Tun Dr. Mahathir: Kekalkan pembangunan yang BN bawa dan jayakan

Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pengundi P094 Hulu Selangor bahawa pemerintahan Barisan Nasional (BN) mengutamakan rakyat semua kumpulan etnik dan memberi tumpuan kepada perpaduan, keharmonian dan kerjasama antara kaum dan kumpulan etnik, demi perpaduan dan proses pembinaan negara-bangsa.

Beliau merakamkan rasa syukur kerana diberikan peluang dan tenaga kerana masih mampu berkempen, walaupun pada usia hampir 85 tahun. Sambil mengimbau kembali pengalaman pertama berkempen semenjak 1946 lagi, beliau mengingatkan Parti Perikatan dan Barisan Nasional berjaya membangunkan negara dan rakyat secara kuantitatif dan kualitatif. Tahap kehidupan meningkat kerana kejayaan pemerintahan merangkumi penglibatan semua kumpulan etnik dan bukan hanya orang Melayu semata mata.

Tun Dr. Mahathir berkempen di Serendah semasa PRK P094 Hulu Selangor

Presiden UMNO V dan Pengerusi BN III itu berkempen untuk calon BN PRK P094 Hulu Selangor P. Kamalanathan di Pusat Daerah Menngundi Serendah malam ini dan dihadiri 1,500 orang tempatan yang datang berpusu pusu dan keadaan penuh sesak. Turut hadir ialah Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Pengerusi BN Perlis Dato’ Seri Shahidan Kassim dan MP Pasir Mas Dato’ Ibrahim Ali. Kehadiran beliau untuk mengkukuhkan kempen BN menunjukan sokongan padu keatas calon muda yang disenangi semua etnik dan mendapat kepercayaan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd, Najib Tun Razak.

Keamanan dan keharmonian yang diberjaya dikekalkan selama ini merupakan ciri penting kemajuan dan pembangunan dapat dijana dan diberikan tumpuan. “Orang negara lain datang sini untuk belajar dari kita walaupun mereka terdiri dari satu kaum sahaja, tidak seperti kita”.

“Hari ini kita lihat semua etnik berkerja diseluruh Malaysia, melakukan macam macam pekerjaan termasuk etnik dari pendalaman Sabah dan Sarawak” dan mengambil contoh pembangunan yang BN berjaya bawa keseluruh negara memungkinkan orang dari pendalaman Sarawak berjaya sehingga ketahap CEO GLC. “Idris Jala adalah contoh bagaimana etnik yang dahulunya British sifatkan sebagai ‘orang asli yang menjadi pemburu kepala’, kini berjaya menguruskan Malaysia Airlines dengan baik dan membawa keuntungan”.

“Orang kata saya rasis tapi masa ekonomi kita hampir lumpuh dan ramai peniaga hampir bankrap akibat sekarang matawang 1997, tindakan saya menyelamatkan semua, termasuk peniaga Cina” menyingkap krisis ekonomi 1997-8 “Bukti tindakan yang kita ambil adalah jelas apabila etnik Cina memberikan sokongan kuat pada BN dalam PRU 10 November 1999. Kalau saya rasis, kenapa sokongan etnik Cina solid pada masa itu?”.

“Ramai juga yang datang kepada saya dan mengucapkan ‘Terima Kasih’, termasuk orang Cina. Mereka dapat merasakan kesan keharmonian, ketabilan dan pembangunan yang dibawa. Kalau rasa ‘Terima Kasih’, undilah BN!”.

Menjelaskan penglibatan beliau dengan mesyuarat agung PERKASA baru baru ini yang dikatakan rasis oleh sesetengah pihak, “Ibrahim Ali ini selalunya lebih garang dari UMNO, termasuk dalam Dewan Rakyat. Kadang kadang, kita perlukan orang macam ini”.

Beliau mengingatkan orang yang sentiasa ‘lompat parti’ ini sebagai “Jangan percaya orang macam ini. Nanti kita undi dia, dia lompat ke lain. Terutama orang yang minum dan mabuk. Tidak boleh percaya”, sambil menerima tepukan gemuruh.

Mengulas mengenai isu ‘kuda’, “Saya biasa bela kuda. Ada 30 ekor. Baka baik baik. Tapi tak dak sekor pun berlumba, terutama untuk judi”.

“Ada orang tu ada firma guaman cukup besar, sampai 100 peguam. Tapi dia tak pernah pergi Mahkamah pun. Kerja dia hanya sain borang. Dulu, dia datang pada UMNO mintak kerja. UMNO pun dulu biasa bagi dia kerja (Bermula selepas UMNO diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Feb 1988). La ni, dia dah jadi ‘Kacang Lupakan Kulit’!”

Tun Dr. Mahathir menaruh harapan agar Kepimpinan PM Dato’ Seri Najib “Dapat memperbetulkan apa yang orang dulu buat” dan dengan jelas membuat rujukan kepada kelemahan pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

*Perkembangan dikemas kini 1030pm

Semasa sessi soal jawab sidang media, beliau mengingatkan semua etnik wajar bekerjasama rapat untuk menentukan proses pembangunan berterusan. Apabila ditanya mengenai undi etnik Cina yang dikhuatiri tidak memihak kepada BN, “Orang Cina tak boleh berkelahi dengan orang lain. Orang Cina mesti kerjasama dengan orang lain juga. Sama macam orang lain perlu berkejasama dengan orang Cina”. Beliau yakin pengundi P094 Hulu Selangor akan kembali mengundi BN kerana “Pada 2008, mereka bukan menolak BN. Mereka undi Pembangkang kerana kecewa. Mereka. Juga biasa mengundi orang India, jadi isu kaum bukanlah menjadi hal”..

Beliau juga mengesa Ketua-Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim untuk berani bersumpah muhabalah jika beliau benar benar tidak melakukan jenayah liwat, sebagaimana dituduh “Bersumpah secara yang betul, dalam masjid dengan menjunjung Al Quran. Saiful dah buat (sumpah muhabalah). Jangan bersumpah diluar masjid sahaja”.

Published in: on April 22, 2010 at 21:45  Comments (9)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/04/22/tun-dr-mahathir-kekalkan-pembangunan-yang-bn-bawa-dan-jayakan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

9 CommentsLeave a comment

  1. Sdr.

    Zahid pun berjasa besar pada orang Melayu. Antaranya dengan menakan kuda lumbanya dengan nama ‘melayu” dan “kelantan”….. Bijak bijak bijak zaid

  2. Bro,

    I like Mahathir as a PM but this statement about jangan percaya pada “katak” boggles me. Brahim Ali tu, isn’t he one of those? Banyak2 Melayu kenapa Brahim yang jadi kepala Perkasa? But I suppose when it comes to politics everything is fair, isn’t it? My only reservation is this Brahim guy, I hope we all know what we are getting ourselves into.

    jabba

  3. Salam Bro,

    God is Great!! Sometimes a true leader is the hardest for anyone to notice, let alone from the very people he loves so dearly. Even when all the chips are down, he is still there, rain or shine, tirelessly explaining and reminding us on the very basis of what this country is built upon. As a leader who is revered by all and sundry in faraway troubled countries as far as Bosnia and Albania to the far reaches of even China, isn’t it sad for us his own ‘anak jati’ not withstanding colour or creed,to keep on forgetting his contributions, sacrifices and selfless acts to help us stand on our very own two feet and finally without a doubt, minus the ridiculed crutches..

    It is high time for us the rakyat to stand in solidarity and not to be so gullible and fall victim to the follies of the shadow players. Our country and our people is right now standing at the very crossroad we have seek to reach ever since independence. We now have to make the ultimate decision to choose between greed and selfishness or perseverance, commitment and unity. The world is changing, but our nationalism and our humility is vanishing. Yes, as has been mentioned numerous times, even the very people we have elected to be in power to govern and lead us has to provide to us the solid proof that they are not susceptible to the very cardinal sins that has seen countries and civilizations crumbled all throughout the history of mankind. We do not have to go far to realize it. Just look at the situation and scenario from just across our northern border.

    We owe it to our past leaders and founding fathers and also our future generations to be on the right track. To all our detractors whether foreign or domestic, lets make it a point to them, that we are not losing grasp of the key ingredients that has made us the very epitome of a multiracial, multi ethnic and plural society.

    As for me, personally, I do not want to fail the very leader I loved so dearly and who has really made me understands wholly the meaning of being a true Malaysian.

    May God be with you always TDM

  4. DARI DAHULU SAMPAI SEKARANG..APA JUA STATEMENT TUN DR MAHATHIR SANGAT JUJUR!!!!

  5. Aik, anak Tun pun duduk dalam board of director syarikat arak, tak haram ke Tun? Tun nasihatkanlah anak Tun sebelum nak nasihatkan Zaid.

    • Tun Dr. Mahathir Mohamad menjawab isu ini dalam ceramah di Serendah semalam. Tak perlulah nak tunjuk pandai untuk bagi nasihat pada Tun Dr. Mahathir pulak.

      • so, tiada siapa dalam dunia ni boleh nasihatkan Tun atau keluarga Tun?

        Umar al Khattab pun suka kalau sahabat nasihatkan dia, walaupun dengan pedang

      • Nak nasihat Tun Dr. Mahathir apa lagi? Dia dah jelaskan isu anak dia dalam ceramah di Serendah. Masa media conference pun, apabila ditanya beliau dah lebih bagi penjelasan.

        Lain kali datanglah dan dengar sendiri. Tak perlu nak bagi nasihat untuk Tun Dr. Mahathir dalam ruangan komen blog.

  6. […] was talking about Tun Dr. Mahathir Mohamad actively campaigned against Zaid in the P094 Hulu Selangor by-election April 2010. Zaid was then a PKR candidate and Opposition […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: