Pakatan Rakyat cuba berbohong soal doa LGE

Episod khatib mendoakan Ketua Menteri Chauvinis Cina Lim Guan Eng semasa Sembahyang Jumaat di kawasan Tasik Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong tidak boleh dinafikan lagi. Beberapa laporan Polis dibuat untuk menyiasat kejadian, kerana khatib termasuk adinda kepada Mufti Pulau Pinang gagal mendoakan TYT Tun ABdul Rahman Abas dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmood.

Utusan Malaysia menyediakan laporan:

Doa dibaca dalam bahasa Melayu – Shabudin

SHABUDIN Yahaya (kanan) bersama sebahagian daripada kariah Padang Menora menunjukkan laporan polis mengenai khatib membacakan doa untuk Lim Guan Eng di Balai Polis Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.

ASEK GELUGOR 21 Ogos – Doa yang dibacakan oleh khatib pada khutbah kedua solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Menora 25 Jun lalu dibuat dalam bahasa Melayu.

Kandungan doa itu adalah meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus kekal dan berjaya mentadbir negeri Pulau Pinang selain tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abas.

Perkara itu dijelaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya yang menafikan dakwaan kononnya berlaku salah faham dalam kalangan jemaah yang tidak memahami doa kerana ia dibacakan dalam bahasa Arab.

Menurut Shabudin, biasanya doa di dalam khutbah dibaca untuk ketua agama negeri seperti Yang di-Pertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri dan tidak melibatkan unsur-unsur lain.

“Tetapi tindakan menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah itu seolah-olah ada agenda politik dan membawa imej beliau.

“Etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain,” katanya ketika mengiringi kariah Masjid Padang Menora membuat laporan polis di Balai Polis Tasek Gelugor di sini hari ini.

Ditanya tentang khatib yang bertugas, Shabudin mengesahkan Zakaria Ahmad tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Malah jelasnya, jika sesiapa yang tiada tauliah tetapi dijemput membaca khutbah, mereka juga perlu mendapatkan keizinan daripada pegawai tadbir agama daerah yang berkenaan.

“Saya harap MAIPP ambil pendekatan yang lebih tegas mengenai perkara ini dan tidak membiarkan ia terus berleluasa bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku.

“Jadi laporan polis yang dibuat hari ini adalah supaya semua pihak mengambil iktibar untuk mengawal perkara ini serta mengelakkan tercetus perkara tak diingini,” ujarnya.

Shabudin menambah, setakat ini sebanyak enam masjid telah mengesahkan perkara itu dan mereka membawa saksi-saksi yang mengakui mendengar sendiri doa yang dibacakan dalam khutbah itu.

Ahli kariah katanya, sangat terguris dengan apa yang berlaku dan berharap polis dapat menyiasat perkara itu.

Sementara itu, biarpun khutbah Jumaat yang mendoakan Guan Eng mendapat bantahan daripada banyak pihak dan dinafikan oleh kerajaan negeri, perbuatan yang sama didakwa berulang lagi di negeri ini semalam.

Tindakan itu didakwa dilakukan oleh khatib yang sama, Zakaria Ahmad yang sekali lagi membacakan doa untuk Guan Eng ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jamek Kubang Buaya di sini.

Doa yang dibacakan Zakaria didakwa berbunyi “Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri,” dan tiada doa kesejahteraan untuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.

Perkara itu disahkan oleh seorang saksi, Mohd. Radzi Husaain, 34, yang mengakui terkejut dengan doa yang dibacakan khatib terbabit.

“Ramai jemaah yang terpinga-pinga kerana khatib juga tak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri sebaliknya lebih mengutamakan pemimpin bukan Islam seperti Guan Eng. Perkara seumpama ini tak pernah berlaku di masjid ini sebelum ini,” katanya.

Seorang lagi rakannya, Mohd. Shahril Harun, 36, yang turut bersolat di masjid sama menjelaskan, dia tidak pernah mendengar doa seperti itu sebelum ini.

Ekoran kejadian itu, Pemuda UMNO Bahagian Bagan hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth.

Laporan itu dibuat Ketua UMNO bahagian itu, Sheikh Hussein Mydin bersama beberapa Ketua Pemuda UMNO bahagian negeri Pulau Pinang.

Menurut Sheikh Hussein, beliau juga kesal dengan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim yang dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab memelihara kesucian institusi Islam seperti mimbar masjid.

*********************

Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman menafikan laporan terdapat beberapa imam mendoakan kesejahteraan CM Lim dan membelakangkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan TYT Pulau Pinang. Jelas beliau telah berbohong,

Tindakan ini bukan sahaja luar adab dan protokol atur cara upcara sembahyang Jumaat, malah ianya wajar disifatkan menghinaIslam sebagai ugama Persekutuan Malaysia dalam doa upcara semabahyang rasmi mingguan. Ianya juga menghina kedudukan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan TYT Yang DiPertua Pulau Pinang, pemimpin perlemabgaan negeri dimana kedua dua pemimpin ini berugama Islam.

Sekiranya tindakan ni menimbulkan kemarahan orang Melayu Pulau Pinang kerana marah dan emosi tergugat, maka Ketua Menteri Lim dan keseluruh Exco wajar disiasat dawah Akta Hasutan.

Orang Melayu Pulau Pinang wajar mengambil iktibar serious mengenai episod ini dan keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang keatas orang Melayu seperti Kg Melayu Tanjung Bungah, Kg Assam dan Jelutong kerana orang Melayu juga menyumbang kepada kumpulan China Chauvinis dan anti Islam ini berjaya merampas kuasa tampuk pemerintahan negeri pada 8 Mac 2008.

Published in: on August 21, 2010 at 22:08  Comments (7)