Berapa kali Tuanku Sultan perlu murka?

MP DAP Serdang berucap dalam surau, betul betul ditempat imam sujud

Isu MP DAP untuk Serdang Teo Neo Ching menyampaikan ceramah tanpa menutup aurat dengan sempurna dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral Ahad lepas menerima reaksi negatif DYMM Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Laporan Utusan Malaysia:

Sultan Selangor murka

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 27 Ogos – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan ‘tazkirah’ di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lalu.

Sehubungan itu, baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melakukan siasatan serta mengambil tindakan segera terhadap pengurusan surau yang terlibat.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, selepas siasatan dibuat, pihaknya membuat keputusan untuk mengambil alih Surau Al-Huda dan menguruskan pentadbiran surau itu serta-merta.

Ia kerana kata beliau, situasi berkenaan jelas bertentangan titah baginda yang mahu kesucian surau dan masjid dipelihara.

Selain itu, menurut Mohamad Adzib, MAIS juga akan mengeluarkan surat amaran kepada Nie Ching.

”MAIS telah memanggil pengurusan Surau Al-Huda hari ini untuk menjelaskan isu tersebut.

”Selepas meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, MAIS mendapati bahawa ucapan oleh wakil rakyat itu di dalam dewan solat surau, berlaku seperti dilaporkan.

”MAIS memandang serius isu ini memandangkan ia adalah kes kedua seumpamanya yang membabitkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid atau surau di Selangor,” kata beliau dalam kenyataan di sini petang ini.

Pada Ogos 2009, Exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar, berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan Islam.

Sehubungan itu, Mohamad Adzib mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama serta menggesa supaya semua pihak termasuk parti politik agar lebih sensitif dengan perasaan umat Islam.

Mereka juga, kata beliau, hendaklah menjunjung titah perintah Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di Selangor.

*************************

Kemurkaan baginda Tuanku Sultan Sharafuddin ini adalah kerana kebiadapan DAP yang memuncak kerana bukan sahaja mencemar kesucian masjid dengan masuk ke dewan ibadat tanpa menutup aurat dengan sempurna, malah memberi ucapan kerana kedudukan beliau sebagai pemimpin politik.

Mungkin baginda Tuanku  belum mengentahui aktiviti pemimpin Pakatan Rakyat lain yang begitu aktif muncul di masjid masjid sebagai sebahagian dari melunaskan peluangan atas kedudukan mereka sebagai wakil rakyat. MP PKR Selayang William Leong juga muncul dalam masjid untuk memberikan sumbangan.

Ini bukan pertama kali baginda Tuanku Sultan Sharafuddin murka, akibat tindakan dan kelemahan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah dalam Selangor. Pada awal bulan ini, baginda menitah murka atas isu ‘Kalimah Allah’ yang tidak diselesaikan, malah menunjukan bibit bibit negatif makin menular dikalangan rakyat.

Isu ‘Kalimah Allah’ ini menjadi modal politik oleh pemimpin Pakatan Rakyat secara tidak langsung menyemai bibit bibit ‘politik kebencian’ dikalangan rakyat, dengan pendekatan mengelirukan rakyat. Sebagai contoh MP PAS Shah Alam Khalid Samad menyokong bahawa golongan Bukan Islam terutama Kristian menggunakan ‘Kalimah Allah’ sebagai gantinama bagi Tuhan. Ini digunakan sebagai modal segelintir minoriti Bukan Islam menyemai ‘politik kebencian’ terhadap UMNO, yang begitu tegar mempertahankan isu ini.

Isu kemurkaan salahgunakan masjid dan surau sebagai pentas politik oleh PAS ini bukan isu baru. Semasa Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor, baginda menitah murka kepada PAS kerana ingkar larangan ini.

Tahun lepas, baginda murka kepada YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mencadangkan menggunakan wang zakat dari Baitul Mal bagi tujuan pembangunan. Masa yang sama, isu pengurusan isu sensitif mengenai cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam sehingga menimbulkan kemarahan pendudukan setempat mengecewakan baginda. Isu ini jelas merenggangkan hubungan antara baginda dan Khalid dan jelas apabila Khalid tiada mengiringgi baginda dalam upacara rasmi gilang gemilang menyambut kepulangan kapal selam sulung TLDM KD Tunku Abdul Rahman pada 3 September 2009 di Pulau Indah.

Awal bulan ini juga menyaksikan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membelakangi protokol apabila baginda tidak dijemput untuk menghadiri majlis International Islamic Music Festival dan kemudiannya ‘mengaibkan’ negeri dan rakyat Selangor dihadapan DYMM Raja Permaisuri Agong kerana persediaan dan perjalanan majlis yang gagal dan memalukan. Secara tidak langsung ini memalukan Tuanku Sultan Selangor, sebagai simbol mewakili rakyat dan negeri Selangor di peringkat nasional dan Raja Raja Melayu.

Jelas sekiranya Pakatan Rakyat tidak menghormati baginda Tuanku Sultan sebagai Raja Melayu Berpelembagaan dalam Selangor, maka mereka juga telah pun menunjukan kecenderungan untuk tidak menghormati dan menjaga perasaan orang Melayu, sebagai warga majoriti Malaysia.

Sikap angkuh, sombong dan biadap Pakatan Rakyat ini terhadap institiusi Raja Raja Melayu sebagai penaung masyarakat majoriti Melayu juga semakin menyerlah keseluruh negara. Pada 13 Ogos 2010 DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan agar golongan minoriti dan Bukan Melayu (yang rata rata menjadi tunggak penyokong Pakatan Rakyat) agar “Menghentikan tuntutan yang tidak munasabah”. Baginda juga pernah bertitah memberi amaran terhadap golongan yang “Menjual negara”, yang amat jelas ditujukan kepada Pakatan Rakyat terutama pemimpin seperti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dan keluarga yang sentiasa memburukan nama baik negara dipersada antarabangsa.

Baru baru ini baginda Tuanku Sultan Johor menarik balik darjah kebesaran SPMJ dan DPMJ dari Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng pada 10 Jun 2010 kerana cubaan memecah belahkan masyarakat Cina Johor. Oleh kerana sebagai kebiasaan, PKR mengambil reaksi berkempen secara negatif kepada rakyat mengenai keputusan dan hak mutlak baginda Tuanku dan menerima kemurkaan dan amaran baginda pada 10 Ogos 2010 semasa di Kota Tinggi dalam siri Kembara Mahkota Johor dengan menintahkan “Jangan jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan PKR”.

Siri perkembangan atas titah amaran dan kemurkaan baginda Raja Raja keatas Pakatan Rakyat ini wajar menjadi perhatian kepada rakyat, terutama orang Melayu. Walaupun berada atas tahap politik, amat jelas sekelian baginda Raja Raja telah menunjukan kecenderungan ‘tidak selesa dan berkenan’ kepada golongan yang tergamak menggunakan strategi ‘politik kebencian’ dan ‘politik keyakinan palsu’ untuk meraih sokongan dalam kekeliruan dan permainan emosi yang mereka jana. Sekelian baginda jauh diatas tahap politik tidak mahu rakyat Malaysia berpecah dan disemai dengan perasaan dan sifat kebencian hanya kerana permainan strategik politik Pakatan Rakyat.

Published in: on August 28, 2010 at 09:36  Comments (44)