Koh dan Gerakan wajar berterima kasih kerana ehsan orang Melayu

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon

Semasa Forum Perpaduan Nasional 2010 anjuran ASLI pagi tadi, Menteri DiJabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon menyatakan bahawa NGO Melayu seperti PERKASA tidak wajar diberikan publisiti dan liputan media meluas.

Perkasa should not be given so much publicity: Dr Koh

By NG CHENG YEE

KUALA LUMPUR: Malay rights group Perkasa should not be given the publicity that it has now been enjoying, said Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

He said the group was of no importance and that “we should not give them too much space and face.”

“However, we should look at the root cause of their problems which are socio-economic and political in nature,” he told reporters after giving his keynote address at the National Unity Forum 2010 here on Monday.

He said such voices had always existed in every society but they were not well articulated.

“When the society becomes more open, and with the development of technology and Internet, such groups have become well known,” he said.

************

Koh membuat kenyataan ini semasa pembukaan Forum Perpaduan Nasional 2010 yang dianjurkan ASLI dengan kerjasama CPPC. Beliau sebagai Menteri Kabinet yang dipertanggung jawabkan soal perpaduan dan keharmonian antara kaum dan kepercayaan ini memberikan pengesahan keatas forum yang ‘berat sebelah’ dimana aktivis aktivis pro-Liberal berkumpul dan memperbincangkan dengan mendalam isu isu ‘Perpaduan’ dari konteks ‘1 Malaysia’ dengan tafsiran sempit bahawa gagasan yang diperkenalkan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak itu membawa maksud ‘semua orang mempunyai hak samarata tanpa sekatan’. Ada yang menjuarai isu isu individu dan terpencil membatasi kepentingan majoriti, termasuk kes kes yang amat unik dan terpisah dari norma kehidupan.

Isu isu sensitif seperti ‘ugama’ dari perspektif seperti “Mengapa hanya ugama Islam sahaja mendapat keistimewaan?” dibangkitkan para panelis dan peserta. Ini termasuk isu ultra sensitif seperti ‘Kes Subashini’. Isu PERKASA juga menjadi tumpuan popular sindiran forum. Namun kes seperti penghinaan secara langsung oleh Namewee dan 4 belia keturunan Cina menyimbah cat di Seremban tidak pula dibangkitkan. Jauh sekali forum mengambil contoh dimana MP DAP bagi Seputeh Theresa Kok menyoalkan isu azan dimasjid dan MP DAP bagi Serdang Teoh Nie Ching menghina kesucian masjid dengan memberikan ceramah dalam dewan sembahyang tanpa menutup aurat .

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) ini jelas tidak peka kepada isu yang menyelubungi mengenai liputan media yang diberikan kepada PERKASA. NGO Melayu tersebut ujud kerana isu isu mengenai orang Melayu seolah olah tidak lagi dipedulikan dan sebaliknya, suara suara datang dari Bukan Melayu dan Melayu Liberal untuk menggubah keadaan sediada (status quo) seperti menafikan ‘Kontrak Sosial’, komen melampau mengenai Hak Istimewa Orang Melayu seperti Artikel 152 dan 153, kedudukan ugama Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia dan kedudukan dan kuasa DYMM Raja Melayu dipersoalkan dan sehingga berlaku penghinaan.

PERKASA mendukung suara aspirasi akar umbi orang Melayu kini makin popular dalam masa yang dimana Kepimpinan dilihat sebagai memberikan terlalu banyak konsessi kepada Bukan Melayu, terutamanya sekali gus mengabaikan kepentingan orang Melayu. Contohnya ialah pemansuhan kementerian yang menjaga isu isu orang Melayu iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dimansuhkan dan dasar dasar liberalisasi ekonomi sudah bermula, seperti pemansuhan kuota 30% Bumiputra dalam pasaran modal yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Sebagai Menteri Kabinet yang dipertanggung jawabkan soal ‘Perpaduan’, Koh sepatutnya tidak memberikan kenyataan demikian tetapi sebaliknya wajar mengambil kedudukan bahawa isu PERKASA merupakan isu Melayu dan seorang Menteri Bukan Melayu tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang komen.

Hakikatnya, Gerakan masih lagi ada dua orang wakil rakyat dalam Dewan Rakyat adalah sebab ehsan undi Melayu, yang menggundi atas dasar semangat ‘kongsi kuasa’ dalam Barisan Nasional. Parti ini gagal dalam 8 kerusi yang ditandingi lain dan sebagai pemerintah Pulau Pinang semenjak 1969, mereka kehilangan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang diterajui DAP.

DAP yang bercita cita untuk menguasai Pulau Pinang semenjak PRU 8 November 1990 akhirnya berhasil kerana kegagalan BN Pulau Pinang yang dierajui Koh. Sewajarnya Koh meletakan jawatan kerana kegagalan kehilangan kuasa BN di Pulau Pinang dan prestasi amat buruk Gerakan semenjak menjadi ahli parti komponen BN pada 1973. Namun, sebaliknya Koh menerima pelawaan sebagai Menteri Kabinet.

Gerakan satu masa dahulu menunjukan sikap anti-Melayu yang keterlaluan merupakan rakan kongsi DAP yang membangkitkan semangat nasionalism Melayu selepas orang Melayu Kampung Baru dihina selama beberapa hari kerana kegagalan Parti Perikatan. Akibat perasaan tidak puas hati mengenai keudukan sosio ekonomi yang terpinggir dari arus pembangunan perdana, dikeruhkan dengan tindakan membangkitkan emosi hingga tahap memuncak, maka berlakukah rusuhan kaum Peristiwa 13 Mei 1969.

Lima tahun selepas itu semasa PRU IV 1974, Gerakan sebagai parti komponen BN mula memerintah Pulau Pinang dan seorang Menteri Kabinet mewakili Gerakan diundang dalam forum pembuat dasar dan keputusan peringkat tertinggi negara. Nama nama seperti Paul Leong dan Lim Keng Yaik merupakan Menteri Kabinet yang dilantik dari Gerakan. walaupun masyarakat Cina Semenanjung Malaysia telah diwakili Menteri Kabinet yang dilantik dari MCA berjumlah empat orang.

Koh dan Gerakan sepatutnya menunjukan hormat mereka kepada orang Melayu kerana Kepimpinan UMNO masih lagi memberikan ehsan kepada mereka diwakili dalam Kerajaan Persekutuan dan jawatan dalam Kabinet. Bukan setakat itu sahaja, usahawan billionaire Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary melalui Yayasan Al Bukhary memberikan derma berjumlah RM 20 Juta kepada Universiti Wawasan anjuran Gerakan di Pulau Pinang. Ini membuktikan orang Melayu juga boleh menyumbang kepada kegiatan sosio-ekonomi yang memberikan peluang dan kelebihan kepada Bukan Melayu, terutama keturunan Cina.

Episod PERKASA ini adalah peluang baik bagi Koh dan Gerakan menujukan ketaat setiaan dan sikap berterima kasih atas ehsan orang Melayu. Sekiranya Koh dan Gerakan sebalinya menyokong secara terbuka Perjuangan PERKASA yang hanya mempertahankan apa yang sediada diperuntukan kepada orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan dasar dasar Kerajaan yang membangunkan sosio-ekonomi orang Melayu agar jurang antara keturunan dirapatkan, agar ‘padang permainan’ itu dapat di’rata’kan. Ini amat penting sekiranya negara dan Bukan Melayu mempunyai aspirasi melihat ‘pasaran terbuka’ dan meritokrasi sepenuhnya dapat dilaksanakan.

Kesejahteraan fizikal dan emosi Orang Melayu merupakan kunci kestabilan negara yang membolehkan pembangunan dan kemajuan yang dinikmati hari ini dicapai. Ini juga merupakan asas yang memungkinan pelaburan dalam sektor sektor yang membangunkan Pulau Pinang ketahap hari ini dan rata rata golongan Bukan Melayu pulau mutiara itu beroleh pelbagai peluang untuk berniaga dari sistem sokongan ekonomi dari pertumbuhan pesat itu.

Pendekata, kestabilan juga merupakan satu kunci kejayaan kesefahaman dan perpaduan, terutama penerimaan minoriti kedalam sistem sosio-geografi yang sememangnya dicorakan oleh majoriti. Ini  sepatutnya menjadi KPI beliau sebagai Menteri Kabinet.

*Dikemas kini 930am

Published in: on September 28, 2010 at 00:34  Comments (21)