Tun Dr. Mahathir: Melayu berpecah menjadikan mereka minoriti dalam tanahair sendiri

Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan kepada orang Melayu bahawa orang Melayu berpecah sehinggakan mereka ‘hilang kuasa’. “Kita menerima sistem demokrasi dan menolak feudalism yang memberikan Raja hak mutlak apabila terbukti Raja tidak lagi menjadi kepentingan orang Melayu (dalam episod Malayan Union). Orang Melayu asalnya ada 80% kuasa undi. Lepas Merdeka, kita bagi orang lain hak kerakyataan, kita hanya ada 60%. Hari ini, orang Melayu (sebagai majoriti) terpaksa bergantung kepada orang lain untuk meluluskan apa apa”.

“Kita menerima Bukan Melayu sebagai warga negara tanpa syarat dan memberikan mereka hak mengundi. Kita percaya masa itu orang Melayu  yang mempunyai kuasa 60% undi akan berkuasa selamanya. Apabila kerajaan ditubuhkan, kita mengundang mereka dalam Kabinet. Kita tidak boleh menyalahkan mereka (pemimpin terdahulu) keranakita tidak sangka orang Melayu akan berpecah dan bermusuh sesama Melayu. Kita sekarang menjadi ‘minoriti’ kerana orang Melayu berpecah kepada 3, walaupun orang Melayu ialah 60% warga negara Malaysia”, jelas lengkap menyingkap sejarah dan mengupas dengan keadaan semasa.

“Perpecahan orang Melayu hari ni tidak lagi menjamin suara dan kuasa majoriti orang Melayu itu dapat menjadi teras kekuatan pentadbiran, yang dahulunya diterajui orang Melayu”. Dalam perkataan lain, Agenda Melayu sudah terjejas kerana kuasa orang Melayu itu tidak lagi menjadi jitu dan padu “Apabila kita berpecah, golongan minoriti kini sudah berkuasa. Kedudukan kita sebagai majoriti tidak lagi menentukan kuasa. Kita sebagai majoriti, terpaksa menggemis dan meminta minta dari golongan minoriti semata mata sokongan yang kecil”.

“Kalau kita masih lagi menolak kebenaran (denial), maka kita tidak akan terus keadaan ini. Kita terkenal kerana membangun paling pesat kerana kita mempunyai kuasa, akibat kita bersatu padu. Hari ini keadaan berbeza. Kita sudah menjadi lemah. Sebabnya, mereka menyalah gunakan sistem demokrasi yang sepatutnya menentukan kuasa dan membangunkan orang Melayu”.

Beliau juga menegaskan sistem demokrasi yang dipilih oleh pemimpin UMNO semasa mencapai Kemerdekaan ialah untuk memberikan kuasa kepada massa. Ini adalah pembaharuan kepada sistem feudal dan difikirkan menjadi cara terbaik untuk membawa rakyat kehadapan. Keadaan sudah berubah apabila kuasa demokrasi itu disalah gunakan untuk golongan tertentu untuk menentukan pemimpin tertentu untuk terus berkuasa.

“Tegur menegur adalah untuk membawa kebaikan. Selama lima tahun kita tidak menegur pemimpin kita kerana mungkin takut atau kehilangan peluang. Kalau kita tidak menegur, jika pemimpin buat salah, kita yang mengangkat pemimpin juga akan bersalah”.

Jelas beliau menggunakan pengalaman semasa kelemahan pemerintahan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, sehingga sistem politik dimana orang Melayu teras kuasa menjadi lemah dan terpaksa bergantung kepada ehsan orang lain. Beliau mengambil contoh dimana pemimpin massa Melayu bangkit untuk menentang Raja Raja Melayu apabila sekelian baginda menerima Malayan Union pada 1 Mei 1946. “Kita terselamat kerana ada pemimpin yang berani menegur Raja apabila Raja membuat salah. Mereka berani menghulurkan tengkuk. Hari ini pemimpin lebih mementingkan menjaga kedudukan sendiri dan mengambil risiko melakukan apa yang betul”.

“Hari ini persepsi bahawa pemimpin UMNO tidak lagi menjaga kepentingan orang Melayu kerana kurang kepercayaan kepada UMNO menjaga kepentingan orang Melayu” sambil menjelaskan mengapa NGO Melayu seperti PERKASA dan Veteran MAYC ujud sebenarnya menyuarakan perasaan massa Melayu, untuk menjaga kepentingan dan mempertahankan hak orang Melayu “Mereka tidak yakin lagi kepada UMNO tetapi tidak percaya untuk memberikan undi kepada orang lain. Itu sebab kita dapati banyak undi rosak, walaupun dalam kawasan majoriti Melayu”.

Beliau menegaskan bahawa amat penting bagi orang Melayu bersatu untuk menubuhkan kerajaan yang kuat untuk menjadi kepentingan orang Melayu terus terpelihara. “Kalau Kerajaan yang sepatutnya Melayu menjadi teras menjadi lemah, maka percayalah kita tidak akan dapat membawa apa apa pembangunan kepada mereka yang memerlukan”, sambil menjelaskan pembangunan orang Melayu berterusan sebagai elemen paling utama kestabilan sosio-politik Malaysia dan kesefahaman dan harmonian sebagai negara yang pelbagai etnik dan fahaman ugama.

“Apabila kita mempertahankan kepentingan diri, tidak bermakna kita mengabaikan hak orang lain. Ini bukan perkauman. Kita memberikan orang lain hak tidaklah sampai mereka bersuara untuk menafikan hak orang Melayu, seperti Hak Keistimewaan Orang Melayu”.

Mengulas mengenai konsep ‘Ketuanan Melayu’, “Kita menjadi ‘Tuan’ hanya apabila kita berjaya. Apa makna kita ada ‘Ketuanan Melayu’ apabila kita terpaksa tunduk kepada orang lain? Kalau kita tahu cara mengurus diri kita, kita akan menjadi seperti orang Melayu di Singapura. Apabila seorang orang Melayu menjadi Brigadier General, ianya menjadi satu kejayaan yang amat besar sedangkan disini kita benarkan orang lain menjadi lebih dari itu”.

Presiden UMNO V itu mengingatkan bahawa orang Melayu perlu berkejakeras untuk menentukan mereka terus berjaya. “Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah sementara, untuk menentukan orang Melayu ada kelebihan sehingga mereka mampu bersaing. Ianya ‘tongkat sementara’ dan bukan untuk selamanya. orang Melayu perlu menggunakan seluruhnya peluang dalam tempoh dan peluang DEB ini untuk menguatkan kedudukan (ekonomi dan daya saing) mereka. Namun ada orang Melayu salahguna guna DEB untuk tidak berkerja keras dan menjamin untuk mempertahankan kedudukan mereka. Kita ada kuasa politik bukan untuk kepentingan diri tetapi menjaga kepentingan Bangsa kita. Kita harus menggunakan kuasa politik yang ada untuk menentukan kepentingan Bangsa Melayu sentiasa terjamin”.

“Hari ini kita tidak menggunkan kuasa majoriti untuk kebaikan tetapi menjaga kepentingan peribadi. Sekiranya mereka tidak berjaya mendapat kuasa dari sistem demokrasi, mereka tergamak untuk memecah belahkan orang Melayu dengan menggunakan ugama (PAS) dan pendekatan liberal (Anwar). Hari ini, sebab perpecahan ini orang Melayu tidak lagi mempunyai kuasa yang padu dan sebagai majoriti, terpaksa meminta minta kepada minoriti sehingga berasa takut kalau kalau mereka tidak menyokong kita. Kita mengemis kuasa politik dari golongan minoriti”.

Jelas Tun Dr. Mahathir mengingatkan orang Melayu untuk kembali bersatu dan tidak terpengaruh dengan isu isu yang membawa kepada kuasa Melayu berpecah.

“Inilah sebab majoriti orang Melayu mula kecewa dengan keadaan dan mula berpaling dan munubuhkan NGO untuk menjaga kepentingan orang Melayu sebagai majoriti”.

“Hari ini ramai antara kita sudah lupa sebenarnya asas Perjuangan kita”, sambil merakamkan kekesalan ada terdapat segelintir pemimpin UMNO menyalah gunakan kedudukan mereka untuk menentukan kedudukan mereka terjamin dan mengaut kepentingan sendiri sehingga tergamak melakukan rasuah. Sebagaimana biasa, beliau mengesa akar umbi menolak pemimpin begini. Jelas UMNO perlu membetulkan diri sendiri dengan segera untuk menentukan orang Melayu kembali dengan keyakinan untuk terus memberikan sokongan dan kuasa Melayu itu menjadi padu semula, sebagaimana kuasa yang sama memungkinkan orang Melayu mencapai Kemerdekaan.

“Kita hanya mempunyai satu peluang sahaja lagi. Sekiranya kita tidak membetulkan keadaan, maka kita akan kehilangan kuasa dan ianya tidak akan kembali. Percayalah”.

Liputan ini dibawa dengan ehsan www.marahku.blogspot.com

Semasa sessi soal jawab, Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang membangkitkan isu isu yang menjadi bahan penting dan sensitif bagi orang Melayu Johor seperti soal Jambatan Bengkok. “Saya tidak nampak kenapa projek ini tidak dapat diteruskan, termasuk sekiranya ada pihak yang ingin membawanya ke Mahkamah. Kita ajak Singapura untuk  bekerjasama dan membangunkan jambatan ini bersama. Namun mereka tidak memberikan respon. Oleh itu kita ambik keputusan untuk membina jambatan ini dalam kawasan kita”.

Beliau juga memuji keberanian Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang membangkitkan isu ini “Inilah cara yang betul. Akar umbi menegur Kepimpinan. Tanpa teguran, tidak mungkin Kepimpinan akan menyelami hati akar umbi”.

Beliau menjelaskan rakyat Johor menolak isu penjualan pasir semasa isu untuk merundingkan jambatan ini dibina sepenuhnya (dan bukan separuh). “Saya akan bersetuju sekiranya kita benarkan pesawat tempur mereka terbang dalam ruangan udara kita sekiranya mereka benarkan pesawat Sukhoi kita terbang dalam ruang udara mereka. Itu sebabnya rundingan untuk membuat Jambatan Lurus gagal”.

Menjelaskan apa yang berlaku kepada parti komponnen BN ialah kerana “UMNO sebagai tulang belakang BN menjadi lemah. UMNO membiarkan pemimpin yang berkepentingan sendiri membawa UMNO menjadi parti yang menjadi lemah. Apabila parti komponen BN  tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri kerana menjadi lemah dan tidak mendapat lagi mampu mendapat mengekalkan kuasa bergantung kepada undi yang UMNO bawa, maka mereka akan menyalahkan UMNO sebagai tulang belakang BN. Percayalah, sekiranya UMNO menjadi kuat, maka BN akan menjadi kuat semula”.

“Hanya UMNO sahaja yang dapat menjaga kepentingan orang Melayu”.

Sambil menggulaskan mengenai kedudukan orang Melayu dalam IPTA dan IPTS “Kita sekarang mula menggurangkan kemasukan pelajar Melayu dalam IPTA tetapi orang Melayu amat kurang dalam IPTS dan ianya tidak bertambah. Oleh itu orang Melayu akan rugi dan ketinggalan sekiranya kita terus memberikan mereka ruang (dan  sebaliknya mereka tidak memperuntukan untuk orang Melayu)”.

“Orang Melayu hanya mempunyai peluang untuk mendapatkan kontrak dari Kerajaan tetapi tidak dari swasta. DEB harus diteruskan. DEB bukanlah penghormatan bagi kita. Kita perlu rebut peluang dalam DEB. Saya bersetuju DEB diteruskan dalam bidang bidang tertentu. Sekiranya kita tidak guna peluang dalam masa DEB, maka ianya memalukan kita sebagai orang Melayu”.

Menggulaskan mengenai peranan Bukan Melayu terutama etnik Cina dalam pembangunan “Apa akan jadi sekiranya kita buang semua orang Cina? Apa akan jadi? Semua akan lumpuh. Kita perlu realistik dan berpegang kepada kebenaran. Apa yang patut kita buat meningkatkan diri kita. Kalau kita nak ambik alih peranan mereka, kita perlu sediakan diri kita untuk mengambil peranan itu”.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Eksekutif PEMANDU Dato’ Idris Jala bahawa ‘Malaysia akan bangkrap menjelang 2019’, “Semasa saya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Petronas bagi RM 174 billion. Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Petronas menyumbang RM 254 billion. Mana pergi wang itu? Itu saya tak boleh nak jawab”.

Published in: on May 29, 2010 at 11:10  Comments (29)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/05/29/tun-dr-mahathir-melayu-berpecah-menjadikan-mereka-minoriti-dalam-tanahair-sendiri/trackback/

RSS feed for comments on this post.

29 CommentsLeave a comment

  1. Betul kata Tun Dr Mahathir. Saya setuju benar apa yang dia kata. Inilah yang bukan Melayu tak suka dengan dia. Mereka keji dia, caci dia. Tidak mengapa. Dia menyatakan apa yang benar. Kita sokong apa dia kata. Kita buatkan mana yang kita boleh, selaras dengan saranan dia.

    Marilah kita pernaikkan gagasan NGO Melayu dan Perkasa, serukan supaya terus pertahankan dan perjuangkan hak dan kepentingan Melayu. Sokong sedaya upaya. Kita cari jalan dan syurkan kapada pihak pihak berkenaan supaya bersatu. Parti-parti politik, badan-badan sukarela dan sebagainya. Minta orang-orang politik yang bertentangan bersalam-salaman walau pun jika kurang menenung mata. Dari situ mereka cari jalan supaya sedarkan bahawa matlamat terakhir itu adalah sama.

    Dan kita gesakan pemimpin yang ada sekarang mengambil langkah yang setimpal dengan kedudukan Melayu sebagai majoriti dinegara ini. Mempertahankan dan memajukan hak dan kepentingan Melayu. Menggaris Model Ekonomi Bahru yang merangkumi DEB. Kita jauh dari kebolehan bertanding dengan kaum Cina. Tidak berupaya bertanding dipadang yang tak sama rata. Nyata tidak boleh kerana kita ada hanya 18% kekayaan korporat. Belom di-kira kekayaan didalam bidang-bidang ekonomi lain. Kita hanya anggaran 30% dalam bidang professionals dinegara ini. Sepatutnya dua kali ganda itu.

    Bila pemimpin hanya mementingkan politik dirinya sendiri, melebihkan kepentingan kaum lain dan mengabaikan kepintingan kita, maka marilah kita laungkan kapadanya dan kapada pemimpin-pemimpin peringkat kedua dibawahnya supaya menegurnya. Jika tidak juga dipedulikannya, maka Melayu yang ada perananan berkaitan harus mencari gantinya. Secepat yang mungkin. Kita tidak mahu kehilangan kuasa kerana ianya tidak akan kembali, saperti TDM kata. Saya setuju dan percaya apa yang dia kata.

  2. BigDog,

    Yes…The Crooked Man is still crying for the Crooked Bridge. But his Crooked friends have ignored him and left for Deliciously New Crooked Ventures…

    More Crooked Days are coming where the Crooked ones will prevail, for those entrusted to catch the crooked ones have turned crooked themselves!

    The boy employed by the crooked ones to look after the flock cried Wolf! He says Watch out! for you all may lose everything! Alas, but you all may lose everything but not the crooked ones for they will never mend their ways……

    • Riddles, Mr Black?

      No facts at all?

    • “But his Crooked friends have ignored him and left for Deliciously New Crooked Ventures…”

      Yes, some of these crooked friends became billionairs through his affirmative actions. And most of them are chinese and indian origin.

      May be the new ones are hanging around najib, who knows?

      mohamed

  3. Tidak dinafikan byk benda baik yg mahathir buat, tetapi tindakan zalimnya telah memadam terus segala kebaikan beliau.

    • Tindakan terbaik Tun Mahathir terhadap Negara, bagi saya, adalah menghalang Brother Anuar Bin Ibrahim (BABI) jadi Perdana Menteri Negara tercinta ini.

      mohamed

      • Tindakan yg gentleman patut dipuji, tindakan zalim perlu dikeji.

      • Memfitnah adalah zalim dan tidak ada gentleman langsung di situ. Kalau berdosa kerana tidak sembahyang kita bertaubat terus kepada Allah swt, tetapi dosa fitnah melibat manusia. Satu manusia yang difitnahkan kedua kepada seluruh rakyat jelata yang mendengar fitnah. Yang mendengar tidak memanjangkan ok juga lah, tetapi yg memanjangkannya lagi seperti saudara itu menjadikan fitnah begitu teruk akibatnya hinggakan Rasullullah mengatajan fitnah lebih teruk dari membunuh.

      • Kautim

        Sejak dulu lagi hadi,nik aziz,anuar menhina, mencaci, menfitnah orang lain dalam ceramah mereka.Yang mendengar pun ramai. Berpesta degan kegembiraan pulak tu.

        Buka mata, buka telinga dan naluri-naluri yang baik dalam diri anda. Hayatilah mereka sewaras-warasnya.

        Disitu ada jawapannya. Ramai dah Melayu yang nampak permainan syaitan disebaliknya.

        Aku bukan ahli UMNO. UMNO memanjakan keturan cina dan india sejak dari tunku lagi. Sekaran TUN Mahathir mengaku, biar cina buat business (duit) diakan sukakan kita.

        Nafsu orang cina untuk membuat duit tidak ada batasannya. “No money no talk?”.

        Kalau aku tak mahu BABI jadi PM adakah aku memanjangkan fitnah?

        mohamed

      • Salam sdr,
        Sila kaji fakta sebelum menuduh. Ini lah masalah MELAYU Malaya. Tapi baguslah tu kau orang bertelagah kami MELAYU Sabah tumpang sorak sudah. Cukup harta kami di ambil buat Twin Tower, buat Sepang, buat PROTON ta’guna dan banyak lagi. Kalau ya pun sudah pencen pencen lah. MELAYU Sabah cakap orang macam ini “tamahak” macamlah boleh pakai duit masuk syurga.

  4. Salam Sdr Zakhir,

    Ucapan Tun Dr. Mahathir amat jelas dan terang sekali.Impaknya cukup terasa sehingga menimbulkan rasa bimbang,seram dan takut.Gambaran tentang keadaan orang Melayu sekarang dan kesan serta akibat daripada keadaan itu kepada orang Melayu dan negara yg dijelaskan beliau itu juga amat jelas, dan inilah yg menakutkan kita semua yg sedar dan sayangkan bangsa ,agama dan tanah air.

    Keadaan orang Melayu sekarang amat lemah kerana banyak sebab,diantaranya ialah:
    1.Kuasa ekonomi tidak ada pada kita.
    2.Bidang ilmu dimonopoli oleh kaum lain.
    3.Kuasa politik semakin terhakis.
    4.Golongan elitis orang Melayu sudah
    hilang jati diri dan semangat
    nasionalsima,menjadikan mereka
    bersikap liberal.
    5.Orang Melayu menghadapi terlampau
    banyak masalah sosial yg kronik.
    6.Ramai orang Melayu terlampau taksub
    kepada fahaman politik masing-masing
    sehingga sanggup membenci dan bermusuhan
    dengan mereka yg berlainan fahaman politik.

    Dalam keadaan sedemikian,parti UMNO yg menjadi tunggak kekuatan orang Melayu yg sehingga kini terus menerus memperjuang dan membela nasib orang Melayu kini menjadi semakin layu dan lemah.Sebabnya banyak,diantaranya ialah:
    1.Perpecahan dikalangan orang Melayu yg
    menyokong parti parti lain mengikut idelogi
    dan fahaman politik,termasuk sentimen agama.
    2.Orang Melayu yg sebelum ini menyokong UMNO
    mulai menolaknya kerana merasakan UMNO kini
    tidak lagi memperjuangkan nasib dan hak
    mereka.
    3.Budaya dalam UMNO sekarang dilihat terlampau
    mengutamakan kepentingan peribadi dan tidak ada
    komitmen terhada perjuangan parti dan kebajikan
    ahli.
    4.Fenomena kepentigan peribadi ini telah membawa
    penyakit yg amat kronik seperti politik wang,
    berpuak-puak,jatuh-menjatuh,hasut-menghasut
    dan bermusuhan diantara satu sama lain.Usaha
    untuk memperkukoh dan memperkasakqan parti
    langsung tidak diberi perhatian.
    5.Para pemimpin atasan dilihat semacam tidak men
    gambil berat untuk menyelesaikan masalah
    diperingkat akar umbi.Mereka diperingkat bawah
    merasa terpinggir dan hilang halatuju dan
    lemah semangat.
    6.Pucuk pimpinan semacam tidak mendengar dan
    menerima langsung pandangan dan pendapat ahli-
    ahli diperingkat akar umbi seperti dalam kes
    pemberian lesen judi sukan baru-baru ini.

    Segala kelemahan yg dinyata di atas perlukan perhatian dan tindakan yg segera, tegas,serius dan menyuluruh.Jika tidak ianya berkemungkinan besar akan membawa padah dan bencana besar kepada Umno/BN dalam PRU akan datang dan sekali gus malapetaka akan menimpa Bangsa Melayu akhirnya.Inilah kesan dan akibat terakhir yg akan kita terima natijah daripada kelemahan orang Melayu dan parti Melayu yg sekian lama menjadi benteng dan teras yg memperjuang dan membela nasib serta menegakkan maruah dan kedaulatan bangsa dan negara.

    BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH

    Askar Tua

    • Salam,
      Saya dari Sabah berbangsa MELAYU Brunei asal usul MELAYU di sini lebih tua berbanding dengan asal usul MELAYU Malaya. Namun setelah 47 tahun Merdeka tidak nampak apa apa yang diberikan oleh MELAYU Malaya kepada MELAYU Brunei di Sabah. Banyak contoh Harta negeri Sabah yang diambil oleh MELAYU Malaya. Jadi MELAYU Malaysia, hanyalah MELAYU Malaya. Jangan harap MELAYU Sabah akan bantu MELAYU Malaya.
      wassalam

      • zajamain

        Kalau tidak digerakan oleh TUN Mahathir tak ada UMNO Sabah. Sekarang UMNO Sabah boleh megah dengan kerusi yang terbanyak di DUN.
        Dengan sendirinya UMNO Sabah dapat mentadbir Negri.

        Pandai2lah berterima kasih.

        Ada ke Melayu Malaya? Orang duduk sebok dengan Melayu nusantara kau sebok dengan Melayu Melayalah, Melayu Brunei Sabah lah.

        Sicerely I am not surprise of your type.

        mohamed

      • Sebenarnya Sabah tidak mengundang UMNO, UMNO datang untuk menggantikan USNO. Pa’Datu Mustapha dipergunakan oleh “Melayu Mahathir” ini. Sudah dapat Sabah sepah dibuang. Begitu juga pada sebelum tahun 1976. Tidak tanda tangan konsesi Minyak USNO dibentras. Sekarang Ketua Menteri kena akur pada Presiden UMNO bukan kepada rakyat Sabah, jadi wajib kah kami berterima kasih kerana dijajah?
        Banyaklah membaca dan fahami apa dia Melayu nusantara.

  5. Bagi saya ucapan mahathir tidak lebih dari taktik untuk menakut-nakutkan orang melayu sahaja. Tidak ada pun kandungan yang boleh membangunkan jiwa orang melayu agar boleh berdaya saing di dunia terbuka, berusaha dengan titik peluh sendiri. Kebanyakan isikandung ucapan adalah kearah penghinaan kepada orang melayu, agar melayu sentiasa merasa lemah, mengharapkan tongkat untuk selama-lamanya. Adakah pemimpin yang begini yang anda hendak jadikan ikutan dan panduan? Bagi saya, saya mahukan pemimpin yang membakar semangat saya utk berjuang pada level field, mengatakan kita mempunyai kemampuan dan kebolehan utk mencari rezeki yang halal pada peringkat antarabangsa. Bantuan-bantuan adalah bersifat sementara utk sesiapa yang handicap sahaja. Saya akan merasa jijik utk mengharapkan bantuan utk selama-lamanya.

    • By “Level playing field” you mean rewrite the constitution to level off the special position of the Malay, level off the advantage in the political arena as a ‘majority’ so that minority rule, remove the DEB, etc, etc…

      I dont think it is a good idea.

      WE inherit our advantages. In this competitve time any advantage is welcomed

      Remember this was the land of my ancestors.

      PS. Kalau kau tak nampak kami “berpeluh”, kau memang buta

      mohamed

      • Setuju Encik Mohamed.

        Kawtim ni diMalaysia makna semua boleh beres Beres tu diIndonesia makna – tahu sajalah, “bisa diatur”.

        Mana nak bakar semangat, mancis pun tak cukup. Ada mancis pun kena hujan atau kena kencing. Banyak pulak yang suka kencing. Bedebah.

        Macam mana cakap nak bakar semangat hingga ke level playing field? Tak sedar ke Melayu hanya 18% kekayaan korporat, disana sini di alam perniagaan penuh orang Cina. Control itu dan ini, perkilangan, pengagihan (distribution), hingga kejualan runcit. Mana Melayu nak dapat jadi distributor? Distibute goreng pisang?

        Tak nampak ke disegala gedung jualan, mall beli belah, berbaris-baris kedai hanya ada 1-2 kedai Melayu sahaja. Itu pun kebanyakannya kedai makan.

        kawtim ni Cina ke. Kalau betul, memanglah dia nak Melayu mampus memancis api yang kena kencing dan menari dilantai yang tak sama rata.

        Meluat aku dengor.

      • Kau orang ni memang dah dimanjakan sangat oleh org umno, macamana org melayu nak competitif kan open market. Kan aku dah cakap, bantuan okay pada yg betul-betul memerlukan. Lepas tu pergi la berjuang kat open market. Orang melayu yg hidup kat negara luar boleh hidup la kat luar negara. Kat malaysia sahaja kita dimanjakan sgt oleh umno, sebab mereka mahukan org melayu yg macam tu. org melayu yg tak perlu tongkat tak akan undi umno punyalah.

      • Saudara mohamed,
        Adakah anda hidup dizaman sejarah. Sejarah telah mencatatkan bahawa org cina telah dibawa ke malaysia org british. Anda tidak boleh masuk dlm time-machine pulang ke zaman silam utk mengubah sejarah. Anda sekarang berada di dunia sekarang yg keadaanya org cina,india dan lain-lain ‘are here to stay’. Instead of you harping on history why not you create history yourself with the reality today. Apa yg saya maksudkan kita kena terima kenyataan org cina adalah jiran tetangga kita, dan mereka tidak tahu menahu perjanjian generasi lepas.
        Daripada kita mencari jalan utk memecahkan lebih kita mencari jln kearah penyatuan.

  6. Melayu berpecah sejak al-juburi menghentam melayu [pada masa itu dia disifatkan sebagai maksum oleh ramai orang]..ditambah pulak dengan pentadbiran pak lah yang terlalu lemah.

    Malaysia tidak boleh ditadbir secara total demokratik – ia perlu 80% otokratik, 20% demokratik – kita ambil iktibar di negara jiran selatan kita yg 99% otokratik…negara akan jadi lebih aman

    Pedulikan apa org lain nak kata – this is our country..kita ada stail to manage our country effectively

  7. Abu,

    “Tak sedar ke Melayu hanya 18% kekayaan korporat”, ni benda yang kau perlu selidiki sebab musabab ianya terjadi. Tak perlu banyak buat study, check out history of Ibrahim Ali. Kenali Ibrahim Ali dan kau akan dapat sebahagian dari jawapan kenapa Melayu takkan dapat menguasai 30% kekayaan.

    Better still, tanya Mokhzani, Mirzan & Mukhriz. They should be in better position to answer why they never became really successful businesspeople despite the help of the government. (the government not his father, lest you accuse me of saying Tun practiced cronisym during his reign).

    On your other point, I will agree that our Chinese friends seem to have a control over many things. Seems to me the most logical way is to stop patronising their businesses and start buying from your own race the, no? So why don’t you start “Buy Malay 1st”, at the very least there should be Malays who will take up the challenge to start their own small business. Isn’t this how the “pendatang” started? Hopefully no one would suggest that doing business is not in the Malay DNA.

  8. Tak gunalah cakap macam tu Mr Bugger. Kamu yang menyangkal aku, kamulah yang kena keluarkan fakta-fakta, hujah-hujah dan justifikasinya. Tak bijaklah suruh aku cari sejarah orang lain. Itu aku cakap cara baik, maknanya bodoh kau buat gitu.

    What are you trying to say in the English part of your comment? You being sarcastic when people admit their inadequacies in business? You are being stupid again, aren’t you? You are really living up to your name, aren’t you.

    Or you are trying to be provocative in bringing out the “pendatang” matter when I made no such mention. Since you have mentioned it, I’ll say that you pendatang are damned lucky in this country. In Papua New Guinea they grudge you for even doing a sundry shop business. They would ask you to go to the highlands where the tribes there still practise cannibalism. I hope the pendatang like you get there. I don’t mind the decent ones here who respect the Constitution, the Social Contract and are not sarcastic at people who were not bashing you but merely stating their predicament.

    Let me know if any of the words I use above are foreign to you and you don’t understand.

    • Bro Abu

      The chinese get where they are because UMNO manjakan mereka. And what is worse they always took it for granted.

      Bila UMNO nak beri lebih sikit kepada orang Melayu, mulalah mereka merajuk. Porah!!!

      mohamed

      • UMNO manjakan Chinese sebab UMNO nak buat duit atas angin. The Chinese are just being smart about it. And it will continue as long as there are UMNO people that believe in such things as free lunch.

    • Abu,

      I’m just suggesting that perhaps if more Melayu buy from the Melayu business, then perhaps their share of the economic pie will be bigger. Or is that a stupid suggestion? But seriously go read about Ibrahim Ali. No harm if truth is what you seek. By the way I’m no pendatang, but if the description makes you feel good, hell, I have no problem.

      • Your problem is in not saying things clearly, Bugger. And you still ask people to go read about Ibrahim Ali. If you want to make a point, especially when you dispute or comment on another person’s comment, the onus is on you to state what it is about Ibrahim Ali that you want people to know.

        And, honestly, your choice of a blogging name suggests that you are a pendatang. But that’s your prerogative. Just as it is ours to interpret what comes to our mind from that.

  9. Bro Bugger

    “UMNO manjakan Chinese sebab UMNO nak buat duit atas angin. The Chinese are just being smart about it. And it will continue as long as there are UMNO people that believe in such things as free lunch.”

    Yes,I can see your point of view. Tun Mahathir included. He needed the money to build all those “things” that were his own pride and joy….and may be to impress

    mohamed

  10. […] dengan bahaya sebagai kumpulan minoriti yang mungkin akan ditindas dalam tanahair sendiri sekiranya perpecahan Melayu akibat politik ini tidak diperbetulkan dalam kadar […]

  11. […] Pengkhianatan Khairy ini kepada Bangsa Melayu adalah permulaan untuk mengelirukan dan kemudian prose… dan akhirnya orang Melayu walaupun berjumlah sebagai majoriti akan bersifat sebagai minoriti dan terpinggir di tanahair sendiri. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: