Felda failkan saman atas PKR dan Suara KeAdilan hari ini

Muka depan Suara KeAdilan Jun 2010

Felda tengahari ini dijangkakan akan memfailkan saman keatas PKR dan Suara KeAdilan kerana memfitnah. Saman ini akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 230 petang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Ahmad Hj Maslan menunjukan muka depan Suara KeAdilan

Saman ini timbul apabila Suara KeAdilan memaparkan fitnah bahawa Felda telah bankrap pada Jun lepas dan pemimpin PKR menggunakan laporan palsu ini sebagai modal ‘politik fitnah’ dan ‘politik kebencian’ bagi menaburkan tohmahan agar rakyat, terutama orang Melayu hilang keyakinan kepada Kerajaan bawah kepimpinan PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Felda melalui peguam mereka telah menghantar ‘notis tuntutan’ namun PKR dan Suara KeAdilan memilih untuk tidak respons and mengabaikan notis tuntutan ini. Maka tindakan susulan ialah memfailkan saman kerana fitnah yang dibuat.

Felda dijangkakan akan menuntut kerugian kerana laporan fitnah ini kerana menjejas kredibiliti mereka kepada 5 juta yang diktegorikan terangkum sebagai ‘warga Felda’ seluruh negara. Felda juga menjelaskan bahawa laporan fitnah ini menjejaskan keyakinan agensi itu sebagai penguasa program pembangunan tanah Persekutuan dan sebagai konglomerat berasaskan pertanian yang berniaga diperingkat global. Felda dikatakan terpaksa menjelaskan kepada rakan-niaga mereka diluar negara dan ini adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab hanya memenuhi kepentingan politik sempit dan terdesak PKR.

PKR dewasa ini berada dalam kedudukan amat terdesak kerana sokongan keatas mereka semakin tiris, kerana kegagalan melunaskan ‘janji janji dan keyakinan palsu yang dibina’. Semenjak setahun ini, PKR telah ramai kehilangan pemimpin dan ahli yang keluar kerana kekecewaan dan ‘keyakinan palsu’ termasuk amalan nepotism yang terlalu nyata, termasuk Setiausaha Agung Dato’ Sallehuddin Hashim, mantan Ketua AMK Ezam Md. Noor, Ahli Parlimen Dato’ Seri Zahrain Hashim, Tan Tee Beng, Tuan Haji Mohsin Fadzil, Zulkifli Nordin dan Wee Choo Keong dan seorang ADUN Tan Wei Shu. Sebelum ini Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohd. Fairus Khairuddin juga meletakan jawatan dan akhirnya meninggalkan kerusi ADUNnya.

Sejarah menunjukan begitu ramai pemimpin kanan PKR telah meninggalkan perjuangan sia sia parti yang berlandaskan hanya semata mata agenda politik peribadi seorang pemimpin terdesak yang dipecat UMNO 12 tahun dahulu Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dan segala ‘keyakinan palsu’ sebagai modal. Personaliti politik yang mempunyai pengaruh besar seperti Dr Chandra Muzafar, Abdul Rahman Osman (kedua dua ini pernah menjawat Timbalan Presiden PKN), Ruslan Kassim, Lokman Noor Adam, Datin Paduka Marina Yusuf, Dato’ S. Nalla Karupan dan lain lain.

Sepanduk PKR yang memaparkan gambar Tuanku Sultan Johor sebagai modAl kempen; ehsan blog idealismalaysia.blogspot.com

PKR terlalu nyata mengamalkan politik kebencian dan perpecahan sehingga DYMM Sultan Johor menarik kembali darjah kebesaran DPMJ dan SPMJ Chua Jui Meng kerana cuba memecah belahkan masyarakat Cina Johor. Minggu lepas Tuanku menitah murka mengenai PKR berkempen atas penarikan balik ‘Dato’ ini dan menggunakan baginda sebagai modal untuk kempen. Akibatnya, baginda menitahkan agar rakyat Johor “Jangan kadi bodoh dan terpengaruh dengan hasutan PKR”.

Sekarang terpulang kepada PKR dan Suara KeAdilan untuk membuktikan bahawa ‘Felda sudah bankrap’ dan kegagalan hanya menguatkan kedudukan mereka sebagai parti politik yang bergantung atas ‘politik fitnah’, ‘politik kebencian’ dan ‘keyakinan palsu’.

Ini bukan kali pertama Suara KeAdilan diugut untuk diheret ke Mahkamah kerana menyiarkan berita fitnah dan bertujuan sengaja memberikan gambaran bahawa pemimpin Kerajaan merupakan dikalangan mereka yang tidak boleh dipercayai. Sebelum ini MB Perak Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir juga membuat ugutan yang sama apabila Suara KeAdilan memaparkan beliau sebagai “Seorang disyaki pengganas”.

*Perkembangan dikemas kini 335pm

Felda memfailkan saman berjumlah RM 200 juta keatas Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR Syed Hussin Ali dan tiga lagi.

Laporan The Star:

Published: Monday August 16, 2010 MYT 3:41:00 PM

Felda sues Suara Keadilan, five others for RM200mil

KUALA LUMPUR: Felda has filed a RM200mil defamation suit against PKR newsletter Suara Keadilan and five others, including PKR leaders Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and Dr Syed Husin Ali, over claims that it was bankrupt.

The publication’s publisher, printer, editor and reporter were also named in the suit filed by Felda’s lawyer, Datuk Hafarizam Harun, at the High Court civil registry here at 3.20pm Monday.

Published in: on August 16, 2010 at 09:59  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/08/16/felda-failkan-saman-atas-pkr-dan-suara-keadilan-hari-ini/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentLeave a comment

  1. Felda tidak lagi boleh berharap kepada anak Tun Razak dan sepupu kepada anak Tun Razak untuk meredakan salakan-salakan anjing pembangkang.

    Suatu tindakan yang tepat dari Felda.

    “…Is Najib turning into a chameleon like Anwar changing colors to different audience and following the popular voices? That is not an act of a leader but a political monkey jumping from tree to tree unable to have a coherent position on issues…”

    A Voice
    Read Also, “Apa Sebenarnya Pendirian Tuan?” by DinTurtle


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: