Tun Dr. Mahathir: Hak kita tetap hak kita

Tun Dr. Mahathir berucap atas platform Perkasa di Pair Mas, 25 September 2010

Perdana Menteri Malaysia ke IV dan Presiden UMNO ke V Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan perjuangan suara memartabatkan dan menjaga kepentingan Melayu bukan satu tindakan perkauman. Beliau berada di Pasir Mas dalam satu majlis anjuran NGO Melayu Nasionalis, PERKASA.

Seramai 10,000 orang pelbagai kaum termasuk keturunan Cina, India dan Siam berbondong bondong membanjiri majlis tersebut walaupun dalam keadaan panas petang dala kawasan terbuka.

Pasir Mas, 25 September 2010

Negarawan Unggul Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa PERKASA mencerminkan kehendak akar umbi Melayu dan orang ramai. Laungan “Hidup Melayu” yang begitu bergemuruh semasa ketibaan Tun Dr Mahathir adalah menhidupkan kembali semangat dan roh yang menyatukan orang Melayu sehingga berjayagg mengagalkan Malayan Union pada 1946. Kebangkitan perjuangan nasionalism orang Melayu merupakan usaha yang mampun membuahkan hasil sehingga Kemerdekaan berjaya dicapai, termasuk mendapatkan kerjasama DYMM Raja Raja Melayu. Namun hari ini, apabila orang Melayu membangkitkan isu berkenaan mempertahankan kepentingan orang Melayu, mereka dianggap sebagai ‘Rasis’.

Beliau juga menjelaskan bahawa Malaysia bukanlah untuk orang Melayu sahaja tetapi adalah kepunyaan Bukan Melayu juga, kerana mereka diberikan hak sebagai wargangara semasa Kemerdekaan mahu dicapai walaupun mereka tidak bangkit untuk menentang Malayan Union. “Orang Melayu amat murah hati kerana sanggup berkongsi negara dengan Bukan Melayu yang satu masa dulu tiada berwarga negara. Hari ini apa yang dituntut ialah Hak Istimewa Orang Melayu (Sebagaimana diperuntukan dalam Perlembagaan) hendak dihapuskan. Inikah balasan kebaikan orang Melayu menerima mereka?”.

“Saya amat sedih kerana orang Melayu tidak sedar kedudukan mereka diancam oleh semua tuntutan ini. Orang Melayu kini berpecah dan tidak lagi mempunyai kekuatan sebagai kuasa yang bersatu padu”.

Perpecahan orang Melayu kepada tiga puak tidak akan menjamin antara mereka akan menang dan  kuasa orang Melayu akan terus utuh. “Ini kerana semua pihak mahu menjadi Perdana Menteri”.

“Kini ada yang malu menjadi Melayu. Mereka mengatakan mereka Islam tetapi tidak bangga menjadi Melayu. Namun mereka tidak pula menunjukan perangai dan budi pekerti sebagai orang Islam”. Jelas ini adalah ditujukan kepada PAS yang sewenang wenang menghina orang Islam lain dan Melayu Liberal yang menjalankan gaya hidup sebagai orang Barat dan hilang nilai nilai ketimuran. “Kalau Islam, berlagaklah macam orang Islam. Bekerjasamalah sesama Islam. Demi politik, mereka sanggup halalkan segalanya”.

“Semasa UMNO dikatakan ‘Tidak Mahukan Negara Islam’, mereka dikecam (oleh PAS) dengan hebat. Apabila DAP menyatakan dengan lantang mereka menentang negara Islam, boleh pula! Yang suruh langkah mayat jika mahu tubuhkan negara Islam pun boleh berkawan tetapi kunun kunun mahukan ‘Perpaduan sesama Islam'”.

“Bangsa dijudikan, ugama dilonggarkan dari politik orang yang taksub menjadi Perdana Menteri. Akhirnya menjadi boneka dalam Kerajaan kerana pecah dan tergamak bersetuju keatas apa sahaja yang dimahukan Bukan Melayu. Nama sahaja Melayu tetapi menjadi anasir rasis”, huraian lengkap Tun Dr. Mahathir.

Lautan orang Melayu untuk mendengar amanat Tun Dr Mahathir

“Saya hadir disini supaya orang Melayu insaf akan bahaya keatas mereka dan kerana ingin menyeru orang Melayu supaya bersatu”, pesan beliau “Jangan sanggup gadaikan hak orang Melayu”.

“Jangan kita bagi seinci pun hak orang Melayu. Kita tidak mintak hak orang lain. Hak kita tetap hak kita!”, desakan tegas seorang pemimpin yang begitu memikirkan mengenai orang Melayu.

“Nasib anak cucu kita akan jadi seperti orang Melayu Singapura, yang tidak mempunyai apa apa kuasa politik. Orang Melayu mesti kekal sebagai hak orang Melayu”.

Beliau menghuraikan masih tedapat lagi ramai orang Melayu yang miskin. Namun pembangunan seimbang yang dijana juga mngambil kira kepentingan orang lain. “Orang Melayu kena sedarkan diri mereka bahawa politik demokrasi ini boleh ‘makan tuan'”.

Sebelum itu, semasa ucapan alu aluan Dato’ Ibrahim Ali menjelaskan bahawa rakyat Kelantan berterima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sumbangan beliau kepada Kelantan. “Tanpa Tun Dr. Mahathir, Malaysia tidak akan menjadi seperti mana ianya hari ini. Kita bukan macam pemimpin lain, bermuka muka”.

Beliau mengambil kesempatan ini untuk membidas MB Kelantan Dato’ Nik Aziz Nik Mat kerana pernah mengumumkan beliau akan meletakan jawatan 8 tahun lampau tetapi masih lagi berkuasa.

Ibrahim juga menjelaskan bahawa PERKASA bukanlah parti politik tetapi NGO Melayu yang akan bersuara lantang apabila hak Melayu disentuh. Beliau juga berterima kasih kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak kerana kematangan politik beliau, terutama kemelut politik timbul apabila beberapa pemimpin UMNO seperti Setiuasaha Agung Tengku Dato Adnan Mansor, ahli MT Dato Seri Mohd. Nazri Tan Sri Aziz dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin membidas PERKASA.

“Jangan marahkan Kerajaan. Ini hanya kerja tiga ekor ini sahaja. Jangan memusuhi PM Najib kerana tiga ekor ini sahaja”.

*Liputan siaran langsung ini dibawa terus menerus dari Pasir Mas Kelantan dengan kerjasama bloggers dan wartawan lain yang memberi liputan.

*Perkembangan dikemas kini Ahad 26 September 2010 930am

Laporan Mingguan Malaysia:

Jangan gadai hak bangsa

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

PASIR MAS 25 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin-pemimpin Melayu termasuk dari parti pembangkang supaya tidak menggadaikan hak-hak orang Melayu semata-mata hendak mendapat tempat dan ingin menjadi Perdana Menteri.

Sambil menyuarakan rasa sedih dan bimbang dengan senario tersebut, bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan sedemikian akan hanya menyebabkan anak-anak, cucu-cicit mereka hidup dalam negara seperti Singapura dengan tidak mendapat sebarang jawatan dan kemudahan, bahkan tidak boleh bercakap langsung mengenai bangsa sendiri.

“Itu mungkin menjadi nasib kita apabila kita menjadi orang yang tidak ada kuasa politik sama sekali yang duduk di bawah telunjuk orang lain dan mereka tidak boleh mencari perlindungan daripada kerajaan.

“Sebab itulah orang Melayu patut sedar supaya mereka tidak berpecah-belah kerana tamak hendak dapat jawatan, nak jadi Perdana Menteri umpamanya.

“Jangan tamak, orang yang tamak akan hilang segala-galanya. Sepatutnya orang Melayu bersatu-padu dan menyokong apa yang baik bagi kaum mereka, bukan nak tolak kaum lain, bukan nak rampas kaum lain.

“Hak kaum lain adalah hak mereka, tetapi hak orang Melayu mestilah kekal sebagai hak orang Melayu,” katanya berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk pada Perhimpunan Melayu Perkasa di sini hari ini.

Perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut dihadiri oleh penduduk pelbagai kaum termasuk Cina, India dan masyarakat Siam.

Turut hadir, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Presiden Perkasa yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Dalam ucapannya itu, Dr. Mahathir turut melahirkan rasa sedih kerana orang Melayu masih tidak sedar ancaman yang sedang dihadapi oleh mereka sehingga berpecah kepada tiga puak disebabkan individu tertentu yang gilakan kuasa kerana hendak menjadi Perdana Menteri.

Dalam nada sinis, beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin pembangkang tertentu yang malu hendak menjadi orang Melayu dan mengaku orang Islam, tetapi tidak berlagak sebagai seorang Islam sebenar kerana tidak sanggup bekerjasama dengan orang Islam lain yang memimpin parti UMNO.

Bekas Perdana Menteri itu turut menempelak sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup ‘mengetepikan bangsa dan melonggarkan agama’ hanya kerana hendak mendapatkan sokongan politik kaum tertentu untuk membentuk kerajaan dan memimpin negara.

“Hari ini, orang Melayu terbahagi kepada tiga pasukan dan ketiga-tiga pasukan bertungkus-lumus cuba untuk menarik sokongan kaum-kaum lain, ini tidak mengapa.

“Tetapi apabila mereka sudah sanggup menjadi boneka, menjadi patung dalam kerajaan yang namanya sahaja terdiri daripada orang Islam, orang Melayu tetapi sebenarnya mereka terpaksa mengikut apa sahaja arahan daripada kaum-kaum lain sehingga mereka sanggup merampas hak yang dijanjikan diberi kepada orang Melayu,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, berbeza dengan pejuang-pejuang bangsa terdahulu yang ingin mereka menjadi bangsa kuat, orang Melayu pada hari ini amat lemah sehingga menjadikan mereka cuba mendapatkan sokongan kaum lain sehingga perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara terhapus sama sekali demi untuk mendapatkan undi.

Justeru katanya, sungguhpun tidak berapa sihat kerana baru kembali dari luar negara, beliau rasa terpanggil untuk hadir pada perhimpunan tersebut kerana ingin menyeru orang Melayu sama ada daripada Perkasa, UMNO, Parti Keadilan rakyat (PKR) dan Pas supaya insaf tentang bahaya yang dihadapi oleh orang Melayu.

“Apa yang hak bagi orang lain kita tak nak rampas, tapi yang hak bagi kita janganlah cuba rampas,” katanya.

Advertisements
Published in: on September 25, 2010 at 16:19  Comments (27)