Tun Dr. Mahathir: Melayu berpecah menjadikan mereka minoriti dalam tanahair sendiri

Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan kepada orang Melayu bahawa orang Melayu berpecah sehinggakan mereka ‘hilang kuasa’. “Kita menerima sistem demokrasi dan menolak feudalism yang memberikan Raja hak mutlak apabila terbukti Raja tidak lagi menjadi kepentingan orang Melayu (dalam episod Malayan Union). Orang Melayu asalnya ada 80% kuasa undi. Lepas Merdeka, kita bagi orang lain hak kerakyataan, kita hanya ada 60%. Hari ini, orang Melayu (sebagai majoriti) terpaksa bergantung kepada orang lain untuk meluluskan apa apa”.

“Kita menerima Bukan Melayu sebagai warga negara tanpa syarat dan memberikan mereka hak mengundi. Kita percaya masa itu orang Melayu  yang mempunyai kuasa 60% undi akan berkuasa selamanya. Apabila kerajaan ditubuhkan, kita mengundang mereka dalam Kabinet. Kita tidak boleh menyalahkan mereka (pemimpin terdahulu) keranakita tidak sangka orang Melayu akan berpecah dan bermusuh sesama Melayu. Kita sekarang menjadi ‘minoriti’ kerana orang Melayu berpecah kepada 3, walaupun orang Melayu ialah 60% warga negara Malaysia”, jelas lengkap menyingkap sejarah dan mengupas dengan keadaan semasa.

“Perpecahan orang Melayu hari ni tidak lagi menjamin suara dan kuasa majoriti orang Melayu itu dapat menjadi teras kekuatan pentadbiran, yang dahulunya diterajui orang Melayu”. Dalam perkataan lain, Agenda Melayu sudah terjejas kerana kuasa orang Melayu itu tidak lagi menjadi jitu dan padu “Apabila kita berpecah, golongan minoriti kini sudah berkuasa. Kedudukan kita sebagai majoriti tidak lagi menentukan kuasa. Kita sebagai majoriti, terpaksa menggemis dan meminta minta dari golongan minoriti semata mata sokongan yang kecil”.

“Kalau kita masih lagi menolak kebenaran (denial), maka kita tidak akan terus keadaan ini. Kita terkenal kerana membangun paling pesat kerana kita mempunyai kuasa, akibat kita bersatu padu. Hari ini keadaan berbeza. Kita sudah menjadi lemah. Sebabnya, mereka menyalah gunakan sistem demokrasi yang sepatutnya menentukan kuasa dan membangunkan orang Melayu”.

Beliau juga menegaskan sistem demokrasi yang dipilih oleh pemimpin UMNO semasa mencapai Kemerdekaan ialah untuk memberikan kuasa kepada massa. Ini adalah pembaharuan kepada sistem feudal dan difikirkan menjadi cara terbaik untuk membawa rakyat kehadapan. Keadaan sudah berubah apabila kuasa demokrasi itu disalah gunakan untuk golongan tertentu untuk menentukan pemimpin tertentu untuk terus berkuasa.

“Tegur menegur adalah untuk membawa kebaikan. Selama lima tahun kita tidak menegur pemimpin kita kerana mungkin takut atau kehilangan peluang. Kalau kita tidak menegur, jika pemimpin buat salah, kita yang mengangkat pemimpin juga akan bersalah”.

Jelas beliau menggunakan pengalaman semasa kelemahan pemerintahan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, sehingga sistem politik dimana orang Melayu teras kuasa menjadi lemah dan terpaksa bergantung kepada ehsan orang lain. Beliau mengambil contoh dimana pemimpin massa Melayu bangkit untuk menentang Raja Raja Melayu apabila sekelian baginda menerima Malayan Union pada 1 Mei 1946. “Kita terselamat kerana ada pemimpin yang berani menegur Raja apabila Raja membuat salah. Mereka berani menghulurkan tengkuk. Hari ini pemimpin lebih mementingkan menjaga kedudukan sendiri dan mengambil risiko melakukan apa yang betul”.

“Hari ini persepsi bahawa pemimpin UMNO tidak lagi menjaga kepentingan orang Melayu kerana kurang kepercayaan kepada UMNO menjaga kepentingan orang Melayu” sambil menjelaskan mengapa NGO Melayu seperti PERKASA dan Veteran MAYC ujud sebenarnya menyuarakan perasaan massa Melayu, untuk menjaga kepentingan dan mempertahankan hak orang Melayu “Mereka tidak yakin lagi kepada UMNO tetapi tidak percaya untuk memberikan undi kepada orang lain. Itu sebab kita dapati banyak undi rosak, walaupun dalam kawasan majoriti Melayu”.

Beliau menegaskan bahawa amat penting bagi orang Melayu bersatu untuk menubuhkan kerajaan yang kuat untuk menjadi kepentingan orang Melayu terus terpelihara. “Kalau Kerajaan yang sepatutnya Melayu menjadi teras menjadi lemah, maka percayalah kita tidak akan dapat membawa apa apa pembangunan kepada mereka yang memerlukan”, sambil menjelaskan pembangunan orang Melayu berterusan sebagai elemen paling utama kestabilan sosio-politik Malaysia dan kesefahaman dan harmonian sebagai negara yang pelbagai etnik dan fahaman ugama.

“Apabila kita mempertahankan kepentingan diri, tidak bermakna kita mengabaikan hak orang lain. Ini bukan perkauman. Kita memberikan orang lain hak tidaklah sampai mereka bersuara untuk menafikan hak orang Melayu, seperti Hak Keistimewaan Orang Melayu”.

Mengulas mengenai konsep ‘Ketuanan Melayu’, “Kita menjadi ‘Tuan’ hanya apabila kita berjaya. Apa makna kita ada ‘Ketuanan Melayu’ apabila kita terpaksa tunduk kepada orang lain? Kalau kita tahu cara mengurus diri kita, kita akan menjadi seperti orang Melayu di Singapura. Apabila seorang orang Melayu menjadi Brigadier General, ianya menjadi satu kejayaan yang amat besar sedangkan disini kita benarkan orang lain menjadi lebih dari itu”.

Presiden UMNO V itu mengingatkan bahawa orang Melayu perlu berkejakeras untuk menentukan mereka terus berjaya. “Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah sementara, untuk menentukan orang Melayu ada kelebihan sehingga mereka mampu bersaing. Ianya ‘tongkat sementara’ dan bukan untuk selamanya. orang Melayu perlu menggunakan seluruhnya peluang dalam tempoh dan peluang DEB ini untuk menguatkan kedudukan (ekonomi dan daya saing) mereka. Namun ada orang Melayu salahguna guna DEB untuk tidak berkerja keras dan menjamin untuk mempertahankan kedudukan mereka. Kita ada kuasa politik bukan untuk kepentingan diri tetapi menjaga kepentingan Bangsa kita. Kita harus menggunakan kuasa politik yang ada untuk menentukan kepentingan Bangsa Melayu sentiasa terjamin”.

“Hari ini kita tidak menggunkan kuasa majoriti untuk kebaikan tetapi menjaga kepentingan peribadi. Sekiranya mereka tidak berjaya mendapat kuasa dari sistem demokrasi, mereka tergamak untuk memecah belahkan orang Melayu dengan menggunakan ugama (PAS) dan pendekatan liberal (Anwar). Hari ini, sebab perpecahan ini orang Melayu tidak lagi mempunyai kuasa yang padu dan sebagai majoriti, terpaksa meminta minta kepada minoriti sehingga berasa takut kalau kalau mereka tidak menyokong kita. Kita mengemis kuasa politik dari golongan minoriti”.

Jelas Tun Dr. Mahathir mengingatkan orang Melayu untuk kembali bersatu dan tidak terpengaruh dengan isu isu yang membawa kepada kuasa Melayu berpecah.

“Inilah sebab majoriti orang Melayu mula kecewa dengan keadaan dan mula berpaling dan munubuhkan NGO untuk menjaga kepentingan orang Melayu sebagai majoriti”.

“Hari ini ramai antara kita sudah lupa sebenarnya asas Perjuangan kita”, sambil merakamkan kekesalan ada terdapat segelintir pemimpin UMNO menyalah gunakan kedudukan mereka untuk menentukan kedudukan mereka terjamin dan mengaut kepentingan sendiri sehingga tergamak melakukan rasuah. Sebagaimana biasa, beliau mengesa akar umbi menolak pemimpin begini. Jelas UMNO perlu membetulkan diri sendiri dengan segera untuk menentukan orang Melayu kembali dengan keyakinan untuk terus memberikan sokongan dan kuasa Melayu itu menjadi padu semula, sebagaimana kuasa yang sama memungkinkan orang Melayu mencapai Kemerdekaan.

“Kita hanya mempunyai satu peluang sahaja lagi. Sekiranya kita tidak membetulkan keadaan, maka kita akan kehilangan kuasa dan ianya tidak akan kembali. Percayalah”.

Liputan ini dibawa dengan ehsan www.marahku.blogspot.com

Semasa sessi soal jawab, Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang membangkitkan isu isu yang menjadi bahan penting dan sensitif bagi orang Melayu Johor seperti soal Jambatan Bengkok. “Saya tidak nampak kenapa projek ini tidak dapat diteruskan, termasuk sekiranya ada pihak yang ingin membawanya ke Mahkamah. Kita ajak Singapura untuk  bekerjasama dan membangunkan jambatan ini bersama. Namun mereka tidak memberikan respon. Oleh itu kita ambik keputusan untuk membina jambatan ini dalam kawasan kita”.

Beliau juga memuji keberanian Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang membangkitkan isu ini “Inilah cara yang betul. Akar umbi menegur Kepimpinan. Tanpa teguran, tidak mungkin Kepimpinan akan menyelami hati akar umbi”.

Beliau menjelaskan rakyat Johor menolak isu penjualan pasir semasa isu untuk merundingkan jambatan ini dibina sepenuhnya (dan bukan separuh). “Saya akan bersetuju sekiranya kita benarkan pesawat tempur mereka terbang dalam ruangan udara kita sekiranya mereka benarkan pesawat Sukhoi kita terbang dalam ruang udara mereka. Itu sebabnya rundingan untuk membuat Jambatan Lurus gagal”.

Menjelaskan apa yang berlaku kepada parti komponnen BN ialah kerana “UMNO sebagai tulang belakang BN menjadi lemah. UMNO membiarkan pemimpin yang berkepentingan sendiri membawa UMNO menjadi parti yang menjadi lemah. Apabila parti komponen BN  tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri kerana menjadi lemah dan tidak mendapat lagi mampu mendapat mengekalkan kuasa bergantung kepada undi yang UMNO bawa, maka mereka akan menyalahkan UMNO sebagai tulang belakang BN. Percayalah, sekiranya UMNO menjadi kuat, maka BN akan menjadi kuat semula”.

“Hanya UMNO sahaja yang dapat menjaga kepentingan orang Melayu”.

Sambil menggulaskan mengenai kedudukan orang Melayu dalam IPTA dan IPTS “Kita sekarang mula menggurangkan kemasukan pelajar Melayu dalam IPTA tetapi orang Melayu amat kurang dalam IPTS dan ianya tidak bertambah. Oleh itu orang Melayu akan rugi dan ketinggalan sekiranya kita terus memberikan mereka ruang (dan  sebaliknya mereka tidak memperuntukan untuk orang Melayu)”.

“Orang Melayu hanya mempunyai peluang untuk mendapatkan kontrak dari Kerajaan tetapi tidak dari swasta. DEB harus diteruskan. DEB bukanlah penghormatan bagi kita. Kita perlu rebut peluang dalam DEB. Saya bersetuju DEB diteruskan dalam bidang bidang tertentu. Sekiranya kita tidak guna peluang dalam masa DEB, maka ianya memalukan kita sebagai orang Melayu”.

Menggulaskan mengenai peranan Bukan Melayu terutama etnik Cina dalam pembangunan “Apa akan jadi sekiranya kita buang semua orang Cina? Apa akan jadi? Semua akan lumpuh. Kita perlu realistik dan berpegang kepada kebenaran. Apa yang patut kita buat meningkatkan diri kita. Kalau kita nak ambik alih peranan mereka, kita perlu sediakan diri kita untuk mengambil peranan itu”.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Eksekutif PEMANDU Dato’ Idris Jala bahawa ‘Malaysia akan bangkrap menjelang 2019’, “Semasa saya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Petronas bagi RM 174 billion. Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Petronas menyumbang RM 254 billion. Mana pergi wang itu? Itu saya tak boleh nak jawab”.

Published in: on May 29, 2010 at 11:10  Comments (29)