Sultan Johor titah mahukan Jambatan ganti Tambak Johor

DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan bahawa baginda mahukan Jambatan mengantikan Tambak Johor. Baginda menitahkan semasa pelancaran program Kembara Makhota Johor dan perasmian kompleks JB Sentral.

Ini merupakan titah yang konsisten semenjak ayahanda baginda Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail meluahkan perasaan yang sama semenjak Wilayah Pembangunan Iskandar dilancarkan pada 6 November 2006. Baginda juga menitahkan hasrat yang sama pada majlis pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri Johor pada 18 Jun 2009.

Baginda juga menitahkan agar cadangan Perdana Menteri VI Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak agar ‘Jambatan Ketiga’ dibina (Johor Tenggara) ditolak malah menegaskan cadangan ‘Jambatan Bengkok’ diteruskan semula, setelah PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi membatalkan secara mengejut pada Mac 2006, beberapa minggu setelah membuat kenyataan “Projek Jambatan akan diteruskan sebagaimana dirancang” semasa lawatan ke Projek Gerbang Perdana di Johor Bahru.

Baginda sebagai Tunku Mahkota Johor terlibat dalam melicinkan projek pembangunan Kompleks Sultan Iskandar semenjak tahun 2003, termasuk mendapatkan perkenan Almarhum Tuanku Sultan Iskandar bagi menggunakan 27 ekar tanah Sultan Johor di Kampung Bakar Batu bagi menempatkan semula keluarga dari flat lumba kuda dan Bukit Chagar yang terjejas akibat pembinaan yang diusahakan Gerbang Perdana itu.

Baginda juga merakamkan rasa puas hati mengenai projek pembangunan itu dapat disempurnakan oleh kontraktor Bumpiutera dalam jangkamasa yang dirancang. Jelas perhatian peribadi baginda sekeluarga menunjukan keperihatinan terhadap pembangunan yang akan memerikan kesan dan menguntungkan rakyat Johor. Titah konsisten ini dari dua orang baginda Sultan Johor merupakan aspirasi rakyat Johor yang wajar didengar oleh Kerajaan dan magnitud ini perlu dilunaskan segera sebagai memenuhi gagasan 1 Malaysia; Rakyat didahulukan.

*Perkembangan dikemas kini 300pm

Published in: on June 26, 2010 at 10:11  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/06/26/sultan-johor-titah-mahukan-jambatan-ganti-tambak-johor/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. BigDog,

    Kalau Mengikut Titah Baginda nampaknya Kena Lah Flop lagi,,,

    Itu Lah… Slogan “Rakyat didahulukan” bolih dipraktikkan kalau “Rakyat” itu homogeneous. Kalau dah terlampau banyak sangat pandangan “Rakyat” maka Rakyat yang mana kah yang hendak didahulukan?

    Mungkin itu sebab Bekas PM Tun Mahathir tak guna slogan ini..

    Kalau nak guna pandangan Consultant pun, cuba lah guna fikiran sendiri mengikut keadaan semasa.

    Joe Black

  2. Dua titah yang amat tepat, menepati kehendak rakyat

    mohamed

  3. Bonda PM rakyat Johor. TPM pun rakyat Johor. Semua mereka rakyat kebawah duli sultan

    DYMM sultan Johor pula Rakyat 1Malaysia.

    1Malaysia dahulukan rakyat …….

    Ermmm … kita-kita ni setakat rakyat status bilis je. Dikemudiankan pun tak kan jadi kudis.

    DYMM sultan Johor dan PM sama-sama keturunan Bugis. Keturunan Bugis ni berani orangnya. Tak kan takut nak ganti jambatan lama tu.

  4. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

    Titah baginda mesti dijulangi Najib. Jika tidak, ialah penderhakaan kepada institusi DiRaja dan penghinaan bangsa Melayu.

    Pembinaan jambatan indah ini dapat mengekang ekonomi pelabuhan negeri kiasu itu. Ramai yang mempertikainya kerana selat berliku, sempit, dan cetek menyebab ia tidak sesuai utk kapal kontena, tanker dan kapal besar. Tetapi kita boleh melancarkan projek mega mengorek dan mendalamkan setiap penjuru selat Tebrau di sudut Malaysia. Projek mega ini akan memberi peluang cari makan untuk berpuluh kontrektor Bumiputera.

    Segala halangan projek ini dari negeri kiasu boleh dianggap ‘act of war’. Usah peduli kalau komuniti antarabangsa membantah kononnya melanggar perjanjian atau undang antarabangsa. Mereka semua dikawal yahudi. Di bimi Melayu, Melayu perlu dijunjung

  5. Dulu masa PM Flip Flop umum pembatalan maka berlumba-lumbalah menteri-menteri yang berkaitan dan yang tidak berkaitan mengeluarkan kenyataan sokongan. Ada yang bercakap pasal implikasi undang-undang dan ada yang cakap pasal penolakan rakyat Johor.

    Sekarang ni terbukti, ada menteri yang telah berbohong dan mereka ini masih berada dalam kabinet DS Najib.

    Tak tau malu ka?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: