Adakah ini angkara ‘Tuan Penasihat’?

Datuk Rocky’s Bru baru sahaja memaparkan berita mengemparkan ini. Ada percubaan untuk melakukan amalan rasuah dan ianya melibatkan DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Percubaan ini berlaku dalam bulan mulia mengakhiri Ramadhan dan Syawal hampir menjelang.

Diberitakan seorang lelaki berumur 54 tahun ditahan oleh SPRM dan disoal siasat.

Diberitakan pertemuan Tuanku Sultan Ibrahim dengan lelaki tersebut adalah diatur terlebih awal. Jika ini benar, maka kemungkinan ada pihak lain terlibat dengan pertemuan ini.

Siapakah mereka dan apa peranan mereka dalam kes ini?

Diharapkan siasatan ini menyeluruh agar nama baik Tuanku Sultan Ibrahim yang berjiwa rakyat itu tidak dicemari dengan percubaan yang jijik ini. Sejarah telah beberapa kali membuktikan Raja Raja Melayu membuat keputusan yang silap dan merosakan pemerintahan baginda, angkara ‘Tuan Penasihat’.

Datuk Rocky mengandaikan bahawa ada pihak yang mungkin cuba menggunakan nama baik Tuanku Sultan Ibrahim untuk tujuan tertentu. Jika ini juga berlaku, maka pihak berkuasa wajar mengambil tindakan keras agar nama baik sekelian baginda Tuanku Raja Raja Melayu tidak di’perdagang’kan bagai kommoditi, terutama untuk tujuan kommersil. Suatu masa dahulu, seorang peniaga keturun Cina yang dikenali sebagai “Tengku Wong” dikatakan menggunakan nama baik Tuanku Sultan Ahmad Shah bagi tujuan kommersil.

Tulisan Datuk Rocky juga menyebut mengenai wang tunai RM 1 Juta itu datangnya dari seorang dermawan yang terkenal dan bertujuan sebagai sumbangan ‘duit raya’ untuk rakyat jelata. Siasatan juga perlu merangkumi sekiranya berlaku percubaan untuk mencalari reputasi dermawan ini dan kemungkinan untuk merenggangkan hubungan baik Istana Johor dengan pihak dermawan ini.

Diharapkan jika laporan mengenai siasatan ini benar, maka mereka yang bersalah dikenakan tindakan yang keras. Institiusi Raja Raja Melayu perlu diperlihara, sebagai payung yang menaungi Perlembagaan, ugama Islam, hal ehwal adat resam dan budaya orang Melayu dan kedudukan sekelian baginda sebagai simbol asas ketamaddunan pembinaan negara-bangsa.

Published in: on September 11, 2010 at 23:55  Comments (7)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/09/11/adakah-angkara-tuan-penasihat/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 CommentsLeave a comment

  1. Mungkin yang dituduh penyogok nak mintak Sultan tolong luluskan pembinaan Musium Islam di Johor Bharu kot?

    Heh Heh.

  2. […] Adakah angkara 'Tuan Penasihat'? « The "thirteen million plus … […]

  3. Apa yg nak diherankan dr istana ke puterajaya sampai ke kerani cabuk semua dah kena jangkit penyakit rasuah. Sogokan pd istana johor bukan perkara baru, dah kenyang dah perut diaorang, 1juta celah gigi.

  4. JUBO LU LA PUJANGGA.. LU BANGANG MAKAN TAIK GIGI BAPAK LU LA

  5. Mereka cuba hakis, sedikit demi sedikit institusi2 melayu.. dengan bantuan melayu yg lembab.. mcm si kitol dan si bendahara dlm negeri,, ciom keris punya pasal , bagi eksekius… sampai dah nak pijak kepala,, ok jer lagii

  6. TDZ influence…the giver was his nemesis.

  7. […] UPDATES:Adakah angkara “Tuan Penasihat”? oleh Zakhir Mohamad, blogger anak jati Johor … […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: