindakan ‘kejuteraan sosio’ untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum dan membasmi kemiskinan, tanpa mengambil atau menafikan hak mana mana pihak. Peluang pembangunan ekonomi untuk orang Melayu diujudkan dari dasar ini berpaksikan kepada kek ekonomi yang diperkembangkan.

Bagi soal golongan nasionalis Melayu, beliau menegaskan hari ini mereka digelar sebagai ‘rasis’ sehinggakan pelbagai pihak, termasuk pemimpin Melayu ini menjadi apologetik dan seolah olah takut dan malu-alah untuk mempertahankan apa yang sebenarnya digariskan dalam Perlembagaan. Beliau mengaku sebagai seorang pemimpin, beliau mahukan Malaysia yang mencari kebahagian hidup untuk semua kaum dan meletakan kepentingan memelihara kestabilan, keharmonian, menjaga keadilan dan hak.

Mesej jelas Tun Dr. Mahathir ialah Kepimpinan UMNO wajar memberikan tumpuan kepada orang Melayu dan menentukan kepentingan mereka dipelihara. Kuasa undi pada tangan Melayu itu amat penting dalam menentukan kerajaan yang bakal dilantik.

Acara yang ditunggu tunggu ramai ini menerima liputan media yang meluas, walaupun dianggarkan 10,000 orang hadir.

*Perkembangan dikemas kini 1300hrs

Dalam sidang media, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa perlu kajian khusus dan meyeluruh oleh pihak bebas dengan terperinci dan merangkumi mengenai semua kenikmatan yang diperolehi oleh orang Melayu semenjak DEB dilaksanakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke II Tun Abdul Razak Hussein. Ini kerana banyak pihak termasuk golongan liberal dan professional dikalangan orang Melayu sendiri secara simplistiknya menyalahkan dasar ini dengan tanpa mengemukakan asas untuk menyokong dakwaan mereka bahawa hanya orang Melayu sahaja yang menikmati pemberian dan penganugerahan Kerajaan seperti kontrak, peluang perniagaan dan taraf keitstimewaan bagi apa apa program dan Bukan Melayu dinafikan sama sekali.

Tun Dr. Mahathir berkata persepsi yang salah ini telah digunakan berulang kali oleh Bukan Melayu dan golongan anti DEB ini akan memberikan tekanan untuk dasar transformasi masyarakat yang memberikan banyak fokus kepada pembangunan orang Melayu sebagai mengurangkan jurang perbezaan kedudukan sosio-ekonomi itu dikurangkan dan pasaran diliberalisasikan. Pada hakikatnya, banyak perusahan dan syarikat Bukan Melayu beroleh pelbagai keuntungan dari program perlaksanaan DEB.

Mesej ini jelas untuk menentukan bahawa semua warga Malaysia sedar keadaan sebenar dan apa apa rancangan seterusnya negara, terutama yang akan digariskan oleh Model Ekonomi Baru Malaysia yang akan diumumkan PM Dato’ Seri Najib pada 30 Mac ini akan tidak merugikan orang Melayu, sebagai majoriti penduduk Malaysia dan ianya lebih bersifat meneruskan program strategik, agenda dan kesinambungan DEB.

Published in: on March 27, 2010 at 12:10  Comments (54)