Dr Zul: Tanpa Islam, PAS sama seperti UMNO

MP Kuala Selangor YB Dr. Zulkifli Ahmad mengaku bahawa “PAS tidak akan menghilangkan ‘perjuangan Islam’nya kerana tanpa ‘Islam’, PAS hanyalah sama seperti UMNO. Tiada beza”. Beliau menjawab soalan  Pengerusi Jawatankuasa BUM 2010 Y L Chong semasa menjadi panelis dalam sessi ‘Pengasingan Ugama’ (Religious Divide), Bloggers United Malaysia (BUM) 2010 semalam di Subang Jaya.

Beliau berkongsi pentas bersama MP DAP Seputeh YB Theresa Kok dan pejuang militan dan rasis tegar Hindu P. Uthayakumar, yang juga pengasas HINDRAF.

Mantan Pengarah Stategi PAS itu juga mengaku bahawa mereka tidak lagi memberikan fokus untuk menubuhkan ‘Kerajaan Islam’ malah sedia berkerjasama dengan parti Chauvinis Cina DAP untuk menjayakan Pakatan Rakyat dan mengutamakan ‘nilai persamaan’ (shared values) seperti ketelusan, pembaikan sistem penyampaian, memerangi rasuah dan semestinya agenda menjatuhkan Barisan Nasional. PAS amat komited untuk menjayakan kerjasama bersama dalam Pakatan Rakyat.

Dr. Zulkifli mengaku beliau merupakan seorang ‘Islamist Democrat‘. Apabila disoal mengenai  samada kesanggupan PAS untuk membatalkan perjuangan ‘Islam’, beliau mengelak dengan meminta agar mereka diberikan peluang atas konsep universal ‘menghormati hak dan pandangan orang lain’, “Saya menghormati hak dan pandangan Tuan dan sama seperti meminta pandangan saya juga dihormati”.

Walaupun majoriti peserta BUM 2010 terdiri dari Bukan Melayu dan dijangkakan  rata rata tidak akan bersetuju dengan pendekatan Islam PAS, yang berjuang atas “Al Quran dan hadith”. Namun tumpuan dan perhatian diberikan kepada P Uthayakumar yang memberikan persembahan slide yang amat rasis dan fakta dan sejarah yang dimanipulasikan dengan menyalahkan semua pihak kerana terdapat masyarakat etnik India yang miskin dan melarat dan gagal mendapat perhatian, termasuk media alternatif dan media baru yang mendukung perjuangan politik Pembangkang.

Uthayakumar juga mendakwa ada etnik India sanggup menganuti Islam kerana ‘jalan keluar’ dari permasalahan sosio-ekonomi mereka dan kuil Hindu dalam negeri Selangor diruntuhkan dengan kadar satu setiap minggu. Beliau juga gagal mengambil kira sistem budaya etnik masyarakat India sendiri yang mengamalkan sistem kasta merupakan salah satu penghalang tradisi proses pembangunan masyarakat mereka. Dalam debat yang hangat semasa sessi soal jawab dengan peserta, seorang aktivis HINDRAF Ganeson bangkit dan secara secara berbohong mendakwa setiap keluarga etnik India Malaysia mempunyai ahli keluarga yang sedang atau pernah merengkok dalam penjara.

Jelas persembahan rasis dan militan Hindu Uthayakumar sebagai panelis terakhir menenggelamkan thema BUM 2010 dan topik sessi dan usaha mendekatkan bloggers terutama sosio-politik yang dari pelbagai kedudukan politik kearah kesefahaman sejagat dan saling menghormati ini gagal.

Apabila ditanya diluar sessi, Dr. Zulkifli bersetuju bahawa ada ruang dan titik persamaan agar PAS dan UMNO duduk berbincang dan mencari titik pertemuan atas isu isu tertentu, tetapi bukanlah bergabung untuk menubuhkan ‘Kerajaan Perpaduan’. Beliau juga menegaskan bahawa semua rakan kongsi Pakatan Rakyat berkompromi atas dasar dan perjuangan masing masing untuk sampai ke titik pertemuan yang ujud dalam kerjasama hari ini, walaupun ramai penganalisa politik menganggap sebagai “rapuh, tidak ikhlas dan ‘perkahwinan yang tidak ikhlas semata mata kepentingan’ (unholy marriage of  (in)convenience)” dan tidak berdaya maju untuk mentadbir dan memajukan negara secara jangka serdehana-panjang.

Dr. Zulkifli juga menegaskan bahawa semenjak berkerjasama dalam Pakatan Rakyat, penerimaan PAS oleh Bukan Melayu terutama masyarakat etnik Cina makin meningkat dan memberansangkan. Namun, beliau juga mengaku gagal untuk meningkatkan sokongan orang Melayu.

Jelas mentaliti pemimpin PAS hanya berminat untuk mengekalkan kuasa yang ada dan meraih sokongan baru dari pengundi Bukan Melayu, hanya semata mata survival politik tanpa sebenarnya menimbang kepentingan orang Melayu secara strategik. Mereka mula membelakangkan ‘Perjuangan menubuhkan Kerajaan Islam berdasarkan Al Quran dan Hadith’, yang menjadi asas penubuhan PAS apabila golongan ulama ini keluar dari UMNO pada 15 September 1951 atas alasan “Kita perlu berkerjasama dan mendapat sokongan orang lain (Bukan Melayu)” dengan bekerjasama dengan Chauvinis Cina DAP dan pendukung perjuangan peribadi dan kroni Anwar ‘Mat King” Leather PKR.

*Kami di BigDogDotCom dengan rasa penuh takzim ingin mengucap jutaan terima kasih kepada pembaca dan pengunjung blog ini, kerana dengan sokongan yang kini merakamkan kunjungan yang ke tiga juta, dari 1,083 arikel  yang diterbitkan dan hampir 20,000 komen yang diberikan.

Published in: on May 23, 2010 at 11:06  Comments (10)