PM Najib wajar henti beri habuan kepada minoriti yang sombong

Pilihanraya Kecil P212 Sibu baru sahaja selesai. Keputusan pilihan 59.86% pengundi berdaftar Sibu memihak kepada Chauvinis Cina DAP berbanding parti Cina tempatan SUPP yang condong kepada perjuangan haluan tengah-kanan BN, dengan majoriti tipis 398 undi.

Robert Lau wakil SUPP-BN mendapat 18,447 undi kalah kepada  Pengerusi BN Sarawak YB Wong Ho Leng yang mendapat 18,845 undi.

Keputusan ini dianggap mengecewakan kerana Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak yang ‘turun padang’ tiga kali semenjak kematian Timbalan Menteri Pengangkutan Mendiang Dato’ Robert Lau pada 9 April 2010.  Sebagaimana PRK P094 Hulu Selangor, PM Dato’ Seri Najib meng’hadiah’kan masyarakat etnik Cina Sibu dengan ‘habuan tunai’ RM 18 juta sebagai sumbangan bagi sekolah sekolah Cina. Namun masyarakat etnik Cina keturunan Foo Chow Sibu, sebagaimana Hulu Selangor juga, tidak pun menujukan kesediaan  ‘bersyukur dengan membalas budi’ ini dengan mengundi calon BN.

Pada hakikatnya, masyarakat etnik Cina Sibu sebenarnya tidak memerlukan sumbangan RM 18 juta ini untuk sekolah sekolah Cina mereka. Jadi kematangan keputusan untuk memberikan ‘hadiah’ kepada golongan yang sebenarnya mampu, tidak dianggap ‘saksama’ berbanding kepada golongan yang lebih memerlukan seperti masyarakat luar bandar dayak Sibu.

Jika dianalisa secara teliti, PRK P212 Sibu sebenarnya lebih buruk dari jangkaan. Ini kerana BN bukan sahaja kalah, malah undi merosot dari majoriti 3,235 undi dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, dengan jumlah mutlak sebanyak  3,623 undi. Sekiranya 80% dari pengundi berdaftar Sibu turun membuang undi, jika nisbah majoriti 1.25% itu diambil kira sebagai asas, maknanya undi kepada BN merosot sebanyak hampir 4,000 undi berbanding PRU 12. Itu merupakan memerosotan 9 % dari 80% pengundi berdaftar Sibu.

Kami di BigDogDotCom yakin untuk bertaruh bahawa kemerosotan undi ini sebilangan besarnya datang dari masyarakat etnik Cina.

Sudah tiba masanya PM Dato’ Seri Najib menghentikan taktik untuk memenangi hati masyarakat Cina dengan memberikan ‘habuan’ kepada mereka, terutama jika tidak diminta. Paling buruk sekali, konsessi yang PM Dato’ Seri Najib putuskan untuk peruntukan kepada masyarakat minoriti itu sebenarnya menjadi kompromi kepada kepentingan golongan majoriti.

‘Tamparan ke muka’ untuk kali kedua ini bukan kepada Kepimpinan semata mata, malah kepada orang Melayu sebagai majoriti. Makin banyak konsessi di’sua’kan kepada masyakarat minoriti, terutama etnik Cina, makin sombong mereka untuk tidak menyokong BN. Ada yang berpendapat, lagi mereka ‘tarik harga’, maka dalam sadar ‘keterbukaan 1 Malaysia’ PM Dato’ Seri Najib akan lebih  ‘murah hati’ dengan konsessi yang memberikan kepentingan bagi masyarakat minoriti terutama etnik Cina. Bak kata pepatah, “Kera dihutan disusukan, anak dibuaian mati kehausan”.

Namun, ada juga pepatah “Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali”.

Masyarakat etnik Cina semenjak kebelakangan ini (lebih tepat lagi, semenjak pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi), makin lantang untuk menyuarakan kemahuan mereka dengan cara mencabar kepentingan masyarakat majoriti Melayu. Isu isu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hak Istimewa Orang Melayu  (sebagaimana yang diperuntukan Perlembagaan Persekutuan) mula dicabar secara terbuka dan berstruktur, termasuk oleh pemimpin parti komponen BN sendiri. Alasan yang seccocok dengan nada universal seperti ‘hak asasi manusia’, ‘kesamarataan’, ‘keadilan sosial’ dan ‘meritokrasi’ sebagai modal untuk memperbincangkan secara terbuka sehingga ada dikalangan orang Melayu yang bangkit untuk ‘mempertahankan’ hak mereka. NGO Melayu seperti PERKASA mula mengambil tempat dalam perhatian orang Melayu dan ini dijadikan alasan oleh parti komponen BN mengunakan sebagai alasan untuk disalahkan, berbanding kegagalan sebenar mereka untuk meyakinkan undi etnik yang mereka wakili.

Ini berbeza dengan zaman Perdana Menteri IV Tun Dr. Mahathir Mohamad, walaupun semenjak 10 tahun lampau masyarakat etnik Cina sudahpun mengemukan pelbagai tuntutan, termasuk yang mencabar kepentingan majoriti orang Melayu. Contohnya ialah ’17 Tuntutan Suqiu’ oleh gabungan 2,095 NGO etnik Cina pada Ogos 2000. Namun kebijaksanaan Kepimpinan mengakibatkan tututan ini tidak terlaksana dan undi masyakarakat Cina tidak pun tiris. Malah sokongan masyarakat Cina kepada Kerajaan Persekutuan dan Kepimpinan BN amat utuh dan kuat dan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan semua pendekatan dalam proses menangani krisis ekonomi. Ini jelas dibuktikan pada Pilihanraya Umum ke 11 Mac 2004, enam bulan selepas Tun Dr. Mahathir secara terancang mengundurkan diri.

PM Dato’ Seri Najib sebagai tindakan ‘meransang’ untuk menambat hati pengundi Bukan Melayu terutama etnik Cina mengambil pendekatan untuk memberikan pelbagai habuan ‘konsessi’. Ada teori yakin bahawa masyarakat minoriti etnik Cina ini mula menagih lebih banyak ‘perhatian’. Lantas, ‘kitaran maut’ ini makin rumit dan ianya tidak menaut hati majoriti dikalangan orang Melayu, yang rata rata semakin meluat dengan keadaan ini.

Malah, mereka di Sibu sebenarnya menyediakan senarai ‘menu tuntutan’ kerana sudah masak dengan taktik terdesak Kepimpinan BN ini.

Strategi untuk memenangi hati pengundi masyarakat Bukan Melayu terutama etnik Cina perlu diubah. Semangat asal ‘kontrak sosial’ dan ‘kongsi kuasa’ perlu ujud dan tebal dalam sanubari generasi hari ini. Model Ekonomi Baru (MEB) yang bakal diumumkan PM Dato’ Seri Najib dilihat sebagai memberikan ‘kelebihan’ kepada masyarakat etnik Cina, dalam kapasiti mereka menguasai ekonomi secara komprehensif, dalam semua peringkat dan sektor.

Janganlah PM Dato’ Seri Najib tersalah perkiraan kerana sabar dan toleransi masyarakat majoriti Melayu sebenarnya ada batasanya. Oleh kerana terlalu ghairah mengejar undi minoriti yang belum tentu dijamin walaupun ditatang sebagai ‘anak emas’ ini, undi majoriti mungkin akan memberikan keputusan mencerminkan ‘orang yang merajuk dan kecewa’. Mungkin masa itu sudah terlambat kerana pendekatan “Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan” dan “Yang.dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran” akan menentukan kegagalan politik yang  amat sukar untuk ditebus semula. Sejarah apa yang berlaku di Fiji perlu jadikan iktibar.

*Perkembangan dikemas kini Isnin 17 Mei 2010 0900am

Published in: on May 16, 2010 at 22:52  Comments (90)  

ADUN DAP Batu Lintang lompat keluar parti

ADUN DAP Batu Lintang YB Voon Lee Shan dijangkakan akan membuat pengumuman untuk keluar dari parti Chauvinis Cina itu dan menjadi wakil rakyat bebas hari ini.

Sekiranya ini berlaku, maka ia akan menjadi tamparan kepada Pakatan Rakyat kerana dalam minggu ini, ini merupakan Yang Berhormat kedua selepas MP Wangsa Maju Wee Choo Keong mengumumkan keluar dari parti. Wee  yang pernah membuat ucapan “Little Napolean” mengenai kegagalan Kepimpinan PKR dalam Dewan Rakyat merupakan MP PKR yang kelima lari meninggalkan PKR selepas Dato’ Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Mohsin Fadzil (Bagan Serai), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Zulkilfli Nordin (Kulim-Bandar Baharu). Pengumunan Voon ini juga dijangkakan akan memberikan kesan kepada pengundian Pilihanraya Kecil P212 Sibu dimana pembuangan undi berlaku hari ini.

Dalam pada itu MP Kapar Manikavasagam pagi ini mendapati motorkarnya isterinya dilemparkan dengan cat merah dan satu nota bunuh telah dilekatkan. Dipercayai ini adalah kaitan dengan amaran Manikavasagam kepada MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai skandal salah guna kuasa dan rasuah dalam kerja menjula pasir di Dengkil oleh pihak Semesta.

Kesahihan berita dan perkembangan setrerusnya akan menyusul.

* Perkembangan dikemas kini 1200pm

Pengesahan mengenai Voon keluar DAP masih belum diperolehi. Namun laporan The Star mengenai ‘serangan cat merah dan ancamana bunuh’ Manikavasagam dipaparkan:

Published: Sunday May 16, 2010 MYT 9:47:00 AM
Updated: Sunday May 16, 2010 MYT 10:05:25 AM

Kapar MP gets death threat and red paint

By WANI MUTHIAH

KLANG: Kapar MP S. Manikavasagam woke up to find his and his wife’s cars splashed with red paint in his home in Meru.

A death threat was attached to one of the split paint bags.

Manikavasagam said that three bags containing red paint had been hurled from the outside into his porch where the two cars were.

Attached to one of the bags was an A4-sized paper that said “Jangan campur issue pasir. You mati.” (Don’t get involved in the sand mining issue. You will die.)

He said that he saw the paint splashed cars at about 7am after he woke up. He believes that the paint muts have been hurled in after his mother-in-law went to bed at about 4am.

The controversial PKR MP has alleged corruption in the Selangor government-owned sand mining company Kumpulan Semesta Sdn Bhd after claiming that two company insiders and a sand-mining contractor had handed some incriminating documents to him.

He said he had received death threats over the phone before.

********

*Perkembangan dikemas kini 800pm

YB Voon menafikan bahawa beliau keluar meninggalkan DAP, walaupun parti Chauvinis Cina itu mengantung keahlian beliau.

Laporan Bernama.com:

Batu Lintang assemblyman denies quit rumour

2010/05/16

KUCHING: The Short Messaging Service (SMS) which claimed Batu Lintang assemblyman Voon Lee Shan would quit the DAP and become an independent assemblyman sparked a media frenzy here.

The Bahasa Malaysia SMS circulated widely in the media fraternity, including those covering the Sibu by-election today, said: “Batu Lintang State Assemblyman will quit DAP and become an independent? Wait for press conference by Yang Berhormat Voon Lee Shan at the Batu Lintang service centre.”

Eventually, the SMS turned out to be a hoax.

When contacted by Bernama, Voon denied calling for a press conference to announce his resignation as DAP assemblyman at the service centre, and even queried the media where it received such an invitation for his so-called media conference.

Sounding calm and composed, he laughed off the SMS content, saying he was still with the DAP.

In March, this year, it was reported that the DAP disciplinary committee had suspended Voon’s party membership for six months, effective March 17.

The committee, chaired by DAP vice-chairman Tan Kok Wai, was quoted as saying that the unanimous decision was reached after taking into consideration complaints lodged against Voon for making public statements detrimental to the party’s image.

Voon, a police officer before joining politics, won in the 2006 state election against SUPP’s Chan Seng Khai by a majority of 3,407 votes. – BERNAMA

Published in: on May 16, 2010 at 08:34  Comments (7)