Ulang tahun kedua ditipu Mat King Leather

Gambarfoto Anwar "Mat King Leather" Ibrahim semasa pengumuman 16 September 2008 di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya Utara

Hari ini merupakan ulang tahun kedua Ketua Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim membohongi rakyat Malaysia, bahawa Pakatan Rakyat akan menubuhkan Kerajaan Persekutuan. Pada 7 September 2008, beliau menjanjikan dalam blog bahawa menjelang 16 September 2008, Pakatan Rakyat akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan secara sah dengan majoriti dalam Dewan Rakyat.

Pada malam 15 September 2008 bertempat di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Anwar “Raja Pembohong” Ibrahim menjanjikan bahawa “Dua tiga hari lagi keadaan akan berubah” dan “Telah meminta temujanji dengan Perdana Menteri  (PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi) untuk membincangkan peralihan kuasa”. Beliau memaksudkan Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Kemudian beliau memanggil sidang media pada 16 September 2008 di Ibu Pejabat PKR, Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya Utara untuk mengumumkan bahawa “Kami mempunyai cukup bilangan” (We have the numbers).

Pakatan Rakyat yang mempunyai 82 Ahli Parlimen pada PRU 12 8 Mac 2008 dan menurut Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim akan beroleh 31 lagi MP BN yang bersedia meninggalkan parti komponen untuk menyokong Pembangkang bagi membolehkan penubuhan Kerajaan Persekutuan dengan 113 MP berbanding BN yang hanya tinggal 109 MP, dengan majoriti tipis.

Namun pembohongan dan manipulasi maklumat dengan segala muslihat tipu daya ini termasuk menjanjikan sebilangan besar MP PKR bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah perkenan untuk penubuhan Kerajaan Persekutuan menggantikan parti memerintah BN selama 51 tahun sebelumnya dan meyakinkan beberapa MP BN bahawa menanda tangani surat untuk menyokong Pakatan Rakyat sudah memadai, adalah meleset dan tidak berlaku.

Kabinet Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim yang masih belum berjaya dilunaskan janji 16 Sept 2008 itu

Akibatnya, amat berbeza. Hari ini, 5 orang MP Pakatan Rakyat (Zahrain Hashim, Mohsin Fadzil, Tan Tee Beng, Wee Choo Keong dan Zulkifli Nordin) tersebut (yang lebih tepat lagi, parti PKR dimana diterajui isteri Mat King Leather, Wan Azizah Wan Ismail) telah meninggalkan parti dan mengisytiharkan sebagai MP bebas. Pakatan Rakyat hari ini hanya mempunyai kekuatan 78 MP.

Rakyat wajar sedar Anwar “Mat King Leather” Ibrahim ini hanya seorang politikus pembohong yang tergamak menggunakan apa sahaja helah, tipu daya,sandiwara,  manipulasi dan keyakinan palsu semata mata untuk meraih kuasa dan membelakangkan falsafah proses demokrasi.

Untuk rekod, semasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim melakukan sidang akhbar ini, ianya dalam bulan Ramadhan 1429H. Inilah sebenarnya hati budi seorang yang menjadi ‘kepimpinan boneka’ tajaan dan bawah penguasaan Yahudi Neo Con Amerika Syarikat yang diberikan layanan ‘permaidani merah’ oleh kepimpinan Yahudi Neo Con Washington D.C.

Sasterawan unggul Inggeris William Shakespeare pernah berkata, “Semakin besar pembohongan itu, semakin ramai orang akan mempercayainya” (The bigger the lie is, more people would believe in it). Sekiranya pembohongan 16 September 2008 ini tidaklah cukup besar lagi, apakah rakyat Malaysia mahu menunggu dibohongi Anwar Ibrahim dengan pembohongan yang lebih besar lagi?

Published in: on September 16, 2010 at 02:22  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/09/16/ulang-tahun-ke-2-ditipu-mat-king-leather/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 CommentsLeave a comment

  1. Perdebatan terbuka mengenai irrelevancy of racial politics perlu digalakkan.
    Lana kelamaan org melayu yg menentang akan dapat memahaminya.

  2. Hari penyokong anuwar di sontot beramai ramai di khalayak ramai. itu pun ada yang masih nak kena sontot lagi

  3. “Bohong” Anwar tak ada impak buruk kepada rakyat. Dia tak berkuasa. tapi yang peliknya, kenapa BN sampai kena buat kursus sambil melawat ke taiwan untuk MP BN? pakai duit siapa tu? dan kenapa buat lawatan tu? BN sendiri percaya pada “pembohongan” Anwar. Kalau dah tahu bohong, kenapa percaya. What say you, Anjing Besar?

    • kau taktanya ke berok-berok dari Pakatan Rasuah yg “mengejar” MP ni sampai ke ke Taiwan .. duit sapa yg berok Pakatan Rasuah ni pakai sampai Apek tian chua boleh berasmaradana dengan seseorang kat sana kakakakaka…

      Lagi satu sapa yg percaya??? bukanka org bodoh pakatan rasuah macam kau yg percaya pasal 16 spet yg dikelentong anwar kat kau hahahaha .. akhirnya org macam kau dan berok Pakatan Rasuah di”sodom” oleh anwar hahahaha

  4. Aduhai, sedihnyaaa ramai jugak juak2 Pakatan ni sanggup ditipu oleh anwar pasal isu Sept 16 tu.

    Yang jadi masalahnya, Anwar ni bukannya ulang sekali dua kali, lebih sedozen kali dia ulang penipuannya! Mula dari bulan April, Mei, Julai, Ogos sampailahh sehari sebelum 16 September 2008 tu sanggup lagi dia tipu! Berbulan2 dengan nada penuh confident tanpa sebarang ragu-ragu. Bila sampai je 16 september alih-alih bagi alasan itu ini. Penipu besar.

    Bukak lah mata sikit wahai penyokong Anwar weh!

  5. enak banget


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: