Tun Dr. Mahathir: UMNO perlu kembali mendengar aspirasi orang Melayu

Presiden UMNO ke IV Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini menegaskan bahawa UMNO perlu kembali menjadi juara massa Melayu dan mendengar aspirasi akar umbi. Kegagalan UMNO ini jelas melihatkan pelbagai NGO Melayu ujud dan aktif kebelakangan ini, bak cendawan selepas hujan.

Beliau berucap dalam Persidangan Agung Tahunan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) di PWTC pagi ini.

Pada hakikatnya, Perjuangan UMNO masih lagi relevan kepada orang Melayu walaupun orang Melayu telah jauh bergerak dari kedudukan mereka semasa berjaya merdeka dari belenggu penjajah. Namun masih banyak perlu dilakukan dalam proses mengejar dinamism dunia global hari ini. Pemimpin UMNO perlu peka kepada aspirasi orang Melayu dan mendekati mereka agar peranan UMNO sebagai parti politik massa.

Perdana Malaysia ke IV itu juga yakin kepimpinan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak akan membawa perubahan, terutama kepada orang Melayu. Namun begitu, beliau juga mensarankan agar PM Dato’ Seri Najib memberikan lebih ruang dan peluang untuk mendengar aspirasi orang Melayu dan akar umbi UMNO.

Semenjak kelemahan pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, etnik Bukan Melayu sudah mula ‘naik toncang’. “Semasa zaman saya dan tiga perdana menteri sebelum itu, mereka (Bukan Melayu) adalah buat tuntutan. Tetapi tidaklah bukan bukan!”, ujar Tun Dr. Mahathir. Jelas beliau berkias mengambarkan permintaan Bukan Melayu termasuk mengadaikan hak istimewa orang Melayu sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia dan persetujuan yang menjadi asas Kemerdekaan seperti ‘Kontrak Sosial’ diptertikaikan dan diminta untuk diketepikan.

Pelbagai soal yang dibangkitkan Presiden Perkasa Dato’ Ibrahim Ali diulas oleh Tun Dr. Mahathir, terutama isu sosio-ekonomi. Pada hakikatnya, orang Melayu masih lagi tertinggal dalam jumlah mutlak graduan setiap tahun walaupun peruntukan kemasukan pelajar Melayu kedalam IPTA yang berjumlah 30 buah masih diteruskan. Ini kerana Bukan Melayu mempunyai lebih banyak peluang, kemampuan dan kelebihan untuk menghantar anak mereka dalam 300 IPTS dalam negara dan pusat pengajian tinggi luar negara. Terang Tun Dr. Mahathir, pemanipulasian fakta mengenai ‘kuota’ untuk pelajar Melayu ini dimodalkan agar Kerajaan ditekan untuk bergerak kepada dasar yang lebih liberal dan kurang memihak kepada orang Melayu.

Tun Dr. Mahathir mengulas bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan tindakan ‘kejuteraan sosio’ untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum dan membasmi kemiskinan, tanpa mengambil atau menafikan hak mana mana pihak. Peluang pembangunan ekonomi untuk orang Melayu diujudkan dari dasar ini berpaksikan kepada kek ekonomi yang diperkembangkan.

Bagi soal golongan nasionalis Melayu, beliau menegaskan hari ini mereka digelar sebagai ‘rasis’ sehinggakan pelbagai pihak, termasuk pemimpin Melayu ini menjadi apologetik dan seolah olah takut dan malu-alah untuk mempertahankan apa yang sebenarnya digariskan dalam Perlembagaan. Beliau mengaku sebagai seorang pemimpin, beliau mahukan Malaysia yang mencari kebahagian hidup untuk semua kaum dan meletakan kepentingan memelihara kestabilan, keharmonian, menjaga keadilan dan hak.

Mesej jelas Tun Dr. Mahathir ialah Kepimpinan UMNO wajar memberikan tumpuan kepada orang Melayu dan menentukan kepentingan mereka dipelihara. Kuasa undi pada tangan Melayu itu amat penting dalam menentukan kerajaan yang bakal dilantik.

Acara yang ditunggu tunggu ramai ini menerima liputan media yang meluas, walaupun dianggarkan 10,000 orang hadir.

*Perkembangan dikemas kini 1300hrs

Dalam sidang media, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa perlu kajian khusus dan meyeluruh oleh pihak bebas dengan terperinci dan merangkumi mengenai semua kenikmatan yang diperolehi oleh orang Melayu semenjak DEB dilaksanakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke II Tun Abdul Razak Hussein. Ini kerana banyak pihak termasuk golongan liberal dan professional dikalangan orang Melayu sendiri secara simplistiknya menyalahkan dasar ini dengan tanpa mengemukakan asas untuk menyokong dakwaan mereka bahawa hanya orang Melayu sahaja yang menikmati pemberian dan penganugerahan Kerajaan seperti kontrak, peluang perniagaan dan taraf keitstimewaan bagi apa apa program dan Bukan Melayu dinafikan sama sekali.

Tun Dr. Mahathir berkata persepsi yang salah ini telah digunakan berulang kali oleh Bukan Melayu dan golongan anti DEB ini akan memberikan tekanan untuk dasar transformasi masyarakat yang memberikan banyak fokus kepada pembangunan orang Melayu sebagai mengurangkan jurang perbezaan kedudukan sosio-ekonomi itu dikurangkan dan pasaran diliberalisasikan. Pada hakikatnya, banyak perusahan dan syarikat Bukan Melayu beroleh pelbagai keuntungan dari program perlaksanaan DEB.

Mesej ini jelas untuk menentukan bahawa semua warga Malaysia sedar keadaan sebenar dan apa apa rancangan seterusnya negara, terutama yang akan digariskan oleh Model Ekonomi Baru Malaysia yang akan diumumkan PM Dato’ Seri Najib pada 30 Mac ini akan tidak merugikan orang Melayu, sebagai majoriti penduduk Malaysia dan ianya lebih bersifat meneruskan program strategik, agenda dan kesinambungan DEB.

Published in: on March 27, 2010 at 12:10  Comments (54)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/03/27/tun-dr-mahathir-umno-perlu-kembali-mendengar-aspirasi-orang-melayu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

54 CommentsLeave a comment

  1. “….Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan tindakan ‘kejuteraan sosio’ untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum dan membasmi kemiskinan, tanpa mengambil atau menafikan hak mana mana pihak….”

    Tetapi mengapa terdapat suara-suara sumbang yang menuduh Melayu menafikan hak mereka…

    “…termasuk pemimpin Melayu ini menjadi apologetik dan seolah olah takut dan malu-alah untuk mempertahankan apa yang sebenarnya digariskan dalam Perlembagaan….?” Relevenkah pemimpin Melayu seperti ini?

    • Sdr Dal.

      Jawabnya, mereka sudah tidak relevan lagi. Mereka patut dinyahkan dari sekarang

      mohamed

      • Sudah Tiba Waktu Jalan Bercabang…

        DS Najib nampaknya sudah ambil Cabang lain dari Tun Dr Mahathir..

        Adakah orang Melayu mahu ikut Cabang DS Najib, Yaitu Cabang 1Malaysia Semua sama rata

        ATAU

        Cabang Tun Dr Mahathir, Yaitu Melayu Mesti Mendapat Keistimewaan.

        Sudah Tentu Melayu Mahu Keistimewaan… Siapa tak nak mesti Bodoh!

  2. Saya fikir UMNO masih relevan. Tetapi pemimpin mesti mengawasi dan melakukan beberapa perkara yang TDM sarankan.

    Kerana kelemahan pimpinan UMNO sejak pemerintahan yang lalu, dan DSN nampak memberi perhatian lebih kapada kepentingan bukan Melayu, TDM nampak jadi hero sekarang. Apa yang dia cakap semuanya nampak betul.

    Benar, bukan Melayu “minta bukan bukan” kebelakangan ini. Liberalisasi ekonomi, Kementerian yang menjaga kepentingan Melayu dibubarkan, tugasnya diagihkan kapada lapan agensi Kerajaan, MRSM dipotong peruntukannya sehingga 60%, semua ini mencurigakan sama ada Model Ekonomi Baru akan melesapkan atau merencong hak dan kepentingan Melayu diDEB. Jika ini berlaku, tentu upacara PPN dan NGO Melayu saperti yang diadakan tadi akan dihadziri berpuluh ribu Melayu dimasa akan datang.

    DSN mesti tentukan ciri-ciri DEB semua ada didalam MEB. Kurang tak boleh, lebih boleh. Jika tidak, dan jika kepentingan bukan Melayu dilebihkan, Majlis Tertinggi UMNO perlu ambil tindakan. Akan bertambah rosak hak dan kepentingan Melayu jika dibiarkan. Mesti ada cara lain bagi menaikkan ekonomi negara tanpa menjejas hak dan kepentingan Melayu. Kalau dia tidak boleh buat, gesa dia tarik diri, beri orang lain buat.

    • Siapa yang mengharapkan Najib akan membela melayu anda silap besar. Najib tidak akan pedulikan Melayu walaupun dia naik sebagai PM adalah melalui UMNO. nasibnya juga akan serupa Pak Lah jika beliau bersungguh menghancurkan Melayu.

      • Saya dari dulu lagi tak heran kalau Najib tak peduli orang Melayu sebagai puak majority.

        Nampaknya dia berpuas hati dengan sokongan orang melayu yang ada padanya sekarang dan jika dicampur dengan sokongan jitu dari bukan melayu ia tentu dapat duduk selesa.

        Melayu dah berpecah belah kepada tiga atau empat bahagian. Majority melayu hanya pada nama sahaja. Ia tak relevan lagi

        Nik Aziz, Anuar buat apa saja untuk mendapat sokongan orang bukan melayu.

        Kenapa tidak Najib?

        Kita tengok siapa calon barisan nanti!

        mohamed

  3. tiada masalah dengan umno, masalahnya ialah pemimpin di dalam umno.

    deb atau meb secara dasarnya akan tetap bersandarkan perlembagaan malaysia, namun disalah guna oleh pemimpin umno.

    lihat saja di pejabat pejabat kerajaan di putrajaya. kereta bernilai berjuta juta ringgit berada di sana oleh pemimpin umno dan kroninya.

    jika dasar itu dilaksanakan secara telus, umno tidak akan jadi begini. pemimpin di dalam umno sendiri yang patut disalahkan.

    – rakyat marhaen –

  4. Perpecahan dan kacau bilau dikalangan orang Melayu masa kini adalah disebabkan Mahathir.Saya bukan ahli pertubuhan poltik tetapi masa Tun Razak dulu semua orang Melayu sama ada ahli UMNO atau tidak pendekatan mereka dengan UMNO sungguh rapat dan sebati dan menganggap diri mereka itu UMNO.Bila mana Mahathir menerajui UMNO orang Melayu mula menjauhi diri mereka dengan UMNO maka pertalian yang teguh dahulunya retak dan kini berkecai.

    • Jadi, apa cadangan kamu?

      Semua pemimpin ada kelemahan. Tapi zaman TDM Melayu capai 23% kekayaan korporat, turun akibat Krisis Kewangan Asia ke19%. Sejak itu hingga sekarang macam mana? DSN pulak asyik liberalisi. Lebih pentingkan bukan Melayu. Apa nak jadi kapada NEB diMEB?

      Kalau cakap fasal open competition dan sebagainya diMEB kita mesti bantah. Melayu mula berniaga dengan ramai hanya bila DEB mula ditahun 1970. Pulak dah nak lawan Cina open competition. Itu mengarut. Depa sudah kontrol ekonomi negara. Berniaga adalah bersaing hingga mati – tutup kedai pesaing. Banyak ada “killer instinct” diantara peniaga, itu sebab depa berjaya. Lihat diUS, hingga ada undang-undang anti-trust, anti-monopoly. Sebab tabi’at semula jadi peniaga nak “swallow the smaller competitors.”

      Tak boleh “open competition on an uneven playing field.” Saya sokong sepenuhnya TDM, Dato Ibrahim Ali dan NGO-NGO Melayu itu.

      • Saya juga.

        mohamed

  5. Kemana pergi Menteri menteri Melayu ? adakah mereka ini Dayus untuk mengaku diri mereka Melayu.Hanya tiga orang saja timbalan menteri yang berani hadir pada majlis Perasmian Mesyuarat AGUNG Perkasa.

    Adalah difahamkan bahwa semua Menteri Melayu dijemput untuk menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung Perkasa,mungkin Pak pak menteri ini lebih selesa menghadiri majlis MAKKAL SAKTI dari menghadiri majlis bangsa mereka sendiri!

    Mungkin juga undi orang melayu tidak penting lagi bagi mereka jika dibandingkan dengan undi bukan melayu.

    My reminder to all the malay ministers is dont underestimate the capability of this Malay NGOs.

    • Ini AGM UMNO ke Perkasa? Kalau AGM Perkasa, awat dok kecoh cakap pasal UMNO. Kalau betul AGM perkasa, tak perlulah menteri nak datang pun, bukan wajib, dan tak patut jadi Isu

      • Dengan Tidak membuka AGM Perkasa DS Najib memberi mesej yang dia tidak akan mengikut telunjuk sesiapa pun!

        Mungkin ini tidak mendapat perhatian semua pihak tapi pihak bukan Melayu tentu bersetuju dengan pendirian beliau.

        1Malaysia adalah untuk semua rakyat dan bukan sahaja Orang melayu.

        Beliau meniti tightrope dalam permainan politik terkini….

      • Najib tidak mengikut telunjuk Melayu? Tapi megikut telunjuk Cina!!! Bahasa mandarin digalakkan, bahasa Melayu? Ahh persetankan, dia sendiri pun pelat berbahasa Melayu. Bodoh sungguh perwakilan UMNO yg memilih pemimpin sebegini.

  6. Mahathir cakap tak serupa bikin.Kerana tamak kuasa Mahathir menyebabkan kemelut dalam UMNO dan pepecahan orang Melayu yang dahulunya bersatu.

    • Orang macam dia ni yang susahnya Melayu ni. Tahu kritik saja, tak ada cadangan apa. Tak ada guna satu sen pun.

      Berilah 1-2 cadangan, walau pun parti pembangkang punya cadangan. Tengok orang boleh terima ke tidak. Aku kritik juga tapi ini aku ada beri cadangan kapada engkau supaya mengeluarkan cadangan, jangan kritik kosong saja kedua-dua kali.

    • encik mohdismail..
      Sekadar ingin bertanya.. adakah orang tamak kuasa akan dengan sendirinya meletak jawatan?

  7. “masa Tun Razak dulu semua orang Melayu sama ada ahli UMNO atau tidak pendekatan mereka dengan UMNO sungguh rapat dan sebati dan menganggap diri mereka itu UMNO.”

    Anda lupa zaman Tun Razak Pas adalah sebahagian dari Barisan.

  8. “Perdana Malaysia ke IV itu juga yakin kepimpinan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak akan membawa perubahan, terutama kepada orang Melayu. Namun begitu, beliau juga mensarankan agar PM Dato’ Seri Najib memberikan lebih ruang dan peluang untuk mendengar aspirasi orang Melayu dan akar umbi UMNO”

    Jika benar Najib akan membawa perubahan, mengapa Kerajaan Pusat memberi peruntukan sebanyak RM65 juta kepada agensi koridor di Johor, IRDA, bagi tahun 2010?

    Semua projek koridor Pak Lah masih diteruskan dan masih menerima peruntukan yang agak besar dari pihak kerajaan. Apakah Najib sudah membuat “perjanjian syaitan” dengan Pak Lah dan KJ yang beliau tidak akan mengacau projek yang tidak menguntungkan itu?

    Setelah 3-4 tahun IRDA beroperasi, masih tidak nampak fungsi utama agensi itu untuk membantu pelabur2 di JB terutamanya peniaga2 kecil bumiputra.
    Saya harap Najib akan segera memansuhkan agensi2 koridor yang tidak berfungsi itu secepat yang mungkin, terutamanya IRDA.

    • Saya percaya ada sefahaman “exit agreement” antara Pak Lah dan DS Najib. Kalau tidak tak kan Najib ikut sahaja kejadah yang Pak Lah buat masa dulu. Termasuk nak pasakkan Omar Ong (“budak Tingkat 4” bersama KJ)kePetronas Board. Tak masuk akal, orang yang tak bayar pinjaman pelajaran Petronas sehingga ditarik keMahkamah, didapatkan Perintah Mahkamah, dan salepas ditendang Lembaga Pengarah pun, nak dipahat lagi. Akhirnya masuk, tak pedulikan perinsip Lembaga Pengarah, terutama bagi Petronas, mesti orang yang berwibawa, berwatak mulia dan berakhlak tinggi.

      So’alnya, apa kita nak buat? Kita diamkan, jahanam Melayu. Liberalisasi ekonomi, bantuan sekolah vernakular, potong peruntukan MRSM dan tak tahu apa lagi dalam Model Ekonomi Baru ini. Maka, kita mesti keluarkan suara beramai-ramai jika MEB nanti terbukti melemahkan atau melenyapkan mana mana ciri ciri DEB. Kita mesti bantah dan laungkan jika MEB tidak mementingkan kepentingan Melayu dan sebaliknya mementingkan kepentingan bukan Melayu. Kita sokong NOGO-NGO Melayu itu sepenuhnya.

      Pemimpin mesti cari jalan membaikki ekonomi dengan tidak menyentuh hak dan kepentingan Melayu, sebaliknya mesti mempertahankan dan memajukan hak dan kepentingan Melayu. Saya sokong pendapat yang mengatakan jika pemimpin tidak boleh buat begitu, UMNO perlu gesakan MT bertindak, cari pemimpin lain dan tukarkan pemimpin sekarang.

  9. YAA Tun telah bejaya memberi ikan kepada orng melayu sepanjng beliau dalam jawatan Perdana Menteri.Malngnay beliau tidak mengajar orang kita memancin ikan.Saya harap Satu Malaysia ini akan mengajar kita mencari makan.

  10. Aku tk paham la ngan org melayu dok cerita pasal ikan la, tk reti mancing la ape kejadah lagi,

    Ape teruk sgt ke org melayu ni? Generasi baru melayu skang kebanyakkannya bijak2 dan kuat bekerja, we are the workforce that is moving malaysia to a better future. Buktinya kalau hang tgk petronas 90% bumiputra di mana kebanyakkannye jugak org melayu, bertanding di peringkat antarabangsa, klu org melayu teruk sgt lama dah jadik cam company oil& gas kt indonesia, lingkup

    and aku sokong perkasa kalau depa mempertahankan ape yg tertulis dlm constitution, percayalah rakan2, klu generasi melayu masa kini keeps up their pace, its a matter of time until the playing field is ours.

    Masalahnye kadang2 kita tk yakin dgn kemampuan kita, but even with that said i still want my constitutional rights as a bumiputra, and i just cant stand it when some chinese bastard says that we are taking it for granted, budak2 cina pun pemalas jugak, bersepah je aku tgk yg dok lepak kt starbucks pretending rich

    aku setuju

  11. Eh! namanya pun dah UMNO..!!!

    Parti yang membela orang Melayu. Presiden UMNO yang baru ni tak perasan ke? Atau ada hasrat nak tukar nama UMNO tu macam nak tukar DEB? Pemimpin Parti Melayu asyik berlutut kepada kaum bukan Melayu sampai sanggup barter trade hak-hak orang Melayu? Pemimpin Melayu apa ke nama macam ni?

    Presiden dan Ketua Pemuda UMNO ni….. uuuuummmmm no! la…

    Nak petik sikit dari http://tersenarai.blogspot.com/2010/03/mac-2010-quoting-it-from.html

    Perjuangan Melayu

    “… Perkasa muncul sebagai satu Pertubuhan yang membawa unsur-unsur ” check and balance” di dalam senario politik terkini, dimana parti-parti baik UMNO, PAS dan PKR yang ditunjangi MELAYU , dok terkinja-kinja cuba mendapatkan sokongan bukan Melayu sehingga sanggup “barter-trade” hak-hak dan kesitimewaan Melayu…”

    Khairy Benci Melayu – Anak Omak”

    * Khairy benci Melayu (http://anakomak76.blogspot.com/2010/03/khairy-benci-melayu-kena-sindir-di.html)

  12. Zacharias dan Joe Black,

    Memang betul AGM ini adalah AGM Perkasa,tetapi Perkasa adalah NGO melayu yang berteraskan kepada perjuangan untuk mempertahankan orang orang melayu.Melayu melayu ini juga adalah pengundi setia kepada UMNO.Salahkah menteri menteri melayu datang mendengar rintihan anak bangsanya sendiri.

    Kalau Najib boleh hadir majlis majlis NGO CINA dan INDIA kenapa dia takut sangat untuk hadir majlis NGO Melayu.

    Kesimpulannya amat mudah dia takut digelar melayu rasis oleh puak puak cauvanis cina.Pemimpin Melayu amat takut dengan gelaran RASIS .

    Jangan marah kepada melayu jika mereka tidak menyokong umno dan beralih angin kepada PEMBANGKANG semasa PRU 13 nanti

    • Saya sokong kuat 1Melayu. Dah tulis panjang pada 3.11 PM.

    • AGM Perkasa adalah Perkasa selaku NGO. Menteri berhak untuk hadir, atau tidak hadir. Ini bukan satu isu.

      “Salahkah menteri menteri melayu datang mendengar rintihan anak bangsanya sendiri”. Tentu tak salah.

      Salahkah perdana menteri datang mendengar rintihan rakyatnya sendiri (NGO cina/ india). Juga tak salah.

      Janganlah besar2 kan benda ini

  13. Tolong la bagi point2 nak ‘counter’ puak-puak PR ni. Sekarang bekas president UMNO macam nak kuasa balik dari PM yg kita sayang sekarang. Bahaya macam ni bro. Tak ada ka org tolong nasihatkan Tun agar jgn dok involve dalam politik lagi. Kalau Tun nak main politik lagi, pembangkang akan senang pekena kita. UMNO dah tak ada pemimpin pelapis bro kalau macam ni. Dah cukup la Tun kaut kekayaan, bagi la can pada org lain pula utk kaut. Ramai perut-perut ahli kita yg kena isi bro.

    • Siapa cakap yang lain tak kaut kekayaan? Pentingnya, yang lain ada pertahankan dan perjuangkan nasib Melayu ke? Nampaknya banyak melebihkan kepentingan “yang lain-lain”. Tak baca ke desus desas, sungut rungut orang Melayu tulis disini dan dilain-lain blog?

      Tak sedar ke pembangkang pekena kan kita lagi teruk dengan eksploitasi depa sejak zaman Pak Lah hingga sekarang? Tak betul ke TDM cakap depa sekarang “minta macam macam”? Tak betul ke DS Najib condong kapada bukan Melayu kebelakangan ini? Apakah bukti Najib pentingkan, pertahankan dan perjuangkan hak dan kepentingan Melayu?

      Saya khuatir Model Ekonomi Barunya tidak membuktikan dia mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu. Lebih lagi khuatir kalau dia lebihkan kepentingan bukan Melayu hingga terhiris hak dan kepentingan Melayu diDEB.

      Saya khuatir juga implikasi nama yang anda gunakan itu -kawtim. Itu sudahlah bukan BM. Apa anda bukan Melayu? Kalau bukan, mengapa anda cakap fasal pemimpin pelapis UMNO? Tahukah anda apa ma’ana “kawtim” sebenarnya? Adakah anda “kawtim” dengan hal Tengku A Rahman berikan Singapura kapada Cina pada tahun 1965? Tahukah anda Singapura sekarang 75% Cina dan Penang arahnya kesitu?

      • Kita mesti lawan pembangkang kaw-kaw bro. Mereka tak boleh dibiar bermaharaja-lela. Kita mesti diperlihat sebagai pejuang melayu tulen. Adakah orang melayu yg menyokong pembangkang tidak sedar bahawa umno lah yg menghantar mereka belajar ke institusi-institusi pengajian tinggi sampai keluar negeri. Apabila mereka berdegree, adakah patut mereka nak lawan tauke. Mereka sepatutnya mengikut budaya org umno, jgn tunjuk pandai sangat, dan jangan jadi alim sangat. Kalau masuk bidang bisness pun mereka mesti paham, technical know-how tak semestinya boleh dapat tender. Know-who tu penting bro, dan mesti ‘allocate’kan sikit percent pada ketua-ketua bahagian umno baru lancar projek. Jadi bolehlah dijaga perut mereka. Belajar pandai sangat pun tak guna kalau nak lawan taukeh, dan tak pandai jaga perut ahli. Biar la pemimpin umno cari kekayaan walaupun under the table, atau over the table pun tak kisah, mereka kan orang melayu juga. Pembangkang hendakkan org melayu bersaing dengan sihat dgn bangsa asing, walaupun org melayu mampu bersaing contohnya org melayu kalau berniaga kat oversea boleh maju bro. Tapi itu kerja gila bro, buat apa org melayu nak kerja kuat. Kitakan jadi tuan di negara tercinta ini. Kita suruh orang lain kerja untuk kita, kalau perut kita dan org kampung terjaga, depa tak akan bising bro.

        PS. Pengbangkang jangan kacau periuk nasi orang. Dari dok memgampun pemimpin pembangkang sesen pun tak dapat, baik la pengampu pemimpin umno, ada juga depa hulur duit poket. 1Malaysia.

      • kawtim,

        Apa yang kamu cakap ni?

        Kamu kata pembangkang “tak boleh dibiar bermaharaja-lela .. Kita mesti diperlihat sebagai pejuang melayu tulen .. orang melayu yg menyokong pembangkang tidak sedar umno yg menghantar mereka belajar ke institusi-institusi pengajian tinggi .. tidak patut nak lawan tauke .. patut mengikut budaya org umno, jgn tunjuk pandai sangat .. Kalau masuk bisness .. Know-who tu penting .. mesti ‘allocate’kan sikit percent pada ketua-ketua bahagian umno baru lancar projek. Jadi bolehlah dijaga perut mereka ..”

        Apa maksud kamu cakap iu semua? Kamu menyindir ke?

        Kemudian kamu cakap, “Belajar pandai sangat pun tak guna kalau nak lawan taukeh, dan tak pandai jaga perut ahli.” Kamu menghasut rasuah ke?

        “Biar la pemimpin umno cari kekayaan walaupun under the table, atau over the table pun tak kisah, mereka kan orang melayu juga.” Kamu menggalakkan rasuah ke?

        Bila kamu kata, “org melayu kalau berniaga kat oversea boleh maju .. Tapi itu kerja gila .. buat apa org melayu nak kerja kuat. Kitakan jadi tuan di negara tercinta ini. Kita suruh orang lain kerja untuk kita”, kamu menyindir ke? Kamu bunyi bukan Melayu bila cakap begini. Kalau betul, dan menyamar sebagi Melayu, aku keji kamu sepenuhnya dan syorkan kamu disula ditepi pantai.

        Kalau kamu betul Melayu, aku tak senang kamu cakap begini. Melayu yang berpendirian begini tidak guna langsung dalam masyarakt Melayu. Merosakkan imej Melayu, membawa pengaruh yang tidak diingini. Cakap fasal jadi tuan, tak payah kerja kuat, suruh orang lain berkerja .. itu mengarut.

    • Hai kawtim, masa Tun nak letak jawatan dulu pun ramai yg desak beliau jangan berhenti, tapi kita sedar yg Tun ingin benar benar bersara setelah menyumbang dan berkorban sekian lama.

      Sejak Paklah, ramai ahli yg MINTA bantuan Tun supaya desak Paklah letak jawatan. Saya secara peribadi sedih melihat Tun terpaksa menyumbang tenaganya atas permintaan ramai.

      Tun ada hak berehat tapi masih ramai yg perlukan bimbingan dan kebijaksanaan nya.

      Ingat ya, paklah tu dimata rakyat, adalah Mr Clean and Mr Nice Guy. Dia juga mendapat lebih sokongan ahli UMNO drp Najib pada masa tu.

      P.S. Jangan berpura pura. Perkataan ‘involve’, ‘pekena’ dan ‘perut-perut’ membayangkan yg kamu ni bukan orang Melayu.

      • Sdr kawtim

        “Pembangkang hendakkan org melayu bersaing dengan sihat dgn bangsa asing,”

        Perkatan “sihat” bagi orang melayu meliputi bersih, jujur, berlandas ajaran ugama Islam,indah….no sabotag, no back stabing…… ciri2 yang sangat mulia di masyarakat Melayu.

        Adakah bangsa asing ada atau faham ciri sebegini dalam business.

        Tak apa, tunggu sajalah, orang Melayu akan faham istilah “bersaing dengan sihat” jua nanti.

        mohamed

  14. Mahathir cakap tak seupa bikin.Mahathir menerajui Malaysia 22 tahun lamanya orang Melayu terus mundur melainkan kuncu kuncu nya termasuk orang bukan Melayu menjadi lebih kaya.

  15. “Mahathir cakap tak seupa bikin.Mahathir menerajui Malaysia 22 tahun lamanya orang Melayu terus mundur melainkan kuncu kuncu nya termasuk orang bukan Melayu menjadi lebih kaya.”

    Secara jujurnya dimanakah Melayu sebelum 1982? Apakah Melayu sebelum 1982 rata-ratanya lebih baik dari Melayu hari ini?

    Siap sebenarnya bercakap tak serupa bikin?

  16. Saya sokong saudara mohamed. Selagi org bukan melayu tidak paham istilah persaingan secara sihat, kita perlu mempertahankan dasar DEB sehingga org melayu juga paham istilah tersebut. Biarlah ia memakan masa yg lama, mungkin sampai kiamat. Mungkin pada masa tersebut dunia sudah tiada sempadan lagi. Biarkan negara lain bersaing dengan negara terbuka yg lain utk memcari peluang-peluang baru. Kita perlu bereskan dulu persaingan antara rakyat. Selagi org melayu tidak diiktirah sebagai tuan, bersaing dgn dunia antara-bangsa adalah sia-sia dan perlu dijadikan priority nombor dua.

  17. Saya sokong saudara mohamed. Selagi org bukan melayu tidak paham istilah persaingan secara sihat, kita perlu mempertahankan dasar DEB sehingga org melayu juga paham istilah tersebut. Biarlah ia memakan masa yg lama, mungkin sampai kiamat. Mungkin pada masa tersebut dunia sudah tiada sempadan lagi. Biarkan negara lain bersaing dengan negara terbuka yg lain utk memcari peluang-peluang baru. Kita perlu bereskan dulu persaingan antara rakyat. Selagi org melayu tidak diiktirah sebagai tuan, bersaing dgn dunia antara-bangsa adalah sia-sia dan perlu dijadikan priority nombor dua.

    • Sdr Kawtin

      You sound like our Prime Minister. May be he got the idea for MEB from you people.

      Let see

      mohamed

    • kawtim,

      Sekarang kamu cakap, “Selagi org bukan melayu tidak paham istilah persaingan secara sihat, kita perlu mempertahankan dasar DEB sehingga org melayu juga paham istilah tersebut. Biarlah ia memakan masa yg lama, mungkin sampai kiamat.” Lagi sekali aku tak faham maksud kamu. Apa bukti kamu orang Melayu “tidak faham istilah persaingan secara sihat”?

      Kalau kamu menyindir, cakaplah supaya kami tahu maksud kamu dan apa yang kami patut bri tahu kamu. Kalau tidak, janganlah sebut “sampai kiamat.” Kami semua orang dewasa dan tidak suka sesiapa cakap ikut sesuka hati sahaja. Kamu saperti tidak ada hormat kapada orang Melayu. Itu aku tidak suka.

      Apa maksud kamu mengatakan, “Biarkan negara lain bersaing dengan negara terbuka yg lain utk memcari peluang-peluang baru.” Adakah kamu maksudkan negara Malaysia ini “tidak terbuka”?

      Begitu juga bila kamu kata, “Selagi org melayu tidak diiktirah sebagai tuan, bersaing dgn dunia antara-bangsa adalah sia-sia dan perlu dijadikan priority nombor dua.” Apa maksud kamu cakap begitu?

      Aku mahu kamu terangkan maksud kamu dengan jelas diforum Big Dog ini. Kalau tidak, aku anggap kamu sebagai menyindir, mengetawakan Melayu dan kamu dianggap kurang ajar. Jangan melompat bila aku gunakan perkataan tersebut. Jika kamu tidak faham maksud perkataan tersebut, lihat Kamus.

      Apa yang kamu tulis bukan masalah perkataan. Ia adalah masalah tujuan kamu yang aku tak boleh cari diKamus.

  18. Biasa la bro, ahli-ahli umno diperingkat bawahan atau ahli baru, perlu diberikan semangat perjuangan yang ‘ideal’. Benci rasuah, benci pengkianat bangsa, sayang agama dan sebagainya. Bila dah lama berjuang, dan dah muak dgn ideal-ideal tadi, tiba pula masa untuk cari peluang buat duit bro. Money speak bro. Kerajaan pas kat kelantan pun bila dah lama berkuasa, depa pun ada usha-usha juga utk peluang buat duit. Tapi masalah kat sana kalau nak buat duit sikit, dah org bising, susah la macam tu bro. Dalam umno best bro, kita kena kretif je. Mcm brother bigdog, dia pun cari peluang, buat kerja dgn tun atau anak dia. Kalau pergi yayasan kepimpinan mungkin ada selisih dgn dia, kalau tak pun dia pergi sembunyi dlm tandas. Tapi susah nak miss la dgn size dia. Tapi bagus bro, masing-masing dgn cara tersendiri utk cari makan untuk bayar bil, banglo, dan setahun sekali pergi bercuti ke luar negeri. Apa salah bro.

    – Kalau ada lobang rezeki kasi tau bro.
    – 1Malaysia

    • Kawtim,
      Ada lubang satu bro!
      Dalam buntut Cina.
      Lick it, Taste it and make your money.

  19. I think this kawtim fler is using the tactic ‘kill your enemy from within’.

    He sets up this persona of being ‘one of us’ by praising UMNO sky high. But in his empty compliments, he actually stabs UMNO in the back.

    Then he “criticises” the opposition but inserts apparently “good and laudable” principles of the opposition.

    He writes in BM but certain words he uses reveals a poor grasp of standard BM.

    Teringat kat nizar (Melayu Islam) tapi keturunan china sabelah mak, paras muka pun seangkatan dgn ngeh/nga.

    • I agree with you…Nama pun kawtim.

      Tulisan pun macam rojak…

      Soalan nya Rojak Apa?

      Rojak Mamak?
      Rojak Buah Cina?
      Mee Rojak Mamak?
      Rojak Pasembur Indon?

      • Salah salah salah

        Jawapannya adalah Rojak 1Malaysia saperti dlm video berbahasa Tamil ni. Cuba lihat.

        http://15malaysia.com/films/rojak/

  20. Salam bro, saya berbangga bro berangan-angan untuk jadi ahli umno. Berangan-angan pun dah cukup bro, sebab dah isi borang untuk jadi ahli dan dah bagi seringgit, dah lama bro tapi tak approve lagi. Kawan dalam umno cakap biasala tu lain kali dia cakap masa isi borang bubuh jawatan pemandu teksi guarantee cepat approve. Memang sahlah bro masuk umno tak boleh pelajaran tinggi sgt nanti boleh lawan taukeh, tergugat nanti jawatan ketua bahagian. Kalau berhujah dgn pembangkang pun bila dah tak ada modal sgt kita mencarut je bro, mcm komen kat atas. Jadi mcm kawan kita si parpukari, memang tabik spring bro dgn ayat dia. Tak sah lah kalau dalam satu ayat tak ada perkataan f#$k,%$#@. Tak heranla bro bekas presiden kita yg ajar. Sapa yg mula semua ni bro kalau bukan dia. Padan muka anwar, tgk la sapa dulu sebelum nak lawan. Tapi kesian pula org tua tu bro, kubur dah kata mari rumah pun dah kata pergi saham dia makin hari makin bertambah. Bayangkan lah bro semua org umno yg dok mencarut tu hasil dari didikan dia, sedangkan benda tu tak tentu betul atau tidak, dia pun dapat saham bro. Masalahnya pembangkang dan org yg ada otak tak boleh terima bro. Susah betul la dia org ni, bekas presiden kita dah kata anwar buat benda tu, terima je la, jgn dok runsingkan otak sgt mcm kita org-org umno yg masih setia dlm umno. Kita memang tukang angguk bro. Tapi tak pa la bro, memang dia org tak guna seduit pun pada umno, kalau org macam ni pakai otak dah lama dah dia org tinggal umno, mcm bekas presiden kita yg keluar umno. Tapi dia masuk balik itu yg tak tahan tu, lawak antarabangsa betul. Tapi dia amat berjasa bro, kalau bukan dia, tak dapat la nak merasa naik proton. Ingat senang ke nak latih org melayu sampai boleh buat kereta sendiri.

    -1Malaysia bro.

  21. Tun, melancung keluar topik sedikit tapi harap disiarkan

    Rakan rakan semua, kalau nak tahu macamana rapatnya Anwar Ibnrahim dengan regim Zionis Israel sila ikut link di bawah

    GEMPAR; Disini ada bukti terbaru Anwar ada rakan dalam kerajaan ZIONIS Israel

    • Haiii…

      Tak Habis Habis Zionis Lah Jew Lah…….

      Macam Dunia ni tak ada manusia lain yang penting.

      Kawan ke… Musuh ke… Israel tak kisah…Dia buat lah apa yang patut untuk dia untuk survive. Kawan Anwar ke, Kawan Najib ke…Apa ada kena mengena dengan harga ikan dipasar?

      • Sama kaitan dengan komen anda dia atas.

  22. MENGGEGARKAN! MENGEMPARKAN!!!

    Apa ni Datuk Big Dog?

    Mengikut “1Malaysia Government Transformation Programme Roadmap” yang dilancarkan Perdana Menteri Najib Razak pada hujung bulan Januari:

    Matlamat 1Malaysia ialah “to make Malaysia a greater nation: a nation where, it is hoped, every Malaysian perceives himself or herself as Malaysian first, and by race, religion, geographical region or socio-economic background second“.

    Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyebut dia “Malay first”.

    BUKANKAH INI BERTENTANGAN DENGAN PENDIRIAN NAJIB RAZAK DAN KONSEP 1MALAYSIA?

    Habis! Penipuan! Hipokrit! Pembohongan! Melayu dan Rakyat Malaysia Ditipu!

    • Eh. Ya tak ya jugak.

      Kan perdana menteri tersayang dah mintak seluruh rakyat menggelar diri mereka org Msia dulu, bangsa kemudian.

      Kalau menteri dalam kabinet sendiri tak patuh, 1Malaysia tu baik buang dalam longkang.

      • ko ni bodoh

  23. PERKASA itu 100% untuk Melayu kalau dibanding dengan UMNO yang kini mula condong kepada menyusukan kera dihutan.

    Agaknya Najib dan Muhyiddin kurang “melayu” kerana mereka rasa tidak perlu datang ke perhimpunan PERKASA tetapi begitu menonjol dalam perhimpunan bangsa dan ugama lain.

    Di masa akan datang RM patut dijemput dalam upacara besar PERKASA supaya yang kurang Melayu pun terpaksa datang bersama.

    • Sdr Kluangman

      Interestingly, ditakdirkan PERKASA manjadi parti politik dan dapat majority diParliment, adakah presidentnya yang tentu sekali jadi PM, akan berkata

      “Aku PM untuk semua rakyaat Malaysia he..he…”.

      And the rest is history……..

      mohamed

  24. korang ni bodohkan….anuar ibrahim tu penipu terang terang ko kata baik…..nik aziz buat kenyataan merapu ko kate ulamak….memang sial korang ni…orang yg bangun kan negara sampai maju ni kohina…bodoh la korang….ko tengok kelantan yg kecik tak terjaga….anuar plak gila kuasa….takut ngan bayang bayang sendiri…korang ni memang bodoh….korang sedar tak ape yg korang sedang guna kan adalah usaha tun mahathir…it….kereta….lebuhraya….telefon….tapi korang memang lupa…ape nik aziz dah buat utk negara….ape anuar dah buat pada bangsa melayu….lu fikir la sendiri

  25. […] pressure group with the nationalist party. The lackluster attitude of UMNO Leaders, especially the much disappointing UMNO Youth Leaders to speak up and ‘fight’ for the interests of the M…, now being systematically challenged not only by Chinese Chauvinist DAP and NGOs such as Dong […]


Leave a reply to ray Cancel reply