Nazri Aziz wajar dipecat demi kepentingan UMNO dan Melayu

Nazri Aziz: Mengkhianati Bangsa Melayu dengan menyifatkan 'Perjuangan' sebagai "Bloody Racist"

Sudah sampai masa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mohd. Nazri Aziz dipecat dari Kabinet dan kedudukan beliau dalam Majlis Tertinggi UMNO digantung. Ini kerana beliau telah beberapa kali menunjukan sifat dan sikap Liberal dan membelakangkan kepentingan orang Melayu dan ini secara taktikal dan strategik adalah berhaluan songsang dengan Agenda Melayu, untuk menjaga kepentingan dan memartabatkan Bangsa Melayu.

Kali terakhir ialah ketetapan yang beliau ambil mempersoalkan Utusan Malaysia mengenai NGO Pro Melayu PERKASA. Beliau secara biadap mempersoalkan akhbar pro Perjuangan itu samada berhasrat terrsirat untuk mahukan Perdana Menteri keIV Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali menerajui Kepimpinan Negara.

Sidang Pengarang Mingguan Malaysia mengeluarkan artikel ini semalam:

Alahai Nazri…

Bisik-Bisik Mingguan

UTUSAN pernah dikritik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz sebelum ini. Awang melihatnya sebagai perkara biasa. Perbezaan pendapat bukan suatu masalah lalu Awang memilih untuk berdiam.

Namun Awang terpanggil menjawab tindakan terbaru Nazri yang lantang mempersoalkan Utusan berhubung isu Perkasa.

Seperti biasa, melalui portal berita pro-pembangkang, Malaysian Insider, Nazri sampai ke tahap menuduh Utusan mempunyai agenda untuk membawa balik Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

‘‘Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka – Najib atau Dr. Mahathir?,’’ kata beliau dalam laporan bertajuk Nazri persoal agenda Utusan perlekeh dasar Najib.

Awang hanya senyum sambil geleng kepala. Tafsiran Nazri begitu liar dan hairan mengapa seorang menteri boleh berfikir sebegitu.

Untuk pengetahuan Nazri, ingin ditegaskan bahawa Awang dan Utusan adalah penyokong Perdana Menteri. Jika hilang jawatan di Utusan sekalipun, Awang tetap akan menyokong Najib. Tiada keraguan.

Maka tidak timbul sama sekali kononnya ada agenda untuk menjadikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Budak sekolah pun tahu hakikat itu.

Awang boleh faham mengapa Nazri melemparkan tuduhan itu kerana beliau sememangnya anti -Dr. Mahathir. Itulah yang menjadikan beliau tidak objektif. Awang bukan seperti Nazri yang sanggup biadap dengan negarawan yang banyak berjasa. Sebab itu, Awang tidak hairan mengapa akhbar Cina ghairah memperlekehkan Dr. Mahathir. Ini kerana ada pemimpin Melayu sendiri yang membuka laluan.

Kalau suatu hari nanti, Nazri bersara, insya Allah, Awang akan menghormati beliau sebagai seorang veteran dan tokoh berjasa, walaupun jasanya tidak sebesar negarawan-negarawan kita.

Nazri juga menghentam Presiden Perkasa, Ibrahim Ali seolah-olah Ibrahim musuh UMNO. Nazri lupa, ketika UMNO diserang bertubi-tubi terutama selepas PRU12 dan pemimpin UMNO difitnah habis-habisan, siapakah pemimpin NGO yang lantang mempertahankan UMNO jika bukan Ibrahim.

Beliau berada di banyak pelosok tanah air berceramah melawan kerakusan pembangkang bagi membela UMNO dan BN. Awang tidak ingat apa yang Nazri lakukan? Apakah beliau seberani Ibrahim dalam menghadapi pembangkang?

Dengar cerita daripada beberapa pemimpin UMNO, Nazri sudah banyak berlembut dengan pembangkang yang motifnya, mungkin beliau tidak mahu dijadikan sasaran kritikan atau mahu ambil jalan selamat. Menurut cerita lagi, kerana strateginya itu, kini Nazri disenangi oleh ramai pemimpin pembangkang. Kalau benar andaian itu, Awang juga boleh bertanya siapa sebenarnya ketua Nazri. Najib atau Anwar Ibrahim atau mungkin Kit Siang?

Mengenai Perkasa, Nazri harus menerima hakikat Perkasa hanyalah sebuah NGO. Orang Melayu tahu membezakan antara parti politik dan NGO.

Awang sesungguhnya tidak berminat berhujah panjang dengan Nazri. Beliau berjawatan menteri, lagi pandai dan bijaksana. Biarlah orang ramai dan pembaca yang menilai. Awang takut menjadi orang yang riak. Jika Awang dilihat silap perhitungan dan terlanjur kata, Awang sedia menerima apa sahaja hukuman. Tiada penyesalan.

*************

Secara automatik kenyataan ‘Tampar anak, sindir menantu’  ini adalah agenda untuk sengaja menghambarkan hubungan baik Presiden UMNO ke V itu dengan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Ini bukan kali pertama. Sebagai Menteri Kabinet, beliau menyifatkan Tun Dr. Mahathir sebagai “Rasis” apabila Negarawan Unggul itu mempertahankan Biro Tata Negara (BTN) Disember lepas apabila Nazri sebagai Menteri yang sepatutnya bertanggung jawab mempertahankan BTN sebagai salah satu agensi yang dibawah portfolio beliau sebaliknya disifatkan sebagai agen menabur semangat perkauman.

Siri serangan keatas PERKASA sebagai NGO yang memperjuangkan Agenda Melayu sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Artikel 152 dan 153 dan Dasar Ekonomi Baru, yang dilancarkan Perdana Menteri ke II Tun Abdul Razak Hussein pada Ogos 1971 sebagai plan affirmatif mengtransformasi dan menyusun semula majoriti masyarakat, sebagai penyelesaian atas jurang sosio-ekonomi yang ketara dan mengakibatkan rusuhan kaum berdarah pada 13 Mei 1969.

Ramai pihak mempercayai bahawa Nazri sebagai seorang pemimpin peringkat tertinggi juga diselubungi beberapa skandal yang masih belum terbongkar. Semasa beliau menjadi Menteri Pembangunan Usahawan (KPUN), nama beliau disebut sebut sebagai terlibat dalam mengeluarkan jumlah besar permit teksi dan kereta sewa kepada pihak pihak tertentu dan beliau dikatakan mempunyai kepentingan peribadi atas pengeluaran permit selektif ini.

Media alternatif juga memperbincangkan anak lelaki Nazri merupakan personaliti utama yang terlibat dalam pembunuhan pelajar Malaysia Universiti Sheffield Darren Kang di Seri Hartamas pada tahun 2004. Jika ini benar, maka sikap ‘samseng’ yang digambarkan sebagai anak seorang pemimpin peringkat tertinggi negara semestinya tidak membantu untuk memberikan keyakinan bahawa Nazri adalah salah orang yang sepatutnya berkedudukan strategik untuk membangunkan Bangsa Melayu.

Mungkin skandal skandal ini tidak menjadi isu kepada Nazri kerana beliau sebenarnya bukanlah seorang pejuang memartabatkan agenda menjaga kepentingan Bangsa Melayu. Sebaliknya, beliau merupakan seorang Melayu Liberal yang bertopengkan UMNO sebagai wadah untuk menonjolkan diri agar mendapat kedudukan strategik sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Menteri Kabinet.

Sikap beliau sebenarnya sebagai seorang Melayu Liberal terserlah apabila membelakangi tasasusila dan budaya seorang Melayu, yang semestinya dijaga sebagai seorang pemimpin. Kegagalan ini merupakan kehilangan kelayakan beliau duduk sebagai pemimpin Melayu yang diangkat atas platform Perjuangan Melayu berasaskan nasionalism.

Nazri juga sebagai Menteri Kabinet yang menjaga soal soal Parlimen juga beberapa kali cuai dalam tugasan dan hampir memberikan kesan ‘kos politik’ tahap bencana kepada Kerajaan Barisan Nasional. Kali terakhir ialah jawapan yang silap atas itu cadangan pemindahan Parlimen ke Putrajaya dan beliau sebagai Menteri sepatutnya bertanggung jawab penuh mengenai apa apa jawapan rasmi yang dikeluarkan untuk menjawab soalan Ahli Parlimen, termasuk dari Pembangkang.

Semasa sessi Dewan Rakyat mengenai Bajet 2010 hujung tahun lepas, Kerajaan Barisan Nasional hampir gagal meluluskan cadangan Bajet yang diusulkan PM Najib merangkap Menteri Kewangan kerana Ahli Parlimen gagal dimaklumkan mengenai pengundian itu. Ini adalah tanggung jawab Nazri untuk menentukan MP BN sentiasa dimaklumkan, terutama pembentangan dan hujah hujah tertentu dan paling penting apabila masa untuk undian.

Jelas PM Dato’ Seri Najib wajar mengambil tindakan dengan kadar segera agar Nazri dikeluarkan dari Kabinet dan kedudukan beliau sebagai ahli MT UMNO digantung. Peranan dan kemampuan Nazri untuk mengeruhkan lagi keadaan semestinya akan menyukarkan lagi agenda Perjuangan, terutama dalam keadaan dimana elemen anti Melayu makin lantang dan walaupun golongan minoriti Melayu Liberal sendiri mencabar kedudukan menjada kepentingan Agenda Melayu secara terbuka dan amat konsisten.

Apakah PM Dato’ Seri Najib mahu bertangguh sehingga Nazri keluar dari Kabinet dan UMNO, sebagaimana Zaid Ibrahim buat pada tahun 2008?

Jangan jadi ‘Dah terhantuk baru hendak tergadah’. Sekiranya Nazri bertindak laksana Zaid, maka Melayu Nasionalis kalah moral kepada golongan Melayu Liberal. Ini amat malang kepada Perjuangan.

Published in: on September 20, 2010 at 12:16  Comments (19)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/09/20/nazri-aziz-wajar-dipecat-demi-kepentingan-umno-dan-melayu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

19 CommentsLeave a comment

  1. Saya kira Nazri ini sebiji macam Anwar Ibrahim, adakah beliau juga agen asing sama seperti Anwar? Dahlah muka macam PM Israel yang dulu…
    Najib perlu mengambil tindakan pada Nazri Olmert ini untuk menguji sejauh mana kesetiaannya pada UMNO dan apa yang disebalik kejanggalan perjuangannya itu. Dan apa yang boleh beliau sumbangkan untuk bangsa & partinya tanpa title menteri? adakah sama hebat dan seberani Ibrahim Ali..

    • Penyangak Nazri ni tak ada pun tak apa. Perangai macam orang baru dimasukkan ke Hospital Permai Tanjung Rambutan

  2. Pecat sahaja dia..?gantikan dengan orang lain.Dia tidak pernah menghentam pembangkang tetapi suka menghentam bekas PM…dalam kabinet dia terkenal dengAN KUAT mengampu ..Siapakah yang menangis meminta jawatan kabinet apabila dia tidak diberi jawatan semasa PM DET ?ha.ha aku tahu lah?AKU SOKONG IBRAHIM ALI.

    • ayoyo, ore pasir mas kenal sgt ngan brohim nih, maso nok pilihan rayo taun 1990, gosok tengku li, pahtuh, hantam tengku li bilo mene jadi MP, taun 2008, gosok TGNA, pahtu, bilo mene, hantam TGNA, so, kes ni sapo betul sapo saloh…dio pun banyok kali ceramoh atas pentas pas, royak pasal Islam, bilo hamtam pas, cerito pasal melayu la pulok… yang mendengar nih, tau ko sapo sebenarnyo IA nih…aduuhh, nayo2..kalu doh perangai mcm lalang…tau tau sajalah..

  3. Nazri Najis kata undi CINA dikawasanya Padang Rengas lebih penting dari undi Melayu dan atas faktor ini dia akan mempertahankan orang orang Cina dengan darah dan nyawanya.

    Wahai Pengundi pengundi Melayu Parlimen Padang Rengas tentukan pada PRU 13 nanti undi anda jangan sekali kali diberi kepada Nazri Najis yang tidak pernah tahu menshukuri pengorbanan anda terhadap beliau.Lets finish him off once and for all.He is a real idiot and an UMNO clown !

    • Bullshit…Nazri only said BN needs all the votes for everyone termasuk orang Melayu, Orang Cina, Orang India, Orang Asli dan lain2. Are you sure you are a Muslim? A true Muslim doesn’t lie.

  4. Saranan agar Nazri digugorkan dari kabinet dan diambil tindakan olih UMNO sudah terlalu kerap kita dengar,namun Najip masih sayangkan dia. Berkemungkinan besar Najib merestui keceluparan Nazri dan tindaktandoknya ,masakan tidak keceluparan Nazri sudah sampai ketahap menimbulkan kebencian kapada UMNO namun tiada satu apapon tindakan.
    Mungkin Najip ada sesatu ajenda yang orang Melayu semua nampak tetapi tak jelas.

  5. Why is it it is so difficult for Najib to do the right thing?

    • Very easy.

      Because what Nazri says is what Najib is thinking.

      Think why Nazri has never been disciplin by Najib even after he hammers Utusan, Mahathir, Perkasa in the past?

  6. Jgn tertipu saudara semua. Najib=Nazri, Nazri=Najib. Cerminan keduanya ada di situ. The real traitor to Malays actually is our PM Liberal Najib. nazri tu pencacainya shj.

  7. Najib sayang Nazri? No , I dont think so ,,,, what I think is,,, Najib bergelumang dengan Tahi sama macam Nazri,, so ,,, I scratch your back,, you scratch mine,, gua jaga pekong lu,, lu jaga pekong gua ,,,,

    Hidup Mahyudin …

  8. Boleh dunk…Kita sokong 100% pecahkan Najib, Nazri, KJ, Nan, Khaled, Mahathir, Anjing, Lembu….lebih elok kita pecahkan UMNO selamanya. Negara akan lebih aman dan maju setelah pepecahan itu.

  9. Are you joking? Sack Nazri? UMNO need every non Malay support, politically and most importantly financially. Without the non Malay, UMNO will be dead. Najib is even considering building a Casino in Sabah and guess whose money they need, obviously the non Malay’s. UMNO must distance themselves from PERKASA, this is politically correct and is utmost importance for their survival.

    • In general elections nowadays, BN component parties need the UMNO-generated Malay votes MORE than UMNO needed the Non Malay votes.

      UMNO must bring the feeling of being a mass party back and PERKASA is the right apparatus to remind the Malays the nationalism spirit that got UMNO effective to negotiate for Merdeka, gained confidence of HRH Malay Rulers etc.

  10. Memang Nazri penyangak tak sedar diri. Adalah lebih baik dia masuk MCA/DAP/PKR mcm Zaid liberal. Jika Najib tak mau pecat beliau dari kabinet, ini tanggung jawab pengundi Padang Rengas utk menolak Nazri dari arena politik buat selamanya. Alangkah eloknya kalau Perkasa boleh letak calun melayu diPadang Rengas utk buktikan beliau tidak lagi diperlukan.

  11. Sampai masanya nanti dia akan tahu samada langit tinggi atau rendah.

  12. […] Nazri Aziz wajar dipecat demi kepentingan UMNO dan Melayu […]

  13. […] attempt to retaliate against Tourism Minister Nazri is pure dry dark humour by using our posting in almost seven years ago in support of an organisation, which claimed to have over 200,000 […]

  14. […] against the tourism minister is pure dry dark humour by using our blog post that was made almost seven years ago in support of an organisation, which claimed to have over 200,000 […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: