Survival akhbar Melayu

Akhbar Melayu merupakan wadah penyebar maklumat paling penting yang membina minda dan pendapat orang Melayu. Ianya merupakan instrumen terpenting menjana dan membakar semangat nasionalism sehinggakan orang Melayu bersatu melalui 29 NGO dan menubuhkan UMNO pada 11 Mei 1946, dalam usaha menggagalkan Malayan Union.

Akhbar Melayu terus menjadi wadah mempertingkatkan orang Melayu sebagai bangsa yang makin bermaklumat.

Kini Fakulti Kommunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan satu seminar khas memperbincangkan hala tuju dan survival akhbar Melayu, terutama dalam dunia yang dicabar globalisasi, maklumat tanpa sempadan dan demokrasi digital. Ini lebih penting lagi apabila Agenda Melayu dicalari, hak kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan orang Melayu dicabar secara lantang, dari semua sudut.

Seminar ini akan dianjurkan 9 Oktober ini Dewan Pusat Antarabangsa UiTM, bermula 830pagi. Sessi pagi akan dibarisi panelis Dato Seri Azman Ujang, Tan Sri Lee Lam Thye and Adi Satria Ahmad. Sessi petang pula oleh Tan Sri Dr Nordin Kardi, Tan Sri Zainuddin Maidin dan Prof. Dr. Ahmad Murah Merican.

Semua dijemput hadir.

Advertisements
Published in: on October 7, 2010 at 09:48  Comments (7)