Kempen lemah DAP PRK P212 Sibu

DAP yang mencalonkan Pengerusi DAP Sarawak dan ADUN Bukit Assek YB Wong Ho Leng dalam PRK P 212 Sibu, menengahkan manisfesto yang tidak realistik dan dianggap lemah, bagi pilihan warga bandar majoriti etnik Cina Foo Chow itu.

Manifesto ini dipetik dari blog Wong:

AGENDA ‘SIBU, JOM UBAH’

1. Masa depan Sibu
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri dan kerajaan pusat, kami berjanji untuk menyelesaikan masalah banjir di Sibu dalam masa dua tahun, di samping melabur dalam modal insan dan prasarana untuk menjadikan Sibu sebagai pusat antarabangsa bagi industri perkapalan, kejuruteraan marin dan pelancongan.

– Masalahnya, Pakatan Rakyat tidak akan menjadi Kerajaan Negeri Sarawak kerana rakyat Sarawak sudah matang memilih parti yang berjaya membawa aspirasi dan merealisasikan kepentingan mereka secara komprehensif.

DAP, PKR dan PAS merupakan parti ‘Semenanjung’ dan bukan parti ‘pribumi’ (indigenous) seperti PBB dan SUPP, yang lahir dan ujud kerana kepentingan warga Sarawak.

2. Warga Emas
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri Sarawak, semua rakyat Sarawak yang berumur lebih 60 tahun akan menerima bayaran minimum RM100 setahun sebagai menghargai sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Sarawak.

– Sebagaimana yang dihujahkan di Pulau Pinang, sumbangan RM 100.00 ini lebih meruipakan ‘penghinaan’ kepada warga emas kerana purata RM 3.30 sehari, tidak dapat memberikan apa apa kelebihan dalam kapasiti ‘membantu’ keadaan gayahidup seorang yang lebih 60 tahun umur.

3. Gaji minima
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, kami akan menetapkan gaji minimum RM750 sebulan kepada semua pekerja di Semenanjung dan RM830 sebulan di Sarawak.

– Pakatan Rakyat tidak akan menjadi Kerajaan Persekutuan, sebagaimana dibuktikan kegagalan Ketua Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim yang masih lagi gagal untuk melunaskan janji “16 September 2008”. Malah, perkembangan songsang’ sudahpun memperlihatkan PR kehilangan 4 MP semenjak 6 bulan kebelakangan ini.ru

Kerajaan Persekutuan bawah PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak sedang melaksanakan transformasi ekonomi bawah Model Ekonomi Baru dan mengariskan ‘Ekonomi Nilai Tinggi’ dengan mensasarkan pendapatan per capita meningkat 100% dalam 10 tahun, tanpa menyebut ‘Gaji Minima’.

4. Pendidikan
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, semua sekolah akan diberi peruntukan mengikut keperluan sebagaimana yang dilaksanakan sekarang di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan untuk memastikan anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah.

– Program pembangunan bagi 10,000 sekolah seluruh Malaysia adalah sekata dan komprehensif berbanding tiada model sekolah pendalaman bagi Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membuktikan mereka benar benar mampu merealisasikan janji ini

5. Royalti minyak
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, Sarawak akan menerima royalti minyak sebanyak 20% dari Petronas, iaitu meningkat dari 5% yang diberikan oleh Petronas sekarang.

– DAP sengaja ‘memancing’ sentimen rakyat Sarawak dengan mensensaikan isu royalti kerana wang Petronas sebenarnya dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan atas sejumlah besar program pembangunan, termasuk pelajaran, kesihatan, infratsruktur, keselamatan, pertahanan dan perdagangan dan industri.

6. Reformasi tanah
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri di Sarawak, semua tanah NCR akan diukur nilai dan diberi hak milik manakala pajakan yang akan luput akan dilanjutkan tempoh tanpa syarat. Ini akan membuka peluang ekonomi besar di Sarawak.

– Ini merupakan kempen untuk menambat hati pengundi dayak sekitar Sibu tanpa benar benar mengariskan bagaimana cadangan ini hendak direalisasikan

7. Pentadbiran CAT dan demokrasi
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri dan kerajaan pusat, kami akan mengamalkan pentadbiran Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) serta melaksanakan sistem tender terbuka, membenarkan kebebasan bersuara dan mengadakan pilihan raya tempatan.

CAT Pakatan Rakyat sebenarnya gagal, sebagaimana diSelangor dan Pulau Pinang. Rakan PR dalam Selangor sendiri seperti Dr. Hassan Ali mempersoalkan keberkesanan CAT.

Rasa tidak puas hati meluap luap dua MP PKR iaitu Bayan Baru Dato’ Seri Zahrain Hashim dan Nibong Tebal Tan Tee Beng adalah sebenarnya pemerintahan aka diktator Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP.

************

Apa yang akan berlaku kepada warga P212 Sibu sekirnya Pakatan Rakyat gagal menubuhkan Kerajaan Negeri Sarawak (dalam pilihanraya negeri yand dijangkakan dalam tempoh setahun ini) dan Kerajaan Persekutuan (sebagaimana yang telah dibukti, setelah Mantan-Banduan-Salahguna-kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim gagal merealisasikan “Janji 16 September 2008”)?

Harapan yang Wong bawa sebagai calon DAP ke Dewan Rakyat hanyalah berlandaskan kepada senario ‘Jikalau’ (What if), dan sebenarnya gagal mengariskan agenda pembangunan sebenar yang boleh menguntungkan warga Sibu.

Jelas DAP sebenar tidak mempunyai agenda berstruktur untuk benar benar mewakilil aspirasi warga P212 Sibu, walaupun mewakili majoriti etnik Cina keturunan Foo Chow melainkan menengahkan agenda Chauvinis Cina dan menentang arus perdana dan aspirasi majoriti rakyat Malaysia.

Sekiranya dikaji blog YB Wong, maka menunjukan jelas beliau merupakan pemimpin agenda Chauvinis Cina dan tidak mewakili aspirasi rakyat Malaysia kerana bahasa utama blog ialah Mandarin sedangkan kemampuan rakyat Malaysia yang boleh menggunakan bahasa ini dengan baik kurang dari 10%.

Published in: on May 10, 2010 at 22:01  Comments (10)