PM Najib perlu kotakan janji untuk kukuhkan penerimaan terhadap UMNO

Presiden UMNO VII dan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak hari ini mengingatkan agar UMNO perlu berubah mengikut trend dan menepati citarasa dan pengharapan masyarakat, terutama orang Melayu. Persekitaran politik menentukan KPI baru ini semakin dikehendaki dalam cabaran politik hari ini.

Laporan Bernama.com:

20/06/2010 5:56pm

Persepsi politik UMNO harus ikut trend – Najib

BAGAN DATOH 20 Jun — Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, persepsi terhadap politik UMNO harus berubah mengikut trend terkini dan tidak boleh mengikut cara lama dalam usaha untuk menawan kembali hati rakyat menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, UMNO perlu sentiasa dalam keadaan segar melalui pembaharuan yang mengikut persekitaran politik yang berbeza dan sentiasa berubah-ubah mengikut kehendak rakyat.

Katanya, trend perubahan perlu dilakukan untuk menangkis segala tohmahan daripada pembangkang yang sentiasa mengelirukan rakyat dengan persepsi yang munasabah.

“Walaupun UMNO telah berusia 64 tahun dan merupakan produk yang telah berusia tetapi ia perlu diubah mengikut suasana politik supaya rakyat terus menyokong UMNO”, katanya merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Wisma UMNO di sini hari ini.

Perdana Menteri mengakui politik mengalami pasang surut kerana ia adalah lumrah dalam politik malah dalam sistem demokrasi berparlimen atau pun demokrasi berdasarkan persepsi sistem merupakan satu perkara biasa yang tidak dapat dielakkan. — Bernama

*****************

Dinamism yang dikehendaki masyarakat yang semakin canggih dan bermaklumat ini adalah perlu dan semakin menjadi elemen utama berpolitik. Amanat ini amat penting bagi mengekalkan keyakinan terhadap UMNO, terutama sebagai tunggak kepada BN. UMNO juga merupakan penyumbang utama bagi undi pada parti komponen Bukan Melayu di Semenanjung Malaysia.

PM Dato’ Seri Najib juga mengingatkan UMNO agar perlu berusaha lebih keras untuk membetulkan persepsi yang dijana secara strategik oleh Pembangkang, atas pembohongan dan kekeliruan yang berjaya diujudkan akan menjadi sesuatu ‘realiti’ sekiranya gagal dibendung dan tangani.

Namun beliau sebagai Presiden UMNO wajar juga memberikan perhatian kepada satu kehendak penting masyarakat iaitu memerangi rasuah. Ini merupakan salah satu janji PM Dato’ Seri Najib dalam ucapan ulung beliau sebagai Presiden UMNO VII pada 28 Mac 2009, semasa mengambil alih kuasa dari PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Malaysia begitu mengharapkan Najib membawa pembaharuan dalam penjanaan semula UMNO sebagai wadah Perjuangan memartabatkan kepentingan dan kedudukan orang Melayu.

Pengharapan ini juga didukung oleh Bukan Melayu kerana kejayaan UMNO akan menentukan kestabilan politik, yang secara automatiknya menjurus kepada Kerajaan yang kuat dan dapat memberikan fokus kepada program pembangunan, memajukan masyakarakat dan agenda kearah pengukuhan ekonomi dan perlaksanaan agenda mencapai ‘Wawasan 2020’.

Namun realiti setelah 15 bulan mengambil tampuk Kepimpinan adalah agak mengecewakan. Setakat ini, UMNO secara total gagal membawa mana mana calon yang bertanding pada siri kempen pilihanraya parti termasuk peringkat tertinggi Naib Presiden, Ketua Pemuda dan Majlis Tertinggi ke muka pengadilan Lembaga Disiplin UMNO walaupun dikatakan lebih 2,000 laporan telah dibuat kepada sekretariat parti. Kegagalan ini akan mempunyai kesan strategik ketirisan masyarakat kerana segelintir pemimpin yang diyakini ramai telah berjaya dipilih kerana amalan ‘politik wang’.

Amalan ‘jaga kawan’ yang hanya menguntungkan segelintir warga UMNO tetapi melenyapkan keyakinan masyarakat adalah mengecewakan kerana pemimpin pemimpin yang mengamalkan ‘politik wang’ wajar dikorbankan, walaupun masih lagi mampu menyumbang, terutama dalam kapasiti jawatan rasmi termasuk kedudukan tertinggi dalam Kerajaan. Etika dan prinsip perlu diutamakan dan menjadi landasan bagi UMNO menentukan Kepimpinan dan ini merupakan salah satu kehendak utama masyarakat mengekalkan parti nasionalis itu masih relevan memperjuangkan hak dan kepentingan massa Melayu dan secara tidak langsung, warga Malaysia.

Amat malang sekiranya PM Dato’ Seri Najib ‘hanyut’ dalam arus ‘persepsi palsu’ bahawa kegagalan menghakimi dan menghukum calon Kepimpinan yang mengamalkan ‘politik wang’ tidak mendapat perhatian dan lekat dalam sanubari orang Melayu, yang menjadi penyumbang utama undi terhadap BN. Semakin lama dan berpanjangan  tindakan drastik yang didambakan rata rata oleh masyarakat Melayu gagal diambil oleh Kepimpinan, maka semakin lenyap keyakinan bahawa beliau benar benar ikhlas dan serious ‘memerangi rasuah’.

TEPUK DADA, TANYA SELERA

Published in: on June 20, 2010 at 23:23  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/06/20/pm-najib-perlu-kotakan-janji-untuk-kukuhkan-penerimaan-terhadap-umno/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. PM Najib tidak kisah kes kes rasuah @politik wang dalam UMNO yang penting baginya ialah untuk memenangi hati pengundi CINA,beri apa saja yang CINA minta dan desak.

    Ini bukan tuduhan atau cakap kosong,kalau nak tahu tolong semak sudah berapa BILLION yang diperuntukan kepada Bangsa CINA sejak beliau mengambil alih sebagai PM.Pantang saja ada Pilihan Raya Kecil maka beratus ratus juta akan ditabur kepada Bangsa CINA untuk bina sekolah Cina baru,buat senggaran pada SRJK,bina kuil,bina dewan dan bermacam macam tuntutan yang dibuat oleh Bangsa CINA CAUVANIS akan dituruti.Tapi orang CINA bukan bodoh,bagi aku ambil UNDI BN SORRY LA !

    • Bukan ke banyak yang diam dirumah kaca, tak berani baling batu. Tak munasabah tak dapat ikan besar jika jaring betul digunakan. Kalau pakai pukat tunda yang bocor diperutnya, tentu tak dapat.

      Kes S/U Politik Menteri diJPM pulak ada saksi yang “hostile”. Apa mungkin mereka dikejar oleh wakil situduh dan dibayar supaya engkar dimasa perbicaraan? Mengarut!

      Mana nak benarkan tuduhan rasuah dikenakan kapada yang besar besar bila PM sendiri menawarkan wang Ringgit untuk undi Cina diPRU yang lalu. Bukankah Zaid sudah menuduhnya disuatu kes yang dimajukannya keMahkamah? Jika begini sampai bila pun tidak ada ikan besar masuk jaring. Jahanamlah Malaysia.

      Saya penyokong UMNO dan Kerajaan BN. Tapi UMNO perlu cari ganti pemimpin. Cari yang tegas dengan rasuah dsb dan mahu pertahankan Hak Melayu dan majukan Kepentingan Melayu. Yang mahu masukkan DEB kedalam MEB sepenuhnya, sebagaimana telah disebutkan.

  2. Saya fikir DS Najib mahukan UMNO bertukar, bukannya mereka yang coba menghiris kepentingan Melayu bertukar. Dia semangkin condong kapada kepentingan Cina dengan pendiriannya berkenaan sekolah Cina, liberalisasi ekonomi yang menyenangkan hati Cina, Model Ekonomi Bahru yang juga menolong Cina berpendapatan rendah dibandar dan pinggir bandar. Dengan MEB, Cina, yang banyak sudah kaya raya, tidak langsung ada yang berpendapatan rendah.

    Walhal Melayu yang begitu ramai berpendapatan rendah
    dan tidak begitu ramai yang kaya raya. Maka disuruhnya bertanding dipadang yang tidak sama rata. Mana boleh sama rata bila Melayu hanya ada 18% kekayaan korporat dan Cina mengkontrol segala aspek ekonomi dinegara ini. Angka 18% tidak termasuk aspek-aspek ekonomi lain yang belom dikira.

    Dan Melayu tidak begitu banyak memegang jawatan dibidang professional saperti doktor, jurutera, dsb. Najib melayan desakan-desakan Cina berkenaan tempat diinstitusi pelajaran tinggi dan biasiswa pelajaran tinggi. Walhal Cina telah banyak berkelulusan tinggi sejak Melayu masih bergelumang dikampong dizaman pemerintahan British lagi.

    Saya masih belom nampak DEB didalam MEB. Hanya 30% sasaran kekayaan korporat yang ditetapkannya. Tetapi itu hanya yang paling minima. Pun belum tahu cara mencapainya, belom nyata ada butir lanjutnya. Ekuinas yang disebutnya masa mula memegang jawatan PM sudah tidak kedengaran lagi. Omar Ong disumbatnya kedalam Petronas. Calon-calonnya diGLC banyak yang dikritik disana sini.

    Saya khuatir dia mahukan UMNO mengikut “trend perubahan” berdasarkan “tohmahan daripada pembangkang”. Banyak dilakukannya yang menyayat hati. Termasuk 80 ekar daripada 300 ekar diKampong Bahru sudah diputuskan akan diberi 40% kapada bukan Melayu. Menteri Wilayah menbebut demikian bbeberap hari yang lalu. Bukankah itu sahaja tanah Melayu yang tinggal diikotaraya KL? Mengapa begitu sekali siNajib ini?

    UMNO perlu memikirkan gantinya, kalau tidak akan jadi saperti Tengku A Rahman, hingga seluruh pulau Singapura dilepaskannya. Hak dan kepentingan Melayu dibiarkannya, sebahagian Kampong Bahru dijualkannya.

  3. Bro,
    Memang sudah dukenali sangat akan Najib ni, dia hanya bermain ‘safe politics’ kerana dia sendiri tidak yakin akan diri dan UMNO itu sebagai platform untuk memperjuangkan hak Melayu dan bumiputera. Padanya kaum lain adalah belian yang harus ditatang dan disuburkan, cakap cakap mengenai Melayu hanyalah permainan politiknya. Dalam kebinetnya hanya satu dua saja yang ada pendirian seperti TSMY yang lain hampas belaka terutamanya sepupu Najib yang kalau bercakap mulut macam ikan baung, orang UMNO sejati harus memantau dan tindakan juga perlu diambil sebelum nasi menjadi bubur. La ni Rosmah pun keliling Malaysia kempen sana sini cakap pasal politik juga, tak pernah lagi dalam sejarah UMNO isteri Presiden/PM berbuat demikian, Tun Sharifah Roziah, Tun Rahah, Tun Shuhaila, Tun Hasmah dan Datin Seri Hendon semuanya tahu batas dan tugas mereka hanya lebih kepada kebajikan bukan politik, nampaknya satu trend baru sudah bermula, mungkin Rosmah cemburu tengok Wan Azizah kesana sini berpolitik.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: