Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H

Kami di BigDogDotCom mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri bagi 1 Syawal 1431H dan merafak sembah memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan kecacatan budi pekerti dalam mengamalkan pemblogan dalam alam bloggosfera ini.

Hari Lebaran ini merupakan rahmat kepada kita umat Islam yang merayakanya pada hari Jumaat ini kerana dipilih untuk diberkati dengan dua khutbah dan sembahyang berjemaah. Ini adalah penting bagi umat Islam setempat mengeratkan silaturahim dan persaudaraan, sebagai kariah dan jiran.

Bagi mereka yang akan berada di jalan raya sepanjang cuti panjang ini, kami berharap semua akan selamat sampai ke destinasi dan kembali dengan dalam keadaan gembira dan perjalanan yang memungkinkan kemeriahan perayaan kemenangan melawan nafsu dan cabaran berpuasa dalam bulan Ramadhan ini dipanjang panjangkan.

Kami juga berharap para pelayar bloggosfera kenang mereka yang bertugas demi kesenangan dan keselesaan kita semua, terutama anggota pasukan keselamatan dan kaki tangan perkhidmatan asas dan utiliti. Kami juga menyeru agar kita sama mengenang mereka yang tidak lagi bersama kita dan golongan yang tidak senasib dengan kita dan memerlukan bantuan dan keperihatinan.

InsyaAllah, kami akan terus memblog dari bandaraya paling selatan dalam tanah besar benua Asia ini.

Published in: on September 9, 2010 at 23:59  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/09/09/selamat-hari-raya-aidil-fitri-1431h/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. Selamat Hari Raya. TaqabbalaLlahu minna wa minkum. Minal ‘aidin wal faizin wal maqbulin. Kullu amin wa antum bi khair.

  2. selamat hari raya dan maaf zahir dan batin

  3. Dari Asim, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga rakyat Malaysia terus kekal keamanan, perpaduan dan kemajuan.

  4. Selamat menyambut Aidil Fitri Big Bro & keluarga..

  5. Salam Aidil Fitri daripada saya sekeluarga.

    Mohon ampun dan maaf jika terkesat bahasa dan melukai perasaan tuan blog dan pembaca sekelian.

    Semoga berbahagia disamping keluarga yang disayangi. Amin.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: