Sultan Selangor dukacita dengan sikap Cina mengenai isu “Allah”

DYMM Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini menitahkan dukacita memuncak baginda mengenai sikap sesetengah pihak, terutama Bukan Melayu yang membangkitkan kembali isu pengunaan “Kalimah Allah”, setelah ianya berjaya ditenggelamkan dari perbincangan umum.

Isu ini menjadi sensitif dikalangan orang Melayu di Semenanjung, terutama apabila Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lian membuat keputusan yang memihak kepada makalah Kristian ‘Catholic Herald’ yang membawa isu ini ke Mahkamah apabila Kementerian Dalam Negeri menghalang penerbitan itu menggunakan perkataan “Allah”, yang rata rata nama bagi Tuhan pada orang Islam di Malaysia, sebagai gantinama kepada “Tuhan”.

Baginda menitahkan agar “Usaha usaha dipertingkatkan untuk mengatasi masalah ini”.

Ini adalah susulan apabila dua parti politik etnik Cina, DAP dan MCA menggesa agar KDN menkaji tindakan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu. Timbalan Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin menegur isu ini tidak perlu ditimbulkan semula dengan hasrat untuk mengeliru dan membangkitkan emosi rakyat, yang rata rata dikhuatiri akan terpecah apabila masing masing mengambil ketetapan mengenai isu sensitif ini.

Isu penggunakan ‘kalimah Allah’ ini amat sensitif kepada orang Melayu dikalangan warga Semenanjung Malaysia, yang rata rata berugama Islam. 55% peratus dari keseluruhan warga Malaysia rata rata tidak dapat menerima penganut Roman Katholik untuk menggunakan “Allah” sebagai gantinama untuk ‘Tuhan’. KDN mengeluarkan larangan penggunakan kalimah ini dalam sebarang penerbitan mereka dan tindakan Mahkamah diambil untuk mengenepikan arahan ini. Akibat dari keputusan Mahkamah yang membelakangkan sensitiviti orang Melayu-Islam ini, perbuataan untuk cuba membakar 7 buah gereja berlaku seluruh negara.

Tindakan DAP dan MCA untuk membangkitkan kembali isu ini boleh disifatkan sebagai masyarakat Cina cuba  “Bermain api”. Ini kerana kedua dua parti ini dilihat mewakili masyarakat Cina, samada berhaluan kanan atau kiri. Islam digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai ‘Agama Persekutuan Malaysia’ dan perbuatan mencabar sensitiviti orang Melayu wajar dilihat sebagai menentang peruntukan Perlembagaan.

Bagi seorang Raja Melayu yang mempunyai hak mutlak keatas ugama Islam (menurut Perlembagaan Persekutuan dan Negeri) untuk menitahkan dukacita baginda ini merupakan keadaan yang wajar dianggap sebagai ‘meruncing’ kerana baginda melihat keperluan untuk menjaga sensitiviti orang Melayu sebagai majoriti dan mengelakan sesuatu buruk berlaku. Masyarakat Cina mungkin dilihat sebagai ‘Kurang Ajar’ jika masih tegar untuk membincangkan isu ini secara terbuka atau peribadi, terutama apabila sedar mengenai sensitiviti orang Melayu tetapi masih lagi mahu mencabar.

Sekiranya baginda menitahkan kemurkaan, maka keadaan telah menjadi amat buruk dan tindakan perlu diambil dari sekarang untuk mengelakannya. Janganlah biarakan ada pihak yang “Berani untuk bermain api” sehingga berlaku keadaan kritikal “Nasi menjadi bubur”. Sesungguhnya, tiada apa yang positif dan progressif yang boleh diperolehi apabila “Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu”.

Baginda sekelian Raja Raja Melayu wajar memutuskan isu ‘Kalimah Allah’ ini untuk menghentikan proses Mahkamah dan secara mutlak, menghentikan sepenuhnya segala perbincangan samada terbuka atau secara peribadi perkara yang berpotensi untuk ‘meletup’ ini.

Published in: on August 5, 2010 at 23:48  Comments (8)