Sumbangan RM 4 billion: Sah PAS ialah parti pembohong

Semalam Berita Harian memaparkan berita mengenai sebuah syarikat sdn. bhd., I’DA World Group Sdn. Bhd. bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM 4 billion kepada parti yang kunun kunun memperjuangankan politik ‘berlandaskan Al Quran dan hadith’ itu. Pihak I’DA World Group menafikan bahawa sumbangan luar biasa jumlahnya itu “Bukanlah membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan membangunkan projek di Tumpat, Kelantan”.

RM4b bukan balas jasa dapat projek

2010/09/21

KOTA BHARU: Sebuah syarikat tempatan mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan atas alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan yang mundur di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn Bhd (I’DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab, mendakwa sumbangan itu bukan membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion. Sumbangan I’DA World ini tidak ada kena mengena dengan projek diperoleh syarikat daripada kerajaan negeri yang bernilai lebih RM300 bilion, malah ia lebih kepada membantu membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan, katanya. Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran projek dan makan malam I’DA World yang dihadiri lebih 200 tetamu di Hotel Renaissance di sini, malam kelmarin. Bagaimanapun, tiada kenamaan selaku wakil kerajaan negeri hadir pada majlis itu.

Sempena majlis itu, I’DA World turut menyampaikan surat pelantikan kepada lebih 100 kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan dengan projek yang dibangunkan firma terbabit.

Sejurus penyampaian surat pelantikan kontraktor itu selesai, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mempamerkan replika cek memaparkan nilai RM4 bilion atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas pengacara majlis membuat pengumuman mengenai sumbangan firma itu kepada Kerajaan Pas Kelantan.

Berdasarkan taklimat yang disampaikan pada majlis itu, I’DA World dengan modal berbayar RM1 juta mendakwa mempunyai aset lebih AS$2 trilion.
Firma itu bercadang membangunkan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) di Tumpat, dengan anggaran kos pembangunan RM313.71 bilion, selain beberapa projek membabitkan empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan membabitkan kos keseluruhannya RM1 trilion.

Antara projek yang mahu dilaksanakan termasuk pembinaan lebuh raya Link Timur-Barat (EWL) yang turut dilengkapi dengan saluran minyak dari Tumpat ke Yan, Kedah; landasan kereta api berkembar dan beberapa terowong pintas melalui Banjaran Titiwangsa.

*************

Sesungguhnya, ramai ahli dan penyokong PAS, terutama warga Kelantan akan amat teruja dengan pengumuman dan berita ini. RM 4 billion bagi sebuah parti politik adalah amat luar biasa jumlahnya dan akan membawa banyak peluang melakukan pelbagai aktiviti, yang sesungguhnya akan memantapkan peranan dan pengaruh parti tersebut keatas masyarakat.

Kerajaan Negeri sendiri tidak pernah mempunyai akses kepada wang sebanyak itu. Malah antara Kerajaan Negeri yang paling mewah dan pendapatan paling besar sekalipun, seperti Selangor, tidak pernah mendapat pendapatan sejumlah itu.

Persoalanya sekarang, apakah benar apa yang didakwa oleh I’DA World Group bahawa syarikat itu mempunyai asset lebih dari AS 2 trillion? Apakah sebenarnya ujud projek RM 300 billion di Tumpat itu? Kalau ujud, siapa pemilik dan pembangun utamanya?

Sepengetahuan kami, tiada syarikat Malaysia yang mempunyai asset sebanyak itu (AS 2 trillion). Petronas yang mampu meraih jualan tahunan sebagai kumpulan itu hanya mampu merekodkan RM 250 billion dan keuntungan sebelum cukai dan kepentingan sekitar RM 80 billion. Kerajaan Persekutuan dan beberapa Kerajaan Negeri yang mendapat imbuhan langsung dan tidak langsung Petronas semenjak 35 tahun ini hanya merakamkan jumlah keseluruhan terkumpul berjumlah RM 425 billion dari pendapatan hasil petroleum.

Kalau ada syarikat yang mempunyai asset sebanyak itu, sudah tentu syarikat ini akan menjadi ‘buah hati’ pasaran modal dan laba, terutama bank dan bank pelaburan bukan setakat negara ini sahaja, malah dari Wall Street (New York), City (London) dan Nikkei (Tokyo).

Semestinya projek sebesar RM 300 billion di Tumpat akan menarik perhatian pelbagai perniagaan seperti pengamal pasaran modal, pembiaya kewangan, pembekal, kontraktor, jururunding pelbagai bidang dan pelbagai kegiatan perniagaan hiliran. Sekelip mata, Kota Bahru akan menjadi kota metropolitan yang amat popular dan dihurungi oleh pelbagai rupa pelawat luar negara, termasuk orang puteh (Barat), yang secara automatiknya akan menjana pelbagai permintaan seperti hotel dan perumahan. Kegiatan ekonomi hiliran untuk menampung gayahidup mereka juga akan bercambah lebih deras, umpama ‘cendawan selepas hujan’. Berbondong bondong warga Kelantan yang berada sekitar Lembah Klang kembali ke Kelantan untuk mencari peluang, termasuk pekerjaan.

Pendekata, Tumpat dan daerah seperi Kota Bahru dan Bachok akan secara automatiknya menjadi umpama ‘semut menghurungi gula seguni yang tumpah’. Tumpat-Kota Bahru-Bachok akan menjadi metropolis industri yang paling dicemburui seluruh Asia.

Apakah ini yang sebenarnya berlaku?

Umum tidak pernah dimaklumkan ujud projek sebesar itu dalam daerah Tumpat. Juga tidak dalam negeri Kelantan. Malah tidak pernah diketahui bahawa pernah diumumkan projek sebesar itu diperingkat negara. Projek sebesar itu merupakan jumlah pelaburan 12 hingga 15 kali lebih besar dari Iskandar Malaysia, yang sebahagianya bergantung kepada limpahan ekonomi pesat Singapura. Iskandar Malaysia akan menjadi sistem ekonomi sokongan untuk ekonomi Singapura.

Dimana ekonomi yang menyokong pelaburan projek untuk jumlah RM 300 billion di Tumpat itu? Siapa yang membiayai projek ini?

Namun berita ini wajar dilihat dari sudut moral dan perundangan. Sekiranya benar I’DA World Group menerima sebegitu banyak peluang perniagaan, maka imbuhan kepada sebuah parti politik merupakan kesangsian yang ramai mula bicara. Bukankah pemberian ini merupakan amalan rasuah?

Satu laporan polis akan dibuat di Balai Polis Kota Bahru 33o ptg ini. Diminta pihak yang berwajib, iaitu Polis dan SPRM menyiasat secara lengkap dan menyeluruh selepas laporan ini dibuat.

Sekiranya ia benar, kemungkinan ianya amalan rasuah kerana melibatkan jumlah wang yang amat luar biasa jumlahnya. Sekiranya ia palsu, maka berita ini wajar disiasat kerana cubaan membohongi rakyat dalam skala besar. Pemimpin PAS yang sanggup menerima cek ‘mock’ dihadapan 500 orang undangan itu termasuk pemberita wajar disiasat atas percubaan membohongi rakyat kerana parti itu sudi menerima sumbangan yang jumlah amat luar biasa sehingga tidak masuk akal itu.

Kami berharap ianya lebih kepada percubaan untuk melakukan amalan rasuah. Sekiranya tidak, maka PAS memang benar mencari populariti dan modal politik berdasarkan PEMBOHONGAN! Diandaikan dan ramai menganggap dengan pengumuman ini, pemain utama I’DA World Group merupakan terdiri dari penyokong PAS. Maka syarikat yang mengumumkan mereka mempunyai asset sebanyak itu adalah PEMBOHONGAN juga!

Published in: on September 22, 2010 at 13:18  Comments (21)