Bingkisan dari MV Rachel Corrie

'Rachel Corrie' with some of the activists/volunteers, which include PGPO's Matthias Chang and Shamsul Akmar Musa Kamal

Salam.

Delegasi Malaysia dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) akan
menaiki kapal kargo Rachel Corrie jam 10malam waktu Malaysia.

Rachel Corrie telah berlepas dari Dundalk, Ireland pada 14 May dan
berlayar sejauh 2200 batu nautika untuk sampai ke Pulau Malta dan
disini, delegasi PGPO dan Ireland akan menaikinya untuk meneruskan
perjalanan sejauh lebihkurag 1,000 batu nautika lagi untuk sampai ke
Gaza.

Rachel Corrie adalah satu dari tiga buah kapal yang dibiayai oleh PGPO
hasil sumbangan dari rakyat Malaysia yang disokong oleh Datin Seri
Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri dan juga Wisma Putra.

Dua lagi kapal tajaan rakyat Malaysia ialah Challenger 1 dan
Challenger 2 yang merupakan kapal penumpang dan penumpang-penumpangnya
terdiri dari ahli-ahli parlimen Eropah, aktivis dan pejuang
kemanusiaan.

Kedua-dua kapal ini sekarang berada diperairan Cyprus dan dijangka
dapat berlayar lewat hari ini.

Rachel Corrie telah menghadapi pelbagai tekanan dan halangan sejak
ianya berlepas dari Ireland dimana terdapat usaha-usaha yang
dipercayai didalangi oleh sekutu-sekutu pro-Zionis utuk menggagalkan
perjalanannya ke Gaza.

Dibeberapa pelabuhan yang disinggahi oleh Rachel Corrie, pihak
berkuasa pelabuhan mengenakan pelbagai syarat dan peraturan yang tidak
dikenakan kepada kapal lain sebelum ianya boleh mengisi minyak untuk
meneruskan perjalanan.

Delegasi Malaysia dan Ireland yang dicadangkan untuk menyertai kapal
Challenger supaya dapat ke Gaza dengan lebih awal bersama kapal-kapal
lain didalam “Freedom Flotilla” telah memilih untuk menunggu Rachel
Corrie kerana ia adalah kapal utama Malaysia dan juga untuk rakan
sekutunya Free Gaza Movement.

Setelah menunggu lebih dari seminggu untuk Rachel Corrie sampai ke
Malta, kapal itu akhirnya berjaya memasuki perairan pulau Malta hari
ini (30 May) lebih kurang jam 4 pagi waktu Malaysia.

Apabila ia berlepas dari Malta sekita jam 10 malam ini waktu Malaysia,
Rachel Crrie dijangka akan mengambil masa lebih kurang empat hari
untuk memasuki Gaza jika tidak dihalang oleh pihak Tel Aviv.

Selain tiga kapal biayaan Malaysia, terdapat lima lagi kapal lain
didalam Feedom Flotilla yang dibiayai oleh NGO dari Turki, Greece,
Sweden serta beberapa pertubuhan NGO Eropah.

Untuk rujukan:

Peserta Malaysia (tiga wakil PGPO – Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias
Chang, Ahmad Faizal Azumu, MP dari Parit Drs Mohd Nizar Zakaria, dan
seorang wartawan TV3 (Halim Mohamed) dan seorang jurukamera TV3(Mohd
Jufri Judin).

Lima peserta dari Ireland (Derek Graham dan isteri Jenny Graham –
kedua-duanya wakil Free Gaza Movement), bekas penolong setiausaha
agong PBB Denis J. Halliday yang juga ahli panel penasihat PGPO,
pemenang Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize) Mairead Maguire dan
penerbit dokumentari Fiona Thompson.

Seventeen year old Rachel Corrie's lifeless body

Untuk latarbelakang nama Rachel Corrie:

Rachel Aliene Corrie (April 10, 1979 – March 16, 2003) was an American
member of the International Solidarity Movement (ISM) who was killed
by a bulldozer operated by the Israel Defense Forces (IDF) while
attempting to prevent IDF forces from demolishing the home of local
Palestinian pharmacist Samir Nasrallah. According to the New York
Times, Corrie and others were acting as “human shields.” A student at
the Evergreen State College, she had taken a year off and traveled to
the Gaza Strip during the Second Intifada.[1] The details of the
events surrounding Corrie’s death are still disputed.

Shamsul Akmar Musa Kamal

MV Rachel Corrie

Untuk latabelakang projek Freedom Flotilla:

freegaza.org

Published in: on May 30, 2010 at 18:21  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/05/30/bingkisan-dari-mv-rachel-corrie/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. Where are the PAS and PKR people who champion the ISLAM and Palestinian cause.

    • BigDog,

      Organizers of important humanitarian cause should ensure that they are not being used as a vehicle to promote certain individuals desperately seeking recognition…

      They should investigate thoroughly their sponsors/supporters to ensure that these sponsors/supporters are not tainted in one form or another. For if the sponsor is tainted or presumed tainted then the cause will be wrongly percieved.

      Sadly highlighting the support of a well known individual who is desperately trying to change her image in the eye of a substantial proportion of the public will affect the image of the cause.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: