Biar orang Melayu tentukan acuan negara ini

Orang Melayu dan Bumiputra sebagai majoriti warga Malaysia wajar menentukan acuan tanahair ini, walaupun mereka masih terkebelakangan dalam kedudukan sosio-ekonomi, tahap pencapaian dan kemampuan dan kecekapan. Untuk itu, orang Melayu perlu benar benar sedar kedudukan mereka secara statistik dan analisis data yang dikumpul.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyarankan agar orang didedahkan mengenai kedudukan mereka, agar apa apa peracangan termasuk perlaksanaan plan affirmatif seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan Perdana Menteri ke II Tun Abdul Razak Hussein pada Ogos 1971 mendapat kesefahaman semua, terutama sokongan dan kesediaan untuk menjayakanya secara komprehensif dari orang Melayu sendiri.

Kerajaan diminta dedah data, statistik terkini ekonomi orang Melayu

18/09/2010 8:43pm

BATU PAHAT 18 Sept — Kerajaan perlu memaklumkan kepada rakyat tentang data dan statistik terkini pegangan ekuiti serta kedudukan ekonomi orang Melayu, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini.

Beliau berkata data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu itu akan menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang, sekaligus memerlukan dasar affirmatif seperti sistem kuota dipertahankan.

“Data dan statistik terkini tentang kedudukan ekonomi pelbagai kaum negara ini perlu dimaklumkan kepada rakyat untuk membuktikan bahawa kedudukan orang Melayu di dalam ekonomi dan pelbagai sektor masih ketinggalan berbanding kaum lain.” “Ia (data dan statistik kedudukan ekonomi pelbagai kaum) perlu dikeluarkan kerana banyak pihak mendesak supaya dasar kerajaan seperti sistem kuota ditamatkan,” katanya pada majlis rumah terbuka anjurannya di Dewan Senggarang di sini.

Mohd Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berkata selain maklumat tentang pegangan ekuiti, kerajaan perlu memaklumkan kepada rakyat data tentang pelbagai bidang ekonomi termasuk peruncitan, pemborongan serta pekerjaaan seperti guaman.

Beliau berkata dasar affirmatif untuk membantu orang Melayu seperti sistem kuota perlu dipertahankan kerana ia memberikan kesaksamaan dan keadilan ekonomi kepada orang Melayu.

“Jangan ada pihak yang mengatakan dasar yang dilaksana oleh kerajaan seperti sistem kuota adalah tidak adil sedangkan mereka mengetahui ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang ketinggalan dalam banyak sektor,” kata beliau. Mohd Puad turut ditanya tentang kenyataan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew yang mendakwa hubungan kaum di Malaysia akan lebih baik jika Singapura kekal di dalam Malaysia.

Mohd Puad berkata kenyataan Lee itu merupakan suatu provokasi dan menunjukkan pemimpin republik itu telah “hilang ingatan” tentang punca di sebalik keluarnya Singapura daripada Malaysia.

“Dia (Lee) tahu jika Singapura kekal di dalam Malaysia, politik negara ini tidak akan stabil kerana dasar Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh beliau (Lee),” kata Puad.

Mohd Puad berkata apa yang dicapai oleh Malaysia adalah lebih baik berbanding Singapura terutamanya di dalam soal apa yang dikehendaki oleh rakyat.

Sebagai contoh, katanya Malaysia membenarkan penubuhan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil sebagaimana dikehendaki kedua-dua masyarakat itu.

Malaysia juga, katanya mempunyai kebebasan berpolitik yang boleh dibanggakan berbanding Singapura.

Ahli dan parti politik di Singapura tidak menikmati kebebasan sebagaimana diperoleh oleh rakan mereka di negara ini, kata Mohd Puad.

Mengenai terdapatnya pemimpim pembangkang terutamanya daripada DAP yang menyambut baik kenyataan Lee itu, Mohd Puad berkata ia tidak memeranjatkan kerana DAP itu lahir daripada parti PAP Singapura.

“DAP turut memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia sebagaimana PAP,” kata beliau.

— BERNAMA

*************

Bukan Melayu juga akan faham bagaimana plan affirmatif sebenarnya ujud untuk stabilan stategik masyarakat Malaysia dan perbezaan kedudukan sosio ekonomi tidak akan mendatangkan kemudaratan. Ini amat penting sekiranya Model Ekonomi Baru (MEB) akan diperkenalkan dan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu dan Bumiputra disedari dan apa apa perancangan tidak akan disangsi oleh Bukan Melayu, yang jauh lebih baik kedudukan mereka.

Orang Melayu dan Bumiputra wajar mencorak masa depan mereka sendiri. Walaupun kedudukan mereka sebagai majoriti (64% warga Malaysia), namun kedudukan sosio-ekonomi dan kemampuan dan kecekapan pembangunan insan mereka perlu ditingkat dan sediakan kepada tahap agar mampu bersaing dalam ‘padang permainan yang rata’ dan tidak lagi memerlukan apa apa rancangan affirmatif seperti sistem kuota.

Kedudukan  berlaku jurang  sosio-ekonomi ini adalah akibat penjajahan kuasa asing (terutama British selama 150 tahun) yang menafikan mereka peluang asas seperti pelajaran dan disisihkan dari peluang untuk menjadi pemain aktif dalam aktiviti ekonomi, tidak seperti Bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina yang pada asalnya dibawa sebagai immigran untuk memenuhi keperluan pemabngunan ekonomi dan gaya hidup masyarakat British.

Immgiran Cina yang dibawa sebagai memenuhi keperluan British ini diberikan cukup ruang untuk perlahan lahan terlibat dalam aktiviti ekonomi sokongan, terutama dalam kawasan urban seperti Singapura, Lembah Klang, Lembah Kinta dan Pulau Pinang. Apabila Kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957, mereka telah bersedia dari pendedahan, infrastruktur asas seperti modal dan jaringan perbekalan, jaringan pemasaran dan pembangunan modal insan yang lebih mantap untuk membolehkan mereka memainkan peranan utama menguasai ekonomi, terutama dalam sektor sokongan, peruncitan dan pembuatan IKS.

Masyarakat Cina Singapura mempunyai keudukan sosio-ekonomi yang lebih mantap kerana kedudukan geografi sebagai pelabuhan transit terpenting rantau ini dan sistem sokongan ekonomi yang lebih menyeluruh dan matang, termasuk penguasaan pasaran modal (Bank OCBC yang lahir sebagai usaha masyarakat Cina Nanyang (Cina yang berada diluar tanah besar Cina) dalam pembangunan tanah besar Cina pasca Perang Dunia ke II).

Apabila mereka yang mempunyai kedudukan sosio-ekonomi yang jauh lebih mantap ini diberikan peluang untuk merdeka dari British dan menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, maka ada dikalangan mereka melihat kelebihan kuasa sosio-ekonomi ini sebagai peluang untuk meraih kuasa politik, yang rata rata diterajui oleh orang Melayu dalam Kerajaan ‘kongsi kuasa’ dimana masyarakat Bukan Melayu seperti Cina dan India diberikan peluang untuk sama sama merancangan dan mentadbir diperingkat Parlimen dan Kabinet.

Maka PAP Singapura bawah Lee Kuan Yew yang telah berjanji kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra untuk tidak mencampuri urusan politik kecuali pulau yang baru merdeka itu, telah mula menyerapkan politik pro-Chauvinis Cina mereka dalam arus perdana politik Semenanjung Malaysia. Maka mulalah mereka dengan kempen “Malaysian, Malaysia” dan membangkitkan semangat agar masyarakat Cina Semenanjung Malaysia yang sebelum ini selesa ber’kongsi kuasa’ mula berubah dan mula secara aktif mempersoalkan isu isu sensitif seperti Hak Istimewa Orang Melayu.

Walaupun Singapura dinyah keluar dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965 dengan mendapat keputusan Parlimen, namun PAP meninggalkan saki baki pejuang Cina Chauvinis dan anti-Perikatan yang diterajui oleh Kepimpinan Melayu itu dalam DAP. Selama 45 tahun ini, PAP mengusahakan agar ‘kontrak sosial’ yang menjadi asas kelahiran negara ini digagalkan.

PAP merupakan penguasa politik yang mengamalkan sistem autokratik dan dinasti, dengan menggunakan proses demokrasi sebagai alat untuk menghalalkan kedudukan mereka semata mata. Sikap dan budaya ini diterap dan guna pakai oleh DAP. Atas dasar ini, mereka memilih untuk memperjuangakan agenda Cina Chauvinis mereka walaupun secara rasmi mereka mengaku perjuangan mereka berdasarkan sosialism progressif.

Masyarakat Cina Singapura merupakan golongan ‘nomad’ yang sebenarnya tidak setia kepada tanahair mereka. Sebagai golongan immigran, mereka hanya melihat negara mereka sebagai tapak untuk menjalankan kehidupan dan mencari rezeki, tanpa sebagai sentimen. Ini amat jelas kerana golongan menengah rendah dan pertengahan Singapura berhijrah berbondong bondong ke negara ketiga kerana kesempitan hidup akibat kos sara diri yang amat tinggi dan kemampuan hidup makin menyempit, walaupun mereka terpelajar dan mempunyai kecekapan tertentu.

Akibatnya mereka dengan rela hati berhijrah dan mencari penghidupan dinegara lain. Kekosongan ini dan pembangunan pesat ekonomi Singapura memungkinkan mereka menimba masyarakat Bukan Melayu, terutama Cina dari Malaysia untuk masuk kepasaran tenaga kerja. Untuk kedudukan yang lebih tinggi dan peringkat pengurusan tertinggi, Singapura lebih rela membawa masuk kepakaran dan tenaga kerja Barat, terutama Eropah dan Amerika Syarkikat.

Pemikiran negara itu hanya sebagai tapak ekonomi dan sara hidup memberikan gambaran jelas bahawa patriotism dan semangat ‘tanahair dan ibu pertiwi’ itu tidak ujud dalam sanubari masyarakat Cina Singapura. Ini perlahan lahan mula mendapat tempat kepada golongan Bukan Melayu Malaysia, terutama golongan berpelajaran dan generasi muda. Malah hari ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang secara aktif membuka ruang dan peluang penghijarahan tenaga kerja professional Bukan Melayu secara aktif walaupun tidak langsung dengan Singapura. Sejak mengambil alih dari BN, mereka menggalakan sejumlah firma agensi perkerjaan Singapura atau mempunyai rangkaian besar dalam Singapura bertapak di pulau mutiara itu.

Oleh itu, orang Melayu dan Bumiputra sebagai majoriti pewaris tanahair dan ibu pertiwi wajar diberikan peluang dan ruang sepenuhnuya untuk meningkat kedudukan sosio-ekonomi dan kecekapan dan kemampuan modal insan mereka agar mereka dapat menentukan masa depan negara tercinta ini.

Sejarah telah membuktikan orang Melayu secara pergerakan massa melalui UMNO telah berjaya menyatu padukan bangsa dan mengagalkan Malayan Union. Tekanan massa Melayu mengakibatkan British berunding dengan Raja Raja Melayu dan Perjanjian Tanah Melayu dikuat kuasakan pada 1 Februari 1948, yang jelas membuktikan konsep ‘Ketuanan Melayu’ merupakan semangat asas penubuhan negara ini sebagai negara berdaulat. Walaupun berhadapan dengan ancaman peperangan pemberontakan bersenjata pengganas kominis (yang rata rata 95% terdiri dari masyarakat Cina), namun Perjuangan untuk mencapai Kemerdekaan melalui proses perundingan dilakukan secara berterusan, dalam keadaan yang serba kekurangan.

Kebijaksanaan pemimpin Melayu berjaya meyakinkan Kemerdekaan dicapai tanpa menggunakan kekerasan dan budi bicara berunding dengan DYMM Raja Raja Melayu berjaya menyakinkan agar  sistem demokrasi Raja Berperlembagaan diguna pakai sebagai sistem pentadbiran dan kerjaaan, bagi membolehkan rakyat menentukan hala tuju dan masa depan negara. Menerajui pemerintahan ini adalah Kepimpinan Melayu yang mendukung aspirasi akar umbi Melayu dan Bumiputra.

Sejak dari mula, Orang Melayu telah menjadi tunggak bagaimana negara ini lahir dan mencorakanya. Ini jelas dalam peruntukan seperti Akta 152 dan 153 dan ugama Islam iaitu ugama orang Melayu menjadi Agama Persekutuan Malaysia. Nama asal negara ini iaitu Persekutuan Tanah Melayu adalah sempenan nama pra-penjajahan iaitu Semenanjung Tanah Melayu.

Maka dengan itu, semangat nasionalism 1946 yang berjaya dijana dikalangan massa orang Melayu adalah bekal yang bermakna untuk menentukan Agenda Melayu ini diteruskan, sebagai memenuhi tuntutan untuk membangunkan negara dan masyarakat pasca Kemerdekaan.

Bagi segelintir minoriti Bukan Melayu dan Melayu Liberal yang merasakan teruja dari kenyataan temubual Menteri Mentor Singapura Lee dengan New York Times 1 September 2010 yang apa yang dilakukan oleh Kepimpinan Melayu selama ini tidak memaksimumkan peluang untuk Malaysia maju, maka mereka adalah silap. Ini kerana orang Melayu akan mempertahankan hak dan tanggung jawab untuk terus membuat acuan pembinaan negara-bangsa tanahair tumpah darah yang tercinta ini.

Published in: on September 19, 2010 at 01:27  Comments (10)