MP Kuala Selangor YB Dr. Zulkifli Ahmad mengaku bahawa “PAS tidak akan menghilangkan ‘perjuangan Islam’nya kerana tanpa ‘Islam’, PAS hanyalah sama seperti UMNO. Tiada beza”. Beliau menjawab soalan Pengerusi Jawatankuasa BUM 2010 Y L Chong semasa menjadi panelis dalam sessi ‘Pengasingan Ugama’ (Religious Divide), Bloggers United Malaysia (BUM) 2010 semalam di Subang Jaya.
Beliau berkongsi pentas bersama MP DAP Seputeh YB Theresa Kok dan pejuang militan dan rasis tegar Hindu P. Uthayakumar, yang juga pengasas HINDRAF.
Mantan Pengarah Stategi PAS itu juga mengaku bahawa mereka tidak lagi memberikan fokus untuk menubuhkan ‘Kerajaan Islam’ malah sedia berkerjasama dengan parti Chauvinis Cina DAP untuk menjayakan Pakatan Rakyat dan mengutamakan ‘nilai persamaan’ (shared values) seperti ketelusan, pembaikan sistem penyampaian, memerangi rasuah dan semestinya agenda menjatuhkan Barisan Nasional. PAS amat komited untuk menjayakan kerjasama bersama dalam Pakatan Rakyat.
Dr. Zulkifli mengaku beliau merupakan seorang ‘Islamist Democrat‘. Apabila disoal mengenai samada kesanggupan PAS untuk membatalkan perjuangan ‘Islam’, beliau mengelak dengan meminta agar mereka diberikan peluang atas konsep universal ‘menghormati hak dan pandangan orang lain’, “Saya menghormati hak dan pandangan Tuan dan sama seperti meminta pandangan saya juga dihormati”.
Walaupun majoriti peserta BUM 2010 terdiri dari Bukan Melayu dan dijangkakan rata rata tidak akan bersetuju dengan pendekatan Islam PAS, yang berjuang atas “Al Quran dan hadith”. Namun tumpuan dan perhatian diberikan kepada P Uthayakumar yang memberikan persembahan slide yang amat rasis dan fakta dan sejarah yang dimanipulasikan dengan menyalahkan semua pihak kerana terdapat masyarakat etnik India yang miskin dan melarat dan gagal mendapat perhatian, termasuk media alternatif dan media baru yang mendukung perjuangan politik Pembangkang.
Uthayakumar juga mendakwa ada etnik India sanggup menganuti Islam kerana ‘jalan keluar’ dari permasalahan sosio-ekonomi mereka dan kuil Hindu dalam negeri Selangor diruntuhkan dengan kadar satu setiap minggu. Beliau juga gagal mengambil kira sistem budaya etnik masyarakat India sendiri yang mengamalkan sistem kasta merupakan salah satu penghalang tradisi proses pembangunan masyarakat mereka. Dalam debat yang hangat semasa sessi soal jawab dengan peserta, seorang aktivis HINDRAF Ganeson bangkit dan secara secara berbohong mendakwa setiap keluarga etnik India Malaysia mempunyai ahli keluarga yang sedang atau pernah merengkok dalam penjara.
Jelas persembahan rasis dan militan Hindu Uthayakumar sebagai panelis terakhir menenggelamkan thema BUM 2010 dan topik sessi dan usaha mendekatkan bloggers terutama sosio-politik yang dari pelbagai kedudukan politik kearah kesefahaman sejagat dan saling menghormati ini gagal.
Apabila ditanya diluar sessi, Dr. Zulkifli bersetuju bahawa ada ruang dan titik persamaan agar PAS dan UMNO duduk berbincang dan mencari titik pertemuan atas isu isu tertentu, tetapi bukanlah bergabung untuk menubuhkan ‘Kerajaan Perpaduan’. Beliau juga menegaskan bahawa semua rakan kongsi Pakatan Rakyat berkompromi atas dasar dan perjuangan masing masing untuk sampai ke titik pertemuan yang ujud dalam kerjasama hari ini, walaupun ramai penganalisa politik menganggap sebagai “rapuh, tidak ikhlas dan ‘perkahwinan yang tidak ikhlas semata mata kepentingan’ (unholy marriage of (in)convenience)” dan tidak berdaya maju untuk mentadbir dan memajukan negara secara jangka serdehana-panjang.
Dr. Zulkifli juga menegaskan bahawa semenjak berkerjasama dalam Pakatan Rakyat, penerimaan PAS oleh Bukan Melayu terutama masyarakat etnik Cina makin meningkat dan memberansangkan. Namun, beliau juga mengaku gagal untuk meningkatkan sokongan orang Melayu.
Jelas mentaliti pemimpin PAS hanya berminat untuk mengekalkan kuasa yang ada dan meraih sokongan baru dari pengundi Bukan Melayu, hanya semata mata survival politik tanpa sebenarnya menimbang kepentingan orang Melayu secara strategik. Mereka mula membelakangkan ‘Perjuangan menubuhkan Kerajaan Islam berdasarkan Al Quran dan Hadith’, yang menjadi asas penubuhan PAS apabila golongan ulama ini keluar dari UMNO pada 15 September 1951 atas alasan “Kita perlu berkerjasama dan mendapat sokongan orang lain (Bukan Melayu)” dengan bekerjasama dengan Chauvinis Cina DAP dan pendukung perjuangan peribadi dan kroni Anwar ‘Mat King” Leather PKR.
*Kami di BigDogDotCom dengan rasa penuh takzim ingin mengucap jutaan terima kasih kepada pembaca dan pengunjung blog ini, kerana dengan sokongan yang kini merakamkan kunjungan yang ke tiga juta, dari 1,083 arikel yang diterbitkan dan hampir 20,000 komen yang diberikan.
INI ADALAH BUKTI PALING JELAS PAS MELACURKAN ISLAM DEMI KEPENTINGAN POLITIK. PAS AKHIRNYA TUNDUK DAN MENJILAT SEMULA AIR LUDAH YANG TELAH DILONTARKAN KE MUKA UMNO. BERDASARKAN KENYATAAN KENYATAAN PEMIMPIN PAS DIATAS, PAS SEOLAH OLAH AKUR DENGAN PENDEKATAN YANG DIAMBIL UMNO SELAMA INI.
SEBENARNYA UMNO TELAH TERLEBIH DAHULU MELIHAT PERMASALAHAN INI KETIKA MAHU MENUBUHKAN KERAJAAN PERIKATAN DAHULU. NAMUN KALAU TERDAPAT KEPINCANGAN DISANA SINI ITU ADALAH DISEBABKAN GILA MANUSIA YANG AMAT LUMRAH. PEMBETULAN BOLEH DILAKUKAN JIKA AHLI PUNYA KOMITMEN PERJUANGAN BERLANDASKAN KEIKHLASAN DAN TANGGUNG JAWAB.
CUMA TERDAPAT SEKELOMPOK MANUSIA YANG TIDAK SETUJU DENGAN FORMULA PERIKATAN INI , DIDAHULUI DENGAN KUMPULAN KOMUNIS YANG MAHU MENGUASAI NEGARA DENGAN MENERAPKAN FAHAMAN KOMUNIS KEATAS RAKYATNYA. APABILA USAHA USAHA ITU GAGAL, DAP MULA MENGAMBIL ALIH PERANAN KOMUNIS DENGAN SLOGAN MALAYSIAN MALAYSIA TANPA MENGAMBIL KIRA KESEPAKATAN YANG TELAH DIAMBIL BAGI PENUBUHAN SEBUAH NEGARA MALAYSIA MERDEKA. PAS PULA DITUBUHKAN BERPUNCA DARI PERBEZAAN PENDAPAT DIKALANGAN AHLI UMNO .. LANTAS TERTUBUHNYA PAS SEBAGAI SERPIHAN UMNO, PAS MELETAKKAN ISLAM SEBAGAI SIMBOL PERJUANGAN DENGAN HARAPAN DAPAT MEMPENGARUHI ORANG ORANG MELAYU MENYOKONG MEREKA, MANAKALA UMNO KONSISTEN MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN MELAYU, ISLAM, DAN LAIN LAIN KAUM DI MALAYSIA.
MAKA TIDAK HAIRANLAH PAS HARI INI DILIHAT SEBAGAI PARTI YANG TERDESAK. DAP TETAP KONSISTEN DENGAN PERJUANGANNYA, CUMA MENDAPAT SEDIKIT LABA DARI PERBALAHAN MELAYU. UMNO JUGA KONSISTEN DENGAN PERJUANGANNYA. PAS KELIRU DAN TIDAK KONSISTEN DENGAN PENDIRIANNYA, BERASA MALU DUDUK SEMEJA DENGAN UMNO KERANA KETERLANJURANNYA, LANTARAN PAS LEBIH SELESA BERPELOK DENGAN DAP KERANA MALU ALAH DENGAN UMNO, TERUTAMA GOLONGAN PAS YANG SUDAH TERLANJUR KATA DAN BICARA.
HASILNYA PAS MULA DIJAUHI OLEH MELAYU, MANAKALA DAP MENDAPAT BONUS POLITIK UNTUK MENCAPAI CITA CITA POLITIK MEREKA…
SEDARLAH PAS .. IKUT RASA BINASA , IKUT HATI MATI , KALAU PAS BENAR BENAR JUJUR MEMPERJUANGKAN ISLAM, KEMBALILAH KE LANDASAN SEBENAR, WITH OR WITHOUT DAP , PAS IS A BORN LOSER …..
Don’t be a hypocrite. Every party in Malaysia is defending their own race. So what is this bullshit about away with race based parties?
Majority rules
Sejak dulu lagi, orang dah tahu PAS sekadar bertopengkan ugama Islam untuk meraih undi. Kalau dibuangkan perkataan “Islam” dalam PAS, parti ini dah lama berkubur.
“‘nilai persamaan’ (shared values) seperti ketelusan, pembaikan sistem penyampaian, memerangi rasuah”.
Every parties in this country deploy these words. Every parties are guilty of not respecting them.
mohamed
Aku nampak je wallpaper laptop uthaya aku dah tau dah mcm mana presentation dia. sebab tu time dzul pas cakap aku belah, nnt terkeluar pulak maki hamun daripada mulut ni. nampak gayanya memang elok aku belah.
elok jugak syed ali tak datang. kalau tak mau bertumbuk.
[…] everyone else for the plight of the Indian community in Malaysia.Big Dog (read his latest take on BUM and YB Dr Zul, who shared the same panel with Uthayakumar) took the first bite at the Hindraf Party leader, who […]
hello brother. How was your talk today onnew media at Brunei. Sorry that I was there to hear you speak on the subject.I went to Kampung Ayer.
Hi,
It was good. I am glad that my presentation was accepted and brought new light to the administrators and practitioners of the New Media here in Brunei.
PAS mungkin dilihat tergelincir dari landasan perjuangannya, namun harus diakui tindakannya kini lebih menampakkan kematangan dlm berpolitik.
“mengambil mudharat yg kecil untuk mengelakkan mudharat yg lebih besar”. apabila PAS mengurangkan fokus terhadap penubuhan negara Islam, ianya dijadikan modal seteru politiknya (melayu UMNO) untuk memburuk2kan PAS. itu harga yg perlu dibayar, namun tindakannya itu menjadikan bukan Islam tertarik kepada perjuangan PAS. sebelum ini mereka melihat seolah2 ada 2 Islam di malaysia, Islam UMNO dan Islam PAS dimana ruang untuk mendekati dan memahami Islam yg dibawa oleh PAS tertutup gara2 momokan media dan pemimpin2 UMNO. nah sekarang, apabila ramai bukan Islam yang memahami Islam yang cuba dibawa oleh PAS, sudah tidak kedengaran lagi suara2 sumbang bukan Islam yg menghina dan memperlecehkan agama Islam. itulah kemenangan yg dikejar oleh PAS sebenarnya
berkenaan hujah mohamed mengenai kerjasama dengan DAP, itu adalah hujah lapuk yg sudah dijawab. rejuk artikel dibawah
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24215:mengapa-dap-tidak-umno-&catid=88:subky-latif&Itemid=130
“mengambil mudharat yg kecil untuk mengelakkan mudharat yg lebih besar”.
mudarat kecil..lama2 menjadi besar..PAS..pasti tumbang..
saudara Ahmad,
saya amat bersetuju dgn ini..
“mengambil mudharat yg kecil untuk mengelakkan mudharat yg lebih besar”
oleh kerana saya amat cetek pgetahuan, blhkah saudara ahmad tunjuk kpd sys jika ada kajian atau study atau sekurang2 nya analisa secara ilmiah yg telah ditulis atau dibukukan mengenai tahap kemudaratan yg disebut saudara yg boleh atau telah dijadikan pertimbangan semasa keputusan dibuat oleh PAS utk bergabung dgn mereka2 didlm Pakatan yg dinamakan PR ini? Atau slogan ini hanya keluar dr mulut sekadar nk menyedapkan hati..
Saya sebenarnya bimbang pergabungan ini memberi lebih byk mudarat jika ia tidak dibuat dgn teliti dan mengambilkira semua sudut. Apa yg berlaku mutakhir ini amatlah membimbangkan, sehari demi sehari, terasa makin Islam makin dihimpit.. makin tersepit… tidak terasa kita kedepan.. malah makin sesak nafas.. org2 lain makin byk permintaan, makin berani menuntut..
salam..