Tuanku Sultan Johor tarik balik ‘Dato’ Jimmy Chua

Chua dan Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar "Mat King Leather" Ibrahim

DYMM Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah menitahkan agar semua gelaran darjah kebesaran negeri itu Darjah Paduka Mahkota Johor (DPMJ) Kelas Kedua dan Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) Kelas Pertama yang membawa gelaran ‘Dato’ kepada Mantan Naib Presiden MCA dan kini menjadi Ahli Majlis Tertinggi PKR Chua Jui Meng ditarik balaik serta merta. Difahamkan, tindakan ini ada kena mengena akibat tindakan Chua keluar MCA, menyertai PKR dan mengeluarkan pelbagai kenyataan menentang arus perdana dan anti Kerajaan.

Chua sebagai reaksi menyalahkan UMNO Johor atas tindakan baginda Tuanku Sultan ini.

Laporan Free Malaysia Today:

Jui Meng stripped of Datukship, blames Johor Umno

Thu, 10 Jun 2010 15:09

By Rahmah Ghazali and Stephanie Sta Maria

FMT ALERT PETALING JAYA: PKR supreme council member Chua Jui Meng has been stripped of his “datuk” and his “datuk seri” titles, and the former MCA leader claims Johor Umno had a hand in this.

The titles were conferred on him by the late Sultan of Johor when Chua was a Barisan Nasional MP.

Contacted this afternoon, Chua told FMT that he was warned about this before.

“There were warnings given to me previously, saying that Johor Menteri Besar Abdul Ghani Othman would advise the (current) Sultan of Johor to take back my datukship if I join PKR,” he said.

Chua claimed that he was also warned by another “Umno datuk”, whom he declined to name, not to go overboard.

“I am very disappointed with Umno and BN leaders for doing such a thing,” he said, adding that he does not blame the Sultan because he understands the “politics behind the move”.

The former health minister said he would return his “datukship medals” when he receives an official letter, adding that the palace had called him twice asking for the medals.

****************

Amat malang dengan tindakan reaksi Chua ini kerana nyata UMNO sebagai parti politik tidak ada saluran untuk mempengaruhi Tuanku Sultan Johor untuk menarik balik anugerah negeri yang sesuai kepada pemimpin berjasa dan bukan pemimpin ‘Lupa daratan’ dan ‘Tidak berterima kasih’. Chua harus perlu ingat bahawa kenikmatan yang beliau perolehi sehingga saat ini adalah akibat ehsan BN, terutama orang Melayu yang terus menerus memberikan beliau sokongan sehingga menjadi seorang MP Bakri yang berjaya (semenjak PRU VII  Ogos 1986) dan diangkat dalam pentadbiran Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir Mohamad bagai Setiausaha Parlimen (1989) sehingga jawatan Menteri Kabinet (semenjak PRU IX April 1995). Beliau kekal sebagai anggota Kabinet sehingga PRU XI, dimana beliau digugurkan dari senarai calon BN.

Ini juga merupakan modal beliau berjaya dipilih sehingga jawatan Naib Presiden MCA pada 2005. Akibat kekecewaan kerana gagal merebut jawatan Presiden MCA, Chua mengambil keputusan untuk meninggalkan MCA dan menyertai parti yang menjadi agen anarki dan politik ‘benci membenci’ PKR. Beliau dikatakan menggunakan taktik ‘benci membenci’ dan ‘hasut menghasut’ semasa kempen merebut jawatan Presiden MCA, yang dianggap beberapa pihak sebagai percubaan memecah belahkan masyarakat etnik Cina.

UMNO merupakan satu yang amat dekat dihati DYMM Tuanku Sultan Johor sekeluarga, semenjak keujudan asalnya 64 tahun lampau. Ini kerana moyang Tuanku Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar memberikan perkenan baginda agar UMNO ditubuhkan dalam Istana Besar, Johor Bahru, Johor pada 11 Mei 1946 dan sebagai Raja Melayu, memberikan kredibiliti bahawa parti politik nasionalis Melayu itu mendapat perkenan Istana dalam perjuangan menggagalkan Malayan Union. Ayahanda Sultan Ibrahim Ismail, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang menganugerahkan darjah kebesaran Johor yang memberi Chua gelaran ‘Dato’, mempunyai sentimen tinggi dan mendalam kepada UMNO.

UMNO tidak mungkin mempengaruhi mana mana baginda Tuanku Sultan untuk menarik balik sebarang darjah kebesaran yang telah dianugerahkan kerana itu merupakan hak baginda Tuanku. UMNO menghormati hak mutlak baginda Tuanku Raja Raja untuk sebarang penganugerahan darjah kebesaran dan tidak akan sesekali membelakangkan protokol ini, hanya sebab kepentingan politik.

Dalam masa yang sama, DYMM Raja Raja Melayu wajar menimbangkan agar darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim ditarik balik. Ini kerana pemimpin ini pernah disabitkan kesalahan salahguna kuasa dan telahpun habis seluruh proses untuk mengenepikan hukuman 6 tahun penjara ini. Penjenayah salah-guna kuasa seperti ini tidak layak menjadi pemimpin dan sebagai penjenayah, anugerah yang dikhaskan sebagai penghormatan untuk pemimpin harus ditarik semula.

Peranan Anwar yang kini dituduh untuk kali kedua bagi jenayah sumbang seks meliwat seorang kakitangan parti, dalam tindakan ingkar kepada DYMM Paduka Sultan Perak Februari 2009 harus juga diambil kira. Jelas, pemimpin seperti Anwar sebagai ‘Raja Anarki’ dan Chua merupakan petualang ‘anarkis’ yang tergamak berbuat apa sahaja termasuk menggadaikan keharmonian  dan kestabilan masyarakat demi kuasa.

Ini mewajarkan anugerah penghormatan darjah kebesaran negeri seperti ‘Dato’ ditarik balik.

Published in: on June 10, 2010 at 15:07  Comments (37)