Laporan Polis keatas Cina liberal biadap

NGO Melayu Perkasa telah membuat satu Laporan Polis keatas penulis Centre of Press Initiative Helen Ang tengah hari ini, di Balai Polis Sentul dan meminta siasatan Polis atas tuduhan menghasut keatas DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Hak Istimewa Orang Melayu.

Laporan Polis ini dilakukan oleh Ketua Wira Perkasa Armand Azha dan dibuat dengan IPD Dang Wangi. Difahamkan dua lagi Laporan Polis atas premis yang sama telah juga dibuat di Kelantan dan Melaka.

Laporan The Malaysian Insider, Perkasa slams writer for ‘insulting Agong’.

Ang diminta untuk disiasat bawah Akta Hasutan kerana bertujuan untuk menimbulkan kemarahan sehingga menggugat keselamatan dalam negeri atas tulisan beliau yang mengambarkan orang Melayu sebagai majoriti mendiskriminasi hak Bukan Melayu untuk mempraktikan dan mengekang perkembangan agama mereka sebagai golongan minoriti dan sengaja dibiarkan terpinggir. Menurut beliau lagi ini adalah sikap yang sama meminggir hak Bukan Melayu sama seperti dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Kebiadapan Bukan Melayu liberal kebelakangan ini semakin menjadi menjadi dan kegagalan pihak berkuasa, terutama kuasa yang diperuntukan keatas Kementerian Dalam Negeri untuk mengekang segala aktiviti dan tindakan yang mungkin akan menggangu-gugat keselamatan dalam negeri, atas ‘pencernaan minda’ melalui tulisan dan forum terbuka yang mempersoalkan pelbagai kedudukan dan cara perlaksanaan pembudayaan masyakarakat Malaysia sebagaimana yang ujud sehingga hari ini.

Polis wajar membuat siasatan lengkap dan menyeluruh mengenai penulisan Ang ini dan semua artikel yang pernah beliau terbitkan, dalam website CPI kerana kemampuan untuk menghina orang Melayu dan/atau Islam dengan sudut ‘perbincangan pencernaan minda’, termasuk memutar-belitkan (spin) fakta, keadaan dan sejarah wajar dianggap sebagai menghasut. Ini kerana penulisan ini dengan mudah akan membangkitkan kemarahan orang Melayu. Ang wajar disiasat bawah Akta Hasutan dan sekiranya ada bukti, wajar didakwa untuk diadili.

Golongan liberal terutama segelintir dikalangan minoriti dan Bukan Melayu yang kini makin lantang menguji kesabaran orang Melayu dan/atau Islam sebagai majoriti dengan ‘perbincangan pencernaan minda’ dengan mengunakan asas ‘nilai nilai sejagat (universal) seperti hak asasi manusia, hak bersuara dan memberikan pendapat’ dan sebagainya kini melampau batas dan dikhuatiri akan menjejaskan keselamatan negara.

DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar juga menitahkan kemurkaan baginda di Kota Tinggi hari ini, keatas Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng kerana sibuk ‘berkempen’ sebagai timbal-balas atas tindakan baginda menarik balik darjah kebesaran negeri SPMJ dan DPMJ yang membawa  gelaran ‘Dato’ kepada mantan Menteri Kesihatan dan Naib Preisden MCA itu. Gambar baginda Tuanku Sultan Ibrahim digunakan dalam kempen ini.

Baginda merakamkan kekesalan dalam titah semasa singgah dalam pusingan kedua program Kembara Mahkota Johor, akibat tindakan yang disifatkan “Ada pihak (PKR) yang cuba mengheret saya dalam kancah politik, dengan memaparkan gambar saya (dalam kempen mereka). Perbuatan ini adalah biadap dan kurang ajar. Saya tahu Polis akan menyiasat perbuatan ini” dan menyambung “Pada rakyat Johor janganlah jadi bodoh dan terpedaya dengan hasuran ini. Mereka ini tiada pendirian hidup. Saya tidak mahu rakyat Johor dipecah belahkan rakyat dengan golongan ini”.

Kebiadapan Chua menggunakan peluang platform politik sebagai pentas untuk ‘menghasut’ rakyat agar ‘bangkit’ dengan ‘memperkudakan emosi’ kunun kununya Tuanku Sultan Johor terpengaruh dengan pemimpin UMNO  untuk ‘menghukum’ beliau dan menarik balik darjah kebesaran dan merayu untuk memberikan kuasa kepada PKR juga wajar disiasat bawah Akta Hasutan.

Sudah tiba masa undang undang dilaksana sebagaimana diperuntukan, demi menjaga kepentingan negara dari usaha untuk membawa rakyat kepada kancah yang mengancam keselamatan negara, demi meraih sedikit populariti dengan perjuangan politik sempit dan mencabar kepentingan majoriti.

KEBIADAPAN BUKANLAH SESUATU YANG WAJAR DITIMBANG-TARA! AMARAN KERAS: JANGAN BERMAIN DENGAN API!

*Dikemas kini 1000pm


Published in: on August 9, 2010 at 14:44  Comments (10)