Kenapa PM Najib masih lagi simpan Menteri biadap ini?

Nazri Aziz: Mengkhianati Bangsa Melayu dengan menyifatkan 'Perjuangan' sebagai "Bloody Racist"

Isu mengenai mempertahankan nasionalism yang menjadi asas pejuangan dalam sanubari majoriti orang Melayu kini menjadi lebih rumit. Semenjak isu kontroversi atas cadangan beberapa pemimpin agar UMNO wajar menyisihkan NGO Melayu pro-nasionalism PERKASA, Menteri DiJabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Nazri Tan Sri Aziz tampil mempersoalkan kesetiaan akhbar Utusan Malaysia pula.

Nazri asks if Utusan wants Dr M to replace Najib

Ini adalah kebiadapan melampau. Utusan Melayu ialah akhbar yang lahir dari dan menjadi agen perjuangan nasionalism Melayu. PERKASA adalah NGO Melayu yang lantang memperjuangkan agenda nasionalism Melayu, sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Ekonomi Baru. PERKASA lahir kerana UMNO sudah dirasakan akar umbi Melayu termasuk akar umbi UMNO sendiri bahawa Kepimpinan terlalu beralah kepada tuntutan Bukan Melayu dan Melayu Liberal yang semakin lantang untuk melunturkan keistimewaan yang diperuntukan kepada orang Melayu, termasuk yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Muka depan Utusan Malaysia menggesa orang Melayu untuk bangkit, yang sebenarnya sealiran dengan thema perjuangan PERKASA

Perdana Menteri Malaysia ke IV dan Presiden UMNO ke V Tun Dr. Mahathir Mohamad menyokong perjuangan PERKASA kerana ianya mendukung perjuangan nasionalism dan membawa aspirasi orang Melayu, tatkala kepimpinan UMNO mula membawa parti nasionalis  itu menjadi lebih liberal dan apologetik atas isu yang dekat pada orang Melayu. Mesej ini perlu konsisten agar orang Melayu terutama generasi muda masih lagi mengekalkan semangat nasionalism, yang sepatutnya menjadi tanggung jawab UMNO.

Walaubagaimanapun UMNO diihat amat beralah kepada Bukan Melayu dan Melayu Liberal yang  semakin lantang dipersoalkan pelbagai aspek kepentingan dan yang sensitif kepada orang Melayu, termasuk DEB, Artikel 152 dan 153, soal berkaitan hal ehwal ugama Islam. UMNO juga dilihat ‘mengkhianati’ pemimpin seperti Dato’ Ahmad Ismail dan Dato’ Nasir Safar sedangkan kepimpinan UMNO dalam kuasa mereka sebagai Menteri tertentu tidak tegas mengambil tindakan atas personaliti seperti Lim Guan Eng, Karpal Singh, Theresa Kok, Helen Ang dan paling terbaru Wee Meng Chee (Namewee).

Kegagalan UMNO secara tegas mempertahankan isu isu Melayi dan sebaliknya beralah tatkala Bukan Melayu terutama masyarakat Cina makin lantang dengan pelbagai tuntutan yang dianggap luar norma ‘kesefahaman sosial dan semnagat muhibbah’ ini menjadi meruncing sehinggakan DYMM Raja Raja Melayu mengeluar titah dan merakamkan kemurkaan sekelian baginda.

Utusan Malaysia yang menjadi jaguh wadah perjuangan Agenda Melayu bukan sahaja mengambil perhatian isu isu Melayu yang diketengahkan oleh Tun Dr. Mahathir, PERKASA atau pemimpin nasionalis Melayu lain malah membawa titah teguran. Sekiranya Utusan Malaysia memberikan liputan meluas kepada Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir lantang membangkitkan isu Melayu, ini tidak bermakna beliau berminat mengambil alih kembali jawatan Perdana Menteri.

Nazri sebagai seorang Menteri Kabinet dan ahli Majlis Tertinggi UMNO, kejayaan sampai ketahap dan peringkat ini adalah dari ehsan orang Melayu yang mendukung perjuangan nasionalism ini. Ini termasuk liputan akhbar Utusan Melayu yang memaparkan berita semasa beliau dalam proses menonjolkan diri dan kepimpinan, terutama sebagai Pengerusi MARA, Timbalan Menteri, Pemangku Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Kabinet pasca PRU 10 November 1999, semasa dalam pentadbiran Tun Dr. Mahathir lagi.

Disember lepas keceluparan Nazri menyifatkan Negarawan Ulung itu sebagai ‘Rasis’ kerana mempertahankan Biro Tata Negara (BTN), dilihat sebagai amat biadap. Namun PM Dato’ Seri Najib tidak mengambil tindakan drastik seperti memecat beliau dari Kabinet dan MT UMNO dan sehingga hari ini Nazri masih dalam kedudukan yang sama. Yang malangnya, keceluparan dan kebiadapan Nazri keatas isu isu yang dekat pada sanubari majoriti Melayu masih tetap sama, jika tidak dipertingkatkan lagi.

Nazri mempersoalkan agenda Utusan Malaysia mahu Tun Dr. Mahathir kembali kedalam persada politik dan menggantikan PM Najib adalah satu yang amat tidak matang, sekiranya tidak membawa maksud untuk menghasut dengan membakar semangat akar umbi yang merasakan aspirasi mereka dan semangat nasionalism makin tiris dan terhakis dewasa ini.

Desakan Nazri ini dipaparkan pada hari ini, dimana malam ini negara akan menyambut perayaan ‘1 Malaysia’ secara besar besaran.

Kenapa PM Najib masih biarkan seorang biadap dan menunjukan ‘sifat samseng’ masih berkuasa diperingkat kepimpinan tertinggi sehingga mempersoalkan Utusan Melayu yang kununnya melaga lagakan antara Negarawan Ulung dan Perdana Menteri Malaysia ke IV masih tidak jelas. Namun Nazri adalah kemungkinan besar menjadi ‘batu api’ yang merrenggangkan hubungan antara PM Najib dan Tun Dr. Mahathir.

Sekiranya ini berterusan dan akhirnya hubungan renggang ini berlaku, maka ianya amat malang bagi orang Melayu dan negara. Inilah agenda golongan Melayu Liberal dan Bukan Melayu yang nanti nantikan untuk jadi kenyataan agar kekuatan Melayu yang amat kukuh dan padu sebagai majoriti yang bersatu sehingga berjaya meraih kemerdekaan satu masa dahulu, akan terlerai dan perpecahan berlaku.

*Dikemas kini 1350hrs

Advertisements
Published in: on September 15, 2010 at 10:05  Comments (25)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/09/15/kenapa-pm-najib-masih-lagi-simpan-menteri-biadap-ini/trackback/

RSS feed for comments on this post.

25 CommentsLeave a comment

  1. […] Kenapa PM Najib masih lagi simpan Menteri biadap ini? « The … […]

    • memang tak faham atau dia ini konpius akan kebodohannya terperangkap dgn provokasi bangsa lain yg takut akan kukuhnye org melayu…apa punya menteri melayu yg kita ada nie…!!!!

  2. CUBA CEK ANAK DIA KINI SEDANG BUAT APA.DAN TOLONG BAPAK NYA PULA MALAM MALAM KEMANA.CARI AYAM…

  3. Nazri ni lupa kot UMNO dulu tertubuh apabila pertubuhan NGO Melayu bergabung membentuk parti politik..

  4. nazri ni nak memperjuangkan nasib dia sendiri … bukan nasib keseluruhan orang melayu … inilah contoh manusia seperti … kacang lupakan kulit …

  5. […] Kenapa PM Najib masih lagi simpan Menteri biadap ini? « The … […]

  6. Biar lah dia BD

    Masa dia hidup sekarang, dia leka tak nak bela nasib orang Melayu. Bila dia mati nanti, Orang Melayu kawasan dia pun malas nak sedekah Al fatihah kat dia, apalagi nak datang melawat. yang ada pun macai dia aje.

  7. Nazri ni bukan biadap bro.

    Nazri ni sanggup buat apa saja asal boleh bagi makan kat anak anak dan bini bini dia. lelaki mithali.

    kalau Najib suruh dia makan najis pun dia buat bro.

    tak caya, kau suruh la najib bagi order kat dia.

    sit bubu sit.

  8. it’s all about votes for this bastard. dulu kekurangajarannya ditujukan pada lim kit siang. lepas je tsunami 2008, terus selaput skrotumnya kendur dan dia kini berubah nada kepada lebih menjilat dubur2 cina cauvinis. macam najib.

  9. ini lagi sekor…melayu jahanam….cakap berdegar2…gampang btol….

  10. Cuba tanya kes Sosilawati kat dia..

  11. kenapa melayu2 dah jadi liberal?

    1 kerana mereka anak2 melayu bangsawan, berpangkat dan mewah.
    mereka tidak tahu erti ‘susah’ sebab semua nya ‘tersedia’ bagi mereka.

    2 mereka tidak perlu bersaing dalam apa2 urusan perniagaan kerana (ini menghairankan!) DEB juga lah yang telah merancang bagi mereka.

    hakikat nya pemimpin2 melayu liberal ini hidup dan berurusan sesamasendiri hingga mereka TERASING dari hasrat asli orang2 melayu ini.

    orang yang dalam kemewahan tidak makan teguran, maka hilang lah kesedaran.

    kesedaran yang,

    DEB menguntungkan peniaga dan usahawan bukan melayu.

    MONOPOLI urus niaga dan perkhidmatan tetap di tangan cina.

  12. Wooiii nazri…klu dah takda telor tu..diam saja la..bg org lain buat keje…jgn jd bangang..

  13. Nazri dan KJ tak ubah seperti lembu buasir! Makin banyak bercakap, makin terkeluar buasirnyan..:-D

  14. Foul-mouth Nazri should really be sacked from Najib’s cabinet & MT Umno. Make no mistake about the damage he did.

    His calling of Tun Dr Mahathir being racist is actually echoed by anti Malay DAPig Lim Guan Eng!

    How could Najib allow someone like this remain within the leadership of the Malay-led Government???

    Such a lembik prime minister!

  15. Si Nazri ni sejak dari masa era Pak ‘Lah lagi dah mula cuba “menidakan” ketokohan dan jasa TDM..!!

    Kini di dlm ere PM Najib…beliau mulakan serangan terhadap TDM. Cuba menimbulkan prasangka yg tak enak terhadap TDM.

    Apa kah “MASALAH” nya beliau dgn TDM…atau ada kah beliau cuba menarik-reka blok2 sokongan baru tehadap beliau sendiri. Dengan mencipta pelbagai isu2 yg sensitif, menimbulkan benda2 yg tak sepatutnya beliau sebut sebagai seorang yg berada di tampuk pembuat dasar dan berkuasaa ??

    Atau pun beliau cuba meraih sokongan tertentu supaya beralih ke kiblat beliau.Beliau mungkin terasa diri nya sudah semacam tak Relevan lagi di arena politik M’sia dewasa ini !!

    Dgn.menyentuh Isu bersangkutan dgn TDM maka isu politik murahan ini mungkin dapat menarik segolongan manusia yg sememang nya benci dan anti-TDM menyokong beliau. Maka dgn itu nama si-Nazri pun masih berkumandang lagi lah di MSM…dan alam siber.

    Mungkin itu lah harapan beliau…!!!

  16. Perhaps these anti-PERKASA elements are getting the cues from vested-interests collaborators.

    Although PERKASA is only an NGO, they are gaining momentum. The chinese protesters had been too obviously racial, so they now need Malay collaborators with links to pots of gold to ridicule PERKASA.

    • Eloklah kita tunggu aje PRU13 mengetahui berapa banyak persokongan yang ada pada Perkasa. Lu manyak bising kosong. PORAAAA………

      • macam mana lu mu ukur itu “persokongan” PERKASA punya?

        mohamed

      • Kesian bumilangit, hanya boleh mimpi disiang hari sebab impian hati tak tercapai …

        Hanya terdaya “cakap cakap saje” atau “gertak gertak saje” saperti Mat king leather. Berdekah dekah, berbueh bueh dgn janji, “we have the numbers to takeover putrajaya on sep 16”.

        P.S. of which year???

        heh heh, aduhai kesianlah amat amat

      • Mohd Anjing tulis, “macam mana lu mu ukur itu “persokongan” PERKASA punya”
        Jika Perkasa benar benar jantan, bertanding la di PRU13. Gua masih nak undi parti mana mana kecuali Perkasa.

      • Bumilangit,

        PERKASA will decide. But it will not be because of your cahallange. You are just a piece of garbage for the PERKASA to response

        mohamed

      • Alahai bumilangit

        Anda hanya SATU undi saje. Janganlah mengikut perasaan sangat. Sabar tu separuh drp IMAN.

        Parti yg akan menang adalah gabungan UMNO dan PERKASA. Tak caya tengok je nanti. Mereka ni bukan jantan tapi lelaki sejati.

        Makan hatilah si bumilangit ni.

  17. Pm sepatutnya tukar editor suratkhabar yg tidak mendukung semangat 1malaysia, tapi pm ni tak buat kerja la.

  18. […] PM Dato’ Seri Najib wajar mengambil tindakan dengan kadar segera agar Nazri dikeluarkan dari K…. Peranan dan kemampuan Nazri untuk mengeruhkan lagi keadaan semestinya akan menyukarkan lagi agenda […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: