Nazri kini jelas pemangkin perpecahan Melayu

Nazri Aziz: Mengkhianati Bangsa Melayu dengan menyifatkan 'Perjuangan' sebagai "Bloody Racist"

Setelah kemelut polemik yang ditimbulkan pemimpin UMNO pro-Liberal seperti Dato’ Seri Mohd. Nazri “Pengkhianat Melayu” Tan Sri Aziz yang menentang NGO pro-Melayu seperti PERKASA dan mempersoalkan akhbar Utusan Malaysia yang memberikan sokongan kepada agenda Melayu yang didukung dan bawa NGO tersebut, kini keadaan makin rumit. Hari ini, Nazri mencabar PERKASA didaftarkan sebagai parti politik dan bukan hanya sebuah NGO.

“Jangan cakap banyak, kalau PERKASA anak jantan, daftarlah sebagai parti politik. Buktikan ianya masih mendapat sokongan orang Melayu”, cabar Nazri di majlis rumah terbuka beliau di Kuala Kangsar.

Jelas cabaran Nazri ini wajar dilihat sebagai agenda strategik untuk memecahkan untuk mengeruhkan keadaan dan lebih memecah belahkan Bangsa Melayu. Semalam Perdana Menteri ke IV dan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan amanat bahawa orang Melayu sedang berada dalam ancaman dan akan kehilangan kuasa dan berakhir sebagai ‘minoriti’ walaupun mempunyai bilangan ‘majoriti’ akibat perpecahan. Dewasa ini Bukan Melayu mula lantang menuntut agar hak istimewa orang Melayu dikurang dan akhirnya dimansuhkan dan laungan ini disambut golongan Melayu Liberal.

Sejarah membuktikan orang Melayu yang bersatu padu mempunyai kuasa politik yang jitu, walaupun berada serba kekurangan. UMNO berjaya mengumpul 29 NGO Melayu pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor dan menjadi satu gerakan politik yang amat kuat sehingga Malayan Union yang telah pun ditanda tangani oleh sekelian DYMM Raja Raja Melayu digagalkan. Kemudian Perjanjian Tanah Melayu bertarikh 1 Februari 1948  yang ditanda tangani oleh British dan Raja Raja Melayu dengan UMNO sebagai pemerhati dan saksi penjanjian dikuat kuasakan sebagai ganti Malayan Union.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditanda tangani pada 21 Januari 1948 ini merupakan bukti bahawa negara ini ujud bawah ‘Ketuanan Melayu’ dimana kedudukan orang Melayu merupakan tunggak asas landasan negara ini dilahirkan dan peruntukan perjanjian ini merupakan semangat dan roh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957 apabila Kemerdekaan dicapai.

Dalam keadaan ancaman keganasan pemberontakan kominis, UMNO berjaya menjana kerjasama politik bersama MCA dan MIC sehingga mendapat mandat besar dalam pilihanraya pertama 1955 dan kerajaan autonomi terdiri dari warga Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Kemudian kerajaan kerjasama yang diterajui oleh pemimpin UMNO ini berusaha keras untuk Kemerdekaan dirundingkan. Nasionalism Melayu yang berjaya dijana UMNO merupakan tunggak kuasa demokrasi yang membuahkan hasil kerana semasa pilihanraya 1955, lebih 80% pengundi berdaftar merupakan orang Melayu.

Nazri juga secara angkuh mengatakan, “Politik perkauman sudah tidak relevan lagi”. Ini adalah pendapat yang amat salah kerana Perjuangan menjaga kepentingan dan memartabatkan  orang Melayu merupakan asas kuasa yang dijana oleh UMNO melalui lunas demokrasi, yang juga kekuatan kuasa pada  parti parti komponen Barisan Nasional yang bergantung kepada undi Melayu dan memboleh ‘Kerajaan Kongsi Kuasa’ yang ditubuhkan semenjak 55 tahun lampau.

Tanpa UMNO memperjuangkan kuasa politik orang Melayu, nescaya BN tidak mampu berjaya menubuhkan kerajaan yang stabil dan mampu menjana pembangunan dan memacu pengembangan ekonomi, pertumbuhan fizikal dan peningkatan sosio-budaya dan kedudukan ekonomi sehingga Malaysia sampai ketahap ini, tanpa berlaku konflik antara kaum dan kepercayaan dalam keadaan komposisi majmuk dan kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Sebelum ini, Nazri pernah secara keterlaluan menggelar Negarawan Unggul Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ‘Rasis’ kerana mempertahankan Biro Tata Negara. Beliau juga menuduh BTN sebagai agen perkauman. Baru baru Nazri secara angkuhkan menafikan kedudukan beliau sebagai anak kelahiran Melayu yang sejarah telah membuktikan kelayakan automatik sebagai warga Persekutuan Tanah Melayu (berbanding dengan Bukan Melayu yang perlu membuktikan kelayakan dan ketaat setiaan mereka untuk mendapat tahap kewarga negaraan itu).  Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Md. Yassin pernah secara tegas mengumumkan bahawa beliau “Melayu dahulu, (warga) Malaysia kedua”.

“I am Malay first. But being a Malay does not mean that I am not Malaysian”. Sebagaimana yang dijelaskan Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin, bahawa Gagasan 1 Malaysia merupakan satu ketetapan untuk semua rakyat Malaysia bersatu dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Hak Istimewa dan kedudukan orang Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Pengarang Mingguan Malaysia Awang Selamat minggu ini memilih untuk menjawab kenyataan reaksi Nazri kepada artikel“Alahai Nazri….” (Ahad 19 September 2010), yang dipaparkan melalui media anti-Melayu Malaysian Insider “Surat terbuka kepada Awang Selamat” pada 26 September 2010.  Perbalahan melalui media termasuk pro-anasir yang sememangnya mahu melihat penguasaan politik Melayu gagal merupakan perkembangan amat tidak sihat bagi politik orang Melayu, yang akan diperkuda dan manipulasikan segelintir Bukan Melayu yang mencari peluang dalam perpecahan Melayu dan golongan Melayu Liberal.

Sudah amat jelas bahawa Nazri sudah menjadi liabiliti kepada UMNO dan Bangsa Melayu. Beliau juga telah membuktikan sebagai  tidak layak menjadi pemimpin tinggi mewakili orang Melayu (kerana kedudukan beliau diangkat melalui UMNO). Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak wajar tidak melengahkan pemecatan Nazri dari Kabinet dan membawa usul agar Majlis Tertinggi UMNO menggantung keahlian Nazri kerana menjadi ‘pemangkin perpecahan Melayu’.

Amat malang sekiranya Nazri keluar meninggalkan Kabinet dan UMNO untuk menuruti Mantan Menteri Undang Undang Dato’ Zaid Ibrahim untuk menyertai PKR kerana ianya mempunyai kekalahan moral kepada Perjuangan Agenda Melayu dan Melayu Liberal yang berjaya mendapatkan ‘untung politik’.

Published in: on September 27, 2010 at 00:17  Comments (12)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/09/27/nazri-kini-pemangkin-perpecahan-melayu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 CommentsLeave a comment

  1. Menteri botak haramjadah ni selalu main cabar2 nak tunjuk jantan. Lepas ni dia akan cabar utusan malaysia pulak daftar politik masuk bertanding PRU akan datang.

    Sekarang aku nak cabar menteri hartamjadah ni, kalau dia bapak yg ada jantan dan bukan seorang bapak yg bachul, dia ubah la cara hidup anak jantan yg sama botak mcm dia yg penuh dgn maksiat, kaki botoi arak dan kaki bertina.

    Aku sure menteri botak haramjadah ni penakut dan bachul kat anak sendiri. Keluarga sendiri pun tak buleh nak pimpin ni kan pulak nak pimpin rumpunan Melayu. Menteri haramjadah ni berlagak jantan atas kapasiti menteri taraf budak pejabat. Bila dah gugur jadi menteri telor dia akan terkelop masuk kat celah peha. UMNO kalau nak org Melayu terus sokong UMNO, buang segera menteri haramjadah ni. Biar la dia sama mabok dan main puki pompuan sama macam anak dia.

    sangnila@hotmail.com

    • manusia jenis inikah yg patut kita jadikan “pemimpin” ? Keluarga sendiri tak dpt nk kawal,ada hati nk kawal org lain..

  2. If your racist admit as much. What is the point of being racist and not admitting it? Sounds confusing.
    Whether majority of people think that being racist is cool, that is another question altogether

  3. BigDog

    You said:
    “Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak wajar tidak melengahkan pemecatan Nazri dari Kabinet dan membawa usul agar Majlis Tertinggi UMNO menggantung keahlian Nazri kerana menjadi ‘pemangkin perpecahan Melayu’.

    Hmmmmm

    Guess What?

    It Won’t Happen!! It will Never Happen, cause he and Tg Adnan operates under instruction from the PM!

  4. Tendang keluar nazri, ambik balik sharil samad yang lebih fokus sebagai seorang pemimpin UMNO.

    • dua dua pun tak guna….lebih baik ambil org menara gading yg ada semangat melayu dan tahu sejarah..

  5. Perjuangan kaum tidak relevan bilamana 1sekolah 4all menjadi kenyataan. Tiada lagi sekolah jenis cina tamil dan sekolah agama/pondok yg melahirkan topeng2 agama. Selagi ada sekolah jenis ini suara pendesak ini harus ada.
    Apakata saya cabar Nazri tuntut UMNO dibubarkan, kerana untuk apa UMNO itu wujud kalau bukan utamanya membela kaum melayu

    • Itulah Mat,

      Kalau betul 1Malaysia wujud sepatutnya itulah patutnya terjadi…1Sekolah!!

    • ayoyo, sekolah cina dan india wujud sebab dibiayai oleh mereka, lepas tubuh jer, kerajaan duk sibuk2 bagi bantuan siapa suruh.. sekolah agama/pondok jangan duk dikaitkan kat sini ya, mulut tu jaga sikit, lahir topeng2 agama, aku dulu belajar sekolah agama…walau agama aku x sehebat kamu, tapi aku taklah sampai nak merendahkan orang yang belajar sekolah agama/pondok.Agama perlu didahulukan, barulah melayu diutamakan…

      • setuju tu tanpamu….kerajaan gatai2 tangan pergi bantu apsal..tak ade beban batu digalas..skg rasakan, kita sedang mendukung biawak hidup..mereka ini umpama gunting dlm lipatan…mereka sentiasa cari peluang..aku ada byk kontraktor cina yg cari makan dgn kompeni aku..aku tahu sangat perangai diorang ni..dia layan kita mcm raja (kalo kita mahu) sbb mereka ada agenda untuk mudahkan kerja mereka.ila aku tak layan,bos2 atasan aku “dicocok” hingga aku dilabel mcm2..tp aku tak peduli..aku ada perinsip…staff aku tahu ini…mana2 yg depa dapat “kontrol”,walau kerja tak seberapa, itang mereka akan bersinar dimata boss (yg juga jenis penyamun tarbus)..ingat, tanamkan jati diri, jgn sekali2 biarkan mereka “pegangtengkuk kita”..sekai kita silap langkah, habis maruah kita tidak bernilai lagi…

  6. Its recommended to invite PKR, DAP and PAS as BN coalition partner. Remove hopeless MCA, MIC, Gerakan, Taib Mahmud from the coalition. Remove any relationship with racist Perkasa. Rest assured it will be absolute majority to UMNO, PKR, DAP and PAS in the PRU13. Politic is a mission of impossible..mission accomplished.

    • asam asim

      PERKASA is not racist. It is an NGO that serves to remind UMNO/BN of its constitutional RESPONSIBILITIES.

      PERKASA’s formation is a reaction, a response to other racist organisations like hindraf, suqiu, dong zong.

      It is also an icon of Malay rights reclamation.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: