Dr. Halili berhijrah keluar PKR untuk sertai UMNO

Pemimpin PKR Hulu Selangor Dato’ Dr. Halili Rahmat, yang juga nama yang disebut sebut untuk mewakili PKR dalam PRK p094 Hulu Selangor sebelum mantan Menteri Undang Undang Dato’ Zaid Ibrahim diumumkan telah mengumumkan keluar dari PKR. “Kecewa dan hilang kepercayaan dengan PKR” sebagai Ahli MT PKR itu  merupakan hasrat untuk  menyertai UMNO.

Beliau mengumumkan ini dalam satu sidang media khas di Hilton, Petaling Jaya.

Pakar bedah otak dan neuro ternama ini merupakan salah seorang dari siri pemimpin kanan dan yang dihormati dalam PKR bertindak meninggalkan parti tersebut dalam 3 bulan kebelakangan ini kerana sikap nepotism dan favourtism Kepimpinan PKR, terutama oleh Ketua-Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim. Sebelum ini, tindakan serupa dibuat oleh Setiausaha Agung PKR Dato’ Sallehuddin Hashim, MP Bayan Baru Dato’ Seri Zahrain Hashim, MP Bagan Serai Mohsin Fadzil, MP Nibong Tebal Tan Tee Beng dan pemecatan MP Kulim Bandar Baharu Zulkifli Nordin.

Dr. Halili merupakan pemimpin kanan Melayu PKR dan amat rapat dengan Orang-Kena-Tuduh-Meliwat Anwar “Mat King Leather” Ibrahim. Sebelum ini mantan Setiausaha Ppolitik dan Ketua AMK PKR Ezam Md. Noor juga bertindak kerana kekecewaan yang melampau. Zulkifli merupakan peguam peribadi Anwar, berucap dalam Dewan Rakyat bahawa sebagai peguambela Chief Inspektor Azilah Hadri dalam perbicaraan kes bunuh warga Mongolia Altantuyaa Shaariibuu, beliau diminta untuk melibatkan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai tindakan fitnah yang berniat jahat.

In dilihat sebagai tamparan hebat kepada mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar ‘”Mat King Leather” Ibrahim kerana Dr. Halili merupakan salah seorang pejuang terawal KeAdilan dan merupakan doktor peribadi pemimpin defacto Pakatan Rakyat itu. Sebagai seorang anak tempatan, Dr. Halili juga merupakan calon KeAdilan dan PKR dalam PRU 10 dan 11. Namun Zaid yang diletakan sebagai calon PKR dalam PRK P094 ini menerima pelbagai tentangan terbuka, dari dalaman termasuk tindakan Ketua AMK PKR Parlimen Shah Alam NorIsham Manap semalam. Semasa PKR mengumumkan calon mereka Khamis lepas, ADUN PKR Bakar Arang Tan Wei Shui juga mengumumkan keluar parti.

Jelas tindakan Dr. Halili ini memaparkan jelas kekecewaan mereka yang amat rapat kepada Anwar bertindak hijrah keluar dari PKR kerana parti ini amat terbukti hanya untuk memenuhi nafsu seorang pemimpin yang buas dan rakus kuasa dan tergamak menggunakan apa saja cara untuk berpolitik, termasuk menggadaikan maruah dan kepentingan orang Melayu dan Islam, selaku majoriti warga Malaysia.

Advertisements
Published in: on April 19, 2010 at 11:19  Comments (11)