Kempen lemah DAP PRK P212 Sibu

DAP yang mencalonkan Pengerusi DAP Sarawak dan ADUN Bukit Assek YB Wong Ho Leng dalam PRK P 212 Sibu, menengahkan manisfesto yang tidak realistik dan dianggap lemah, bagi pilihan warga bandar majoriti etnik Cina Foo Chow itu.

Manifesto ini dipetik dari blog Wong:

AGENDA ‘SIBU, JOM UBAH’

1. Masa depan Sibu
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri dan kerajaan pusat, kami berjanji untuk menyelesaikan masalah banjir di Sibu dalam masa dua tahun, di samping melabur dalam modal insan dan prasarana untuk menjadikan Sibu sebagai pusat antarabangsa bagi industri perkapalan, kejuruteraan marin dan pelancongan.

– Masalahnya, Pakatan Rakyat tidak akan menjadi Kerajaan Negeri Sarawak kerana rakyat Sarawak sudah matang memilih parti yang berjaya membawa aspirasi dan merealisasikan kepentingan mereka secara komprehensif.

DAP, PKR dan PAS merupakan parti ‘Semenanjung’ dan bukan parti ‘pribumi’ (indigenous) seperti PBB dan SUPP, yang lahir dan ujud kerana kepentingan warga Sarawak.

2. Warga Emas
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri Sarawak, semua rakyat Sarawak yang berumur lebih 60 tahun akan menerima bayaran minimum RM100 setahun sebagai menghargai sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Sarawak.

– Sebagaimana yang dihujahkan di Pulau Pinang, sumbangan RM 100.00 ini lebih meruipakan ‘penghinaan’ kepada warga emas kerana purata RM 3.30 sehari, tidak dapat memberikan apa apa kelebihan dalam kapasiti ‘membantu’ keadaan gayahidup seorang yang lebih 60 tahun umur.

3. Gaji minima
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, kami akan menetapkan gaji minimum RM750 sebulan kepada semua pekerja di Semenanjung dan RM830 sebulan di Sarawak.

– Pakatan Rakyat tidak akan menjadi Kerajaan Persekutuan, sebagaimana dibuktikan kegagalan Ketua Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim yang masih lagi gagal untuk melunaskan janji “16 September 2008”. Malah, perkembangan songsang’ sudahpun memperlihatkan PR kehilangan 4 MP semenjak 6 bulan kebelakangan ini.ru

Kerajaan Persekutuan bawah PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak sedang melaksanakan transformasi ekonomi bawah Model Ekonomi Baru dan mengariskan ‘Ekonomi Nilai Tinggi’ dengan mensasarkan pendapatan per capita meningkat 100% dalam 10 tahun, tanpa menyebut ‘Gaji Minima’.

4. Pendidikan
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, semua sekolah akan diberi peruntukan mengikut keperluan sebagaimana yang dilaksanakan sekarang di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan untuk memastikan anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah.

– Program pembangunan bagi 10,000 sekolah seluruh Malaysia adalah sekata dan komprehensif berbanding tiada model sekolah pendalaman bagi Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membuktikan mereka benar benar mampu merealisasikan janji ini

5. Royalti minyak
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, Sarawak akan menerima royalti minyak sebanyak 20% dari Petronas, iaitu meningkat dari 5% yang diberikan oleh Petronas sekarang.

– DAP sengaja ‘memancing’ sentimen rakyat Sarawak dengan mensensaikan isu royalti kerana wang Petronas sebenarnya dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan atas sejumlah besar program pembangunan, termasuk pelajaran, kesihatan, infratsruktur, keselamatan, pertahanan dan perdagangan dan industri.

6. Reformasi tanah
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri di Sarawak, semua tanah NCR akan diukur nilai dan diberi hak milik manakala pajakan yang akan luput akan dilanjutkan tempoh tanpa syarat. Ini akan membuka peluang ekonomi besar di Sarawak.

– Ini merupakan kempen untuk menambat hati pengundi dayak sekitar Sibu tanpa benar benar mengariskan bagaimana cadangan ini hendak direalisasikan

7. Pentadbiran CAT dan demokrasi
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri dan kerajaan pusat, kami akan mengamalkan pentadbiran Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) serta melaksanakan sistem tender terbuka, membenarkan kebebasan bersuara dan mengadakan pilihan raya tempatan.

CAT Pakatan Rakyat sebenarnya gagal, sebagaimana diSelangor dan Pulau Pinang. Rakan PR dalam Selangor sendiri seperti Dr. Hassan Ali mempersoalkan keberkesanan CAT.

Rasa tidak puas hati meluap luap dua MP PKR iaitu Bayan Baru Dato’ Seri Zahrain Hashim dan Nibong Tebal Tan Tee Beng adalah sebenarnya pemerintahan aka diktator Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP.

************

Apa yang akan berlaku kepada warga P212 Sibu sekirnya Pakatan Rakyat gagal menubuhkan Kerajaan Negeri Sarawak (dalam pilihanraya negeri yand dijangkakan dalam tempoh setahun ini) dan Kerajaan Persekutuan (sebagaimana yang telah dibukti, setelah Mantan-Banduan-Salahguna-kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim gagal merealisasikan “Janji 16 September 2008”)?

Harapan yang Wong bawa sebagai calon DAP ke Dewan Rakyat hanyalah berlandaskan kepada senario ‘Jikalau’ (What if), dan sebenarnya gagal mengariskan agenda pembangunan sebenar yang boleh menguntungkan warga Sibu.

Jelas DAP sebenar tidak mempunyai agenda berstruktur untuk benar benar mewakilil aspirasi warga P212 Sibu, walaupun mewakili majoriti etnik Cina keturunan Foo Chow melainkan menengahkan agenda Chauvinis Cina dan menentang arus perdana dan aspirasi majoriti rakyat Malaysia.

Sekiranya dikaji blog YB Wong, maka menunjukan jelas beliau merupakan pemimpin agenda Chauvinis Cina dan tidak mewakili aspirasi rakyat Malaysia kerana bahasa utama blog ialah Mandarin sedangkan kemampuan rakyat Malaysia yang boleh menggunakan bahasa ini dengan baik kurang dari 10%.

Published in: on May 10, 2010 at 22:01  Comments (10)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/05/10/kempen-lemah-dap-di-sibu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

10 CommentsLeave a comment

  1. BDDC, ada artikel baik juga dari OSTB.

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2010/05/christian-fundamentalism-and-msian.html

    DAP akan berubah jadi Christian rights group nampaknya.

  2. “Apabila DAP & pakatan rakyat menjadi keraja’a Negeri dan keraja’n Persektuan”

    Satu kenyataan yang jelas tentang hasrat dan niat DAP mengunakan pakatan sebagai tungangan sahaja.
    Kenapa tidak mengatakan ,apabila PAKATAN ?.

    1sekolah >1bahasa 1Malaysia.

  3. Manifesto cina DAPigs ni tak ada lain. Duit-duit-duit. Dok sembah duit 24/7. Lepas tu sex-sex-sex. Baut pusat urut merata ceruk. Ingat pengundi tu hard-up sangat dengan duit.

    RM100 setahun? ha!ha!ha! mana yg lebihnya? Masuk poket sendiri ke? Tak caya tanya kucing kurap (CAT) Penang & Selangor! Kebas sana sini, habis ranap ekonomi negeri sampai duit zakat pun nak dikebas juga.

  4. […] dari The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles…. […]

  5. Punyalah bodoh pakai bahasa banyak Rakyat Malaysia tak paham dlam blog dia.
    Kantoi…kantoi.

  6. Silly writeup by Big Dog again. Let me put it this way. For whatever reason, DAP is one of the cleanest, disciplined and consistent party in the history of Malaysia politics. How often we hear leaders from the party are being caught for corruption. How many of them have been caught for challenging our monarchy institution.
    All they fight these years are equality, transparency and fairness to all Malaysians.

    To Big Dog, I understand he has big difficulty trying to understand our democratic values. Instead week after weeks and months after months, he has nothing much positive to contribute except coming out with load of rubbishs and lies.

    Go and get a life, Big Dog.

    • what a joke from DAP supporters hahahaha . Equality ??? , transperacy??? Kucing kurap ( CAT ) made by DAP is purely bullshit !!! no wonder this DAP can runaway with all their corruptions and telling lies . with this kind attitude of their supporters , DAP are free do anything .. silly !

    • Asim Asim, either you are totally the brainwashable type or you have been paid enough to write crappish comment.

  7. 1. Buktikan dulu kat negeri jajahan PR lebih good !
    2. Mat Bangla RM 3.00 sejam.
    3. Sewa umah RM 600 sebulan, keta ?, sekolah anak ?, jgn jadi lembu meragut kat padang pagi pagi ……
    4. Sekolah di jajahan PR 1/100 jika dibanding dari segala segi dengan sekolah di jajahan pusat.
    5. Bersyukur semua dah rasa apa yang Sarawak derma, bukan untuk Kerajaan Pusat sahaja, Jajahan PR pun dapat tempias ?
    6. Buktikan/senaraikan nama orang kebanyakan yang dah didaftar sebagai tuanpunya tanah di jajahan PR setelah memegang tampuk jajahan PR.
    7. Keretakan dah kian menjadi belah di Selangor (PR) disebabkan ego CAT. entah apa apa apa apa. tak dipraktikan.

  8. Pakatan Rakyat will not last much longer. Just wait and see.

    Pakatan Rakyat heading towards the grave


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: