SPRM wajar siasat ubah suai DUN Pulau Pinang

Siling DUN Pulau Pinang roboh pada 30 April 2010, tidak sampai setahun diubah suai bawah Kerajaan DAP Pulau Pinang

Sebahagian dari siling dewan persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah runtuh pada hari ini. Tiada kecederaan dilaporkan pada kemalangan yang berlaku kepada bangunan yang baru mengalami kerja pengubah suaian, semenjak DAP mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kejadian siling runtuh ini masih menjadi misteri kerana kerja ubah suai yang baru sahaja selesai pada 2009. Namun begitu, siasatan komprehensif perlu dijalankan segera untuk menentukan punca kelemahan, samada pada struktur atau kerja ubah suai yang baru selesai setahun lepas dan siapa yang bertanggung jawab.

Persidangan yang dijadualkan untuk perasmian oleh TYT Yang DiPertuan Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada Isnin 3 Mei 2010 akan ditunda kesatu tarikh yang belum diumumkan lagi. Buat masa ini, Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng difahamkan berada Sibu kerana urusan parti DAP yang meletakan calon pada Pilihanraya Kecil yang akan berlaku tidak lama lagi.

Persidangan asal dijadualkan pada 19 April 2010 terpaksa ditangguhkan kerana TYT telah dimasukan ke hospital kerana jangkitan broncho pneumonia.

Ada ura ura persidangan penggal ini akan diadakan di Dewan Sri Pinang (berhampiran DUN Pulau Pinang) tetapi ianya masih belum dapat disahkan kerana tempat ini perlu diwartakan dahulu dan notis yang cukup perlu dikeluarkan. Tempat lain yang dicadangkan ialah Dewan Universiti Sains Malaysia dan Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Ditaksirkan kerja pemulihan segara terpaksa dibuat dalam dua hari ini atau persidangan perlu ditangguhkan ke satu masa akan datang yang belum dipastikan lagi. Kegagalan DUN Pulau Pinang bersidang hanya merugikan rakyat.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP dijadualkan berada di Sibu antara 7 dan 10 Mei 2010. Namun begitu Pakatan Rakyat memang terkenal menganjurkan persidangan DUN tanpa mengikut prosedur dan protokol yang sesuai, sebagaimana berlaku di Perak tahun lepas. Sekiranya persidangan DUN Pulau Pinang diteruskan juga di Dewan Sri Pinang tanpa mengikut peruntukan prosedur dan protokol yang sesuai, maka apa apa ketetapan yang dibuat mungkin akan berhadapan dengan implikasi perundangan.

Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu mengambil tanggung jawab sepenuhnya atas kejadian ini dan implikasi kepada rakyat Pulau Pinang sekiranya DUN Pulau Pinang gagal bersidang dalam jangka tempoh yang sudah ditentukan dan apa apa implikasi undang undang sekiranya persidangan dianjurkan juga tanpa menurut prosdeur dan peruntukan undang undang.

SPRM wajar membuat siasatan kenapa DUN Pulau Pinang setahun lalu dan menentukan samada berlaku rasuah, tidak menurut spefikasi, kerja yang rendah mutu dan kemungkinan berkalu salah guna kuasa dalam proses memberikan kerja kepada pihak kontraktor ubah suai.

*Perkembangan dikemas kini Sabtu 30 April 2010. Gambarfoto adalah ehsan blog The Unspinners

Published in: on April 30, 2010 at 19:40  Comments (3)