Khairy: Melayu mudah lupa

Samseng Bukit Damansara di PRK Ijok April 2007

Perang antara Presiden Perkasa YB Dato’ Ibrahim Ali dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin dari bermula isu panas mengenai sokongan Khairy terhadap Ketua Pemuda MCA Dato’ Wee Ka Siong atas cadangan mengurangkan biasiswa MARA kepada pelajar makin keruh. Ibrahim yang mengesa Khairy meletakan jawatan Ketua Pemuda UMNO mendapat reaksi dengan gelaran ‘Jaguh Kampung’ oleh Khairy.

Ianya makin teruk apabila semalam Khairy membuat kenyataan bahawa menarik balik gelaran ‘Jaguh Kampung’ kepada Ibrahim dan sebaliknya membuat kenyataan “Gelaran Jaguh Kampung ini terlalu mulia untuk Ibrahim. Beliau lebih layak digelar ‘Gedebe Politik’ “.

Khairy juga membuat kenyataan bahawa Ibrahim sebenarnya menggagalkan semangat ‘1 Malaysia’.

Namun, tindakan Khairy yang sentiasa dilihat sedemikian memaparkan dengan jelas sifat narsisis sebenar Khairy Jamaluddin, yang pernah disifatkan oleh kolumnis politik The Star Joceline Tan sebagai “The most powerful 28 year old in the country”. Ini merupakan persepsi sebilangan besar masyarakat bahawa Khairy bertanggung jawab mempengaruhi bapa mertua beliau PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam banyak keputusan dan tindakan yang membuktikan sebenarnya ianya merugikan negara, termasuk Bangsa Melayu.

Kejayaan Khairy hanya meraih 304 undi pada pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO dan menang tanpa mendapat mandat mutlak pada 25 Mac 2009 sebenarnya tidak disenangi majoriti ahli UMNO, termasuk Pemuda UMNO sendiri. Buktinya jelas apabila semasa sessi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 28 Mac 2009, apabila nama Khairy disebut sebagai Ketua Pemuda UMNO, hampir keseluruhan Perwakilan dengan lantang mem’boo’ beliau dalam Dewan Merdeka.

Sekiranya UMNO sendiri tidak selesa dengan UMNO sebagai pemimpin, maka Khairy yang sebenarnya yang layak digelar sebagai ‘Gedebe Politik’ kerana berjaya menduduki tempat setaraf dengan Naib Presiden UMNO dengan proses yang amat kontroversial. Ini juga dibuktikan apabila Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak sendiri tidak memilih Khairy kedalam apa apa jawatan apabila Kabinet ditubuhkan pada 9 April 2009. Beliau juga dinafikan sebarang jawatan samada dalam sebarang GLC, maupun badan berkanun walaupun kedudukan beliau sebagai Ketua Pemuda BN yang sama taraf sebagai Naib Presiden UMNO.

Perkasa sebagai NGO Melayu yang dirasmikan Perdana Menteri Malaysia ke IV Tun Dr. Mahathir Mohamad Mei 2009 di Kelab Kilat TNB Pantai sudah berjaya mengumpulkan  60, 000 ahli berbayar dan masih lagi sedang memproses 50, 000 borang kemasukan. Perkasa mensasarkan akan dianggotai seramai 1 juta orang Melayu menjelang tahun depan, untuk menyuarakan aspirasi akar umbi Melayu tatkala UMNO tidak lagi dilihat sebagai parti massa yang membawa Agenda Melayu.

Persoalan “Tiga Belas Juta Ringgit” kita hari ini: Berapakah ahli Pemuda UMNO baru yang berjaya diraih Khairy dalam jangkasamasa semenjak dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 25 Mac 2009?

Published in: on June 28, 2010 at 13:09  Comments (14)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/06/28/khairy-melayu-mudah-lupa/trackback/

RSS feed for comments on this post.

14 CommentsLeave a comment

  1. BD,
    Serasanya,untuk menjawab soalan berapa ramai ahli Pemuda UMNO baru yang berjaya diraih Khairy dalam jangkasamasa semenjak dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 25 Mac 2009, ianya tidak akan menjadi masalah dengan borang-borang keahlian yang tergantung tidak bertali di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan.

    Kerana itu telah dan sedang berlaku kepada sesetengah borang yang telah diisi.

    ~ OnDaStreet

  2. BigDog,

    Buat masa ini Cuma KJ seorang sahaja telah dapat memberi penjelasan yang rasional tentang Judi Bola yang banyak Warga Tua dari UMNO hendak dihalalkan.

    Beliau mendapat keyakinan DS Najib yang terus membuat kenyataan tak akan memberi lesen judi sukan yang sebelom itu direstui olih BigDog dan Warga Tua UMNO (termasuk Tun Mahathir).

    Susah nak dapat ketua yang berpendirian Matang saperti KJ…

    • Memang susah..itu sebab dia cuba perbodohkan semua orang..malangnya hingga kini DSN belum lg masuk jerat pemimpin “matang” ini..

    • This black guy who sold off Augusta to foreigner for 1 Euro, scandalized Avenue Capital, whacked the Jambatan Bengkok, “bought” the Ketua Pemuda post, the lists go on, you have the audacity to call this monkey a matang?

      What the fish!

      • puaka mcm ni pun ada byk penjilat2 dia..antaranya cuba tguk dekat FB..bukan main jilat lg..semua ada kepentingan..kepentingan tembolok masing2..tak malu ke bagi anak bini makan dgn hasil menjilat mcm ni..rosak bangsa, rosak negara kerana org mcm ni..itu pun ada nafsu pecacai2 dia lobi untuk jd menteri..yelah, byk lagi hasil jilatan boleh pulun..

      • Bravo my friend!!
        mohamed

  3. Tuan

    Menantu pak Lah ni banyak menghabiskan masa remajanya d luar negara.Kairi mendapat pendidikan ala Barat.Ini satu kejutan budaya bagi rakyat Malaysia.Makan fork n spoon.Ini lah pelapis pelapis umno untuk 1 Malaysia!

    • Memang Betul KJ adalah berkelulusan Oxford.
      DS Najib memang mempunyai keyakinan penuh terhadap mereka semua yang berkelulusan dari Universiti terkenal ini, saperti KJ, Omar Ong dll… Razak Baginda sekarang juga sedang menghadiri kursus PhD di Oxford dan akan pulang berkhidmat dengan PM.

      Anda patut berbangga kerana mereka semua dapat menyumbang kepada negara!

      • joe black is running a popularity campaign for khairy

        well paid advertising eh??

      • Oxford???

        This black monkey could’nt even pronounce “AUGUSTA” correctly!

  4. KJ merupakan liabiliti kepada UMNO. Kemenangan KPUM walaupun didapati bersalah rasuah menjadi duri dlm daging kepada ahli UMNO dan penyokong luar. Imej yang cuba dibawa merosakkan hak2 keistimewaan orang Melayu dan Pemuda UMNO sendiri. Segala tingkah laku dan percakapan seolah-olah beliau seorg pembangkang. Jika disimpan lama, makin rosaklah UMNO.
    Agenda Melayu tidak pernah diperjuangan; agenda bangsa lain menjadi keutamaan. Beliau sepatutnya menjadi ketua Pemuda PPP atau Gerakan. BUKAN Ketua Pemuda UMNO!

    • Setuju, setuju, setuju. Coba gulingkan dia dan nyahkan dari UMNO.

      • Ada berani nk kasi guling dia? Semua harapkan telor saja bergayutan..tak ada fungsi..patut penyokong2 khir toyo dan mukhriz boleh berpakat..buat kudeta..

  5. KJ!!!! Kau lah boleh progrsif-kan sikit pemikiran kolot pro-tun M ni?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: