Waran tangkap wajar atas Shamsul Iskandar

Ketua AMK Shamsul Iskandar "Mayor of Urinasia" Mohd. Akin

Semasa isu mengenai kehilangan Dato’ Sosilawati Lawiya, pemandu peribadi beliau, peguam peribadi beliau dan seorang pegawai bank CIMB yang juga menjadi penasihat peribadi beliau menjadi isu yang amat sensasi semasa cuti Hari Raya Aidil Fitri. Apabila dua orang peguam dari Kuala Langat, termasuk seorang yang bergelar ‘Dato’ dan beberapa orang lain ditahan Polis untuk siasatan, ianya menjadi perkara yang begitu hangat diperkatakan.

Kejadian mengejutkan ini mendapat perhatian semua pihak diseluruh negara. Cerita ini terlalu kerap dijadikan bahan bualan semua peringkat masyarakat majmuk Malaysia.

Semasa siasatan masih dijalankan oleh Polis dalam mengumpulkan bukti, pelbagai pihak membuat pelbagai spekulasi. Ada antaranya tiada asas dan terlalu tidak bertanggung jawab mengenai pembunuhan dan mereka yang terlibat.

Ex IGP Tan Sri Musa Hassan & IGP Tan Sri Ismail Omar

Salah seorang dari golongan yang sengaja mensensasikan sehingga melampau ialah Ketua Angkatan Muda KeAdilan Shamsul Iskandar Mohd. Akin. Beliau membuat tuduhan liar dengan melibat pegawai tinggi Polis termasuk Ketua Polis Negara (yang baru bersara) Tan Sri Musa Hj Hassan. Sebahagian dari tuduhan liar Shamsul “Telah menjadi open secret atau rahsia umum penglibatan pimpinan kanan Polis, tidak terkecuali (IGP) Tan Sri Musa Hassan terlibat dalam jenayah berprofil tinggi termasuk melibatkan diri dnegan gangster dan kongsi gelap”.

(Lihat rakaman video antara 10.33 dan 12.32)

Ini merupakan tuduhan liar yang amat serious dibuat oleh Shamsul. Beliau wajar disiasat bawah Akta Hasutan Seksyen 3 (1) (c):

“Bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana mana negeri”

Namun begitu, apabila dipanggil oleh Polis IPK Selangor untuk siasatan, beliau gagal tampil agar keterangan beliau diambil dan percakapan dirakam. Sejurus itu. Polis IPK Selangor akan meminta satu waran tangkap dikeluarkan terhadap Shamsul.

Waran tangkap terhadap Ketua AMK jika enggan bantu

22/09/2010 7:37pm

SHAH ALAM 22 Sept. – Polis memberi amaran kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya jika terus mengelakkan diri daripada memberi keterangan berhubung dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Shamsul Iskandar sepatutnya hadir di balai polis jika benar mempunyai bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaannya itu.

“Shamsul sendiri tahu keterangannya diperlukan oleh polis bagi membantu siasatan kes ini, namun dia masih tidak muncul dan telefon bimbitnya pula ditutup sekarang.

“Kalau ada bukti, datang kepada polis dan sahkan dakwaannya itu … kita beri peluang.

“Polis akan keluarkan perintah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah jika enggan untuk hadir membantu siasatan polis.

“Bagaimanapun, tindakan mengeluarkan waran tangkap terhadap Shamsul Iskandar adalah sebagai langkah terakhir jika polis masih gagal hubungi beliau,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Balai Polis Bergerak dan Motosikal oleh Sime Darby Property Bhd. kepada Polis Kontinjen Selangor dekat sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Shamsul Iskandar menerusi siaran berita portal TV Selangor pada 13 September lepas mengaitkan kepimpinan tertinggi pasukan polis sebagai yang didakwa terbabit dalam pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga lagi rakannya. – Bernama

************

Polis wajar tidak lagi memberikan Shamsul peluang dan runag untuk tampil, malah bertindak agar waran tangkap dikeluarkan. Ini kerana bukan sahaja pemimpin PKR ini tidak menghormati kuasa dan peranan Polis sebagai perlaksanaan penguatkuasaan undang undang, malah beliau menghasut dengan menghina Polis dengan pelbagai tuduhan liar yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan integriti Polis.

Ini merupakan niat jahat agar PKR berterusan mampu mengamalkan ‘politik kebencian’ kerana menganjurkan perasaan tidak mempercayai malah membenci Polis.

Inilah jenis pemimpin PKR yang beraspirasi menjadi Naib Presiden kepada parti yang ujud semata mata untuk agenda peribadi Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim, yang hari ini berusaha keras untuk mejatuhkan kredibiliti dan integriti Polis dan semua agensi penguatkuasa undang undang, terutama beliau sedang menghadapi perbicaraan atas dakwaan jenayah sumbang seks meliwat pembantu peribadi Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Amat jelas pemimpin PKR mengguna-pakai strategi untuk memburuk dan menimbulkan kesangsian memuncak kepada Polis sebagai langkah untuk terus mengamalkan ‘politik kebencian’. Ini kerana survival parti ini hanya mampu meraih sokongan atas memperkudakan emosi rakyat atas pembohongan dan perasaan kebencian yang berjaya dijana. Sesungguhnya, PKR tidak mampu menerima sokongan majoriti rakyat Malaysia untuk mendapatkan kuasa hanya atas kemampuan memimpin dan memberikan perkhimatan.

Advertisements
Published in: on September 23, 2010 at 01:02  Comments (2)