Pembangkang eksploit kanak kanak untuk kempen P094

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang sebenarnya sudah kehilangan banyak sokongan dan perhatian, kini menggunakan apa saja cara  termasuk terdesak untuk berkempen. Ini termasuk ‘memperkudakan’ kanak kanak dan warga emas dan mendedahkan mereka pada cuaca dan risiko berlaku apa apa kejadian yang tidak diingini, terutama dalam kehangatan dan emosi berkempen.

Kanak kanak digunakan dalam kempen semasa hari penamaan calon PRK P094 Hulu Selangor

Golongan yang sepatutnya tidak dibabitkan dalam aktiviti fizikal kempen politik terutama  ‘barisan hadapan’  ini sebenarnya tergamak di’kuda’kan Pembangkang, semasa penamaan calon Pilihanraya Kecil (PRK) P094 Hulu Selangor semalam di Kuala Kubu Baru.

Warga emas yang terlibat dalam perarakan semasa penamaan calon PRK P094

Ini jelas memaparkan sikap Kepimpinan Pembangkang terutama mantan-banduan-salahguna-kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim yang tidak peduli dan tergamak menggunakan apa saja sumber walaupun tidak sesuai dan bersifat eksploitasi, semata mata untuk ber’sandiwara’ menunjukan mereka masih mempunyai ‘jumlah’ sokongan rakyat dan akar umbi, dalam usaha terdesak mengaburi persepsi pengundi sekitar P094.

Kanak kanak terlibat dalam 'barisan hadapan' PKR semasa pencalonan P094

Pembangkang terutama PKR kini menghadapi krisis dalaman yang kronik semenjak keputusan keluar parti beberapa MP iaitu Bayan Baru Dato Seri Zahrain Hashim, Bagan Serai Mohsin Fadzil dan Nibong Tebal Tan Tee Beng, pemecatan keahlian MP Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin dan terbaru, tindakan keluar parti ADUN Bakar Arang Tan Wei Shui menyertai jejak rakan ADUN sebelumnya Changkat Jering Osman Jailu, Behrang Jamaluddin Radzi, Lunas Mohd Radzi Salleh dan Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Othman. Sebelum itu, dua ADUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin dan Bukit Selambau dan Exco Kerajaan Kedah V Arumugam meletakan jawatan.

Ini tidak termasuk tindakan keluar parti Setiausaha. Agung PKR Dato’ Sallehuddin Hashim dan ucapan ‘Little Napolean’ MP Wangsa Maju Wee Choo Keong dalam Dewan Rakyat.

Hari ini, Ketua AMK Parlimen Shah Alam NorIsham Manap dan Timbalanya serta beberapa ahli PKR mengumumkan keluar parti kerana keputusan meletak Dato’ Zaid Ibrahim sebagai calon P094. Zaid yang dilihat sebagai ‘liberal”, ‘kelas atasan’ dan ‘gaya hidup bohemian dan ala Barat’ merupakan pemimpin yang disifatkan ramai pihak termasuk Pemimpin PKR dan rakan PR sendiri sebagai ‘tidak sesuai’ mewakili aspirasi akar umbi P094 yang konservatif. Zaid juga bukan anak kelahiran Selangor.

Ramai dalam PKR percaya sebagai yang dinyatakan NorIsham semasa sidang media beliau bahawa pemilihan Zaid sebagai calon PR dalam PRK P094 merupakan tindakan terdesak Ketua-Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar Ibrahim untuk mengangkat seorang personaliti mantan-Menteri-Kabinet dan cukup kontroversi untuk memantapkan ‘pertahankan’ dalam kes liwat kali ke 2 yang dijangkakan akan meletakan Anwar dalam sudut yang amat meruncing. Pengerusi Tetap selama 8 tahun PKR Bahagian Bayan Baru Ismail Mohd. Ali yang menjadi ahli KeAdilan semenjak 1999 dan juga meletakan jawatan serta merta pula mengesa agar pengundi P094 menolak PKR kerana parti itu tidak mempunyai agenda lain melainkan memenuhi ‘nafsu’ Anwar untuk merampas kuasa. Ismail dan 200 ahli PKR Bayan Baru keluar parti hari ini.

Tindakan ‘terdesak’ PKR untuk memanjangkan ‘sandiwara’ semasa kempen P094 akan dijangka.

Advertisements
Published in: on April 18, 2010 at 19:14  Comments (8)