Kenapa PM Najib masih lagi simpan Menteri biadap ini?

Nazri Aziz: Mengkhianati Bangsa Melayu dengan menyifatkan 'Perjuangan' sebagai "Bloody Racist"

Isu mengenai mempertahankan nasionalism yang menjadi asas pejuangan dalam sanubari majoriti orang Melayu kini menjadi lebih rumit. Semenjak isu kontroversi atas cadangan beberapa pemimpin agar UMNO wajar menyisihkan NGO Melayu pro-nasionalism PERKASA, Menteri DiJabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Nazri Tan Sri Aziz tampil mempersoalkan kesetiaan akhbar Utusan Malaysia pula.

Nazri asks if Utusan wants Dr M to replace Najib

Ini adalah kebiadapan melampau. Utusan Melayu ialah akhbar yang lahir dari dan menjadi agen perjuangan nasionalism Melayu. PERKASA adalah NGO Melayu yang lantang memperjuangkan agenda nasionalism Melayu, sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Ekonomi Baru. PERKASA lahir kerana UMNO sudah dirasakan akar umbi Melayu termasuk akar umbi UMNO sendiri bahawa Kepimpinan terlalu beralah kepada tuntutan Bukan Melayu dan Melayu Liberal yang semakin lantang untuk melunturkan keistimewaan yang diperuntukan kepada orang Melayu, termasuk yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Muka depan Utusan Malaysia menggesa orang Melayu untuk bangkit, yang sebenarnya sealiran dengan thema perjuangan PERKASA

Perdana Menteri Malaysia ke IV dan Presiden UMNO ke V Tun Dr. Mahathir Mohamad menyokong perjuangan PERKASA kerana ianya mendukung perjuangan nasionalism dan membawa aspirasi orang Melayu, tatkala kepimpinan UMNO mula membawa parti nasionalis  itu menjadi lebih liberal dan apologetik atas isu yang dekat pada orang Melayu. Mesej ini perlu konsisten agar orang Melayu terutama generasi muda masih lagi mengekalkan semangat nasionalism, yang sepatutnya menjadi tanggung jawab UMNO.

Walaubagaimanapun UMNO diihat amat beralah kepada Bukan Melayu dan Melayu Liberal yang  semakin lantang dipersoalkan pelbagai aspek kepentingan dan yang sensitif kepada orang Melayu, termasuk DEB, Artikel 152 dan 153, soal berkaitan hal ehwal ugama Islam. UMNO juga dilihat ‘mengkhianati’ pemimpin seperti Dato’ Ahmad Ismail dan Dato’ Nasir Safar sedangkan kepimpinan UMNO dalam kuasa mereka sebagai Menteri tertentu tidak tegas mengambil tindakan atas personaliti seperti Lim Guan Eng, Karpal Singh, Theresa Kok, Helen Ang dan paling terbaru Wee Meng Chee (Namewee).

Kegagalan UMNO secara tegas mempertahankan isu isu Melayi dan sebaliknya beralah tatkala Bukan Melayu terutama masyarakat Cina makin lantang dengan pelbagai tuntutan yang dianggap luar norma ‘kesefahaman sosial dan semnagat muhibbah’ ini menjadi meruncing sehinggakan DYMM Raja Raja Melayu mengeluar titah dan merakamkan kemurkaan sekelian baginda.

Utusan Malaysia yang menjadi jaguh wadah perjuangan Agenda Melayu bukan sahaja mengambil perhatian isu isu Melayu yang diketengahkan oleh Tun Dr. Mahathir, PERKASA atau pemimpin nasionalis Melayu lain malah membawa titah teguran. Sekiranya Utusan Malaysia memberikan liputan meluas kepada Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir lantang membangkitkan isu Melayu, ini tidak bermakna beliau berminat mengambil alih kembali jawatan Perdana Menteri.

Nazri sebagai seorang Menteri Kabinet dan ahli Majlis Tertinggi UMNO, kejayaan sampai ketahap dan peringkat ini adalah dari ehsan orang Melayu yang mendukung perjuangan nasionalism ini. Ini termasuk liputan akhbar Utusan Melayu yang memaparkan berita semasa beliau dalam proses menonjolkan diri dan kepimpinan, terutama sebagai Pengerusi MARA, Timbalan Menteri, Pemangku Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Kabinet pasca PRU 10 November 1999, semasa dalam pentadbiran Tun Dr. Mahathir lagi.

Disember lepas keceluparan Nazri menyifatkan Negarawan Ulung itu sebagai ‘Rasis’ kerana mempertahankan Biro Tata Negara (BTN), dilihat sebagai amat biadap. Namun PM Dato’ Seri Najib tidak mengambil tindakan drastik seperti memecat beliau dari Kabinet dan MT UMNO dan sehingga hari ini Nazri masih dalam kedudukan yang sama. Yang malangnya, keceluparan dan kebiadapan Nazri keatas isu isu yang dekat pada sanubari majoriti Melayu masih tetap sama, jika tidak dipertingkatkan lagi.

Nazri mempersoalkan agenda Utusan Malaysia mahu Tun Dr. Mahathir kembali kedalam persada politik dan menggantikan PM Najib adalah satu yang amat tidak matang, sekiranya tidak membawa maksud untuk menghasut dengan membakar semangat akar umbi yang merasakan aspirasi mereka dan semangat nasionalism makin tiris dan terhakis dewasa ini.

Desakan Nazri ini dipaparkan pada hari ini, dimana malam ini negara akan menyambut perayaan ‘1 Malaysia’ secara besar besaran.

Kenapa PM Najib masih biarkan seorang biadap dan menunjukan ‘sifat samseng’ masih berkuasa diperingkat kepimpinan tertinggi sehingga mempersoalkan Utusan Melayu yang kununnya melaga lagakan antara Negarawan Ulung dan Perdana Menteri Malaysia ke IV masih tidak jelas. Namun Nazri adalah kemungkinan besar menjadi ‘batu api’ yang merrenggangkan hubungan antara PM Najib dan Tun Dr. Mahathir.

Sekiranya ini berterusan dan akhirnya hubungan renggang ini berlaku, maka ianya amat malang bagi orang Melayu dan negara. Inilah agenda golongan Melayu Liberal dan Bukan Melayu yang nanti nantikan untuk jadi kenyataan agar kekuatan Melayu yang amat kukuh dan padu sebagai majoriti yang bersatu sehingga berjaya meraih kemerdekaan satu masa dahulu, akan terlerai dan perpecahan berlaku.

*Dikemas kini 1350hrs

Advertisements
Published in: on September 15, 2010 at 10:05  Comments (25)