Khairy: Melayu mudah lupa

Samseng Bukit Damansara di PRK Ijok April 2007

Perang antara Presiden Perkasa YB Dato’ Ibrahim Ali dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin dari bermula isu panas mengenai sokongan Khairy terhadap Ketua Pemuda MCA Dato’ Wee Ka Siong atas cadangan mengurangkan biasiswa MARA kepada pelajar makin keruh. Ibrahim yang mengesa Khairy meletakan jawatan Ketua Pemuda UMNO mendapat reaksi dengan gelaran ‘Jaguh Kampung’ oleh Khairy.

Ianya makin teruk apabila semalam Khairy membuat kenyataan bahawa menarik balik gelaran ‘Jaguh Kampung’ kepada Ibrahim dan sebaliknya membuat kenyataan “Gelaran Jaguh Kampung ini terlalu mulia untuk Ibrahim. Beliau lebih layak digelar ‘Gedebe Politik’ “.

Khairy juga membuat kenyataan bahawa Ibrahim sebenarnya menggagalkan semangat ‘1 Malaysia’.

Namun, tindakan Khairy yang sentiasa dilihat sedemikian memaparkan dengan jelas sifat narsisis sebenar Khairy Jamaluddin, yang pernah disifatkan oleh kolumnis politik The Star Joceline Tan sebagai “The most powerful 28 year old in the country”. Ini merupakan persepsi sebilangan besar masyarakat bahawa Khairy bertanggung jawab mempengaruhi bapa mertua beliau PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam banyak keputusan dan tindakan yang membuktikan sebenarnya ianya merugikan negara, termasuk Bangsa Melayu.

Kejayaan Khairy hanya meraih 304 undi pada pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO dan menang tanpa mendapat mandat mutlak pada 25 Mac 2009 sebenarnya tidak disenangi majoriti ahli UMNO, termasuk Pemuda UMNO sendiri. Buktinya jelas apabila semasa sessi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 28 Mac 2009, apabila nama Khairy disebut sebagai Ketua Pemuda UMNO, hampir keseluruhan Perwakilan dengan lantang mem’boo’ beliau dalam Dewan Merdeka.

Sekiranya UMNO sendiri tidak selesa dengan UMNO sebagai pemimpin, maka Khairy yang sebenarnya yang layak digelar sebagai ‘Gedebe Politik’ kerana berjaya menduduki tempat setaraf dengan Naib Presiden UMNO dengan proses yang amat kontroversial. Ini juga dibuktikan apabila Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak sendiri tidak memilih Khairy kedalam apa apa jawatan apabila Kabinet ditubuhkan pada 9 April 2009. Beliau juga dinafikan sebarang jawatan samada dalam sebarang GLC, maupun badan berkanun walaupun kedudukan beliau sebagai Ketua Pemuda BN yang sama taraf sebagai Naib Presiden UMNO.

Perkasa sebagai NGO Melayu yang dirasmikan Perdana Menteri Malaysia ke IV Tun Dr. Mahathir Mohamad Mei 2009 di Kelab Kilat TNB Pantai sudah berjaya mengumpulkan  60, 000 ahli berbayar dan masih lagi sedang memproses 50, 000 borang kemasukan. Perkasa mensasarkan akan dianggotai seramai 1 juta orang Melayu menjelang tahun depan, untuk menyuarakan aspirasi akar umbi Melayu tatkala UMNO tidak lagi dilihat sebagai parti massa yang membawa Agenda Melayu.

Persoalan “Tiga Belas Juta Ringgit” kita hari ini: Berapakah ahli Pemuda UMNO baru yang berjaya diraih Khairy dalam jangkasamasa semenjak dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 25 Mac 2009?

Published in: on June 28, 2010 at 13:09  Comments (14)