Kerajaan Perak terus bagi tanah kepada sekolah Cina

Kerajaan BN Perak bawah Menteri Besar ke X Dato’ Dr Zambry A Kadir baru mengumumkan bahawa sebidang tanah berjumlah 1,012 hektar tanah akan diberikan bagi menampung perbelanjaan 9 sekolah Cina bebas dalam negeri itu. Pengumuman itu dibuat oleh Exco Perak mewakili MCA Dato’ Dr. Mah Hang Soon.

Laporan The Star:

Published: Tuesday July 20, 2010 MYT 4:55:00 PM
Updated: Tuesday July 20, 2010 MYT 4:56:40 PM

Nine Chinese schools in Perak to get land for palm oil estate

BY IVAN LOH

IPOH: The Perak Government has allocated a 1,012ha piece of land to nine Chinese independent schools here to be developed as a palm oil estate.

The estate will help the schools earn income in order to be self-sustainable.

The piece of land in Besout, Sungkai, will be managed by Semangat Suwa Sdn Bhd, a company set up by the nine schools’ board of governors.

Semangat Suwa chairman Tan Hau Swee said a private company had expressed interest to pay RM3.6mil annually for rights to develop the palm oil estate.

“The revenue from the private company can cover about 30% to 40% of the annual expenses for each of the schools,” he said during a press conference called by Perak executive council member Datuk Dr Mah Hang Soon here on Tuesday.

*************

Persoalan mengenai sekolah Cina bebas dan/atau swasta layak mendapat bantuan peruntukan Kerajaan atau tidak timbul kerana jenis sekolah ini tidak tersenarai bawah Akta Pendidikan 1996. Sekolah sekolah ini terangkum bawah kategori sekolah swasta dan pembiayaanya ialah atas inisiatif model perniagaan mereka atau derma yang berjaya dijana. Sekolah Cina bebas dan/atau swasta ini biasanya didukung oleh persatuan Cina. Dalam negeri Perak, majoriti persatuan Cina ini didukung oleh pelbagai industri yang matang dan dikuasai masyarakat Cina seperti golongan pengusaha lombong, masyarakat peniaga borong dan pembalak.

Sekolah yang lebih memerlukan seperti sekolah bantuan modal Kerajaan dalam negeri Perak, termasuk sekolah agama rakyat yang jauh lebih daif dan sebenarnya tidak mendapat pembelaan. Namun sekolah sekolah ini tidak mendapat perhatian Kerajaan Perak sebaliknya sekolah Cina bebas seperti 9 ini yang diberikan pembelaan.

Tanah 1,012 hektar untuk dimajukan sebagai estet kelapa sawit bagi menampung perbelanjaan merupakan anugerah tanah yang amat besar. Untuk jangkamasa terdekat dan serdehana, ianya memang menjadi estet dan dibangunkan sebagai pertaniah. Namun tanah anugerah ini mungkin akan ditukar status guna tanahnya akan datang dan dalam sekelip mata, syarikat Semangat Suwa Sdn. Bhd. ini akan menjadi pemaju tanah yang amat besar (sebesar sebuah pembangunan bandar baru) dan semestinya akan memberikan pulangan yang amat lumayan.

Apakah tiada anugerah yang sama diberikan kepada sekolah agama rakyat dalam Perak, atas skima yang sama? Tidak kah sekolah agama rakyat yang jauh lebih daif (kerana tidak dibantu masyarakat peniaga dan usahawan Melayu dan bergantung sepenuhnya pada derma)dan sesetengahnya berada dalam kawasan luar bandar yang serba kekurangan tidak memerlukan bantuan untuk menentukan orang Melayu yang memilih anak mereka dalam sistem ini berteruskan, demi menjamin hak pelajaran mereka?

Ternyata majoriti pemaju hartanah dalam negeri Perak merupakan golongan usahawan Cina dan tindakan ini hanya menambah satu lagi peluang bagi masyarakat Cina Perak menjadi pemaju hartanah yang berpotensi dengan pulangan yang amat lumayan sedangkan peluang yang sama tidak diberikan kepada orang Melayu yang memilih untuk mendukung sistem sekolah agama rakyat.

Nampaknya, dasar memberi tanah kepada masyarakat Cina yang dipelupuri sebelum ini oleh Kerjaaan boneka-DAP Nizar Jamaluddin diteruskan oleh pemerintah sekarang. Jelas tindakan ini, terutama kepada golongan minoriti yang sombong (dan tidak pernah berterima kasih walau apapun imbuhan yang diperuntukan Kerajaan tetapi sebaliknya meneruskan permintaan sehingga tahap ‘tebusan politik’) akan terus ‘melukakan hati’ orang Melayu dan mengakibatkan mereka makin ‘menjauhi’ BN dalam pilihanraya umum akan datang. Sekiranya ini sahaja strategi bagi BN Perak untuk memenangi undi masyarakat Cina, maka dikhuatiri mereka akan mengunakan permintaan yang lebih sebagai ‘agenda tebusan politik’ secara konsisten.

Jelas tindakan ini menunjukan Dr. Zambry sebagai seorang pemimpin UMNO dari latar belakang pendidik tidak berusaha untuk  menentukan sistem Satu Sekolah Untuk Semua diujudkan bagi menjamin secara strategik perpaduan, semangat toleransi, kerjasama dan muhibbah dikalangan masyarakat Malaysia akan datang. Semestinya, ini adalah satu yang menyesalkan.

Published in: on July 20, 2010 at 17:01  Comments (25)  

Parti waris Ulama tuduh Ulama berbohong?

Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang mendakwa sebagai ‘pewaris nabi’ atau ‘pewaris ulama’ hari ini menuduh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berbohong. Ini kerana mereka mendakwa tidak pernah mendekati Ulama tersohor itu menjadi orang tengah dalam cadangan agar UMNO sebagai parti nasionalis Melayu duduk berbincang dan berunding dengan PAS, demi kepentingan bersama orang Melayu dan Islam.

Dua Naib Presiden PAS Dato Mahfudz Omar dan Salahuddin Ayub menafikan bahawa PAS memberikan kebenaran agar Tan Sri Harussani bertindak sebagai orang tengah untuk membawa kedua musuh politik itu duduk berama dan berunding.

Laporan Utusan Malaysia:

Harussani jadi sasaran kritikan pembangkang

IPOH 19 Julai – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berusaha menyatukan orang Melayu menjadi sasaran kritikan pemimpin Pas dalam ceramah yang diadakan di Kampung Pasir Putih Tambahan di sini malam tadi.

Harussani dituduh mahu mencampuri urusan politik sedangkan beliau adalah mufti yang bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan agama.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad yang menggesa Mufti Perak tersebut menghentikan usahanya itu.

“Mufti ini pelik bercakap pasal Melayu, bukannya bercakap mengenai Islam. Kalau nak bersatu, UMNO kena bersatu dulu. Dalam parti dia berpecah-belah. Tengok apa berlaku di Sungai Petani dan Setiu,” katanya.

Menurut Idris, Harussani tidak perlu menjadi orang tengah kerana Pas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO dan mendakwa dasar parti itu bukannya berasaskan Islam.

Sebaliknya, katanya, Pas mahu terus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana mereka mempunyai persamaan menentang rasuah dan memperjuangkan keadilan rakyat.

“UMNO tak lawan rasuah, DAP menentang rasuah. Nak bekerjasama macam mana? UMNO tak memperjuangkan keadilan untuk rakyat tapi PKR memperjuangkan keadilan rakyat. Nak bersatu dengan mana?” katanya.

Berucap di hadapan kira-kira 100 penyokong, Idris menegaskan, Pas tidak akan bersatu dengan UMNO secara politik kerana kepemimpinan parti tersebut telah menyatakan akan terus komited dengan pakatan pembangkang.

************************

Inilah sebenar benarnya sikap dan hati budi pemimpin PAS yang menggunakan tindakan sebagai pembohongan atas menegakan agenda ‘Membangun bersama Islam”. Apakah menuduh seorang ulama yang mengerjakan proses bagi orang Islam untuk berunding bagi kerjasama dan penyatuan orang Islam, demi kepentingan warga majoriti rakyat Malaysia seluruh itu sebagai ‘PEMBOHONGAN’?

Apakah Tan Sri Harussani adalah jenis pemimpin yang tergamak berbohong?

Kerjasama dan penyatuan orang Melayu dan Islam merupakan tindakan waras yang mana mana pemimpin ugama sekalipun dianggap akan berusaha untuk lakukan, kerana tiada lebih mengancam keutuhan sesuatu masyarakat melainkan perpecahan dan pertelagahan yang berpanjangan. Maka Tan Sri Harussani sebagai penasihat ugama rasmi kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak bertindak untuk berusaha untuk menentukan agar perpecahan ini dihentikan dan proses penyatuan dan kerjasama diusahakan. Maka perundingan ialah langkah pertama untuk merapatkan kedua dua parti politik untuk duduk semeja dan kedudukan beliau sebagai pemimpin ugama yang neutral merupakan platform terbaik untuk menjadi ‘orang tengah’.

Apakah jika dikaji kewibawaan seseorang pemimpin, maka integriti Salahuddin dan Mahdudz lebih baik dari Tan Sri Harussani?

Tidak mungkin! Sah. PAS tergamak BERBOHONG demi politik. Pemimpin PAS tergamak menafikan bahawa Tan Sri Harussani cuba untuk menyatukan orang Melayu dan Islam dengan memfitnah beliau berbohong. PAS lebih rela melihat orang Melayu berpecah dan dalam keadaan bertelagah kerana mereka meraih kekuatan politik melalui ‘politik membenci’ dalam kekeliruan yang mereka sendiri jana.

Hari ini PAS merupakan kekuatan sandaran politik orang Melayu kepada parti seperti Chauvinis Cina DAP (yang amat memerlukan undi orang Melayu kerana kemampuan mereka meluaskan kuasa adalah diragui kerana mereka sudah sampai ketahap tepu dalam kawasan majoriti Cina) dan parti-tanpa-jentera PKR memerlukan undi Melayu atas pagar bagi pemimpin-tanpa-parti mereka Anwar “Mat King Leather” Ibrahim terus popular, berdasarkan ‘politik kebencian’ dan kekeliruan yang dijana.

PAS tergamak berbohong mengatakan Tan Sri Harussani berbohong semata mata agenda menentukan rakan kongsi Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan orang Melayu.

Published in: on July 20, 2010 at 00:08  Comments (7)