Sultan Johor titah mahukan Jambatan ganti Tambak Johor

DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan bahawa baginda mahukan Jambatan mengantikan Tambak Johor. Baginda menitahkan semasa pelancaran program Kembara Makhota Johor dan perasmian kompleks JB Sentral.

Ini merupakan titah yang konsisten semenjak ayahanda baginda Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail meluahkan perasaan yang sama semenjak Wilayah Pembangunan Iskandar dilancarkan pada 6 November 2006. Baginda juga menitahkan hasrat yang sama pada majlis pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri Johor pada 18 Jun 2009.

Baginda juga menitahkan agar cadangan Perdana Menteri VI Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak agar ‘Jambatan Ketiga’ dibina (Johor Tenggara) ditolak malah menegaskan cadangan ‘Jambatan Bengkok’ diteruskan semula, setelah PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi membatalkan secara mengejut pada Mac 2006, beberapa minggu setelah membuat kenyataan “Projek Jambatan akan diteruskan sebagaimana dirancang” semasa lawatan ke Projek Gerbang Perdana di Johor Bahru.

Baginda sebagai Tunku Mahkota Johor terlibat dalam melicinkan projek pembangunan Kompleks Sultan Iskandar semenjak tahun 2003, termasuk mendapatkan perkenan Almarhum Tuanku Sultan Iskandar bagi menggunakan 27 ekar tanah Sultan Johor di Kampung Bakar Batu bagi menempatkan semula keluarga dari flat lumba kuda dan Bukit Chagar yang terjejas akibat pembinaan yang diusahakan Gerbang Perdana itu.

Baginda juga merakamkan rasa puas hati mengenai projek pembangunan itu dapat disempurnakan oleh kontraktor Bumpiutera dalam jangkamasa yang dirancang. Jelas perhatian peribadi baginda sekeluarga menunjukan keperihatinan terhadap pembangunan yang akan memerikan kesan dan menguntungkan rakyat Johor. Titah konsisten ini dari dua orang baginda Sultan Johor merupakan aspirasi rakyat Johor yang wajar didengar oleh Kerajaan dan magnitud ini perlu dilunaskan segera sebagai memenuhi gagasan 1 Malaysia; Rakyat didahulukan.

*Perkembangan dikemas kini 300pm

Published in: on June 26, 2010 at 10:11  Comments (5)