Kapal selam bukti keupayaan operasi persenjataan

KD Tunku Abdul Rahman belayar bersebelahan KD Tun Razak, berdekatan Pengkalan TLDM Teluk Sepanggar, Sabah Julai 2010

Dewasa ini, terlalu banyak tohmahan mengenai kapal selam Scorpene Perdana Class KD Tunku Abdul Rahman dan KD Razak yang tidak mampu menjalankan kepuayaan operasi, termasuk menyelam dengan baik dan kemampuan persenjataan yang diragui. Pembangkang amat konsisten menggunakan berita palsu ini dalam kempen politik, termasuk baru baru ini MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan yang sama semasa di Jakarta.

Nurul Izzah diberitakan membuat kenyataan bahawa kapal selam Perdana Class tidak boleh menyelam dan berada dalam keupayaan yang amat lemah. Ini jelas percubaan untuk mengaibkan negara, terutama TLDM pada kacamata antarabangsa.

SM 39 Exocet keluar dari bawah permukaan Laut Cina Selatan


Namun, ianya jelas amat meleset malah TLDM telah membuktikan keupayaan dan keberkesanan operasi kedua dua kapal selam yang telah dibina oleh konsortium yang diketuai Armaris atas kontrak yang dimeterai pada Jun 2002 dengan kos berjumlah RM 3.4 billion itu.

Misil Exocet SM 39 Blok 2 keluar dari perut Lautan Cina Selatan dan terbang menuju sasaran dengan kelajuan sub sonik

Ini adalah kenyataan media Panglima Tentera Laut Laksmana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar pada 26 Julai 2010 atas kejayaan latihan melancarkan misil SM 39 Blok 2 dari KD Tunku Abdul Rahman dari kedalaman 55 meter bawah paras permukaan laut:

KD TUNKU ABDUL RAHMAN BUKTI KEUPAYAAN

Kota Kinabalu, 26 Jul – Kapal Selam Pertama Negara, Kapal Diraja TUNKU ABDUL RAHMAN hari ini telah membuktikan kebolehannya apabila berjaya melancarkan misil bawah permukaan ke permukaan air jenis Exocet SM39 Blok 2. Misil tersebut telah mengenai sasaran permukaan berukuran 40 meter panjang pada jarak 40 km(22 batu nautika).  Misil telah dilancarkan sewaktu KD TUNKU ABDUL RAHMAN berada pada kedalaman 55 meter di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan.  Penembakan ini dilaksanakan sebagai sebahagian aktiviti kontrak uijian tropika.

SM 39 hampir mengenai barge latihan (sasaran)

Misil Exocet SM39 Blok 2 yang dilancarkan tepat pada jam 10.15 pagi tadi di kawasan Laut China Selatan telah membuktikan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan sekaligus membuktikan kapal selam negara mampu melancar serangan dari bawah permukaan.

“Misil yang dilancarkan mengenai tepat ke sasaran yang berukuran 40 meter pada kedudukan 40 km/22batu nautika dari kedudukan kapal selam” kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar yang turut sama menyaksikan penembakan tersebut.

Sasaran berjaya dimusnahkan

Penembakan ini juga bertujuan mengesahkan keberkesanan Misil Exocet SM39 Blok 2 dan keupayaan sistem persenjataan atau lebih dikenali sebagai SUBTICS KD TAR di Kawasan Laut Beriklim Tropika.

Misil Exocet SM39 Blok 2 telah diperolehi dari negara Perancis pada pertengahan 2008.  Ia merupakan peluru berpandu bawah permukaan ke permukaan yang mempunyai berat keseluruhan 2,100 kilogram, panjang 6 meter dan diameter 35 sentimeter.  TLDM telah mula menggunakan misil jenis Exocet sejak tahun 1979 lagi yang bertujuan memusnahkan kapal permukaan bersaiz besar.

Unit-unit yang terlibat dalam penembakan ini juga akan terlibat dalam latihan gabungan TLDM yang dinamakan Operational Sea Training(OSTEX) dan Submarine Fleet Integration Training (SUBFIT) yang akan berlangsung selama seminggu.

*************

Untuk rekod, beberapa gambar foto ini tidak pernah disiarkan sebelum ini untuk kegunaan umum.

Kapal selam Perdana Class ini berukuran 67 meter dan berupaya membawa campuran 18  laras senjata (Torpedo Whitehead Allenia Blackshark II dan misil MDBA SM 39 Exocet Blok 2), dimana 6 akan berada dalam laras tiub torpedo dan 12 lagi disusun atas rak. Exocet merupakan sistem missil yang diuji kemampuan dan keberkesananya, kali pertamanya masa Perang Falkands dimana Tentera Udara Argentina berjaya melancarkan misil dan menenggelamkan kapal pemusnah Tentera Laut DiRaja Britain HMS Sheffield dan HMS Coventry. TLDM mula menggunakan sistem misil ini semenjak tahun 1979 lagi.

Kapal pemusnah TLD Britain HMS Sheffield terbakar sejurus selepas dibedil misil Exocet semasa Perang Falkands (Mei 1982), sebelum tenggelam.

Penembakan ini bersejarah bukan sahaja kepada TLDM, malah kepada angkatan laut Asia Tenggara. Ini pertama kali penembakan misil pertana dari bawah permukaan laut. Kejayaan ini merupakan testimoni keupayaan TLDM untuk menjadi angkatan laut yang mampu menguasai asset pertahanan strategik dan melakukan serangan tanpa dikesan musuh.

Rakyat Malaysia wajar merasa bangsa kerana pertahanan negara makin mantap dengan squadron kapal selam Perdana Class ini. Ini kerana mana mana angkatan laut yang mempunyai keupayaan kapal selam dianggap kelebihan sebagai  bersamaan faktor 10 kali ganda kapal perang permukaan. Ini bermakna secara kasar jika berlaku konflik peperangan di lautan, dengan dua buah kapal selam ini memberikan TLDM kelebihan ‘kegerunan’ kepada musuh seumpama 20 buah kapal perang kelas frigat dan korvet.

Frigat F2000 KD Lekiu, yang mempunyai senjata meriam utama 57mm (220 rpm), misil MM40 Exocet, misil pertahanan udara Sea Wolf dan torpedo 321mm, adalah kapal tempur paling canggih dan berkuasa dalam Armada TLDM. Bayangkan kapal selam Perdana Class mampu mempunyai faktor 'kegerunan' 10 kali berbanding frigat ini

Applikasi kapal selam bagi sesebuah angkatan laut ternyata memberikan kelebihan strategik. Asset ini melonjak TLDM sebagai angkatan laut yang dihormati dalam rantau ini. Malaysia mempunyai kawasan perairan yang amat luas, zon ekonomi eksklusif yang menjamin kesejahteraan ekonomi negara terutama kawasan pelantar pertroleum dan perikanan dan amat penting sebagai sebuah negara maritim, laluan perdagangan antara terpenting dan sibuk global melalui kawasan operasi bawah TLDM untuk menjamin kedaultan negara.

Latihan penembakan ini menunjukan warga Angkatan Kapal Selam TLDM yang dilatih oleh pasukan kapal selam tentera laut Perancis lebih 5 tahun secara intensif, mampu mengendalikan asset strategik ini dengan baik. Siri latihan dengan angkaran kapal selam nuklear tentera laut Perancis sebelum KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak belayar pulang ke tanahair adalah bukti pengiktirafan kemampuan warga anggota angkatan kapal selam ini.


Lencana angkatan kapal selam Perancis: Pengiktirafan bagi warga angkatan kapal selam TLDM

* Perkembangan dikemas kini Rabu 25 Ogos 2010 1700hrs

Published in: on August 24, 2010 at 22:00  Comments (60)